bunga

lagu

Thursday, January 31, 2013

CERpen 4 : sUNFLower diHatIKU (PArT 2)

3 tahun yang lalu....

tweet.. tweet..tweet!..
handphone Sophea Humaira berbunyi, ada message masuk. dia melihat ke paparan skrin handphone nyer sambil tersenyum. lalu message tersebut dibukanya.

"maira!! kau kat mana sekarang? aku dah sapa dah. =)"

dengan pantas jari jemari nya membalas message tersebut.

" aku dalam bas lagi ni, kejap lagi sapa.. tunggu sat naa.."

Sophea Humaira tersenyum. tak sapa 3 minit, handphonenya berbunyi lagi, tweet..tweet..tweet..

"eh, lambat lah kau ni.. haha.. cepat la sikit!!!=p"

sophea humaira melihat jam tangannya.. jarum jam tepat menunjukkan pada pukul 2.15 petang. dia membalas message sahabat karibnya itu.

"eh, kau yang datang awal. bukan janji kol 2.30 petang ke?? awal datang..ni rindu sangat nak jumpe aku ke apa?? hahaha =p"

2 minit kemudian handphone nyer berbunyi lagi.. tweet..tweet..

" rindu tengkorak hang.. haha.. perut aku dah lapaq ni, kang aku makan kau jap lagi.. haha"

sophea tergelak membaca message dari sahabat karibnya itu. Dalili yang duduk disebelah Sophea Humaira menjadi pemerhati sejak mereka menaiki bas bersama dari kolej kediaman mereka. dalili tersenyum seketika melihat gelagat sophea humaira a.k.a roomatenya melayan message yang diterimanya. humaira membalas message tersebut.

"amboi.. main kasaq napak.. tengkorak aku pon jadi mangsa.. hahah.. sat la.. kalau aku jadi driver bus, aku daa pecut 200km/h.. masalahnya aku bukan driver bus, aku PASSENGER jewwww...ngerti kamu?? haha =p"

sophea humaira tersenyum gembira. gembira dengan kunjungan message yang diterimanya.

" maira? kau message dengan siapa ni? gembira bebenor..," tanya Dalili kepadanya.
" dengan siapa lagi Lili, dengan mamat sengal tu lah.. hehe," jawabnya kepada pertanyaan kawannnya itu.
" Saiful Aiman?," tanya Dalili. sophea humaira hanya mengangguk kepalanya sambil tersenyum. memang menjadi kebiasan humaira akan mengajak dalili sekali apabila dia ingin keluar bersama dengan saiful aiman. tak elok kalau keluar berdua, jadi dia membawa dalili. dalili juga sudah mengenali Saiful Aiman. perkenalan dengan Saiful Aiman bermula di zaman matrikulasi Kulim, sejak dari situ mereka menjadi semakin rapat. walaupun after matrikulasi mereka tidak belajar di kampus yang sama, namun mereka sering berjumpa di hujung minggu mahupun apabila ada masa yang terluang. sophea humaira student physiotherapy di uitm kampus puncak alam manakala Saiful Aiman student chemical engineering di uitm kampus shah alam.

"eh, aku tengok kamu berdua ni dah macam pasangan kekasih dah.. kau tak de hati ke kat dia weyh?," tanya Dalili. sophea humaira sudah lali dengan pertanyaan tersebut. ni bukan kali pertama kawannya itu menanyakan soalan sebegitu. hampir hari-hari, kadang2 dia malas dah nak bukak mulut memberi jawapan yang sama.
" Lili, kan aku dah cakap. aku ngn si Epol tu kawan rapat je. bestfriend. tak lebih dari tu. kami selesa berkawan bersama. dia.. otak sengal gila-gila.. ok ar tu masuk dengan aku. kau tak bosan je tanya soalan sama kat aku hari2?," tidak dapat dinafikan ada masa sophea humaira terasa rimas dengan pertanyaan tersebut. dalili mengesan perubahan wajah humaira yang tidak selesa dengan pertanyaannya.
"aku mintak maaf maira. aku just bimbangkan kau. perempuan dengan lelaki tak boleh kawan rapat sangat taw..bahaya.. nanti ada perasaan aneh singgah di dalam hati tu, kalau berbalas, ok la.. kalau tak berbalas, merana maira," nasihat Dalili kepada humaira.
"ok lili.. aku ingat nasihat kau.. kau janganlah risau, aku dengan epol tak ada apa-apa.. perasaan aneh tak ada pon singgah di hati aku ni, kami kawan baik jeww.. lagipun epol tu bukan taste aku la.. pendek,hidung tak mancung, kulit gelap, kening tebal, kuat makan tak padan dengan badan, kuat gelak..apa lagi??? hehe,"jawab humaira main-main. dalili hanya menggelengkan kepala sambil tergelak mendengar jawapan humaira. mereka berdua tersenyum.

*********************************************************************************

10 minit kemudian, mereka tiba di setia city mall, setia alam. seperti yang dijanjikan, pizza hut restaurant menjadi tempat pertemuan mereka. humaira berjalan seiring dengan dalili. kelihatan sahaja pintu masuk pizza hut restaurant, humaira tersenyum gembira. mereka berdua melangkah masuk ke dalam restaurant tersebut. mereka mencari kelibat saiful aiman. matanya pantas mengesan muka saiful aiman yang duduk di meja di ruangan tepi sebelah kanan restaurant tersebut. dia tersenyum. dia melambaikan tangannya kepada bestfriendnya itu. saiful aiman dari jauh tersenyum melihat kedatangannya bersama dalili. lelaki tersebut membalas lambaian humaira. humaira dan dalili berjalan ke arah lelaki tersebut. semakin dekat dengan meja tersebut, mata humaira dapat mengesan susuh tubuh yang duduk berhadapan dengan saiful aiman.

'siapa perempuan tu??,' hatinya berbisik sambil kakinya melangkah semakin menghampiri meja tersebut.

"hai!!,"dalili menyapa saiful aiman dan perempuan dihadapannya. sapaan dalili menyedarkan humaira dari dunianya.
"hai epol!," ujar humaira tersenyum.
saiful aiman dan perempuan tersebut hanya tersenyum dan mempelawa humaira serta dalili duduk di meja mereka. dalili mengambil tempat di sebelah perempuan tersebut manakala humaira duduk disebelah saiful aiman, diagonal to that 'perempuan'. saiful aiman memulakan bicara.

"haish.. lambat betul la kau.. aku dah kebuluq dah ni.. hehe," ujar saiful aiman kepada humaira.
"ala, lek la.. dengan perut buncit kau tu, tak mati la kalau tak makan sehari.. haha," gelak humaira dan diturut serta oleh dalili dan perempuan tersebut.
"eh, canteeeekk sikit.. perut aku six packs ok..," tegas saiful aiman. humaira hanya menggelengkan kepalanya.
"yo la tu epol, dari duk layan otak kau yang masuk air ni, baik order, baby aku dah bunyi ni," balas humaira sambil tangannya membelek-belek buku menu di tangannya.
"eh, aku lak masuk air, kau tu yang masuk lumpur," balas saiful aiman sambil tersengih. dari tadi dalili dan perempuan itu menjdai pemerhati dan tergelak melihat gelagat mereka berdua.

"ehh. lupe lak i nak kenalkan. lis?ni la perempuan yang selalu i ceritakan tu, bestfriend i dunia akhirat, sophea humaira.,' ujar saiful aiman kepada perempuan tersebut. perempuan itu tersenyum.
 "maira? ni girlfriend i, Annalis," saiful aiman memperkenalkan Annalis kepada humaira. humaira sangat terkejut namun sempat ber acting cool. humaira dan annalis berpandangan dan bersalaman.
" saya annalis, panggil saja Lis," ramah annalis.
"maira.," ujar humaira sambil tersenyum.
" ni pula dalili, kawan sebilik maira," saiful memperkenalkan annalis kepada dalili. mereka berdua berkenalan.

