kau ibarat bintang di langit..
ada waktu sinaran nya terang..
ada waktu sinaran nya malap..
kadang-kala kelihatan jelas..
kadang-kala kabur di pandangan..
apabila bersinar terang sukar untuk kau melihatku..
apabila kelihatan jelas mustahil untuk aku mencapaimu..
kau hanya menjadi singgahan mata ku..
itu sudah cukup menggembirakan aku...
bunga
lagu
Tuesday, October 23, 2012
Monday, October 22, 2012
SeheLAI kerTAs hATi ( bAb 1)
Ku tak percaya kita
Cinta tak harus memilikiLalu mengapa?
Hati terasa sakit
Hati Ainul terasa sangat sakit. Setiap bait-bait lagu Cinta Harus Memiliki, nyanyian Anuar Zain yang diudarakan di radio keretanya telah menusuk hatinya. Hatinya tidak dapat menerimanya, fikirannya sudah buntu. Ini bagaikan satu tamparan yang besar dalam hidupnya. Dia masih terkejut dengan apa yang berlaku sebentar, sungguh tak disangka. Marah, terkilan, sedih, perasaan dikhianati, kecewa, terpedaya dan tertipu, semuanya bersarang di lubuk hatinya. Dia meneruskan pemanduannya bagaikan jasad tiada rohnya. Emosi dan fikirannya melayang ke udara, tetapi fizikalnya masih memegang stereng kereta dan menekan pedal minyak. Kereta Viva Elite berwarna biru laut itu laju menyusur jalan raya.
Sebaik sahaja sampai di rumah, Ainul terus melangkah kakinya menuju ke biliknya.
‘Ainul? Dah balik anak
mama?’ sapa Puan Maria yang baru muncul dari dapur.
Ainul diam seribu bahasa
bagaikan di pukau dia terus melangkah ke biliknya. Puan Maria kehairanan dengan
sikap anak perempuannya itu. Dia membontoti anaknya ke bilik.
‘Ainul sayang? Kenapa ni?
Ainul tak sihat ke?’, tanya Puan Maria sambil menyentuh dahi anaknya. Namun
riak wajah Ainul masih seperti tadi. Tiada senyuman mahupun gurauan. Ini bukanlah
perangai harian Ainul. Puan Maria sangat arif akan perangai anak kesayangannya
ini. Ainul adalah satu-satu anak perempuannya, pengubat hati dalam keluarganya.
‘Mama?’, Ainul bersuara
sambil memandang tepat ke dalam mata Puan Maria.
‘ Mama? Boleh tak Ainul nak
bersendirian sekejap?,’ Puan Maria dapat merasa kesayuan di mata Ainul. Hatinya
bagai tersentuh dan sedih melihat mata anaknya meskipun dia tidak memahami apa
yang sedang berlaku. Lalu dia mengangguk dan mencium dahi anak perempuannya.
Puan Maria berjalan menuju ke pintu bilik.
‘Ainul? Mama selalu ada
untuk Ainul’, ujarnya sambil tersenyum lalu menutupi pintu, meninggal anaknya
sendirian di bilik.
Ainul terduduk di birai katil sambil
mengalirkan airmatanya. Sekian lama dia menahan airmatanya, akhirnya tertewas
juga. Dia merasa sungguh lemah. Kakinya sudah lemah longlai untuk berdiri. Hatinya sakit, teramat perit. Hatinya ibarat
sehelai kertas yang telah di remukkan, tidak mungkin kembali sempurna lagi. Mindanya kembali menayangkan paparan seorang
lelaki yang baru ditemuinya tadi. Setiap tutur kata lelaki tu masih terpahat di
ingatan. Tidak mungkin dilupanya selagi dia bernafas.
‘ Lelaki penipu! Lelaki
bodoh! Tak guna punya jantan!’, jerit Ainul bagai di rasuk hantu. Dia bingkas
bangun lalu mengambil bingkai gambar di tepi katil. Dia mencampaknya ke lantai,
berderai kaca di atas lantai. Esakan tangis Ainul semakin kuat, airmatanya tak
berhenti mengalir seperti hujan yang membasahi bumi.
‘Aku benci kau! Aku benci
kau!! I hate YOU!!’ , jerit Ainul sambil
menuding jari ke bingkai gambar yang sudah berkecai di lantai.
Dia terduduk di lantai,
menutup mukanya dengan kedua-dua tapak tangannya. Airmatanya seakan tidak mahu
berhenti. Seketika, dia memandang bingkai gambar tersebut, lalu dipegang dan dibawa
kedadanya. Perlakuannya seperti orang gila, fikirannya sudah bercelaru. Dia
memeluk erat gambar tersebut. Airmatanya
mengalir laju.
‘ Ya Allah! Besar sungguh dugaan yang Kau berikan
kepadaku. Berikanlah aku kekuatan ya Allah, aku amat menyayangi lelaki ini,’
ujarnya dengan esakan.
Matanya memandang ke luar
jendela biliknya. Titisan air hujan mula turun ke bumi bagaikan turut
bersimpati dan memahami perasaan Ainul. Hatinya bertambah sebak dan sayu. Dia
hanyut dalam tangisan kerana cintanya dikhianati dan hujan setia menemaninya.
Subscribe to:
Posts (Atom)