bunga

lagu

Monday, October 22, 2012

SeheLAI kerTAs hATi ( bAb 1)


Ku tak percaya kita
Cinta tak harus memiliki
Lalu mengapa?
Hati terasa sakit
 Hati Ainul  terasa sangat sakit. Setiap bait-bait lagu Cinta Harus Memiliki, nyanyian Anuar Zain yang diudarakan di radio keretanya telah  menusuk hatinya. Hatinya tidak dapat menerimanya, fikirannya sudah buntu. Ini bagaikan satu tamparan yang besar dalam hidupnya. Dia masih terkejut dengan apa yang berlaku sebentar, sungguh tak disangka. Marah, terkilan, sedih, perasaan dikhianati, kecewa, terpedaya dan tertipu, semuanya bersarang di lubuk hatinya. Dia meneruskan pemanduannya bagaikan jasad tiada rohnya. Emosi dan fikirannya melayang ke udara, tetapi fizikalnya masih memegang stereng kereta dan menekan pedal minyak. Kereta Viva Elite berwarna biru laut itu laju menyusur jalan raya.


 Sebaik sahaja sampai di rumah, Ainul  terus melangkah kakinya menuju ke biliknya.
‘Ainul? Dah balik anak mama?’ sapa Puan Maria yang baru muncul dari dapur.
Ainul diam seribu bahasa bagaikan di pukau dia terus melangkah ke biliknya. Puan Maria kehairanan dengan sikap anak perempuannya itu. Dia membontoti anaknya ke bilik.
‘Ainul sayang? Kenapa ni? Ainul tak sihat ke?’, tanya Puan Maria sambil menyentuh dahi anaknya. Namun riak wajah Ainul masih seperti tadi. Tiada senyuman mahupun gurauan. Ini bukanlah perangai harian Ainul. Puan Maria sangat arif akan perangai anak kesayangannya ini. Ainul adalah satu-satu anak perempuannya, pengubat hati dalam keluarganya.
‘Mama?’, Ainul bersuara sambil memandang tepat ke dalam mata Puan Maria.
‘ Mama? Boleh tak Ainul nak bersendirian sekejap?,’ Puan Maria dapat merasa kesayuan di mata Ainul. Hatinya bagai tersentuh dan sedih melihat mata anaknya meskipun dia tidak memahami apa yang sedang berlaku. Lalu dia mengangguk dan mencium dahi anak perempuannya. Puan Maria berjalan menuju ke pintu bilik.
‘Ainul? Mama selalu ada untuk Ainul’, ujarnya sambil tersenyum lalu menutupi pintu, meninggal anaknya sendirian di bilik.
 Ainul terduduk di birai katil sambil mengalirkan airmatanya. Sekian lama dia menahan airmatanya, akhirnya tertewas juga. Dia merasa sungguh lemah. Kakinya sudah lemah longlai untuk berdiri.  Hatinya sakit, teramat perit. Hatinya ibarat sehelai kertas yang telah di remukkan, tidak mungkin kembali sempurna lagi.  Mindanya kembali menayangkan paparan seorang lelaki yang baru ditemuinya tadi. Setiap tutur kata lelaki tu masih terpahat di ingatan. Tidak mungkin dilupanya selagi dia bernafas.
‘ Lelaki penipu! Lelaki bodoh! Tak guna punya jantan!’, jerit Ainul bagai di rasuk hantu. Dia bingkas bangun lalu mengambil bingkai gambar di tepi katil. Dia mencampaknya ke lantai, berderai kaca di atas lantai. Esakan tangis Ainul semakin kuat, airmatanya tak berhenti mengalir seperti hujan yang membasahi bumi. 
‘Aku benci kau! Aku benci kau!! I hate YOU!!’ , jerit Ainul  sambil menuding jari ke bingkai gambar yang sudah berkecai di lantai.
Dia terduduk di lantai, menutup mukanya dengan kedua-dua tapak tangannya. Airmatanya seakan tidak mahu berhenti. Seketika, dia memandang bingkai gambar tersebut, lalu dipegang dan dibawa kedadanya. Perlakuannya seperti orang gila, fikirannya sudah bercelaru. Dia memeluk erat gambar tersebut.  Airmatanya mengalir laju.
‘ Ya Allah!  Besar sungguh dugaan yang Kau berikan kepadaku. Berikanlah aku kekuatan ya Allah, aku amat menyayangi lelaki ini,’ ujarnya dengan esakan.
Matanya memandang ke luar jendela biliknya. Titisan air hujan mula turun ke bumi bagaikan turut bersimpati dan memahami perasaan Ainul. Hatinya bertambah sebak dan sayu. Dia hanyut dalam tangisan kerana cintanya dikhianati dan hujan setia menemaninya.

No comments:

Post a Comment