'girlfriend?? kenapa dia tak pernah bagi tahu dekat aku pon??,' bisik hatinya yang curious.

entah kenapa, tanpa disedarinya, hatinya merasa tidak selesa dengan pertemuan kali ni. hatinya sakit melihat kemesraan dan keramahan saiful aiman dengan annalis. sepanjang pertemuan mereka, humaira banyak mendiamkan diri tidak seperti kebiasaannya, yang hyperactive dan petah berkata-kata serta expert  mengenakan orang. harinya ibarat bunga matahari yang layu......







Tuesday, January 29, 2013

cerPEN 4 : SUNflowER DihATIKU (paRT 1)

3 tahun kemudian..

sudah cukup seminggu Sophea Humaira pulang ke Malaysia. dia hanya menghabiskan masanya di rumah bersama family tercinta, genap 3 tahun dia meninggalkan 'rumahku syurgaku' itu,berangkat ke melbourne, Australia bagi menyambungkan pengajian sarjananya a.k.a master in physiotherapy. kini, dia sudah memiliki master setelah payah bertungkus lumus di negara orang. rindu akan family, rindu akan teman-temannya, rindu akan makanan kegemarannya, rindu akan suasana Malaysia masih lagi belum terubat. dia ingin menikmati sepuasnya sebelum dirinya  dipanggil keje bersama UITM as lecture. menurut kontrak yang dipersetujuinya oleh kedua pihak Sophea Humaira perlu berkerja as lecture di uitm selama 5 tahun. hari ini, adik perempuannya, Sophea Hazera mengajaknya window shopping di KLCC Suria. katanya sudah lama tak keluar bersama. Sophea Humaira mengiyakan sahaja, memandangkan dirinya juga sudah lama tidak menjejak kaki ke KLCC. adiknya melompat kegembiraan, semenjak akaknya menyambung pelajaran ke australia, dia tidak menafikan merasa kesunyian, geng window shoppingnya tak ada, mahu tak bosan!.. haha.. mahu ajak ibunya?.. ibunya bukan kaki jalan seperti dia dan akaknya. Sophea Hazera tersenyum gembira dan terus menaiki tangga rumah mereka untuk bersiap. akaknya menbontotinya menuju ke kamar masing-masing.

kemeja biru nila digandingkan dengan skirt labuh berwarna kelabu menjadi pilihan hati Sophea Humaira untuk disarungkan ke tubuhnya. ditambahkan pula dengan aksesori belt bercorak leopard di lilitan pinggangnya manakala selendang menutupi rambut dan kepalanya. flat shoes semestinya menjadi pilihan dihatinya, senang nak berjalan, tak ada lah sakit kaki apabila jalan lama-lama. dia memandu kereta kembara berwarna merah milik ayahnya. mereka tiba di KLCC Suria pada pukul 11.30 pagi. dia berjalan seiring dengan adiknya, Sophea Hazera.

" akak, Zera ingat nak pilih hadiah untuk Akif la. minggu hadapan birthday dia," ujar Sophea Hazera kepada kakaknya.
" akif? akif mana pulak ni zera?," tanya Sophea Humaira kebingungan.
" ala akak ni, lupa la.. kan zera dah ceritakan dalam skype masa akak duk aussie dulu.. bestfriend zera la, zera jumpa dia masa matrik dulu, belajar sama-sama," jawab Sophea Hazera seakan-akan merajuk. Sophea Humaira terdiam seketika.
"ooo... budak laki comel tu ke?.. haha," Humaira tergelak apabila teringat story adiknya itu ketika mereka berhubung melalui skype. muka hazera merah padam, malu apabila kakaknya mengutarakan word 'comel'.
"haaa.. ingat pon.. berbuih mulut ni duk story mory, bazir air liur" ujar Hazera tanpa menghiraukan gelak tawa kakaknya.
'eh, mana ada zera bazir air liur, kan time tu tangan zera jew yang gerak.. haha..padan la lengan zera dah kecik.. penat menaip ye," selamba Humaira menyakat adiknya sambil memegang lengan adiknya. semua orang sedia maklum yang sememangnya hazera sedikit berisi dan chubby berbanding Humaira.
"pooodahh! akak ni.. lemak-lemak jangan mainlah.. isu sensitif taw," rajuk seorang adik. humaira ketawa sakan. mereka adik beradik suka bergurau seperti keluarga lain juga.
"hhahaha.. akak gurau je la.. tapi kan zera, bukan ke zera benci ke kat budak laki tu? sekarang dah jadi bestfriend dah?," tanya Humaira. hazera tersipu malu.
" entah. dulu memang benci.. tapi lama-lama rasa macam masuk la dengan akif ni," jawab adiknya malu. Humaira tersenyum.
"zera jatuh cinta kat dia eaaa??.. betul x?? betul x??," usik Humaira.
" eh. xde la akak.. zera dengan akif kawan jew.. teman tapi mesra," jawab Hazera yang berlagak tenang.
" ye ke ni zera, ye ke ni?," usik Humaira lagi ditambah dengan aksi tangannya yang mencucuk pinggang adiknya. hazera cuba menjauhkan dirinya mengelak panahan tangan kakaknya ke pinggangnya. mereka tergelak ketawa di kalangan khalayak ramai yang sedang berjalan-jalan sepanjang jajaran shops.
"akak! dah la tu.. penat la gelak.. betul!! zera dengan akif tu kawan jew.. tak lebih dari tu..seriously," kata hazera dengan wajah yang serius. humaira masih lagi tersenyum, enggan percaya kata-kata adiknya.
"laki dan perempuan tak boleh kawan rapat tahu, bahaya!.. nanti datang satu perasaaan aneh singgah dalam hati.. watchout zera!," usik Humaira lagi sambil tergelak.
"mengarut la akak ni. makin layan makin menjadi-jadi. tak de maknanya perasaan aneh ke, ganjil ke, alien ke, tak kan.. kami hanya selesa berkawan, ok?," jelas Hazera dengan penuh semangat. humaira masih lagi tersenyum.
"dah la kak, jom la..zera nak masuk kedai sana jap," ujar Hazera sambil tangannya menunjukkan kedai yang ingin dikunjunginya. hazera memulakan langkahnya dahulu. adiknya berada 5 langkah dihadapannya. dia hanya mengekori adiknya.

beberapa langkah Humaira berjalan, dia berhenti. memikirkan kata-kata adiknya sebentar tadi mengingatkannya akan seseorang yang bernama Saiful Aiman. senyuman dibibirnya hilang tatkala nama tersebut terpapar di skrin matanya. di mana lelaki itu berada sekarang?. sudah berkahwin ke dia?. pelbagai persoalan bermain di pemikirannya. tanpa disedarinya, dia mengeluh.

"akak!!!! sini lah," panggil hazera yang tercegat dihadapan kedai tersebut.
panggilan hazera mengejutkan humaira dari lamunannya. dia mempercepat langkahnya menuju kearah adiknya. dia menghadiahkan senyuman kepada adiknya.

mereka berdua memasuki kedai tersebut. hazera sibuk memilih hadiah untuk bestfriendnya akif. humaira berjalan-jalan melihat barang-barang didalam kedai tersebut. setalh puas mengelilingi kedai tersbut, hazera masih belum selesai dengan pemilihan hadiahnya. tidak dapat dinafikan, mood nya sedikit terjejas pada hari ni apabila nama saiful aiman muncul di mindanya. dia terasa sedikit moody dan tak berminat untuk melihat barangan. dia melangkah keluar dari kedai tersebut sementara hazera sibuk memilih hadiah. humaira berhajat mahu menunggu adiknya diluar kedai tersebut. dia menyandar ke besi dan kaca penghadang korridor. matanya memandang kebawah , melihat manusia lalu lalang yang sibuk dengan hal masing-masing. ada ibu dan anak kecil bershopping, ada pasangan tua yang bershopping, ada pasangan muda yang berpegang tangan, ada ayah yang sedang mendukung anaknya. dia hanya memerhati pemandangan di bawah. setelah tahap kebosanannya bertambah, dia mengangkat kepalanya dan fiona's florist menangkap pandangan matanya. tanpa disedari, senyuman terukir di bibirnya. kakinya melangkah pergi menuju kedalam kedai bunga tersebut. masuk sahaja kedai tersebut, hati humaira terus berbunga, ye la dah nama pun kedai bunga kan.. hahaha.. setiap ruang dan penjuru kedai tersebut di penuhi dengan pelbagai bunga. dia tersenyum lebar. di penjuru sebelah kiri, terdapat deretan bunga matahari a.k.a sunflower.. bunga kegemarannya..
"wow!! cantikknya," lalu tangannya mengambil sekuntum dua bunga matahri. batangnya besar, kelopak nyer pon besar. dua atau tiga kuntum sudah cukup cantik untuk matanya menikmati. dia bagaikan lupa dengan orang sekeliling.. seolah-olah dalam dunia ni hanya dia dan bunga matahari, betapa fanatiknya akan bunga matahari. dia terasa bahagia.

