‘Assalamualaikum…
assalamualaikum..’
Dhiya yang berbaju kurung
hijau lumut berdiri di depan pagar rumah sahabat karibnya. Sudah 3 hari
sahabatnya itu tidak datang berkerja, dia risau apabila memikirkan keadaan
sahabatnya. Dia masih teringat lagi berita dari ketua jabatannya yang
mengatakan Ainul mengambil cuti 2 minggu, dengan alasan mahu menghabiskan cuti
tahunannya. Dia merasa kehairanan kerana Ainul tidak pula memberitahunya.
Apabila dia menelefon Ainul tidak dijawab, bila dia menghantar sms, tidak di
balas. Ini bukan lah perangai Ainul yang dikenalinya sejak bangku sekolah lagi.
‘ Waalaikummussalam. Oh,
Dhiya! Masuk la. Pintu pagar tak berkunci,’ sapa Puan Maria di depan pintu
rumahnya sambil tersenyum menyambut tetamunya.
Dhiya membuka pagar, lalu melangkah masuk
mendekati Puan Maria yang berdiri di muka pintu. Dia menghulurkan tangan dan
bersalaman dengan ibu sahabat karibnya itu. Ini bukanlah pertama kali dia
melangkah masuk ke dalam rumah itu. Hubungan mereka sangat rapat dan ahli
keluarga juga sudah mengenali antara satu sama lain.
‘Mak cik apa khabar?’.
‘ Alhamdulillah. Sihat macam
ni la Dhiya. Dhiya dari hospital ke?’.

‘Aah, mak cik. Terus singgah
ke sini, nak berjumpa dengan Ainul, dia ada mak cik?’ tanya Dhiya.
‘ Dia ada kat bilik belakang
tu, tengah solat Asar. Dhiya duduk la dulu. Mak Cik pergi buatkan air sekejap,’
jawab Puan Maria tersenyum lalu bingkas berdiri menuju ke dapur.
Dhiya keseorangan di ruang
tamu. Bayang ayah Ainul mahupun adiknya tidak kelihatan. Sunyi sungguh. Selalu
kedatangannya, disambut dengan gurauan adik lelaki bongsu Ainul yang berumur 18
tahun, Adi. Perwatakannya nakal, mesra, suka bergurau dan sangat pandai
mengambil hati orang tua. Dhiya kebosanan di ruang tamu lalu bangun menuju ke
dapur.
‘ Mak Cik tak payah la
susah-susah. Dhiya singgah kejap je ni,’ tegur Dhiya. Puan Maria sedang
membancuh air Nescafe seraya menoleh kearah Dhiya dan tersenyum.
‘ Apa yang susahnya Dhiya,
tak benda la,Dhiya macam tak biasa pulak. Pergi la duduk kat depan, nanti mak cik panggilkan Ainul,’ ujar Puan Maria.
‘ Tak pelah mak cik, biar
saya tolong mak cik goreng karipap itu. Nanti kita makan sama-sama dengan
Ainul,’ kata Dhiya apabila melihat Puan Maria mengeluarkan bungkusan karipap
segera dari peti sejuknya.
‘ Ya lah,’ balas Puan Maria
dengan senyuman yang tak lekang di bibirnya.
Puan Maria menghulurkan
bungkusan karipap segera itu kepada Dhiya. Dia sungguh selesa dengan perwatakan
anak ini. Dhiya seorang yang lemah lembut, ayu, pandai, hati baik dan berbudi
bahasa. Pendek kata, anak ini sesuai sungguh untuk dijadikan sebagai
menantunya. Dari mereka di bangku sekolah menengah lagi, Dhiya kerap berkunjung
ke rumahnya. Hubungan mereka sudah rapat. Anak-anak lelakinya semua mengenali
Dhiya. Dia tersenyum. Seketika, ingatannya menayangkan gambar anak
perempuannya, Ainul yang ketawa gembira. Hatinya sayu. Dia risau memikirkan
keadaan Ainul sekarang, dia menjadi pendiam dan menyendirikan diri.
‘Mak cik? Pak cik mana? Tak
napak pun bayangnya? Suara Adi pun tak dengar,’ tanya Dhiya smbil tangan
kanannya sedang menggoreng karipap. Pertanyaan Dhiya itu mengejutkan Puan Maria
dari lamunannya.
‘ Ohh!.. mereka pergi ke
taman, katanya nak bermain badminton. Exercises petang-petang ni, kejap lagi
balik la tu,’ kata Puan Maria, lalu mengambil cawan dan diletakkan ke dalam
dulang bersama seteko air Nescafe.
‘ Patutlah sunyi je rumah,’
kata Dhiya sambil tersenyum.
