bunga

lagu

Friday, March 15, 2013

kemATIAn itu PasTI..

hidup ni kadang-kadang diduga dengan tubuh badan yang sihat..
hidup ni kadang-kadang diduga dengan masa yang lapang..
hidup ni kadang-kadang diduga dengan wang ringgit...
hidup ni kadang-kadang diduga dengan kesenangan..

iman itu kadang-kadang naik..
iman itu kadang- kadang turun...

manusia mudah leka apabila diberi kenikmatan sedangkan Allah SWT sedang mengujinya...
kita lupa akan suruhanNya, kita ignore akan laranganNya...
kadang-kadang tu, kita masih tidak berpuas hati dengan lagi apa yang diberiNya..
bongkaknya manusia...

manusia adalah makhluk Allah SWT, Pencipta manusia..
kita adalah milikNya..
berakhirnya pentas dunia ini kita akan kembali kepadaNya..
gugurnya sehelai daun yang tertulis nama manusia di syurga, akan sampaila ajal maut manusia tersebut..
tiada lagi penangguhan.. kun fa ya kun..
besarnya kekuasaan Allha SWT...

saya teringat satu kisah raja dahulu yang diberi kemewahan dan kuasa di zaman pemerintahan...
namun kerana kesombongan dan ketamakannya, dia mengabaikan suruhan Allah SWT..
bile sampai ajalnya, malaikat Jibrail datang mahu mengambil nyawanya...
raja tersebut dengan angkuhnya mencabar malaikat maut  itu..
jika benar malaikat maut boleh mengambil nyawanya tanpa melambatkan walaupun sesaat mahupun mempercepat walaupun sesaat..
raja tersebut mencabar malaikat maut mengambil nyawanya bukan di siang hari, bukan di malam hari,, bukan di bumi, bukan juga di langit, bukan di dalam istana dan bukan juga di luar istana..
lalu malaikat Jibrail naik memberitahu Allah SWT, dan Allah SWT memperkenankan cabaran raja tersebut..
Allah SWT memberikan tempoh yang agak panjang kepada raja tersbeut, namun raja tersebut tidak menggunakan tempoh masa sebaiknya dengan bertaubat dan memohon keampuanan kepada Sang Pencipta..
malah tempoh tersebut digunakannya dengan membina tembok yang besar mengelilingi istana, meletakkan askar yang ramai di setiap penjuru istana dengan harapan malaikat maut tidak dapat memasuki mengambil nyawanya...
sesungguhnya Allah itu Maha Kuasa, suatu hari raja tersebut keluar berburu dengan menaiki kuda diiringin dengan askar-askarnya..
malaikat maut datang menemui dengan muka yang bengis kerana raja tersebut telah mempersia-siakan tempoh masa yang diberikan..
malaikat datang untuk mengambil nyawanya, raja tersebut mengigil ketakutan..
tiada askar yang dapat menghalangnya....
akhirnya, raja tersebut meninggal dunia, bukan di siang, bukan juga di malam hari tapi  di waktu senja..
bukan di bumi, bukan juga di langit tapi di atas kuda tunggangannya...
bukan juga di dalam istana, bukan juga diluar istana tapi di pagar istana antara dalam dan luar istana...
subhanAllah.. Allah yang Maha Kuasa...

kematian itu pasti, dan tiada penangguhan masa walaupun sesaat..




"ya Allah, kami minta ampun kepadaMu, tidak ada Tuhan yang berhak disembah selainMu ya Allah, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan kami bertaubat kepadaMu"



No comments:

Post a Comment