bunga

lagu

Monday, September 2, 2013

moNEy a.k.a DUit...

Assalamualaikum..
Cakap pasal money ni a.k.a duit a.k.a ringgit, what so eva lah.. ramai yang berminat..
Ramai yang tertipu dan ramai jugak yang menipu…
Kerana duit, mata manusia jadi rabun.. lebih teruk lagi jadi buta.. gelap terus.. sekurang-kurangnya.. orang buta tak buta hati..
Orang buta celik hati..
Tidak sama manusia yang buta kerana duit.. hatinya pon malap2, seakan lilin yang sudah mahu kehabisan wax nya..
Dalam dunia kini, semua benda perlukan duit..
Dari keperluan hingga lah kemahuan manusia..
Sudah penuhi keperluan, kemahuan pula dicari..
Benarlah..
Tak ada duit pon hati terasa sakit, kepala pening..
Dah dapat duit pon hati terasa sakit, kepala pening..
Pelikkan ?? tapi macam mana tu??
Manusia kadang-kadang asyik dalam keduniaan..
Sibuk memenuhi keperluan fizikal, lupa akan keperluan rohani..
Keperluan rohani juga perlu dipenuhi..malah lebih lagi bagus..
gambar hiasan semata-mata
Supaya kita tudak jauh dariNya..
Disitu datangnya kesyukuran, kesederhanaan dan kepuasan..
Selalu kedengaran..
Cakap memang senang, cuba kalau duit yang banyak berada di hadapan mata…
Diberi kemewahan harta benda.. dihormati olah orang ramai kerana kekayaan..hidup senang
siapa yang tak nakk??.. bukan hak kita pon sanggup ambil..
Astaghfirullah…
Kadang2 terasa takut apabila kita semakin dewasa..
Tapi teringat akan pesanan seorang penceramah ni..
Manusia selalu ingat kesenangan itu ada pada orang kaya, padahal orang yang kaya itu belum tentu berasa senang apatah lagi tenang…
Duit adalah rezeki dari Allah.. infaklah ke jalanNya.. seikhlas hati..
Kebaikan akan dibalas kebaikan..
Ada pepatah cina..
Tangan yang menghulurkan bunga mawar, pasti akan berbau harum..

“ya Allah..sekiranya diri ini sudah jauh dariMu.. kembalikanlah aku ke jalanMu, jalan yang lurus dan benar.. Ya Rahman, Ya Rahim..aku memohon ampun ya Allah.. ampunilah segala kekhilafan diri ini.. Kau didikkanlah hati ini, akal ini, jasad ini.. agar sentiasa bersyukur kepadaMu, ikhlas dalam apa jua ku lakukan hanya keranaMu dan lahirkanlah rasa
cinta akan kesederhanaan dalam hati ini..”
AMIN~~





No comments:

Post a Comment