bunga

lagu

Tuesday, June 30, 2015

cerpen 6: AWk.. yANg saYA PILih (pARt 2)


‘Hasya! Kau ni dah kenapa? Aku tengok kau asyik duk tilik jew phone kau tu?,’ tanya sahabat karibnya, Zara.
Hasya mencebik sambil memandang phonenya. Lalu dicampaknya phone tersebut ke atas katil.
‘ Bencilah..,’ ujarnya perlahan namun cukup didengari oleh Zara. Hasya Tasnim melabuhkan badannya ke atas katilnya.
‘Kau ni dah kenapa Hasya? Nape? ,’ tanya Zara. Hasya Tasnim hanya menggelengkan kepalanya lalu menutup mukanya dengan patung ‘ELMO’ yang berbulu merah.
‘ haish pelik la aku dengan kau ni. Ke kau ad masalah dengan Fathi ni?,’ duga Zara lagi.
Hasya Tasnim hanya mengangguk kepalanya disebalik patung ‘ELMO’ tersebut. Dia masih terdiam.
‘ Kau ni Hasya, buat apa kau nak serabutkan kepala. Call je la dia, bincang dengan dia, selesai masalah,’ cadang Zara.
‘ Tak nakkk!!,’ jawab Hasya pendek. Zara  mengeluh. Sudah dua minggu sahabatnya berkelakuan sedemikian yang sememangnya mengganggu penglihatanya.  Dia turut tidak senang melihat keadaan Hasya Tasnim yang tidak keruan hanya kerana seorang lelaki.
‘ kalau kau tak nak.. sampai kesudah masalah kau ni tak selesai cik Hasya oii.. entah-entah si Fathi tu elok je kat sana. Kau je tak keruan mcm ni,’ ujar Zara. Hasya Tasnim bangun memilih untuk duduk dihujung katil berhadapan sahabatnya.
‘tak nak lah. Takkan lah aku nak call dia dulu. Aku cuma.. terkilan dengan Fathi tu. Takkan la dia nak putus persahabatan kami semata-mata aku tolak lamaran dia.  Sejak aku bagitahu dia jawapan aku dua minggu, dia langsung x contact aku taw,’ balas Hasya sambil menundukkan kepalanya. Zara hanya memerhati gerak geri sahabatnya itu.
‘Dia kata dia akan terima apa pon jawapan aku,’ ujar Hasya lagi, suaranya semakin kedengaran perlahan.
‘weyh, kau nangis ke ?,’ tanya Zara lalu bangun dari kerusinya dan melabuhkan punggungnya disebelah Hasya.
‘ eh, tak la!,’ jawab Hasya lalu menegakkan badannya dan menyelak rambuntnya yang menutupi matanya. Dia menarik nafas dalam. Zara memeluk bahunya dari sisi.
‘ Hasya, aku rasa kau dah mula sayangkan Fathi. Kalau bukan kerana sayang, kau tak kan macam ni. Kenapa kau tolak dia?,’ ujar Zara lembut. Hasya tasnim terdiam sebentar. Dia sendiri keliru dengan perasaannya.
‘zara, aku dah bagitahu kau kan. aku rasa aku tak ready lagi. Aku takut. Aku dah buat istikharah, tapi aku tak jumpa jawapan itu, hati aku makin gelisah memikirkan lamaran dia, hati aku jadi takut. Aku fikir dengan aku menolak lamaran dia, hati aku jadi tenang. Tapi lain pulak jadinya, hati aku lagi gelisah,’ ngadu Hasya kepada sahabatnya. Nadanya kedengaran  penuh kesal dan sebak.  
‘sabarlah Hasya. Kadang2 jawapan tu kita tak dapat terus dari tuhan, mungkin juga memakan masa,tapi jawapan tu datang tidak secepat seminit mahupun lewat seminit. kau kena istiqomah dalam masa yang sama, kau juga kena perbaiki diri, dekatkn diri dengan tuhan,’ ujar Zara kepada Hasya dengan tenang.
‘ zara, tapi aku tak suka la macam ni. Aku terasa lemah sangat sekarang semata mata kerana lelaki. I hate that kind of feeling. Hati aku tak tenang,’ adu Hasya dengan nada sebak.
‘hasya, jangan la macam ni. Hasya yang aku kenal tough orangnya. Jangan kerana lelaki kau jadi mcm ni. Aku tahu hati kau susah nak berikan sayang kepada orang. Once kau dah sayang orang tu, u’ll truly love him. Aku tahu tu. Tapi kau kena ingat Hasya.. ketenangan itu pada tuhan, bukan pada Fathi.. sabarlah, doa banyak2 kat tuhan..kalau betol Fathi jodoh kau, tuhan akan ketemukan korang berdua bila tiba masanya.. hanya Dia tahu apa yang terbaik untuk kau, untuk Fathi,’ pujuk Zara sambil memeluk erat bahu sahabatnya itu. Hasya tasnim hanya  mengangguk kepalanya, matanya memandang bawah ke lantai.

