‘ saya ikhlas nak tolong…..’
‘saya ikhlas buatkan…’
‘saya ikhlas bagi…’
‘saya ikhlas puji…’
‘saya ikhlas itu..’
‘saya ikhlas ini…’
mmmmmm…kadang-kadang manusia senang menggunakannya.. adakah
mereka mengerti apa itu keikhlasan?..
kadang-kadang aku terfikir adakah diri ini cukup ikhlas??
Cukupkah? Atau berpura-purakah aku ini?..
ikhlas itu lahir dari hati.. tapi payah mengaplikasinya…
ada pendapat cakap, tanda hati kita dah cukup ikhlas
adalah..
apabila kita memberi sesuatu, kita tidak akan berfikir untuk
kali kedua..
contoh yang simple..
apabila kita nak menderma.. kadang2 dalam otak kita ligat memikirkan..
nak derma rm5 ke rm10.. ke rm2 je???
Syaitan itu tidak jemu menghasut manusia..
Secara logikk.. nak derma pon boleh jadi masalah ea??
Pelik toi.. tapi itulah yang berlaku kebanyakkan orang..
Sepatutnya bile hati kita ikhlas.. hal ini tidak akan
terjadi.
Otak dan hati akan bersatu.. dan tangan akan terus menghulur tanpa
ragu2 lagi..
Ini tidak bermakna menderma itu tidak ikhlas.. tapi cukup ikhlas
kah??
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Menilai..
Subhanallah.. itu hanya contoh bile kita menderma..
Banyak lagi contoh lain, seperti..
Kita menolong orang tukar tayar pancit di tepi jalan tanpa
harapkan ganjaran.. kita berkongsi ilmu didalam kelas tanpa perasaan riak…
Kita puji kecantikan dan kejayaan sahabat tanpa perasaan iri
hati… kita menasihati sahabat2 tanpa
niat untuk memalukan mereka…dan sebagainya..
Itulah keikhlasan.. tapi payah nya nak menanam ikhlas dalam
diri..
Tapi kita janganlah cepat putus asa…
Ikhlas itu memang payah..tapi kalau kita bermujahadah..
Inshaaa Allah, Allah akan permudahkan untuk kita..
“ya Allah.. Kau lembutkan hati ini, agar hati ini selalu
menangis dan merintih hanya padaMu.. sekiranya hati ini telah keras.. Aku
mohon… Kau gantikanlah aku dengan hati yang baru.. hati yang selalu menagih
cinta dariMu, hati yang selalu mengingati nama-namaMu.. hati yang selalu
memohon pertolongan hanya dariMu, hati yang selalu menangis memohon kepadaMu,
hati yang selalu ikhlas dalam jua perkara hanya keranaMu, ya Allah”
No comments:
Post a Comment