setahun kemudian…
“Nama saya Qasrina Abdul Rahman. Saya mengalami kemalangan
setahun yang lalu. Doktor cakap saya mengalami amnesia. Saya tak ingat siapa
diri saya tapi doktor cakap nama saya Qasrina. saya tak kenal mereka tapi, tapi
mereka mengaku yang mereka adalah kakak dan abang saya. Haa.. ada juga yang
mengaku mereka adalah Mama Nisa dan Papa San. Mereka cakap mereka adalah ibu
bapa sahabat baik saya. Tapi saya tak ingat.
Bila saya paksa diri saya untuk
mengingatinya, kepala saya sakit, berdenyut-denyut. Mama Nisa ada tunjukkan
saya satu gambar, gambar anak tunggalnya, katanya nama dia Zalikha. Pertama kali
saya dengar nama itu, kepala saya sakit, saya rasa macam familiar dengan nama
itu. Tapi saya tak ingat. Kadang-kadang
saya rasa tertekan, rasa macam useless because I don’t remember anything. Papa
San meminta izin dari kakak dan abang saya, membenarkan saya tinggal bersama
mereka bagi memulihkan ingatan saya. Mama Nisa banyak membantu saya, dia selalu
suruh saya bersabar. Dia selalu ingatkan saya akan solat dan mengaji al-quran. Selalu
ingatkan saya agar selalu mengingati kekuasaan Sang Pencipta.Dia seorang ibu yang
baik. Dia selalu cakap biarlah memori itu datang dengan sendiri, jangan terlalu
memaksa diri. Namun, kadang kala saya terlalu teruja to have those memories
back.
Saya tidur dibilik anaknya, Zalikha. Mama Nisa cakap Zalikha
meninggal dunia setahun yang lalu. Pertama kali saya melangkah masuk kamar
Zalikha, entah kenapa hati saya bergetar-getar. Bilik ini macam familiar untuk
saya. Saya pernah berada disini. Perasaan itu sangat kuat. Diyakinkan lagi apabila
terdapat gambar Zalikha bersama seorang perempuan yang serupa wajah dengan saya.
Mama Nisa cakap kami berkawan sejak bangku sekolah lagi. Tapi aku tak ingat
apa-apa.
Kekecewaan menyelubungi hati saya. Tapi bila perasaan putus asa
menerpa diri ini, saya suka tengok gambar tersebut. Ia seakan memberi semangat
kepada saya, senyuman manis pada raut wajah Zalikha dan perempuan disebelah,
menggambarkan mereka begitu gembira. Pada tafsiran saya, menurut gambar ini,
Zalikha mesti seorang yang penyayang sebab perempuan disebelahnya jelas
terpancar kegembiraan di wajahnya. Beruntung perempuan tersebut memiliki
kawan seperti Zalikha.
Haaa.. ada satu perkara yang saya ingat, saya pon tak tahu kenapa.. Tasbih ini!.. yang
saya ingat seseorang telah hadiahkan saya tasbih ini. Ia sangat berharga buat
diri saya, entah kenapa. Tasbih ini telah putus sewaktu saya kemalangan.. tapi
Mama Nisa telah berusaha menyambungkannya semula dan berikan kepada saya.. kata
Mama Nisa benda yang putus boleh disambung..begitu juga dengan memories saya
yang terputus dari kehidupan saya,suatu hari ia pasti akan kembali bersambung
dan berhubung… in shaa Allah, saya akan berusaha! Tasbih ini sentiasa bermain
dengan jari jemari ini tatkala bibir ini berzikir, mengingati Sang Pencipta. Hati saya jadi
tenang dan saya percaya suatu hari nanti my memories will come back. Positive thinking!”
“Qas.. jom makan!,”Mama Nisa memanggilnya. Dia sedang
khusyuk menulis diarinya di meja belajar Zalikha.
Lalu dia menoleh dan menghadiahkan senyuman kepada Mama
Nisa.
“ok Mama Nisa, nanti Qas turun,”jawabnya, Mama Nisa senyum
dan mengangguk. Kelibatnya hilang disebalik daun pintu bilik tersebut.
Qasrina menyambung menulis untuk barisan-barisan yang
terakhir dalam diarinya.
“kepada Zalikha, walaupun saya tak ingat awak, saya tahu
awak sangat baik dan sayang akan perempuan sebelah awak tu iaitu saya..
walaupun saya sendiri tak ingat dan tak percaya.. tapi saya pasti perasaan saya
dulu juga begitu… saya akan cuba mengingati awak.. saya akan selalu doakan
awak. Moge awak ditempatkan dikalangan para syuhadah.. amin.. oh ye, esok saya
dah start bekerja kat butik saya.. I guess so.. sebab mereka cakap itu butik
saya, QASIKHA BOUTIQUE.. mereka kata itu adalah gabungan nama kita.. =)”
Qasrina menarik nafas dalam dan menutup buku diarinya. Seketika
kemudian, dia membuka semula dan mencapai pemadam dan memadam symbol smiley
tersebut.
“… FRIENDSHIP FOREVER =)”
Dia tersenyum gembira, lalu menyimpan diarinya di rak yang
berdekatan. Dia bangun menuju ke pintu, dan menutup lampu bilik tersebut . Dia menuruni tangga untuk bersama Mama Nisa dan Papa San.
THE END~~~
No comments:
Post a Comment