" cikk!!," panggilan seorang lelaki membuat nya menoleh ke belakang.
"ye?," dia menjawab dengan spontan. apabila dia menoleh kearah lelaki itu, lelaki itu sedang membelakanginya sambil tangannya memilih-milih dalam bekas bunga tulip yang di letakkan diruangann tengah kedai tersebut. Humaira kehairanan.
lelaki itu menoleh," bunga mataha.... ri ada tak?," tanya lelaki itu tersekat-sekat seakan terkejut apabila memandang wajah Humaira. humaira juga terpaku. bunga matahari yang berada di tangannya terlepas ke lantai.
"awak!!," sapa lelaki tersebut sambil jarinya menunjuk ke arah Humaira. humaira masih terkejut, dia tertelan air liur, tetiba tekaknya terasa kering susah untuk dia menuturkan kata. bunga matahari menjadi saksi pertemuan antara mereka.


Saturday, January 12, 2013

cERPen 3 : ikaTAN KAsiH (PaRT 4)

pada waktu petang.............

"abang!!!," sapa Iman dari pintu bilik pesakit itu. di depan pintu tersebut tertulis nama pesakit Ahmad Imtiyaz. dia menghadiahkan senyuman kepada abangnya dan melangkah masuk. kelihatan abangnya seday duduk diatas katil membaca suratkhabar di hamparkan di cardiac table. abangnya juga menyambutnya dengan senyuman. biarpun bibirnya lesu, kulit mukanya pucat, imtiyaz akan tersenyum apabila melihat adiknya. itulah kegembiraan dalam hidupnya melihat adiknya yang sentiasa tersenyum.

"abang dah makan?," sapa iman lalu duduk di kerusi sebelah katil abangnya.
"dah, adik abang bawak apa tuk abang hari ni?," tanya imtiyaz
"adik ada beli kek faveret abang, carrot cake!," iman yang tersengih. lalu mengeluarkan carrot cake dari kotaknya. dia dapat melihat kegembiraan abangnya. dia tersenyum puas.
"waaa.. daa lama abang tak makan ni..," imtiyaz menanti iman memotong kek tersebut untuknya. imtiyaz membetulkan topi di kepalanya yang ala-ala 'snow cap'. semenjak buat chemotherapy, dia mengalami keguguran rambut, one of side effects for cancer treatment. iman memotongnya dalam meletaknya di atas piring.

"nah! special untuk abang tersayang.. cewwaah!," kata iman sambil tergelak halus.
"terharunya abang.. haha.. jak bila lak adik abang jadi budak yang baik ni," seraya imtiyaz  menyuapkan carrot cake tu kedalam mulutnya menggunakan sudu.
"eh, adik jak dulu lagi budak baik taw, tengoklah sapa yang besarkan adik," kata iman sambil mengeyitkan mata kepada abangnya. mereka ketawa terbahak-bahak.
"kan!! haha.. tapi abang pelik la," kata imtiyaz
"pelik kenapa abang?,"tanya Iman kehairanan.
"macam mana si Azmi tu boleh suka kat adik ea? dahlah muka biasa-biasa saja, make up pon xpandai, fashion baju?? mm.. lagi x!..pandai masak?? oh tidak!! ahhaha," dengan selamba imtiyaz berkata. dia ketawa terbahak-bahak melihat adiknya yang sudah membulatkan mata dengan tangannya tercekak di pinggang.

"ok. fine.," lalu iman mengambil piring yang mempunnyai cake carrot tadi. sebagai balasan sebab abangnya mengusiknya seperti itu.
"ala...", abangnya hanya menjilat sudu, sedih kek nya sudah dibawa lari. iman tergelak.
"tu la.. kutuk adik lagi.. nanti adik tak nak beli carrot cake untuk abang lagi," ujar iman lalu menghulurkan semula kek tersebut. imtiyaz tersenyum.
"ala.. abang bukan kutuk.. abang utarakan kenyataan jew.. haha," balas imtiyaz sambil menyuapkan kek ke dalam mulutnya. iman gembira melihat telatah abangnya. biarpun doctor diagnoses as brain tumour, abangnya seorang tabah dan redha menerimanya. biarpun kesakitan, dia masih mampu tersenyum.

*********************************************************************************
pada waktu malam........................

iman menolak kerusi roda yang diduduki oleh abangnya menghala ke arah taman kecil di luar wad tersebut. jam menunjukkan pukul 9 malam. iman memarkirkan kerusi roda abangnya bersebelah dengan bangku yang berwarna coklat yang berhadapan kolam kecil mempunyai penghuni pelbagai jenis ikan. imtiyaz begitu lemah untuk berdiri sendiri. iman menolong imtiyaz untuk berdiri dan mengalihnya duduk di bangku coklat tersebut.
iman melabuhkan punggungnya disebelah abangnya itu. angin malam begitu dingin dan sejuk. iman yang hanya memakai t-shirt bersama cardigan labuh serta hanya berseluar jeans. dia membetulkan baju sejuk di badan abangnya. abangnya juga kesejukan. lalu dia mengambil blanket di belakang poket kerusi roda tersebut melilitkan badan abangnya.

