bunga

lagu

Friday, May 3, 2013

siaPA ALLAH di HATimU??

bismillahirrahmanirrahim....

assalamualaikum sahabat2.. =)
entry kali ini, saya nak share sikit sebanyak apa yang dapat selepas membaca buku 'SIAPA ALLAH DI HATIMU?' by ibnu Rijal..

sahabat??..
pernah x dikau terfikir siapa ALLAH di hatimu?..jika benar dikau jua cinta akan ALLAH, bagaimana dikau membalas segala cintaNya kepadamu??...
sahabat??
cuba dikau bayangkan, jika dikau berada di tengah lautan, ribut angin melanda, ombak besar menempa kapal dikau, nama siapakah yang meniti dibibirmu??.. jika dikau berada di dalam kegelapan dan ketakutan, dikau ketahui bahawa ada manusia ingin mengkhianatimu, nama siapa yang meniti dibibirmu??... jika dikau di timpa musibah, disakiti sehingga berlinangan airmata, nama siapa yang meniti dibibirmu??... nama ALLAH yang meniti dibibirmu.. tapi siapa ALLAH dihatimu, wahai sahabat??..

subhanallah.. ALLAH yang menciptakan kita, kepada DIA jua lah kita akan kembali... ALLAH sangat sayang akan hambaNya, ALLAH kurniakan segala kenikmatan didunia.. sehingga dikau merasa terlalu cukup dan selesa..
Apabila dikau diuji dengan musibah, itu jua tanda ALLAH sayang akan kita.. Dia ingin kita mendekatiNya.. Dia tidak mahu kita terus hanyut dalam bisikan syaitan..
astaghfirullah..

ALLAH menjadikan bumi untuk kediaman manusia.. dengan kebesaran ALLAH, gunung ganang cantik terdiri, langit dan bintang cantik tergantung.. segala keindahan untuk keselesaan dan tatapan manusia.. betapa ALLAH sayangkan kita.. ALLAH jua menahan segala yang ada dilangit dari jatuh ke bumi, sayangnya ALLAH kat kita.. cuba dikau bayangkan sekiranya segala yang ada dilangit jatuh menimpa bumi, apa akan berlaku??
binasalah manusia...huhu.. itu tandanya ALLAH sayang akan kita.. tetapi siapa ALLAH dihatimu??

sahabat?..
ketika dikau bergembira, ALLAH sentiasa menghiburkanmu..
ketika dikau sedih, ALLAH sentiasa menemanimu..
ketika dikau dilanda masalah, ALLAH menyelesaikan masalahmu..
ketika dikau bercita-cita, ALLAH yang mengabulkannya..
sayangnya ALLAH kat kita...semuanya dengan kebesaran dan kekuasanNya..
lantas, siapa ALLAH dihatimu??

ALLAH SWT berpesan kepada nabi"

'...kalau hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentangKu, katakan AKU ni dekat...'
(al-Baqarah,186)

tetapi pernah dikau bertanya pasal DIA?? Namun ALLAH tetap dekat dengan kita.. Mengapa?? Kerana ALLAH lah yang menjaga dirimu, makan dan minummu.. cintaNya tidak terhenti di situ sahaja malah Dia berpesan lagi..

'.. pohonlah kepadaKu, nescaya AKU akan kabulkan..' 
(al-Mukmin, 60)

tapi selepas dikau peroleh apa yang dikau pinta, apa yang dikau lakukan??...DIA sesekalinya tidak mengungkit..malah apabila dikau meminta lagi, DIA akan memberi lagi kepadamu.. sayangnya DIA kepada kita.. DIA hanya memberi kita satu dosa apabila berbuat satu kejahatan tetapi dengan niat berbuat baik sahaja kita juga telah diberi satu pahala.. apabila melakukan pula niat baik tersbut ditambah lagi pahala.. sayangnya ALLAH kat kita.. tapi siapa ALLAH dihatimu??

sahabat??
tahukan dikau bahawa setiap kali dikau bersolat, ALLAH merenungmu, lalu memberitahu dengan bangga kepada malaikat,
"Lihatlah hambaKu sedang menyembahKu, aku cinta dan sayang kepadanya dan AKU ampunkan dosanya."
sedangkah solat dikau itu pun terpaksa. semasa sujud, dikau pejamkan mata, tapi tahukah dikau pada saat itulah ALLAH menumpukan pandanganNya kepadamu dengan penuh kasih sayang? dikau tidak pernah peduli semua kasih sayangNya..tapi ALLAH telah berjanji..
 
'..AKU bersama kamu walau dimana jua kamu berada..'
(al-Hadid, 4)

lantas, wahai sahabat.. siapa ALLAH di hatimu???

sahabat?
sekiranya dikau mempunyai sebuah kereta. fungsinya tuk membawamu bersiar-siar, membawamu ke tempat kerja, hujung minggu membawamu sekeluarga keluar bercuti.. jadi tugasnya membawamu kemana-mana sahaja.. sekiranya suatu hari nt, keretamu rosak, puas dibaiki.. rosak jua.. ia tidak berfungsi lagi.. apa yang dikau lakukan? dikau biarkan ia tersabar dibelakang rumah, tak pun dikau menjualnya kepada si pengutip besi bukan??
sahabat?? cuba renungkan apa fungsi dirimu?? fungsimu hanya satu iaitu untuk beribadah kepada Allah.. tapi adakah dirimu beribadah kepadaNya? adakah kamu solat, berpuasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat seperti disuruh olehNya?? andai kamu berkemampuan, adakah kamu menunaikan haji??..
andai dikau tidak beribadat atau kurang kualitinya, bermakna  dikau juga sudah tidak berfungsi..sama seperti kereta tadi.. namun pada siapakah si pengutip besi DIA mahu menjualmu seperti kereta tadi?.. tong sampah manakah yang DIA akan melemparmu??.. tidak sesekali bukan?.. ALLAH sangat sayang dan cinta akan hambaNya...dikau tidak akan pernah dibuang..Allah Yang Maha Mengasihi kita, dari awal sudah berkata..
 
'..Tuhanmu sesekali-kali tidak akan meninggalkanmu dan tidak (pula) membenci kepadamu...'
(Ad-Dhuha, 3)

jika manusia boleh meninggalkanmu, menyakiti hatimu.. namun tidak ALLAH, DIA selalu dekat dengan dirimu, menemanimu selagi mana dikau percaya dan mentaatinya...lalu, siapa ALLAH dihatimu??

astaghfirullah... mohonlah ampun kepadaNya.. bertaubatlah padaNya.. dalam hatimu hanya perlu ada DIA..
DIA lah yang kekal dan abadi... bermujahadahlah wahai sahabat.. menyemai cinta hanya untukNya..pastikan hatimu hidup biarpun jasad telah pergi.. ingat, di dunia DIA tidak dapat dilihat dengan mata, tapi DIA dapat dilihat dengan mata hati yang bertaqwa.. in shaa Allah...








 

No comments:

Post a Comment