bunga

lagu

Monday, June 22, 2015

cerPen 6: AWak.. yaNG saYA piLiH (part 1)


‘ sayang!’
Pantas aku menoleh kebelakang dan menghadiahkan senyuman kepadanya.  Dia berdiri sebelahku.  Mataku tepat memandang matahari yang bakal melabuhkan tirainya, ombak pantai yang lembut menghempas  pantai menjadi halwa telingaku, angin yang sepoi-sepoi bahasa menyapa kulitku. Nyaman sungguh. Cantik sungguh ciptaan Sang Pencipta.
Dia memegang tangan ku, jari jemarinya hangat bertaut dengan jemariku.  Aku menoleh kearahnya. Senyumannya masih tidak lekang di bibirnya dan matanya tenang memandang laut terbentang dihadapan kami. Mungkin kami sedang menikmati matahari yang sama, ombak pantai yang sama, angin senja yang sama bahkan fikiran yang sama. Bibirku tersenyum jua.
‘tuhan, syukur padaMu.. ku bahagia’, getus hatiku.
********************************************************************************

‘ ma.. sudah sudah la tu,’ ujarku sambil menyambung suapan mee goreng ke dalam mulutku.
‘ apa yang sudahnya? Betul la apa ma cakap ni.. anak kawan ma yang sebaya Hasya semua dah kawen, dah ad anak dah pun,’ balas Mak cik Jidah kepada anak perempuan bongsunya.
‘ abah.. Hasya ni tua sangat ke?,’ tanya Hasya Tasnim kepada ayahnya yang sedang menghirup Nescafe panas di tangannya.
‘27.. tak de lah tua sangat,’ jawab Pakcik Halim tenang.
‘ haa see ma.. abah pon cakap tak tua. Buat apa nak tergesa-gesa ada jodoh adalah,’ tutur Hasya yang gembira dengan jawapan ayahnya. Makcik Jidah mengerling kearah suaminya yang tenang menikmati santapan pagi mereka.
‘ Hasya tanya abah.. memanglah.. abah Hasya ni, semua yang Hasya cakap semuanya betul,’ balas Makcik Jidah yang tidak mahu mengalah.
‘ ye la ma.. kan Hasya dah bagitahu.. birthday Hasya yang ke 27, kalau ma nak carikan pon.. carilah.. Hasya bagi green light!,’ ujarnya sambil membawa pinggannya ke sinki.
‘ betul ni?? Hasya terima je pilihan ma abah?,’ tanya Makcik Jidah  kepada anaknya.
‘haish.. betul la ma.. tapi carilah yang elok2 sikit, yang boleh jadi suami Hasya, jangan main amek je,’ pesan Hasya yang sudah malas melayan pertanyaan maknya.
‘haishh Hasya ni.. tak kan la ma main amek je.. ingat semua orang boleh jadi menantu ma ke.. insan terpilih je tau,’ balas makcik Jidah sambil tersenyum gembira.
‘ ye la ma,’ balas Hasya malas  yang terus hilang disebalik dinding yang memisahkan ruang makan dengan ruang tamu mereka.
‘ seronok awk.. Hasya dah bagi green light,’ usik Pakcik Halim kepada isterinya.
‘ eh.. mestilah.. bukan senang, dia dah la degil macam abang,’ balasnya sambil tersenyum lebar. Makcik Jidah berasa sangat gembira. Dia sudah tidak sabar melihat anak prempuannya, Hasya Tasnim berumahtangga dan mempunyai keluarga sendiri.
lagi 5 bulan birthday Hasya,’ Makcik Jidah bermonolog dalam hatinya sambil tersenyum.