"sejuk sangat tak abang?," tanya iman.
"ok dah, kurang sikit," jawab imtiyaz.
"nape abang tiba2 ajak iman duk kat taman?," tanya iman kehairanan. biarpun dicegahnya atas alasan cuaca malam ni sangat sejuk,banyak nyamuk namun abangnya tetap mahu ke taman.
"saja. nak amek angin malam. bosan asyik terperap dalam bilik tu,"jawab abangnya. imtiyaz mendongakkan kepalanya kelangit.
"banyaknyer bintang malam ni. cantik sangat," ujar imtiyaz. iman juga mendongak ke langit.
"aah.. cantiknya.. dah lama kita tak tengok bintang macam ni kan abang," mereka menghayati keindahan langit pada malam itu.
" iman?", panggil abangnya.
"ye abang?,"jawabnya.
"barang2 hantaran daa settle ke semua? abang mintak maaf abang xdapat nak tolong adik," ujar Imtiyaz perlahan. sejujurnya, memikirkan adiknya bakal diserahkan kepada bakal suaminya. hatinya menjadi sayu. namun dia bersyukur kerana apabila dia tiada nanti, dia tahu lelaki sebaik Azmi boleh membahagiakan adiknya.
" xpe lah abang, abang jangan risau.. semua dah settle dah, catering pon dah tempah.. inshaAllah , semua kan berjalan lancar," ujar iman sambil tersenyum, dia tahu abangnya risaukan akan perkahwinannya.
" adik dah sedia nak jadi bini orang?," tanya imtiyaz seperti si ibu bertanya kepada anak perempuannya.
"mm.. takut gak abang.. ni fasa baru dalam hidup adik. tapi adik yakin dengan adanya abang disisi adik, azmi sebagai suami adik.. adik pasti boleh harunginya," jawab iman dengan yakin sambil memeluk tangan abangnya. imtiyaz tersenyum.
" adik?."
"mmm?"
"andai kata abang xsempat nak tengok adik atas pelamin, janji dengan abang... janji adik jangan sedih taw, adik kena jaga diri adik elok2,jaga solat adik, dengar cakap suami adik, jangan sesekali menderhakakan suami taw. syurga isteri di bawah kaki suami." ujar imtiyaz tenang. iman memandang tepat ke muka abangnya.
"kenapa abang cakap macam ni? abang kan janji nak datang majlis adik. abang cakap hari kawen adik adalah hari paling bahagia bagi abang," jawab iman yang memuncungkan mulutnya, dia tak suka bila abangnya berkata seperti. namun, imtiyaz hanya tersenyum.lalu pipi adiknya dicubit. iman menjerit kecil. dia sememangnya manja dengan abangnya.
"hisssh.. dah nak jadi bini orang pun, suke merajuk lagi, macam budak2," imtiyaz tergelak. iman juga turut tergelak tawa.
"adik? ingat taw apa abang pesan selama ni, selalu berbuat baik kepada orang, janganlah mengharapkan balasannya, ikhlaskan hati dan serahkan segalanya kepada Allah swt," ujar imtiyaz lagi dengan tenang.
" ye abang. adik ingat. jak kecik sehingga sekarang, adik ingat pesan abang." iman tersenyum.
imtiyaz merenung muka adiknya tersenyum. tiba-tiba hatinya menjadi sayu, seakan berat mengalihkan pandangannya dari muka adiknya. mungkin muka tersebut tidak dapat lagi dilihatnya. matanya bergenang air mata.
"adik? abang nak adik taw, adik ibarat bintang di langit, penyeri tika abang sakit, penyeri tika abang kesusahan. adik kekuatan abang, terima kasih adik, adik selalu ada disisi abang," ujar imtiyaz sayu dengan kolam airmata sudah melimpah, tidak dapat menakung lagi. iman tersentuh. dia cuba menahan sebak. dia mengangguk-anggukkan kepalanya. matanya sudah bertukar merah namun dia cuba mengawalnya dari mengalir keluar. dengan pantas jari jemarinya menyeka airmata di pipi abangnya. lalu dahi abangnya dicium.
"abang ni.. cememeng.. kuat nangis lah.. dah tak handsome dah," kata Iman sambil tergelak halus diiringin dengan gelak imtiyaz.
"abang jangan wisau, sampai akhir hayat abang, adik akan teman abang, ikatan kasih adik tidak akan pernah putus," ujar Iman tenang.
"abang takut adik. takut menghadapi kematian....." balas imtiyaz dengan menundukkan kepalanya.
"abang? kita banyakkanlah berdoa kepada Allah swt abang, agar diampunkan segala dosa kita, agar kita dipanjangkan umur, dipermudahkan urusan kita di akhirat dan dunia.. doa adik sentiasa bersama abang," ujar Iman lembut.
"terima kasih adik." imtiyaz menghadiahkan senyuman kepada adiknya.
"adik? abang penatlah,"ujar abangnya.
"jomlah kita masuk dalam,"ajak adiknya.
"tak naklah.. abang nak tengok langit, tak puas lagi, abang nak letak kepala atas bahu adik boleh?,"minta imtiyaz.
"boleh, meh sini," ujar iman sambil menepuk-nepuk bahunya. imtiyaz meletakkan kepalanya di bahu iman. imtiyaz terasa sangat penat, matanya sedikit kabur, nafas sedikit sudah tidak teratur.
"tak berat ke kepala abang, adik?,"tanya imtiyaz perlahan.
"tak la, ringan jew.. adikkan physiotherapist.. mesti la kuat.. hehe,"gurau adiknya. imtiyaz tersenyum.
"adik ceritalah apa2, abang nak dengar,"pinta abangnya.
"cerita?mmm...haaa.. ada satu cerita.. ada pesakit adik ni, spinal cord injury patient, dia lumpuh pinggang kebawah abang, baru umur 15 tahun, kesiankan dia abang??... abang???," iman cuba memanggil abangnya. dia merasa kelainan. malam ni abangnya kurang response kepada ceritanya tidak seperti selalu.
"mmmm?," namun hatinya lega setelah abangnya memberi response. dia menyambungkan ceritanya.
"pahtu , yang adik kagum dengan dia, dia tak pernah pun menangis abang. tiap-tiap pagi adik tengok dia selalu murah dengan senyuman, hati adik pon sejuk tengok dia, rasa semangat nak tolong dia. seusia 15 tahun, dia dah diuji dengan dugaan begitu berat, tabahkan dia abang??... bang?? abang??."
namun tiada suara pon dari mulut imtiyaz. dengusan nafas dan kehangatan badan imtiyaz juga tidak dikesan oleh iman. iman menggocangkan lengan abangnya.
"abang??.. banggg..," namun tiada suara. hati iman gelisah. ketakutan menguasai hatinya.
"tidak..tidak..tidakk!!,"bisik hatinya.
"abang?? bang.. jawablah adik panggil ni," ujar iman, namun kepala imtiyaz masih terkaku dibahu iman.airmata iman tertakung dikelopak matanya. dia terasa sejuk dan takut. dia menggocang lengan abangnya dengan lebih kuat. tetiba kepala imtiyaz jatuh tersungkut diatas ribanya dengan membenamkan kepalanya. tubuh imtiyaz lemah dan sejuk. dengan tangan menggigil, iman menterbalikkan muka abangnya, melihat sahaja muka abang yang pucat lesu, air matanya mengalir laju. tiada hembusan nafas dapat didengari, tiada nadi yang berdenyut lagi di leher abangnya. tiada kesedihan yang dapat digambarkann setelah kehilangan orang paling kita sayang didalam dunia.
iman memeluk erat kepala abangnya, air matanya membasahi muka imtiyaz yang tenang dan lesu.
" ya Allah.. ya Allah.. ya Allah.." hati iman tidak berhenti membisikan nama Allah SWT.


THE END



cERPen 3 : ikATAn kaSIh (paRT 3)

"Assalamualaikum.. assalamualaikum.. assalamualaikum.."

Pak Limat bertalu talu memberi salam di hadapan pagar rumah teres setingkat tersebut. mengikut alamat di tangannya, dia pasti inilah rumahnya. namun rumah tersebut sepi tanpa suara. Pak Limat terus berusaha memberi salam. sepasang budak lelaki dan perempuan turut berdiri disebelah pak Limat. jam menunjukkan pukul 9.30 pagi. setelah sekian lama, muncul seorang perempuan yang dalam linkungan umur 47 tahun.

"waalaikumussalam," perempuan tersebut berjalan menuju ke pagar rumah. mereka hanya menanti.

"ye, nak cari siapa?," tanya perempuan.

"ini rumah Erlina binti Mahmud ke?," pak Limat inginkan kepastian.

"ye, saya erlina binti mahmud. kenapa ye?," tanya perempuan itu lagi.

"Alhamdulillah.. dah sejam kami cari rumah puan, jumpe pon. saya Pak Limat, yang telefon puan 2 hari lepas," ujar Pak Limat. perempuan itu terkejut lalu membuka pagar rumahnya. dia tersenyum gembira.

"ooo.. ni lah Iman dan imtiyaz ye..," ujar Mak Cik Lina sambil memegang tangan iman dan imtiyaz. mereka dia beradik hanya tersenyum. gembira dengan sambutan mak ciknya walaupun mereka belum pernah ketemu.

"muka kamu seiras dengan arwah ibu kamu, tak ubah langsung, mata, hidung kamu," ujar Mak cik Lina sambil mengusap pipi iman yang cantik bertudung litup dikepalanya. iman tersenyum.

"meh la masuk dulu Pak Limat," ajak Mak cik Lina. pak Limat mengangguk kepalanya. mereka berempat berjalan memasuki rumah tersebut.

*********************************************************************************

mata iman terpandang pada glob salji yang diletakkan diatas meja solek anak perempuan mak cik Lina yang juga merupakan roomates nyer. cantikk sungguh. dalam glob salji tersebut terpacak seekor anak beruang jantan memegang sebentuk bintang dan dihulurkan kepada anak beruang betina. dia menggapainya. lalu iman menterbalikkan glob itu supaya salji2nya turun menhujani anak-anak beruang itu. dia gembira meilhat kecantikkan glob salji itu. bibirnya terukir senyuman.

"haaa!! kau buat apa tu!!!," sergah Lela dari belakangnya.

