bunga

lagu

Monday, January 6, 2014

QAsiDAh..

assalamualaikum..
daa 6hb januari daa..
rasa macam semalam baru kite sambut kedatangan new year..
tapi daa 6 hari berlalu..
cepat kn??..mmm.
sekarang daa masuk bulan rabiulawwal.. ikut kelendar islam..
bulan kelahiran nabi kite..=)
entah nape lately ni mood qasidah makin naik lakkk..
banyak qasidah yang best2..
kadang2 ada yang tak pernah aku dgr.. ase mcm noob giler aku ni..
lagu omputih, kpop, hindustan boleh lak kita hafal, siap sing along..
huhu..
tapi alangkah ruginya aku ase..
kalu kita xtaw memdendangkan ayat alquran..
ruginya kita kalu tak pernah menyairkan sajak memuji Rasulullah SAW..
huhu..


qasidah ibarat irama syair ataw sajak yang memuji Baginda..
ada tu aku selalu amal setiap hari jumaat di asrama..
after solat zuhur memandangkan laki2 p solat jumaat..
nyanyian ataw dendangan yang ustazah ajar..
menjadi ikutan ataw budaya bersama after selesai tazkirah solat zuhur..
tapi aku main follow jew.. tanpa aku fahami.. =.='
betul la org kata, ilmu tu kena cari..
jangan takut dikatakan bodoh, asalkan tidak bodoh selamanya..

ilmu itu luas, makin bnyak kite belajar, makin terasa bodoh..
tapi hakikatnya itulah proses pembelajarannya..=)
sekarang aku daa tahu, nyanyian yang selama ini aku minati, hafal..
walaupun daa lama tinggal, kadang kala mulut aku nyanyi tanpa aku sedar..
itu adalah qasidah burdah.. astaghfirullah, baru aku tahu.. huhu...
dan sekarang aku memahami maksudnya..
memuji Rasulullah dan luahkan kerinduan akannya.. =)
aku pernah berkongsi qasidah burdah sebelum ni di blog ni.. =)
kali ni aku nak berkongsi qasidah tholama asyku ghoromi..
ini faveret aku gakk..
mashaAllah, penuh kata2 kerinduan kepada Rasulullah SAW =)..

*aku bukan seorang yang alim ataw arif dalam ilmu agama, tapi cukuplah dikenali hamba Allah yang ingin mengenali cinta Allah, memiliki cinta Allah, menggapai kerinduan akan Nabiku, ingin berubah menjadi baik mahupun lebih baik... moge Allah permudahkan urusanku dan memelihara aku...lapangkanlah dadaku, agar mudah aku menuntut ilmu agamaMu, sesibuk mana pon aku dengan urusan dunia, janganlah Kau biarkan aku leka ya Allah..

qasidah THOLAMA ASYKU GHOROMI

Lama sudah aku menanggung rindu;
Wahai cahaya alam yang indah !
Serta aku menyeru, Wahai Nabi !
Wahai punca ilmu yang pemurah !
Impianku setinggi-tinggi cita-cita;
Moga diberikan tuah dapat melihatmu;
Juga melihat Bab al Salam (di Masjid Nabawi);
Wahai sesuci-suci insan!
Wahai hiasan dunia ini!
Aku amat cinta dan rindu padamu;
Hanya pujian menjadi persembahanku;
Wahai bulan mengambang penuh!
Jauhkanlah segala penghalangku daripadamu;
Yang kupendam hanya kerinduan terhadapmu;
Padamu aku bersangka baik;
Wahai yang benar pada janjinya!
Wahai pelita sekalian Rasul!
Wahai insan yang mempunyai setinggi-tinggi kedudukan!
Wahai Imam orang-orang yang bertaqwa!
Sesungguhnya hatiku terpaut padamu.
Ke atasmu, moga Allah mencurahkan rahmat;
Tuhanku Yang Mempunyai Keagungan;
Cukuplah, wahai Cahaya Bulan!;
Sesungguhnya perpisahanku denganmu telah terlalu lama.




No comments:

Post a Comment