bunga

lagu

Tuesday, March 12, 2013

KehiLANgan aTAw PeNEMUan~

assalamualaikum..
fitrah manusia.. manusia perlukan perhatian dan kasih sayang dalam kehidupan mereka..sayangnya Allah SWT kepada hambaNya, dijadikan manusia itu berpasang-pasangan, tidaklah keseorangan...

namun kadang kala, manusia itu mudah hanyut dengan perasaan mereka sendiri.. perasaan kasih dan sayang menyebabkan mereka hilang penglihatan hati..itulah sebab adanya adab-adab pergaulan mengikut syara' dan batasan antara lelaki dan perempuan..namun..

kite sering dengar kisah cinta manusia... kisah cinta yang tak kesampaian, kisah cinta kayu tiga, kisah cinta yang kononnya bahagia, kisah cinta yang membawa durjana dan banyak lagi..
dalam dunia akhir zaman ini, jarang sungguh kita dengar kisah cinta hamba kepada Penciptanya, kisah cinta seorang umat kepada Rasulnya...

kadang-kala kita tidak sedar, kerana terlalu mengejar cinta akan manusia, kita terlupa cinta akan Yang Maha Esa... di waktu hati dan jasad kita dekat dengan manusia itu, kita tidak sedar bahawa yang kita jauh dari-Nya..astaghfirullah..

dalam kisah cinta yang tak kesampaian..
menerima kehilangan orang yang kita cinta ataw sayang, bukanlah sesuatu yang mudah... kerana kasih dan sayang itu telah bertapak dihati kita..kadang kala kesedihan itu mengundang prasangka buruk, manusia sering bertanya kepada Penciptanya..
"kenapa semua ini terjadi kepada aku?"
"kenapa Engkau rampas orang yang aku sayang?"
"kenapa Engkau menemukan aku dengannya?"
"kenapa? tidakkah aku berhak merasakan bahagia?"
"kenapa? kenapa?"
perkataan 'kenapa' lebih banyak diucapkan, dipersoalkan olehnya daripada zikrullah yang meniti di bibirnya...astaghfirullah.. bersihkanlah hati kami, Ya Allah..

setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya. manusia seharusnya bersangka baik, teruskan berdoa kerana ketahuilah bahawa Allah SWT adalah sebaik-baik perancang... mungkin manusia tersebut bukanlah yang terbaik untuk diri kita, bukanlah jodoh kita.. mungkin juga sebagai pengajaran dan peringatan.. mungkin jua kehilangan manusia itu membawa satu penemuan dalam diri kita.. membawa diri kita dekat di sisi Allah SWT, menebalkan kepercayaan serta pengharapan penuh hanya kepada Allah SWT..

jadi buat apa kita berduka cita akan kehilangan manusia yang sememangnya hanyalah pinjaman Allah SWT,
malah bersyukurlah kerana Allah SWT masih mengasihi kita dengan penemuan baru yang membantu meningkatkan lagi iman di dada kita..mendekatkan diri kita denganNya.. jodoh manusia adalah rahsia Allah SWT.. hanya Dia yang mengetahuinya...











No comments:

Post a Comment