"paaang!!!!!"

akibat terkejut, glob salji terlepas dari tangan iman. glob salji tersebut pecah berderai di atas lantai bilik mereka. salji-salji putih berselerak, anak beruang tercabut dari positionnya. Lela terkejut, dengan sekelip mata muka nyer berubah menjadi singa. iman ketakutan.

"maaf.. maaf.. maaf kak Lela. iman tak sengaja.. maaf.. maaf kak Lela," ujat Iman yang ketakutan.

"tak sengaja kau cakap? kau tahu tak ni benda paling aku sayang," tengking Lela sambil mendekati iman. riak wajah iman jelas kelihatan ketakutan.

"betul kak Lela. Iman tak sengaja, iman terkejut tadi.. maaf kak Lela," ujar iman dengan nada yang innocent.

"engkau! kalu setakat pandai mintak maaf jew.. baik xpayah.. aku nak kau bersihkan bilik aku, gantikan balik aku nyer glob salji tu!," tengking Lela dengnan seraya tangannya mencubit kuat lengan iman dengan kuat. iman menjerit kecil kesakitan. bukan kudratnya untuk berlawan dengan kakak yang umurnya sudah 20 tahun sedangkan umurnya baru 13 tahun. dia terima sahaja padahnya. Lela dengan geram mencengkap lengan Iman lalu menolak iman sehingga tersungkur di lantai berdekatan dengan glob salji tersebut.

"menyusahkan aku jew, sakit mata aku la hari-hari tengok kau.. dahlah menumpang.. buatlah cara menumpang, bersihkan kan semua," jerit Lela lalu meninggalkan Iman seorang diri dalam bilik. airmata iman menitis ke dua belah pipinya sambil tangannya dengan perlahan mengutip pecahan-pecahan kaca tersebut. lengannya terasa sangat sakit, ia kelihatan kemerahan dan ada sedikit calar akibat kuku panjang si Lela tadi. hati budaknya terluka dan air mata sahaja menemaninya. abangnya tiada dirumah menemani mak cik Lina menjual nasi di pasar malam setiap malam sabtu. dia sering kali di buli oleh Lela, anak tunggal mak ciknya itu apabila ketiadaan abangnya serta mak ciknya di rumah tersebut.

*********************************************************************************

"lina!!! ooo lina!!! lina!!! bukak pintu ni!"

"tukkkk..TUKKK.tukk," pintu diketuk dengan bertalu-talu.

jam menunjukkan pukul 3 pagi. ketukan pintu mengejutkan seisi rumah tersebut. mereka semua terjaga dan keluar ke ruang tamu mahu melihat siapakah gerangannya. mak cik Lina dengan cepat membuka pintu rumahnya. kelihatan susuk tubuh lelaki yang kusut masai berdiri di depan pintu rumah dengan wajah yang bengis. matanya lebam, baju yang dipakainya terkoyak, rambutnya tidak terurus. lelaki tersebut terus melangkah masuk. lalu dimenolak isterinya ketepi.

"aku nak duit!! aku nak duit!!," jerit lelaki itu lalu memasuki kamar beradu mereka. mak cik berlari-lari anak mendapatkan suaminya itu. sudah 4 bulan lelaki itu menghilang tanpa berita. puas dia mencari melalui kenalan-kenalan suaminya, tapi tiada siapa yang tahu di mana suaminya berada. suaminya berperangai buruk, suka berjudi, minum air kencing syaitan.. sudah puas dia menasihatinya, namun dia tetap dengan keras kepalanya. sebagai balasan. tali pinggang akan singgah di badannya. sekarang, dialah yang menyara keluarganya, nak harapkan suaminya memang tak berasaplah dapur mereka.  biarpun begitu, lelaki tersebut tetap suami selagi dia masih bergelar isterinya. dia tetap sayangkan suaminya, isteri mana yang tidak risau apabila suaminya menghilang tanpa berita. dia hanya mampu berdoa kepada Allah agar dibuka pintu hati suaminya untuk berubah.

"abang? abang pergi mana, sekarang baru balik?," tanya Mak cik Lina. namun tidak dijawab oleh suaminya. suaminya menjumpai purse isterinya. dia mengeluarkan beberapa not wang ringgit rm 50 dari purse tersebut.

" abang jangan la macam ni. ni duit sewa untuk bulan, abang janganlah!," ujar mak cik Lina yang cuba berusaha merampas di tangan suaminya, namun tangannnya di tepis dengan mudah.

"rm 450 jew. ni mana cukup.. aku nak duit!! mana kau letak duit kau??," tanya suaminya yang seperti hilang akal lalu menarik rambut mak cik Lina.

"sakit abang, sakit," ronta Mak cik Lina minta dilepaskan.

"aku tanya ni, mana kau letak duit kau?," tengking suaminya sambil mengheret rambunt isterinya keluar ke ruang tamu. aksi suami isteri tu ditonton oleh iman, imtiyaz dan lela. mereka tidak mampu melakukan apa-apa. masing-masing dalam ketakutan. imtiyaz terus memegang tangan iman, dan suruh adiknya berdir dibelakangnya.

"saya takde duit abang. duit saya semua abang dah amek,.. sakit abang..," rayu Mak cik lina.

"kau jangan nak menipu aku, cakap! mana kau letak duit kau!!!," jeritnye sambil tangan kanannya singgap di pipi mak cik lina. mereka semua terkejut. suaminya seperti orang gila yang sudah tidak boleh berpikir waras. mak cik lina dipukul bertalu-talu di muka dan di perut. imtiyaz tidak sampai melihat mak ciknya diperlakukan begitu.

"pak cik! pak cik!. dah pak cik!," imtiyaz cuba menghalang dengan menarik badan lelaki tersebut. namun kudrat nya tidak mampu melawan lelaki 2 kali ganda besar saiz badannya berbanding dengannya. imtiyaz tidak menyerah kalah. Lela turut membantu menyelamatkan ibunya. lela memeluk ibunya yang sudah terkulai di atas lantai.

"pak cik!! jangan!!," imtiyaz cuba menghalang namun dengan satu tolakan dari lelaki tersebut membuatnyer tersungkut ke lantai.

"eh, kau memang nak cari nahas ea dengan aku!!," lelaki itu rimas dan geram dengan perbuatan imtiyaz yang mencampur tangan dalam urusannya. lelaki itu menncapai kolar baju imtiyaz, dan satu tumbukan padu singgah di muka imtiyaz. kepala imtiyaz berpusing-pusing. satu tumbukan sahaja sudah cukup membuat mata imtiyaz berpinar sebentar.

"abang!!," jerit Iman dalam ketakutan.
satu lagi tumbukan singgah di perut imtiyaz. imtiyaz meraung kesakitan. mak cik lina yang masih lagi lemah, cuba bangun menghalang anak saudaranya dari dipukul. Lela membantu ibunya bangun berdiri. Iman menangis, dia menutup matanya dengan kedua tapak tangannya. dia tidak sanggup melihat abangnya diperlakukan begitu. dia ketakutan, menggigil.

"abang!! jangan pukul budak tu.. kalu abang nak pukul. pukul saya saja, pukul saya saja," rayu Mak cik Lina dengan linangan air mata. dia menarik-narik tangan suaminya. lelaki tersebut sekali lagi menolak isterinya dan terduduk di lantai. tiba-tiba mata lelaki itu terpandang pada iman. di leher iman terdapat seutas rantai emas pendek milik arwah ibunya. dengan pantas lelaki itu menuju ke arah iman. iman ketakutan dan air mata mengalir laju. iman mengundur ke belakang. langkah kakinya terlampau kecil jika mahu dibandingkan dengan langkah kaki lelaki tersebut. lelaki tersebut memegang rantai emas di leher iman sambil tersenyum. dia mahu merampasnya, namun iman cuba mempertahankannya. itulah satu2 peninggalan arwah ibu mereka. pipi putih iman ditampar sekuat mungkin. budak perempuan itu sudah tidak terdaya. imtiyaz bangkit dalam keadaan lemah cuba melindungi adiknya itu. akibatnya imtiyaz ditendang dan tersungkur, dia bangkit sekali lagi melindungi adiknya.mak cik lina dan lela turut membantu mereka.tapi mereka gagal. kekuatan lelaki tersebut tak dapat mereka tandingi. iman di pukul bertubi-tubi, terkulai lemah. rantai di leher adiknya berjaya dirampas. imtiyaz dengan pantas memeluk adik perempuannya dan membiarkan belakangnya ditendang tanpa keperikmanusiaan. iman memeluk erat badan adiknya. air mata lelakinya mengalir ke pipinya menahan kesakitan. iman dapat melihat jelas wajah abang nya menahan kesakitan. hatinya remuk dan tidak sanggup melihat, air mata merembes ke pipinya. lalu dipejamkan matanya dan membenamkn kepalanya di dada abangnya.