**************************************************************
Mereka bertiga menikmati
minuman petang di ruang tamu. Televisyen dipasangkan, menyiarkan drama melayu
tetapi itu bukan tarikan mereka. Ia dibiarkan terpasang, mereka terus seronok
bercerita antara satu sama lain, di selang selikan dengan gelak ketawa Dhiya
dan ibu Ainul. Ainul lebih banyak mendengar dan mendiamkan diri dalam perbualan
mereka. Tawanya seakan menyembunyikan segunung kesedihan dan kehampaan di dalam
hatinya. Dhiya sangat memahami kawan karibnya itu, namun dia berharap senyuman
itu tidak akan lekang di bibir Ainul biarpun ianya paksaan hati. Mereka menyepi
seketika. Mata Ainul terpaku di kaca televisyen, namum hati dan jasad sedang mengembara seluas alam tanpa tujuan
seperti hilang arah.
‘Dhiya duduk dulu ye,
sembang dengan Ainul. Mak cik kemaskan dapur sekejap,’tiba-tiba Puan Maria
bersuara lalu bingkas bangun meninggalkan mereka berdua. Dhiya hanya menjawab
dengan senyuman. Dhiya bangun mengambil tempat duduk di sebelah Ainul.
‘Ainul?,’ panggil Dhiya
sambil mencuit tangan Ainul. Ainul menoleh dan tersenyum.
‘ Apa dia Dhiya? Aku tak
dengar soalan kau tadi?’, tanya Ainul yang kebingungan. Dhiya tergelak melihat
reaksi dari sahabatnya itu.
‘ Kau ni biar betul. Dah
sampai negara mana dah kau jelajah?,’Ainul ketawa dan Ainul masih blurred.
Dhiya cuba mereda akan kegelian di hatinya, dia tahu ini bukan masanya
untuk ketawa terbahak-bahak. Dia perlu
menolong kawannya itu biar apa pun masalah yang di hadapi Ainul.
‘ Ainul, Ainul.. macam mana
kau nak dengar soalan aku, dah aku memang tak bertanya pun,’ ujar Dhiya dengan
senyuman.
‘ Ye ke?’, ujar Ainul yang
tersengih malu.
‘ Nul, kenapa dengan kau ni?
Kau ada masalah ke? Cerita la dengan aku,’ Dhiya membawa percakapan mereka ke
lebih serius. Dia harus tahu masalah kawannya itu. Dia akan membantunya.
‘Masalah? Eh, aku tak ada
masalah apa-apa pun. Mama aku ada cerita apa-apa ke kat kau?,’ tanya Ainul yang
cuba menyembunyikan drama cinta hidupnya.
‘ Mama kau tak ada cerita
apa-apa pun kat aku. Dia suruh aku tanya sendiri sama kau. ceritalah Nul,
kenapa ni? Kalau tak ada masalah, mesti
ada sebab kenapa kau ambil cuti 2 minggu, tak bagitahu aku pun?,’ Dhiya
berusaha mengorek rahsia dari sahabatnya itu. Ainul menarik nafas panjang, dia
sedar sebenarnya tidak ada apa yang perlu disembunyikan. Lambat-laun semua
orang akan tahu, namun hatinya berat untuk meluahkannya. Dia cuba mengumpul kekuatan dari seluruh
sudut jasadnya. Dhiya menanti dengan
sabar bicara sahabatnya itu.

Ainul tanpa sedar
mengalirkan airmata di bahu Dhiya. Dia tidak dapat menahan seorang diri lagi,
Ainul perlu akui dia sangat memerlukan orang-orang yang menyayanginya seperti
keluarga dan sahabat karibnya agar dia dapat
berdiri dengan kuat. Dhiya mengusap kepalanya, dia berasa simpati dan
bersalah kerana memaksa Ainul sebentar tadi. Mungkin Ainul belum bersedia, hati
Dhiya berbisik.
‘ Ainul, takpe la, aku tak
nak paksa kau lagi. Bila kau dah bersedia, kau ceritalah kat aku. Aku kan bff
kau, aku ada untuk kau tak kira masa susah atau senang. Kau boleh jadikan bahu
aku, tempat kau menangis, Nul,’ sayu suara Dhiya. Esakan Ainul makin
kedengaran.
Dia sangat sayang akan
Ainul. Ainul bukan sekadar kawan akrabnya malah Ainul banyak menolongnya dalam
menjalani kehidupannya sehingga dia berjaya sekarang. Ainul sentiasa disisinya
ketika dia jatuh dan bangkit semula dalam menempuh jalan-jalan berliku dalam
kehidupannya. Tak terbalas segala budi baik Ainul terhadap diri dan
keluarganya. Dia berhutang budi biarpun dia tahu Ainul tidak pernah
mengharapkan sebarang balasan. Dia cuba menenangkan Ainul yang sedang menangis
di bahu kanannya. Ainul menangis di bahu sahabatnya, melepaskan setasik
kesakitan yang dirasai selama ini dan lama-kelamaan esakannya semakin perlahan.
‘Dhiya?,’ tetiba Ainul
bersuara tetapi esakan kecil masih kedengaran. Kepalanya masih terpaku di bahu
Dhiya.
‘Mmm?,’jawab Dhiya yang
hanya mengannguk di bahu Ainul.
‘Zack dah tinggalkan aku.
