bunga

lagu

Saturday, February 9, 2013

cerPEN 4 : SUNFLower dihaTIKU (PArt 5)

3 tahun kemudian....

selesai makan malam, sophea humaira naik ke biliknya di tingkat atas. dia kepenatan seharian menemani sophea hazera ber'shopping siang tadi. dia duduk di birai katil. di hadapannya terdapat almari kayu yang atasnya dihiasi dengan alas kain baldu berwarna merah gelap serta bersulam benang emas. bunga matahari plastik yang digubah cantik di dalam pasu kaca , menambahkan lagi seri almari tersebut. matanya tertumpu pada bunga matahari tersebut. ada sekeping kad kecil yang masih terselit di situ. matanya terus menggamati kecantikkan bunga tersebut.

'ya Allah, dimanakah dia berada sekarang?adakah dia masih mengingati aku seperti mana aku mengingatinya?,'bisik sophea humaira dalam hatinya. dia tersenyum kelat.

jambangan bunga tersebut dihadiahi oleh saiful aiman, antara insan terpenting dalam hatinya, biarpun dia tidak mengetahuinya. saiful aiman menghadiahkan kepadanya di airport sebelum dia berangkat ke australia tiga tahun dahulu. ketika itu insan yang dia cintai sudah pun bergelar tunangan orang, perempuan yang bertuah, annalis ahmad. biarpun perasaan sayang dan sukanya terpendam dan tak terbalas, dia selalu mengharapkan kebahagiaan saiful aiman. doanya selalu mengiringi hari-hari lelaki tersebut. tipulah kalau dia berkata i'm okay with it, bohonglah kalau dia berkata hati aku tak sakit, tiada kata yang dapat gambarkan remuk hatinya. namun, semua itu sudah berlalu, biarpun masih segar di ingatannya. dia percaya kalau benar dia ditetapkan oleh Allah SWT untuk menjadi teman hidup saiful aiman, tibanya masa dia akan disatukan. namun begitu, dia tidak meletakkan harapan yang tinggi. orang cakap lagi tinggi kita panjat, bila jatuh sakit yang teramat. dia tidak mahu memperjudikan hatinya juga. dia percaya juga jika benar saiful aiman bukan teman hidupnya, pasti Allah SWT telah merancangkan seseorang lebih baik darinya. sophea humaira bingkas bangun dan menuju ke pasu bunga tersebut. lalu mengambil kad kecil yang terselit di celah-celah bunga tersebut. lalu dibacanya buat ke seribu kali.

~~maira? jaga dirimu dimana pun kau berada.aku harap dirimu sentiasa terang dan ceria seperti sunflower ini. dan ingatan dan memori kita tak akan mati seperti sunflower ini juga yang tak akan layu. moge Allah memelihara dirimu~~ epol

'epol? ingatan aku pada kau tak pernah mati seperti bunga matahari ni juga," bisik hatinya sayu. ringing handphone mengejutkannya dari khayalan.

~~ku mencintaimu lebih dari apapun~~
~~meskipun tiada satu orang pun yang tahu~~
~~ku mencintaimu sedalam-dalam hatiku~~
~~meskipun engkau hanya kekasih gelapku~~

lagu kesukaannya kekasih gelapku by ungu kedengaran. dengan pantas dia menjawab panggilan tersebut. panggilan tersebut dari kawan rapatnya, dalili atau sekarang Puan Dalili Dahlan.

"maira!!!!!," teriak dalili sebaik sahaja panggilannya diangkat. maira terkejut lalu menjauhkan telinganya dari handphonenya buat seketika, lalu merapatkan kembali ketelinganya.
" lili? kau ni dah kenapa teriak malam2 ni.. bagi la salam dulu," balas humaira. dia kedengaran dalili ketawa d corong-corong telefonnya.
"hehe.. sorry la... excited terlebih. assalamualaikum ya my friend," gurau dalili dengan suara mamat arab speaking. humaira tergelak.
" waalaikumussalam. kan bagus macam ni. ni duk teriak2 nama aku wat pe, nanti terberanak baru tahu," gurau humaira. dalili sekarang sedang mengandung 7 bulan. excited xyah nak cerita, pukul 3 pagi di melbourne humaira dapat panggilan kecemasan.. ingatkan apa, sekali dia nak bagi tahu berita yang dia disahkan mengandung. humaira pun tumpang gembira untuknya.
"dok ehhh.. anak aku seronok duk dalam perut aku lagi.. hehe... kau ni jahatlah maira.. pulang malaysia tak habaq mai kat aku.. bile aku tanya dulu.. nanti nak balik, aku habaq, aku habaq.. habuk tarak," perli dalili. humaira tergelak.
"haha.. aku nak surprisekan kau. ni mesti suami kau bagitahu ea, tak leh simpan rahsia betul la izz ni.. ,"balas humaira.
"of couselah cik sophea humaira.. dia kn suami aku.. dia cerita dia jumpa kau kat KLCC time beli bunga untuk aku,"cerita dalili dengan perasaan yang gembira. sudah lama dia tidak berjumpa dengan humaira. apatah lagi humaira tidak dapat menghadiri majlis pernikahannya bersama insan tercinta, Izzudin Hasif.
"haha.. kau tu dah kenapa sejak pregnant setiap minggu nak bunga matahari?," tanya humaira teringat izzudin ada cerita sedikit sebanyak perubahan dalili sejak disahkan mengandung.
"mmm.. ni mesti izz cerita ini.. haha.. xtaw la humaira. mungkin sebab baby perempuan kot.. sebab tu nak gedik sikit nak main bunga.. haha," jawapan poyo dari dalili. humaira tergelak.
"banyak la kau," balas humaira.
"maira? next week rumah kami nak buat solat hajat dan makan-makan sikit. izz cadang wat solat hajat moge-moge segalanya selamat untuk aku dan baby kami, jemputla datang ke rumah nanti ea, ajaklah satu family kau" dalili menjemput humaira ke rumahnya.
"inshaAllah," balas humaira sambil tersenyum.