"duuuushh!,"

mak cik lina memukul dengan pasu bunga. lelaki itu pengsan dan tidak sedarkan diri. lela dan mak cik Lina terus menolong imtiyaz dan iman. tanpa berpikir panjang, mak cik lina mengemas barang iman dan imtiyaz, dan memberi rm 250 dari tempai simpanan rahsianya kepada imtiyaz. rantai emas arwah ibu mereka juga diberikan kepada iman.

"imtiyaz. cepat kamu bawak adik kamu kelaur dari rumah," itu lah jalan yang dapat difikirkan oleh mak cik lina ketika itu.

 di luar pagar, rumah mak cik lina kebingungan. dia seolah-olah tidak pasti dengan keputusannya. tapi dengan keadaan sebegini, dia tidak mampu melindungi mereka lagi. mak cik lina mencium dahi iman dan mengalir air matanya.

"maafkan mak cik sayang. mak cik tak boleh melindungi kamu berdua. naik bas, balik ganu cari pak Limat, dia akan bantu kamu," ujar mak cik Lina berlinangan air mata.

imtiyaz dan iman juga mengalirkan air mata. iman memapah abangnya berjalan. mak cik Lina hanya melihat kelibat dua budak itu hilang di sebalik kabus pagi. jam menunjukkan pukul 4.15 pagi, dua anak yatim berjalan kaki dalam kesakitan mencari tempat perlindungan. iman memegang erat lengan abangnya. tak mungkin dia melepaskannya. air matanya mengalir.

cERPen 3 : ikaTAN KAsiH (PArT 2)..

Arianna Iman merenung ke arah bingkai gambar ditangan kanan. gambar tersebut diambil pada dua tahun yang lalu. gambar graduasinya yang hanya ditemani abang kesayangan. itu sudah cukup membahagiakan hatinya. dua tahun lepas secara rasmi telah tamat pengajiannya sebagai sarjana muda physiotherapy. Kini umurnya sudah mencecah 26 tahun. dia juga sudah bekerja sebangai physiotherapist di Hospital Tunku Jaafar, Seremban. dia masih ingat tatkala abangnya melihat dia menyarungkan jubah graduasi di badannya, abangnya tidak dapat menahan air matanya. menjadi impian abangnya sejak dari kecil ingin menuntut ilmu di universiti dan memiliki segulung ijazah, namun sebab kesusahan yang mereka hadapi, abangnya mengetepikan impiannnya. iman selalu menjadi tempat pertamanya dalam hidupnya. tiada benda dalam dunia ini lagi penting dan bermakna daripada memberi segala kesenangan dan kebahagiaan adiknya. hari graduasi Iman merupakan hari graduasi Imtiyaz juga. bagi Iman, hari graduasi ni untuk abangnya kerana berjaya mendidiknya sehingga dia menjadi siapa dirinya sekarang. pengorbanan yang abangnya lakukan tidak mungkin terbalas olehnya. namun, dia berjanji setiap hari dan setiap saat, dia ingin sentiasa mengukirkan senyuman dibibir abangnya. dia tidak akan membazirkan masa walaupun sedetik. dia sangat menyayangi abangnya, lebih dari tunangnya sendiri. airmatanya bergenang di kelopak matanya. "abang.. abang kena kuat taw..untuk adik," bisik hati arianna iman.

~~ketawa bersama~~
~~menangis bersama~~
~~ku bersumpah harap kita~~
~~mati pun bersama~~

Caller tone telefon bimbit iman mengejutnya dari lamunan. dia meletakkan bingkai gambar tersebut ke atas mejanya. lalu tangannya mencapai telefon bimbitnya yang berada berdekatan. di paparan skrin telefon bimbitnya terpapar nama 'my fiance', seraya jarinya menekan butang hijau pada badan telefon bimbitnya.

"Waalaikummussalam Mie," jawab Iman kepada tunangnya. dia tersenyum. Azmi Ikhwan, tunangnya juga merupakan seorang physiotherapist di Hospital Sungai Buloh. sudah sebulan dia tidak bertemu dengan tunangnya kerana dia terpilih untuk mengikuti kursus pendek in paeds di United Kingdom. kini tunangnya sudah pulang ke Malaysia.

"Mie dah sampai Malaysia ke?,"tanyanya dengan gembira.
"aah.. mie baru mendarat 10 minit yang lalu. Buah hati mie ni sihat?,"tanya Azmi.
"sihat. ni mesti rindu iman kn? terus telefon iman ni," tanya Iman dengan gelak tawa.
"eh, giler tak rindu bakal isteri sendiri," balas Azmi dengan ketawa terbahak-bahak.
 Iman terasa bahagia. baginya, Azmi adalah pelengkap hidupnya dengan abangnya. azmi juga rapat dengan abangnya mungkin juga kerana umur mereka yang sebaya.
"mm.. siapa amek mie kat airport tu?," tanya Iman.
" adik Lie yang amek. iman, kesihatan imtiyaz macam mane?," tunangnya bertanyakan khabar bakal abang iparnya.
"mmm.. seperti biasa Mie," iman terdiam.
"iman! petang nt mie datang seremban, nak jenguk Imtiyaz. lagipun mie dapat cuti 3 hari," ujar Azmi.
"aikk? jumpa abang je.. adik dia tak nak jumpa ke en.Azmi Ikhwan?," sakat Iman. dia tersengih.
" eh, giler tak jumpa.. mestilah jumpa. mie rindu iman jugak... hehe.. k la buah hatiku sayang, adik Lie dah sampai ni. petang nanti kite ketemu ea," ujar Azmi.
"orait boss.. hehe," seraya Iman membalas.
"jangan lupe makan taw."
"orait"
"jage diri"
"orait"
"jage solat"
"orait.. ye en.Azmi Ikhwan..hehe," balas Iman dengan gelak tawa. Azmi jugak turut ketawa, dia rindu mendengar suara tunangnya itu. Iman sangat arif dengan perangai tunangnya yang suka bergurau.
"dah la tu mie.. kesian Adik Lie tunggu tu, iman letak tefon ea," ujar Iman.
"yela.. yela..," Azmi bernada sedih. iman hanya tergelak halus.
"assalamualaikum mie," Iman menutup bicara mereka.
"waalaikumussalam".
iman letakkan telefon bimbitnya ke atas meja. dia tersenyum gembira. hatinya gembira melayan karenah dan songeh tunangnya itu.. beberapa saat kemudian, telefon bimbit nyer vibrate..

'brrrppp..brrpp..'
ada mesej masuk, lalu jari jemarinya menekan open message. mesej dari tunangnya.
"i miss u, my future wife.cant wait to see u =)"
 bibir Iman tersenyum lebar. dia jugak turut mempunyai perasaan yang serupa. rindu akan bakal suaminya. mereka bakal diijabkabulkan 2 bulan dari sekarang.

"tukkk..tukk...tukk"
pintu biliknya diketuk. kelihatan bayangan Che Jun, PPK ( pembantu pegawai kesihatan) disebalik pintu tersebut. pintu biliknya dibuka.

"cik iman, patients dari wad 5B dah turun. ada dua orang," beritahu Che Jun kepada nya. bulan ini che jun ditugaskan membantunya dalam merawat pesakit2 dari wad 5B, yang khusus untuk pesakit SCI (spinal cord injury)

"oh. ok. bed ticket mereka ada bawa turun sekali x?," tanya iman sambil berdiri mencapai kot putihnya yang tergantung di rak belakangnya.