Dia minta putus. Kami dah tak ada apa-apa,’ ujar Ainul
Dhiya sungguh terkejut. Dia
melepaskan pelukan dan melihat wajah Ainul. Mata Ainul yang merah macam biji
saga, masih ada kolam air masin di sekitar matanya. Hati Dhiya turut merasa
kesedihan Ainul.
‘ Tapi kenapa Nul? Kau
berdua bergaduh ke?,’ tanya Dhiya.
‘Tak la. Dia kata dia dah
tak cintakan aku lagi. Dia dah jumpa perempuan yang lebih baik dari aku. Dan
dia cakap lagi aku tak sesuai dengan dia, aku tak pandai make-up, tak pandai
bergaya dan aku ni.. aku ni..,’ Ainul tidak dapat meneruskan kata-katanya.
Hatinya terasa sakit apabila mengingati segala ungkapan lelaki yang tak berguna
itu.
‘ Aku ni apa Nul?,’ tanya
Dhiya lagi.
Ainul memejamkan matanya dan
menarik nafas panjang.
‘ Aku ni GEMOK. Aku tak
layak untuk bersama dia. Dia seorang model yang kacak dan bergaya,’ ujar Ainul
sambil menyekat air mata yang mengalir di pipinya.
Kata-kata Ainul mengejutkan
Dhiya buat kali kedua. Dhiya cuba beristighfar. Dia tidak menyangka Zakaria
boleh berubah kerana kemewahan yang dimilikinya sekarang. Bodoh sungguh alasan
Zakaria untuk meninggalkan seorang perempuan. Hati Dhiya turut merasa sakit,
dia tak sanggup melihat kawannya diperlakukan seperti ini.
‘ Zack tu gila ke apa?
Sesuka hati dia je nak memainkan perasaan kau. Aku tak boleh biarkan Nul, biar
aku bercakap dengannya nanti,’ ujar Ainul yang cuba memendamkan perasaan geram
dan amarahnya.
‘Jangan la Dhiya. Aku tak
nak besarkan hal ni lagi. Dah orang tak sukakan aku lagi. Apa aku boleh buat,
dah nasib aku macam ni,’ ujar Ainul yang cuba menenangkan dirinya.
‘ Tapi kau tak boleh biarkan
dia macam tu Nul, jangan tunjuk diri kau lemah dan hati kau mudah dipermainkan.
Dalam hal ni, kau tak boleh berlembut Nul,’ kata Dhiya. Dhiya sangat arif
sangat dengan sifat Ainul, Ainul bukan la jenis yang cepat marah dan dia juga
sangat mudah memaafkan orang lain.
‘Dhiya tolonglah. Aku tak
nak hal ini dipanjangkan lagi. Aku malu Dhiya, aku malu dengan diri aku
sendiri, aku malu dengan semua orang.
Aku hanya perlukan teman seperti kau untuk aku bangkit semula. Aku rasa aku dah
hilang keyakinan diri Dhiya,’ kata Ainul dengan harapan Dhiya faham apa yang
terbuku di hatinya.
Hati Dhiya bertambah sayu
apabila mendengar permintaan Ainul. Tanpa disedarinya, mata Dhiya juga berkaca.
Dhiya tersenyum.
‘ Ya Allah, Ainul sungguh
terseksa. Kau ringankanlah bebannya, sesungguhnya Kau Maha Berkuasa,’ bisik
secebis doa di hati Dhiya.
‘ Ainul, aku akan selalu
bersama kau. Itu janji aku. Aku akan tolong kau, aku tak akan biarkan kau
jatuh,’ ujar Dhiya sambil memegang tangan Ainul. Ainul hanya mengangguk dan
mata tidak pernah kering dek airmata.
*******************************************************************
Puan Maria mengesat
airmatanya. Dia sedang berdiri di dapur sambil mencuri dengar perbualan anaknya
dengan Dhiya. Memang sengaja dia meninggalkan mereka berdua kerana dia percaya
anaknya memerlukan sahabatnya buat masa sekarang. Dia bersyukur kerana anaknya
mendapat kawan sebaik Dhiya. Dia sangat berharap Dhiya dapat menolong mereka
dalam memulihkan kembali semangat anak kesayangannya. Dia sangat menyayangi
Ainul, Ainul adalah satu-satu puteri dalam rumah ini. Sejak dari kecil hingga
sekarang, kehadiran Ainul memberi kehangatan dalam rumah mereka. Namun kini,
rumahnya seakan sejuk dan beku tanpa senyuman mahupun gelak ketawa. Dia tidak
sanggup menghadapi hari-hari mendatang sebegini.
‘Ya Allah, Kau berikanlah
ketabahan dan kekuatan kepada puteriku. Bantu dan pimpinlah dia kejalan-Mu, Ya
Allah. Kembalikan senyuman puteriku, berikanlah dia kebahagiaan, Ya Allah.
Kepada-Mu lah aku meminta, sesungguhnya Kau Maha Pengampun lagi Maha
Mengasihani,’ doa Puan Maria dengan penuh pengharapan kepada Maha Pencipta.
Matanya sudah dibanjiri dengan air mata.
No comments:
Post a Comment