bunga

lagu

Sunday, August 11, 2013

keIKHLASan...

‘ saya ikhlas nak tolong…..’
‘saya ikhlas buatkan…’
‘saya ikhlas bagi…’
‘saya ikhlas puji…’
‘saya ikhlas itu..’
‘saya ikhlas ini…’
mmmmmm…kadang-kadang manusia senang menggunakannya.. adakah mereka mengerti apa itu keikhlasan?..
kadang-kadang aku terfikir adakah diri ini cukup ikhlas?? Cukupkah? Atau berpura-purakah aku ini?..
ikhlas itu lahir dari hati.. tapi payah mengaplikasinya…
ada pendapat cakap, tanda hati kita dah cukup ikhlas adalah..
apabila kita memberi sesuatu, kita tidak akan berfikir untuk kali kedua..
contoh yang simple..
apabila kita nak menderma.. kadang2  dalam otak kita ligat memikirkan..
nak derma rm5 ke rm10.. ke rm2 je???
Syaitan itu tidak jemu menghasut manusia..
Secara logikk.. nak derma pon boleh jadi masalah ea??
Pelik toi.. tapi itulah yang berlaku kebanyakkan orang..
Sepatutnya bile hati kita ikhlas.. hal ini tidak akan terjadi.
Otak dan hati akan bersatu.. dan tangan akan terus menghulur tanpa ragu2 lagi..
Ini tidak bermakna menderma itu tidak ikhlas.. tapi cukup ikhlas kah??
Hanya Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Menilai.. Subhanallah.. itu hanya contoh bile kita menderma..
Banyak lagi contoh lain, seperti..
Kita menolong orang tukar tayar pancit di tepi jalan tanpa harapkan ganjaran.. kita berkongsi ilmu didalam kelas tanpa perasaan riak…
Kita puji kecantikan dan kejayaan sahabat tanpa perasaan iri hati… kita  menasihati sahabat2 tanpa niat untuk memalukan mereka…dan sebagainya..
Itulah keikhlasan.. tapi payah nya nak menanam ikhlas dalam diri..
Tapi kita janganlah cepat putus asa…
Ikhlas itu memang payah..tapi kalau kita bermujahadah..
Inshaaa Allah, Allah akan permudahkan untuk kita..

“ya Allah.. Kau lembutkan hati ini, agar hati ini selalu menangis dan merintih hanya padaMu.. sekiranya hati ini telah keras.. Aku mohon… Kau gantikanlah aku dengan hati yang baru.. hati yang selalu menagih cinta dariMu, hati yang selalu mengingati nama-namaMu.. hati yang selalu memohon pertolongan hanya dariMu, hati yang selalu menangis memohon kepadaMu, hati yang selalu ikhlas dalam jua perkara hanya keranaMu, ya Allah”



No comments:

Post a Comment