*******************************************************************************
Semua yang berlaku dalam masa yang singkat. Malam ini selepas waktu Isyak aku bakal diijabkabul dengan tunangku.  2 bulan kami bertunang tapi bagaikan semalam jari ini baru disarungkan cincin oleh ibunya.  Aku memandang cincin dijari manisku. Dengan pantas jari jemari kiriku bermain dengan batu permata cincin yang tersarung di jari kananku. Otakku menerjah jauh kedalam kotak memori lama.
‘Assalamualaikum,’ Fathi Hakimi memulakan bicara.
‘Waalaikummussalam. Haa awk.. ada apa call ni?,’ Jawab Hasya Tasnim selamba.
‘Saja.. lama tak dengar suara awk, rindu..,’ jawab Fathi tenang. Tapi jawapannya hanya diterima dengan gelak kecil Hasya.
‘ Poyo la awk ni..,’balas Hasya.
‘ eh, budak ni.. tak caya pulak.. betul la,’ Fathi cuba meyakinkan Hasya. Hasya terdiam.
‘awk tak keje ke hari ni?,’ Hasya cuba mengalih perhatian Fathi kepada pertanyaannya.
‘ tukar topic la tu.. suka sangat ngelat..,’ gelak Fathi. Hasya hanya terdiam. Sejujurnya dia tidak selesa Fathi Hakimi berbicara sedemikian. Entah kenapa.
‘ awk.. bila abes belajar?,’tanya Fathi tenang.
‘inshaAllah.. lagi 3 bulan.. why?,’ tanya Hasya Tasnim.
‘sy ingat nak masuk minang awk selepas awk abes belajar ni,’ kata Fathi Hakimi sambil tergelak kecil menyembunyikan perasaan gemuruhnya.a
‘haish mamat ni.. dari tadi main-main ea..,’ balas Hasya geram. Fathi Hakimi, lelaki yang suka mengusiknya dari hari perkenalan mereka hinggalah kini.
‘mana ad main2.. bak sini nombor phone abah awk..,’ ujarnya.
‘mm.. abah saya tak pakai handphone.. selalu dia call sy guna public phone,’ gelak Hasya Tasnim, puas dapat kenakan Fathi.
‘oo..old fashioned nyer bakal abah mertua saya,’perli Fathi. Masih kedengaran gelak tawa Hasya Tasnim di corong-corong handphonenya. Dia tersenyum.
‘eh.. biasalah old-fashioned is the best.. awk apa tahu?,’ balas Hasya.
‘ ok la.. kalau macam tu, bak sini alamat rumah awak.  Saya nak jumpe dengan abah awak,’ minta Fathi.
‘mm.. xyah susah2 datang rumah saya.. awk tahu kn kat mana masjid Al-Qariah tu.. awk pergi la solat lima waktu kat masjid tu.. confirm jumpa abah saya,’ gelak Hasya lagi.
‘haish budak ni.. hasya.. memang jemaah masjid tu abah awk seorang je,’ balas Fathi geram.
‘nakal, nasib baik bukan bini aku lagi, kalau tak bengkak kepala dia aku ketuk,’ getus hati Fathi sambil tersenyum. Hasya Tasnim masih tergelak.
‘ mana la saya nak tahu mana satu abah awk, main-main la awk ni,’ tutur Fathi lagi.
‘awk la yang mula dulu, padan muka! Sapa suruh?,’ gelak Hasya. Fathi terdiam di talian. Hasya berhenti ketawa, khuatir dia ter’over pulak.
‘ Hasya Tasnim binti Halim..?,’ bicara Fathi. Hasya terdiam menanti tutur kata seterusnya dari Fathi.
‘Hasya Tasnim binti Halim.. sy mahu jadikan awk ibu kepada anak saya, penyeri hidup saya..sy ikhlas mahu jadikan awk isteri saya,’ tutur Fathi sekala nafas. Nadanya serius tetapi sedikit gemuruh. Hasya terdiam.
‘ Hasya? Awk dengar tak ni? Saya serius ni,’ Fathi cuba menyakinkannya.
‘ rrrr.. saya tak tahu apa harus sy respond.. sy nak cakap apa?,’ Hasya sudah mula gelabah. Reaksi Hasya disambut dengan gelak tawa Fathi.  Ada orang yang lagi gemuruh dan cuak dari dirinya.
‘ senang je.. either yes or no..,’ jawab Fathi dengal gelak tawa.
‘haish.. kawen ni bukan boleh buat main2.. awk ni biar betul, awk bukan kenal saya sangat pun,’ curiga Hasya.
‘ sebab nak kenal awk lagi dalam la.. saya nak kawen dengan awk.. tak pe la.. awk fikirkan dulu, buat solat isthikharah dulu,’ tutur Fathi tenang.
‘ awak dah buat ke?,’ tanya Hasya dalam keadaan teragak agak. Gelak tawa Fathi menyambut pertanyaan Hasya dihujung talian.
‘ saya suruh awk buat.. mesti lah saya dah buat.. awk x perlu takut.. buat dulu.. apa pon keputusan awk nanti saya terima,’ fathi cuba menyakinkan Hasya lagi.
Hasya Tasnim bagaikan tak percaya apa yang didengarinya. Fathi hakimi, lelaki yang baru dikenalinya dalam masa beberapa bulan, sudah mengajaknya bernikah.  Dirinya berasa cuak, gementar, keliru. Semuanya bercampur baur.

*********************************************************************************

**to be continue... 


No comments:

Post a Comment