"ada cik Iman. yang si Halim tu mintak tak nak exercises lah hari ni," mengadu che Jun. iman hanya tergelak halus. dia menggeleng-gelengkan kepala. dia kenal sangat dengan perangai si Halim tu, pesakit lamanya yang sangat malas when it comes to exercises. ada je alasan dia bagi.

"xpe.. xpe.. nanti saya tengok dia macam mana," kata iman lalu melangkah keluar dari biliknya. che jun hanya membontotinya masuk ke dalam gym.  kelihatan kelibat dua orang pesakitnya di atas kerusi roda yang sentiasa tersenyum. kadang kala dia kagum dengan semangat pesakit-pesakit, biarpun kebanyakkan mereka paraplegia (lumpuh paras pinggang ke bawah), mereka tetap tersenyum meneruskan kehidupan. mereka selalu berfikiran positif dan redha dengan ketentuan Illahi. dari jauh, iman membalas senyuman mereka.





Wednesday, January 9, 2013

cERPen 3 : ikATAn KAsiH (pARt 1)

angin malam yang sejuk lagi dingin menyapa pipi Iman. Iman berpeluk tubuh kesejukan. ombak pantai jelas kedengaran di telinganya. jari jemari kakinya begitu asyik menguis-nguis pasir pantai. dia terasa tenang dan damai. Di pasir pantai ini lah dia membesar, bermain dengan kawan-kawan sebayanya. tempat ini sudah sebati dengan kehidupannya. matanya memandang jauh ke laut. hatinya terasa sayu. sedih mahu meninggalkan tempat ini yang penuh dengan memori terindah buatnya. 13 tahun bukanlah jangka hayat yang lama namun terdapat seribu kenangan yang tak mungkin dia lupakan. dia akan merindui kawan-kawannya sepermainannya. dia akan merindui bunyi hon motosikal abang Indon yang jual ais krim potong sedap. dia juga akan merindui Mak Lemah yang jual keropok lekor sedap, setiap petang dia dan abangnya tidak pernah 'miss' beli keropok lekor kedai Mak Lemah. itu lah kedai keropok lekor paling sedap di Kampung Marang, Terengganu ni. rugi rasanya kalu sehari tidak membelinya dan menikmatinya sambil menghirup angin pantai pada waktu waktu petang. dia akan merinduinya semua ini. hatinya berat mahu meninggalkan tempat ni. matanya bergenang air mata. dengan perlahan, bibirnya berbisik," ibu.. ayah.. iman rindu ibu ayah"...

air matanya mengalir dipipi gebunya. jari jemarinya menyeka air mata yang berharga itu. Iman cuba menahan sebak di hatinya. dia mengalihkan pandangan ke langit. langit malam yang gelap sangat cantik dihiasi dengan kerlipan bintang bintang yang sentiasa sudi menemani malam. dia menggamati keindahan langit bersama hiasannya.

"Adik!". Iman menoleh kebelakang apabila bahunya dicuit oleh seseorang. suara tersebut amat dikenalinya. dia menghadiahkan senyuman apabila mata mereka bertentangan. Imtiyaz duduk dan melabuhkan punggungnya di sebelah adik kandungnya itu dan sekarang ini budak perempuan itulah satu-satunya ahli keluarganya yang masih ada bersamanya. jarak umur mereka hanya 3 tahun, Imtiyaz berumur 16 tahun manakala Iman berumur 13 tahun. walaupun umur mereka masih mentah namun hati mereka sangat tabah, menerima segala ketentuan Illahi. hanya Allah sahaja yang mengetahui keperitan dan kesedihan mereka, kehilangan orang yang tersayang dalam usia yang muda. usianya yang masih memerlukan perlindungan, memerlukan kasih sayang dari ibu dan bapa dan masih memerlukan tempat untuk bermanja dan bercerita tentang keseronokan persekolahan serta kawan-kawan mereka. namun mereka redha dan tabah menerimanya seadanya, Allah SWT lebih menyayangi ibu mereka. imtiyaz juga sudah berjanji dengan ibunya akan menjaga adiknya lebih dari nyawa sendiri. dengan usianya berumur 16 tahun, dia sedia memikul tanggungjawabnya menjaga dan membahagiakan adiknya. adiknya seorang yang manja,lembut dan suka ketawa. namun sejak kehilangan ibu mereka, imtiyaz perasan Iman menjadi sedikit pendiam, mungkin masih teringat akan arwah. dia tidak menafikan hati dan pikirannya juga begitu, namun dia perlu kuat untuk berhadapan dengan adiknya.


"apa yang adik tengok ni?," tanya Imtiyaz sambil mendongak ke langit. cantik sungguh ciptaan Allah SWT. langit yang gelap di terangi dengan cahaya putih kerlipan bintang-bintang.

"tu haa.. cantik kan bintang tu abang?," ujar Iman sambil menunjukkan jarinya kearah bintang yang paling terang antara berjuta-juta bintang di langit. mata Imtiyaz mencari bintang yang ditunjukkan oleh adiknya.

"aah.. cantiknya, bintang tu paling terang," ujarnya.

"cantik macam adikkan?,"ujar Iman kepada abangnya sambil tersengih.

"eh, perasanlah adik ni. ada orang cakap adik cantik ke?. abang tengok macam muka mak cik jual budu adalah" jawab Imtiyaz sambil ketawa terbahak-bahak, dia sangat suka menyakat adiknya. namun gurauannya
tidak dilayan oleh adiknya. Iman diam seribu bahasa.

"kenapa ni adik?," tanya Imtiyaz kehairanan. mata Iman yang sedang melihat bintang, dilarikan ke pasir pantai, kepalanya tertunduk. 

"ibu selalu cakap adik cantik seperti bintang, penyeri dalam hidup ibu," ujar Iman perlahan namun setiap tutur katanya dapat ditangkap oleh abangnya. Iman menahan sebak. Imtiyaz turut merasai kesedihan seperti adiknya, dia juga merindui ibunya.

"adik.. sabarlah adik..kalau adik rindu sangat kat ibu, adik sedekahkanlah alfatihan untuk ibu.. moge ibu tenang disana.. abang pun rindukan ibu," ujar Imtiyaz lembut. Iman hanya mengangguk-angguk kepalanya yang masih tertunduk. seketika kemudian, dia mengangkat kepalanya dan menghadap abangnya.

"abang? adik takutlah. macam mana kalau adik ibu tu tak nak pelihara kita?," tanya Iman. mereka tidak pernah berjumpa dengan kakak ibu mereka yang juga merupakan mak saudara mereka, yang hanya mengenali namanya sebagai Erlina dan menetep di Kuala Lumpur.

"adik janganlah takut. Pak Limat dah telefon dah Mak cik Lina tu. dia cakap dia terima kita. lagipun sebelum ibu pergi, arwah ibu dah tepon Mak Cik Lina," jawab Imtiyaz. Pak Limat tiada  pertalian darah dengan mereka, namun atas nama ketua kampung dengan juga perasaan belas kasihan terhadap dua anak yatim ni, dia menawarkan diri akan menghantar mereka malam ni ke Kuala Lumpur, rumah mak saudara mereka.

"tapi abang, kenapa Mak Cik Lina tak pernah balik kampung, tengok arwah ibu masa ibu sakit dulu?" pelbagai soalan bermain di otak anak kecil itu. 

"entahlah adik. abang pun tak tahu. arwah ibu pun tak pernah cerita kat abang," ujar Imtiyaz yang juga kehairanan. mereka terdiam seketika memikirnya kehidupannya yang bakal mereka tempuhi.

"Imtiyaz!!!!". kedengaran suara Pak Limat memanggil nama abangnya.
" Imtiyaz!! panggil adik kamu tu, bolehlah kita bertolak sekarang," jerit Pak Limat yang beberapa di pintu keretanya yang jarak 10 langkah dari mereka.

