bunga

lagu

Tuesday, April 23, 2013

DIA~~

kita berbicara tentang Dia..
kau berdiri di bumi, tuhanmu tetap Dia..
kau terbang di awanan, tuhanmu tetap Dia..
kau berlari ke utara, kau merenung ke selatan..
tuhanmu tetap Dia..
kau mentadbir siang dan memenuhi malam..
kedua-duanya bersama tuhan itu juga, Dia..
nendamu pada zaman silam..
warismu pada masa hadapan..
semuanya hamba tuhan yang sama, Dia...
dunia pun Dia lah tuhan..
akhirat nanti Dia tetap tuhan..
dikau bertakwa pun Dia tetap tuhan..
dikau derhakan pun Dia masih tuhan..
Dia tidak bergantung kepadamu..
namun dikaulah yang sangat memerlukan Dia..
lantas, siapa Dia dihatimu??


by Ibnu Rijal (Siapa Allah di hatimu? )

Thursday, April 11, 2013

KetEnangAN HAti...

salam..
ntah kenapa aku ase macam nak wat entry pasal ini.. walaupun hampir sebulan telah berlalu..
hidup ni, tak selalu di atas, tak selalu nya senang, tak selalu nya gelak tawa
kadang2 kita berada dibawah, kadang2 terasa susah sangat, kadang2 hati terasa sedih..
tak bahagia kah?? mungkin definisi bahagia berbeza bagi setiap insan...
orang selalu cakap bahagia selalu datang selepas kesedihan... so, just keep on thinking positive, ok!..
tapi hakikatnya...
kita manusia biasa..
dalam duk think positive ni, kekadang datang jugak pemikiran yang bertentangan dengannya...
adeh!!! saat tu la yang paling tak best skali.. ia buat kita jadi down and tak bersemangat...
aduhai hati!!.. lembutnya kamu...
ketenangan hati itu lagi bernilai dari segala-segalanya...
tidak dapat dibeli dengan wang ringgit mahupun diumpamakan dengan barangan-barangan mewah..
ia jauh lebih bernilai dan jauh sangatttt...
kadang2 dalam mencari ketenangan, kita perlu berjihad, melawan nafsu hati, melawan unsur negatif..
pergantungan dan perngharapan hanya kepada Sang Pencipta amat diperlukan...
orang cakap bukan senang untuk bangun dari jatuh..
namun apabila berjaya bangun, mungkin dia susah untuk jatuh kembali..
kerana pengalaman mengajar manusia..itupun manusia itu pandai berpikir menggunakan akalnya..
mudah-mudahan...
benar! doa itu senjata bagi umat islam..
amat rugi bagi manusia itu, jika tidak mengamalkan doa..
ya Allah.. kalau inilah yang terbaik untukku.. ku terima, ku redha....


Monday, April 1, 2013

apabila kita tahu, kita akan mahu..

apabila disuruh melakukan sesuatu perkara yang kita tidak tahu atau tidak arif pasalnya, kita sering kali mengutarakan alasan ataupun sebab-sebab untuk mengelaknya...
apabila kita mengalami sesuatu peristiwa, kita sukar memahaminya apabila kita tidak mengerti atau tahu akan disebalik peristiwa tersebut..
tuntutlah ilmu, wahai manusia...
bukan sahaja ilmu dunia, ilmu akhirat jua..
agar kita tahu, dan kita mahu melakukannya..
agar kita tahu, dan kita bersyukur akan peristiwa tersebut..

sebagai contoh..
sifat kemalasan.. sebagai student ialah racun dalam diri seorang pelajar..
tapi andainya student tersebut tahu akan besarnya pahala menuntut ilmu, menghadiri majlis ilmu, para malaikat berdoa untuknya agar diampunkan dosanya...
andainya student tersebut tahu bahawa tinggi dan mulianya orang yang berilmu, andai mereka tahu dia bakal mempunyai masa depan yang cerah, mendapat pekerjaan yang bagus dan sebagainya...
sekadar tahu sahaja tidak mencukupi, seharusnya mereka harus mendalami betapa manfaaatnya ilmu didunia dan akhirat, mereka akan mahu melakukannya..
mereka akan rajin dan ikhlas menuntut ilmu...
mereka akan jatuh cinta dengan ilmu...

begitu juga dalam urusan solat.. syaitan tidak jemu2 untuk menghasut anak Adam untuk meninggalkan solat.. sifat kemalasan sering melanda diri manusia...
namun andainya manusia itu tahu dan mengerti akan balasannya meninggalkan solat dengan sengaja, andai mereka tahu api neraka sedang menanti mereka..
sudah tentu mereka mahu berubah dan mahu melakukan solat serta segala perintah Allah SWT....
semuanya bermula dengan ILMU...
iaitu ilmu agama...
andai mereka mempelajari ilmu agama setulusnya, mereka akan mahu berubah dan kembali ke jalan Allah SWT...

dari sini kita boleh lihat, semuanya bermula dengan ilmu, betapa pentingnya ilmu..
ilmu agama mahupun ilmu dunia...
dengan menuntut ilmu kita akan tahu..
dan kita mahu melakukannya, meninggalkan segala laranganNya dan menunaikan segala perintahNya.... tanpa ilmu, jahilnya manusia...
hidup dalam kebodohan dan kejahilan..
upgrade la diri kita dengan menghadiri majlis2 ilmu...
upgrade la diri kita dengan menuntut ilmu daripada orang yang lebih alim dan arif...

ilmu itu penting bukan sahaja mengubah mentaliti, malah praktikal jua dalam sebuah kehidupan...