bunga

lagu

Monday, April 1, 2013

apabila kita tahu, kita akan mahu..

apabila disuruh melakukan sesuatu perkara yang kita tidak tahu atau tidak arif pasalnya, kita sering kali mengutarakan alasan ataupun sebab-sebab untuk mengelaknya...
apabila kita mengalami sesuatu peristiwa, kita sukar memahaminya apabila kita tidak mengerti atau tahu akan disebalik peristiwa tersebut..
tuntutlah ilmu, wahai manusia...
bukan sahaja ilmu dunia, ilmu akhirat jua..
agar kita tahu, dan kita mahu melakukannya..
agar kita tahu, dan kita bersyukur akan peristiwa tersebut..

sebagai contoh..
sifat kemalasan.. sebagai student ialah racun dalam diri seorang pelajar..
tapi andainya student tersebut tahu akan besarnya pahala menuntut ilmu, menghadiri majlis ilmu, para malaikat berdoa untuknya agar diampunkan dosanya...
andainya student tersebut tahu bahawa tinggi dan mulianya orang yang berilmu, andai mereka tahu dia bakal mempunyai masa depan yang cerah, mendapat pekerjaan yang bagus dan sebagainya...
sekadar tahu sahaja tidak mencukupi, seharusnya mereka harus mendalami betapa manfaaatnya ilmu didunia dan akhirat, mereka akan mahu melakukannya..
mereka akan rajin dan ikhlas menuntut ilmu...
mereka akan jatuh cinta dengan ilmu...

begitu juga dalam urusan solat.. syaitan tidak jemu2 untuk menghasut anak Adam untuk meninggalkan solat.. sifat kemalasan sering melanda diri manusia...
namun andainya manusia itu tahu dan mengerti akan balasannya meninggalkan solat dengan sengaja, andai mereka tahu api neraka sedang menanti mereka..
sudah tentu mereka mahu berubah dan mahu melakukan solat serta segala perintah Allah SWT....
semuanya bermula dengan ILMU...
iaitu ilmu agama...
andai mereka mempelajari ilmu agama setulusnya, mereka akan mahu berubah dan kembali ke jalan Allah SWT...

dari sini kita boleh lihat, semuanya bermula dengan ilmu, betapa pentingnya ilmu..
ilmu agama mahupun ilmu dunia...
dengan menuntut ilmu kita akan tahu..
dan kita mahu melakukannya, meninggalkan segala laranganNya dan menunaikan segala perintahNya.... tanpa ilmu, jahilnya manusia...
hidup dalam kebodohan dan kejahilan..
upgrade la diri kita dengan menghadiri majlis2 ilmu...
upgrade la diri kita dengan menuntut ilmu daripada orang yang lebih alim dan arif...

ilmu itu penting bukan sahaja mengubah mentaliti, malah praktikal jua dalam sebuah kehidupan...


No comments:

Post a Comment