"yaa.. kejap Pak Limat," jawab Imtiyaz lalu dia bingkas berdiri. Iman masih lagi terduduk.

"adik! jom lah,"ajak Imtiyaz. namun Iman hanya mendiamkan diri. dia berasa berat meninggal kampung halamannya. Imtiyaz tahu adiknya sedih dan takut meninggalkan tempat ini, begitu dirinya, namun mereka perlu meneruskan kehidupan mereka seperti mana mereka sudah berjanji dengan ibunya. imtiyaz tersenyum.

dia menghulur kan tangan kepada adiknya, "adik, janganlah takut. selagi abang ada bersama dengan adik, abang akan lindungi adik, adik tak akan keseorangan. tapi kalau abang keseorangan, abang akan lemah, adik mesti ada disisi abang."

mata mereka bertentangan. seperti telepathy,Iman juga merasainya juga dan dia mengangguk kepalanya. dia tidak akan meninggalkan abangnya juga. dalam dunia ini, dia hanya punyai abangnya, Imtiyaz. Iman menyambut tangan abangnya lalu berdiri. dia tersenyum kepada abangnya. abangnya memimpinnya ke kereta. tepat pukul 9.30 malam, mereka berangkat ke Kuala Lumpur.



Saturday, January 5, 2013

sayyidul ISTIGHFAR..

salam..
sekarang ngah musim final exam, semua org sibuk dengan urusan masing2, termasuklah aku.. tapi apa kata kite rehat jap.. i just wanna share something.. did u ever heard on sayyidul istighfar?..
sayyidul istighfar ni salah satu zikir yang terdapat al-mathurat. 



banyak kelebihan membaca almathurat ni..almathurat selalu dibaca after solat subuh dan after solat maghrib..ia mengandungi banyak zikir2, wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. antaranya sayyidul istighfar...





"barang siapa yang membaca doa ini di petang hari dan dia betul-betul meyakini ucapannya, lalu dia meninggal dunia di malam harinya, maka dia termasuk penghuni syurga. barang siapa yang membaca doa ini di pagi hari dan betul-betul meyakini ucapannya, lalu dia meninggal dunia pada siang harinya, maka dia termasuk penghuni syurga" (HR Bukhari)

kawan-kawan.. jomlah kita sama amalkan doa ni dan bacaan almathurat setiap pagi dan petang.. moge2 kita tergolong dalam kalangan penghuni syurga.. inshaAllah..moge2 Allah SWT mempermudahkan urusan kita dalam melakukan perubahan ke arah kebaikan.. amin~~.. =)


*tetapi masa baca doa ni, kita haruslah meyakini bacaannya.. bermaksud menyesali atas segala dosa2 yang telah kita lakukan, bertekad untuk meninggalkan dosa dan berusaha untuk berubah ke jalan Allah.. bukan sekadar baca tanpa memahaminya =)

Friday, January 4, 2013

kaU IBaraT BinTANg 4


bintang..
sinaranmu buat ku terpesona..
kilauanmu buat ku terpukau..
kemesraanmu buat ku bahagia..
terasa sangat bahagia..

bintang..
biarpun kita berjauhan beribu batu..
biarpun jarak antara bumi dan langit
sebagai pengukur..
ku percaya kau tetap ada disana..

angin malam sapakanlah berita gembira kepadaku..
agar lukisan senyuman dapat ku nikmati..
angin malam sapakanlah salamku kepadanya..
salam rinduku pada bintang..
agar dia juga merasai...

Wednesday, January 2, 2013

ChANte by MarILOu


Tu peux tomber si haut parfois de l'or à la poussière
Mais n'oublie jamais ça
Tu peux grandir dans des draps de soie et croiser une lumière
Mais ne perds jamais ça
Ce cadeau, ce besoin, ce combat

{Refrain:}
Et chante pour tous comme pour toi
Pour soigner tes blessures pour la joie d'un ami
Chante même sans savoir pourquoi
Quelques mots qui rassurent ou la douleur d'un cri
Chante c'est ta vie

Tu peux vivre en croyant avoir tout et perdre l'essentiel
Et n'oublie jamais ça
Tu peux douter, tomber à genou te détourner du ciel
Mais ne perds jamais ça
Cette force, cet élan, cet espoir

{au Refrain}

Elle est remplie de feu, de fièvre et de larmes
Mais de tellement d'amour aussi

Chante, pour toi même pour rien
Pour des milliers de gens ou le coeur d'un voisin
Chante si ça te fait du bien
Pour le bleu d'un amour ou le gris d'un chagrin
Chante pour tous que tu veux pour toi
Pour soigner tes blessures Pour la joie d'un ami
Chante même sans savoir pourquoi
Quelques mots qui rassurent ou la douleur d'un cri
Chante c'est ta vie

C'est ta vie



English translated

You can get so high sometimes gold dust

But never forget that
You can grow up in silk sheets and cross light
But never lose it
This gift, this need, this fight

{Refrain:}
And sing all you like
To heal your wounds for the joy of a friend
Even sings without knowing why
Some reassuring words or a cry of pain
Singing is your life

You can live by believing and have everything to lose essential
And never forget it
You can undoubtedly fall to knee you away from heaven
But never lose it
This force, momentum, this hope

{au Refrain}

It is full of fire, fever and tears
But also so much love

Sing to yourself for nothing
For thousands of people, or the heart of a neighbor
Sing it if you feel good
For the love of a blue or gray grief
Sing all you want for you
To heal your wounds To the joy of a friend
Even sings without knowing why
Some reassuring words or a cry of pain
Singing is your life

This is your life


2013M/1434H..

Alhamdulillah.. 

terima kasih ya Allah, kerana masih diberi peluang dan masa untuk aku bertaubat akan dosa-dosa ku dan memperbaiki diriku menjadi insan yang lebih baik dari tahun lepas.. 

umurku semakin meningkat, aku akan meningkat dewasa.. but still rasa takut masih ada kerana kematian semakin menghampiriku..ya Allah, ampunilah dosa hambaMu nie,matikanlah aku dalam imanMu, terangilah hati ini dengan cahaya hidayahMu...

keinginanku kian pasti, halatujuku kian jelas.. but still rasa takut masih ada kerana ku tahu tanggungjawabku semakin bertambah... ya Allah, dekatkanlah diriku ini denganMu, ikhlaskan hatiku dalam apa jua yang aku lakukan, permudahkanlah urusanku di dunia dan akhirat...

dunia makin mencabar,jalan adakalanya berliku.. aku masih rasa takut, takut aku menjadi alpa dan leka dengan urusan dunia... ya Allah, janganlah Kau biarkan nasibku ditentukan oleh diriku sendiri, bimbinglah aku, mempercantikkanlah akhlakku, jauhilah diri aku dari sifat bongkak dan sombong..

perasaan semakin bercambah, jiwa semakin meronta.. aku rasa takut, takut diriku hanyut dengan hasutan syaitan dan keinginan nafsu hati.. ya Allah,kau peliharakanlah hatiku, Kau berikanlah aku jodoh yang baik, yang beriman kepadaMu, yang boleh membimbingku ke jalanMu, yang boleh melindungiku, yang boleh menjagaku, yang boleh membahagiakan hatiku..dimana pun dia berada, apa pun dia lakukan, Kau ampunilah dia, permudahkanlah urusannya menuju kejayaan di dunia dan akhirat.. sampainya waktu, ketemukanlah kami...

ya Allah, Kau ampunilah segala dosa-dosaku.. ya Allah, aku rasa takut menghadapi hari2 mendatang, aku mengharapkan pertolonganMu ya Allah.. hanyaMu ya Allah... berikanlah aku keberanian dan ketabahan mengharungi jalan hidupku..berikanlah aku kekuatan untuk berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya.. biarlah diriku sentiasa dekat dengan diriMu, bimbinglah daku.. ingatkanlah, sedarkanlah aku seandainya aku terleka.. ya Allah, permudahkanlah urusanku dalam melaksanakan ketaatan kepadaMu, permudahkanlah urusanku dalam melaksanakan ibadatku, permudahkanlah urusanku dalam melakukan perubahan... Amin~~