*********************************************************************************

Di rumah Dalili & Izzudin..

malam itu, sophea humaira mengenakan baju kurung moden yang berwarna baby pink dan dihiasi dengan selendang pashmina berwarna biru turqoise. boleh tahan ramai jugak orang yang datang pada malam tersebut. adiknya, sophea hazera menemani kakaknya ke rumah kak dalili.ibu dan ayahnya tidak dapat join kerana menziarahi kawan ayahnya yang bakal berangkat ke mekah petang esok. solat hajat bermula selepas solat isyak dan diakhiri dengan sedikit jamuan makan malam.. jam sudah menunjukkan pukul 10 malam, ramai juga yang sudah beransur pulang. humaira terlupa buah tangan dari australia untuk dalili dan babynya itu, masih ada di dalam keretanya. dia bingkas bangun dari kelompak perempuan2 yang tengah berborak lalu menuju ke keretanya. sewaktu dia merentasi pagar rumah dalili, ada satu suara menyapanya dari belakang.

"maira?". humaira menoleh ke belakang. dia tergamam. wajah yang cukup dikenalinya, cukup dinantikan, cukup dirinduinya. lelaki tersebut menghadiahkan senyuman yang manis.
" ee...e..epol..," balas humaira yang masih tercengang. mereka terdiam seketika. saiful aiman yang segak berbaju melayu berwarna biru laut, berkopiah di kepala dan berseluar slack hitam. dia kelihatan lebih matang like a man now compare dulu. saiful aiman memulakan bicara memecahkan sepi.
"maira sihat?," tanyanya bersahaja.
"eee.. maira sihat. epol sihat?," tanya humaira pula. entah kenapa lidahnya keras untuk mengbahasakan dirinya aku, sedangkan itu cara perbualan mereka suatu ketika dulu. namun sekarang segalanya sudah berubah.
" alhamdulillah, epol pon sihat," jawab lelaki tersebut tersenyum.
"mmm...mm.. bile epol sampai sini?," tanya humaira lagi,cuba menyelesakan keadaan. ye la, sudah lama tidak bertentang mata.
"epol dah lama sampai sini, jak solat isyak lagi, maira yang tak perasaan epol. epol nak tegur tadi tapi maira sibuk borak2," ujar saiful aiman tenang. maira menggaru kepala yang tak gatal.
"ooo.. eaa.. hehe.. sorry la.. maira tak perasan lak tadi," jawab humaira lagi. buat sekian kali, mereka terdiam kembali. biarpun banyak persoalannya yang berada di benak fikiran masing-masing, namun mereka terkelu seketika.

"maira dah kawen?"
"epol dah kawen?"
tanpa disedari, mereka mengajukan soalan yang sama dan serentak. akhirnya mereka terpandang sesama sendiri dan ketawa. mereka saling tersenyum gembira atas pertemuan mereka.
"maira belum kawen lagi," jawab humaira pendek, sudah cukup menyenangkan hati saiful.
"epol pon belum kawen lagi," jawab saiful aiman, namun tidak lagi menyenangkan hati humaira.
"mmmm... epol tunang dengan annalis kan? lamanya tunang..kesian annalis tunggu lama-lama," gurau humaira yang cuba memancing dengan soalannya. humaira mahukan kepastian.
"kami dah putus. 2 tahun lalu.sempatlah tunang setahun," jawab saiful aiman tenang. humaira terkejut, biarpun dia tidak mengharapkan jawapan sebegitu keluar dari mulut saiful aiman.
"ooh.. maaf ye epol," ujar humaira yang serba salah.
"xde apa lah.. benda dah lepas. annalis sekarang ni pon dah kawen. epol yakin Allah dah rancang sesuatu yang terbaik untuk epol," ujarnya tenang. dia menghadiahkan senyuman kepada humaira. humaira membalas senyumannya dengan ikhlas.

'ya Allah, jika benar dia jodohku, kau dekatkanlah diriku dengan dirinya, janganlah Engkau biarkan dia berjauhan lagi denganku..jika benar dia bukan jodohku, janganlah Kau jodohkan dia dengan lelaki selain diriku..jodohkanlah diriku dengan dirinya.. kepada Engkau lah aku meminta dan mengharapkan pertolongan. Rahmatilah kami, satukanlah kami.. amin,' hati saiful aiman berdoa dan memanjat kesyukuran kehadrat Illahi. akhirnya penantiannya selama ni tidak sia-sia. bertemu kembali dengan sophea humaira sangat menggembirakan dirinya. begitu jua dengan sophea humaira.

tanpa mereka sedari, mereka saling merasai perasaan yang sama selama ni. kesabaran dan pengharapan kepada Illahi yang tidak pernah jemu, menemukan mereka dan memberi sinar cahaya kegembiraan dalam kehidupan mereka. kini, sunflower tetap utuh di hati sophea humaira.



THE END

No comments:

Post a Comment