*********************************************************************************
‘sayang!’
Hasya Tasnim tersentak dari lamunan. Dia memandang wajah lelaki disebelahnya.
‘ haish sayang ni.. jauh benor mengelamun. Ingat kat siapa ni? Abang kat sebelah awk je. Ke awk ada orang lain ni?? Bagitahu sekarang,’ gurau suaminya sambil menunjukkan jari telunjuknya kearah Hasya. Suaminya tersenyum manis. Dia menolak lembut jari suaminya yang dihadapan mukanya.
‘ Ada!,’ balas Hasya pendek sambil tersenyum. Si lelaki tersebut terkejut dengan jawapan isterinya. Raut wajahnya yang manis berubah kelat. Lelaki itu terdiam.
‘lelaki itu sangat special buat saya. Dialah lelaki yang mengajar sayang apa itu rindu, apa itu sayang.. dan saya sayang dia kerana Allah.. saya harap  dia pon sayang saya kerana Allah,’ ulas Hasya Tasnim sambil tersenyum. Suaminya  masih terdiam. Hanya kedengaran bunyi ombak yang menghempas pantai dan burung burung berkicauan yang langit biru.
‘Hasya masih sayangkan dia?,’ tanya si lelaki tersebut.
‘ sayang!.. malah sekarang bertambah sayang,’ jawab Hasya pendek yang sememangnya menimbulkan kegelisahan dihati sang suami.
‘habis tu. kenapa Hasya terima pinangan saya? Ke saya jadi penghalang cinta awk?,’ tanya si lelaki tu lagi. Otaknya menimbulkan pelbagai persoalan yang sememangnya mengundang gundah dihatinya.
Hasya tasnim menahan gelak. Geli hatinya meilhat gelagat suaminya yang kelihatan serius dan perasaan ingin tahu yang membuak.
‘sebab awk.. yang saya pilih,’ jawab Hasya Tasnim lalu letakkan tapak tangannya di dada suaminya. Raut wajah suaminya bertukar, dia kebingungan. Hasya tasnim tergelak kecil.
‘encik fathi hakimi!,’ ujar isterinya. Fathi Hakimi memberi reaksi mengangkat keningnya kepada isterinya.
‘ awk lah orang.. saya sayang awk,’ ujar isterinya perlahan sambil memandang matanya. Sekarang baru dia mengerti. Dia menghadiahkan senyuman kepada isterinya. Dia memegang kedua dua tangan isterinya.
‘ apa dia sayang? Abang tak dengar la yang part last tu?,’ tanya fathi hakimi kepada isterinya, Hasya Tasnim. Sudah seminggu mereka bergelar suami isteri.
‘alaa abang ni.. malas la saya nak ulang, ni siaran berbayar tau,’ balas hasya sambil menarik kedua dua tangannya dalam genggaman suaminya.
‘ala sayang please.. sekali je.. sekali je,’ pujuk Fathi.
‘tak de tak de.. ,’ balas hasya, lalu memusingkan badannya, berjalan meninggalkan suaminya.
‘ sayang! Sayang!,’ Fathi memanggil isterinya yang sudah beberapa langkah meninggalkannya.  Namun panggilannya hanya dia jawab dengan isyarat lambaian selamat tinggal dari isterinya dari belakang.
Fathi hakimi tersenyum bahagia melihat gelagat isterinya. Dia berlari anak mengejar isterinya.
‘tuhan, syukur padaMu atas pinjaman ni.. aku  sayangnya keranaMu, takkan aku per sia-siakannya,’, getus hati Fathi Hakimi. Dia terasa bahagia. Penantian dan kesabarannya membuahkan hasil.
-THE END-

No comments:

Post a Comment