bunga

lagu

Friday, March 15, 2013

kemATIAn itu PasTI..

hidup ni kadang-kadang diduga dengan tubuh badan yang sihat..
hidup ni kadang-kadang diduga dengan masa yang lapang..
hidup ni kadang-kadang diduga dengan wang ringgit...
hidup ni kadang-kadang diduga dengan kesenangan..

iman itu kadang-kadang naik..
iman itu kadang- kadang turun...

manusia mudah leka apabila diberi kenikmatan sedangkan Allah SWT sedang mengujinya...
kita lupa akan suruhanNya, kita ignore akan laranganNya...
kadang-kadang tu, kita masih tidak berpuas hati dengan lagi apa yang diberiNya..
bongkaknya manusia...

manusia adalah makhluk Allah SWT, Pencipta manusia..
kita adalah milikNya..
berakhirnya pentas dunia ini kita akan kembali kepadaNya..
gugurnya sehelai daun yang tertulis nama manusia di syurga, akan sampaila ajal maut manusia tersebut..
tiada lagi penangguhan.. kun fa ya kun..
besarnya kekuasaan Allha SWT...

saya teringat satu kisah raja dahulu yang diberi kemewahan dan kuasa di zaman pemerintahan...
namun kerana kesombongan dan ketamakannya, dia mengabaikan suruhan Allah SWT..
bile sampai ajalnya, malaikat Jibrail datang mahu mengambil nyawanya...
raja tersebut dengan angkuhnya mencabar malaikat maut  itu..
jika benar malaikat maut boleh mengambil nyawanya tanpa melambatkan walaupun sesaat mahupun mempercepat walaupun sesaat..
raja tersebut mencabar malaikat maut mengambil nyawanya bukan di siang hari, bukan di malam hari,, bukan di bumi, bukan juga di langit, bukan di dalam istana dan bukan juga di luar istana..
lalu malaikat Jibrail naik memberitahu Allah SWT, dan Allah SWT memperkenankan cabaran raja tersebut..
Allah SWT memberikan tempoh yang agak panjang kepada raja tersbeut, namun raja tersebut tidak menggunakan tempoh masa sebaiknya dengan bertaubat dan memohon keampuanan kepada Sang Pencipta..
malah tempoh tersebut digunakannya dengan membina tembok yang besar mengelilingi istana, meletakkan askar yang ramai di setiap penjuru istana dengan harapan malaikat maut tidak dapat memasuki mengambil nyawanya...
sesungguhnya Allah itu Maha Kuasa, suatu hari raja tersebut keluar berburu dengan menaiki kuda diiringin dengan askar-askarnya..
malaikat maut datang menemui dengan muka yang bengis kerana raja tersebut telah mempersia-siakan tempoh masa yang diberikan..
malaikat datang untuk mengambil nyawanya, raja tersebut mengigil ketakutan..
tiada askar yang dapat menghalangnya....
akhirnya, raja tersebut meninggal dunia, bukan di siang, bukan juga di malam hari tapi  di waktu senja..
bukan di bumi, bukan juga di langit tapi di atas kuda tunggangannya...
bukan juga di dalam istana, bukan juga diluar istana tapi di pagar istana antara dalam dan luar istana...
subhanAllah.. Allah yang Maha Kuasa...

kematian itu pasti, dan tiada penangguhan masa walaupun sesaat..




"ya Allah, kami minta ampun kepadaMu, tidak ada Tuhan yang berhak disembah selainMu ya Allah, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan kami bertaubat kepadaMu"



Tuesday, March 12, 2013

KehiLANgan aTAw PeNEMUan~

assalamualaikum..
fitrah manusia.. manusia perlukan perhatian dan kasih sayang dalam kehidupan mereka..sayangnya Allah SWT kepada hambaNya, dijadikan manusia itu berpasang-pasangan, tidaklah keseorangan...

namun kadang kala, manusia itu mudah hanyut dengan perasaan mereka sendiri.. perasaan kasih dan sayang menyebabkan mereka hilang penglihatan hati..itulah sebab adanya adab-adab pergaulan mengikut syara' dan batasan antara lelaki dan perempuan..namun..

kite sering dengar kisah cinta manusia... kisah cinta yang tak kesampaian, kisah cinta kayu tiga, kisah cinta yang kononnya bahagia, kisah cinta yang membawa durjana dan banyak lagi..
dalam dunia akhir zaman ini, jarang sungguh kita dengar kisah cinta hamba kepada Penciptanya, kisah cinta seorang umat kepada Rasulnya...

kadang-kala kita tidak sedar, kerana terlalu mengejar cinta akan manusia, kita terlupa cinta akan Yang Maha Esa... di waktu hati dan jasad kita dekat dengan manusia itu, kita tidak sedar bahawa yang kita jauh dari-Nya..astaghfirullah..

dalam kisah cinta yang tak kesampaian..
menerima kehilangan orang yang kita cinta ataw sayang, bukanlah sesuatu yang mudah... kerana kasih dan sayang itu telah bertapak dihati kita..kadang kala kesedihan itu mengundang prasangka buruk, manusia sering bertanya kepada Penciptanya..
"kenapa semua ini terjadi kepada aku?"
"kenapa Engkau rampas orang yang aku sayang?"
"kenapa Engkau menemukan aku dengannya?"
"kenapa? tidakkah aku berhak merasakan bahagia?"
"kenapa? kenapa?"
perkataan 'kenapa' lebih banyak diucapkan, dipersoalkan olehnya daripada zikrullah yang meniti di bibirnya...astaghfirullah.. bersihkanlah hati kami, Ya Allah..

setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya. manusia seharusnya bersangka baik, teruskan berdoa kerana ketahuilah bahawa Allah SWT adalah sebaik-baik perancang... mungkin manusia tersebut bukanlah yang terbaik untuk diri kita, bukanlah jodoh kita.. mungkin juga sebagai pengajaran dan peringatan.. mungkin jua kehilangan manusia itu membawa satu penemuan dalam diri kita.. membawa diri kita dekat di sisi Allah SWT, menebalkan kepercayaan serta pengharapan penuh hanya kepada Allah SWT..

jadi buat apa kita berduka cita akan kehilangan manusia yang sememangnya hanyalah pinjaman Allah SWT,
malah bersyukurlah kerana Allah SWT masih mengasihi kita dengan penemuan baru yang membantu meningkatkan lagi iman di dada kita..mendekatkan diri kita denganNya.. jodoh manusia adalah rahsia Allah SWT.. hanya Dia yang mengetahuinya...











Saturday, March 2, 2013

9 jam~~

salam..
 ni kisah 9 jam bukan 8 jam movie #shaheizysam berlakon tu ye.. hehehe...
perjalanan dari kelantan ke shah alam dengan memakan masa 9 jam.. dan ari ni aku menaiki bas.. bukan lah yang pertama kali, dah banyak kali daa.. sejak zaman mrsm lagi aku berulang alik ke kampung dengan menaiki bas, dulu lagi la lama, 12-14 hours dari pontian ke kelantan.. nak kematu punggung aku, badan xyah cakap la lenguh.. tapi 5 tahun berlalu aku dah immune..tapi sekarang rasa lenguh datang kembali mungkin kerana faktor usia kot.. hahaha.. tapi ase mcm xtua mana lagi... (perasan jiwa remaja #sweet 17)..haha

mmm.. hari ni aku terpikir.. adakah semua passenger dalam bus tadi melakukan perkara yang sama, memikirkan perkara yang sama bagi mengisi 9 jam on board??.. when i look around, i notice that ada yang sedang tidur, ada yang sedang main games, ada yang sedang listening to musics using headphone or earphone, ada yang tgh baca magazine, ada yang merenung jauh je luar.. apa mereka fikir ea??..apa yang mereka rasa ea?? i dont know.. i cant read their minds unless i have the sixth sense or telepathy.. haha.. everybody's busy with their own ntah apa2 things.. lol

for me, bila naik jew bas.. my habit, i like listening to my mp3 in phone.. fullest volume, when getting tired or bored listening the repeated songs, then i fall asleep, middle of way, i sudden wake up, and look outside the window... sometimes for several hours..i dont realise the time had passed by..u know what i mean.. bukanlah kuat berangan tapi nampak x betapa banyaknya perkara yang dipikirkan.. hahaha..(pikir benda apa tak tahu la, merapu kerjanya) =p
sometimes kalu dgr musics.. bukan dengar sangat pon.. pikiran sudah melayang ke tempat lain.. hanya jasad berada didalam bus, tapi pemikiran dan jiwa sudah merayau-rayau...hehe

i realise sometimes manusia ni perlu masa dan dipaksa untuk berpikir.. berpikir or specific word "muhasabah diri'..dalam 9 jam macam-macam yang kita fikirkan lebih2 lagi kite keseorangan di atas bas.. tiada gangguan..just oneself..
kadang-kadang kita tak sedar sebenar banyak persoalan yang bermain di minda mahupun hati kita.. tapi kita mengendahkannya.. tak pedulikannya kerana sibuk dengan urusan yang sedia ada..
but when we are free, doing nothing important.. plus alone.. all this questions, back to our mind as a main puzzle.. that have to solve or at least can satisfy ourselves..
keep thinking.. betul ke apa aku buat selama ni?is it enough?.. sometimes the old memories singgah kat minda jap.. then they flashback again.. then realize the true is.. i miss that moments or person..sometimes we will think or planning in mind on what we're going to do next?.. we keep on planning but Allah yang menentukan..sometimes pikir mengarut jugak.. teringat scene final destination laa.. scene pasai bus tu.. ngeri gak, nauzubillah.. huhu..mintak dijauhkan..

the fact is our brain never stop, even u're doing nothing but its keeps on working.. wether u're thinking a bad thing or a good thing..thats u decided.. sometimes u need some spaces for urself...spend a small time for self-judging before u judge others..

9 jam adalah lama, banyak yang kita boleh fikirkan.. muhasabah diri itu perlu, agar kita dapat perbaiki diri.. actually doesnt have to wait when u're boarding a bus or have a long journey baru nak muhasabah diri.. at least do it everyday before u sleep.. but manusia ni selalu lupa dan leka dengan dunia..but try do it best at least once a week or once in a month.. it is better than none..

pemakaian or perbuatan seseorang mungkin sama tetapi tidak pada pemikiran apatah lagi hati..