bunga

lagu

Friday, February 8, 2013

cerPEN 4 : SUNflowER DIHAtikU (PArt 4)

semenjak hari tersebut, tanpa disangka..persahabatan antara Sophea Humaira, Dalili dan Izzudin Hasif terjalin. mereka menjadi semakin akrab, lebih-lebih lagi izzudin dan dalili. sophea humaira gembira melihat senyuman di bibir dalili setiap kali berjumpa dengan izzudin. kegembiraan dalili, kegembiraan dirinya juga. ye la kan, dah lama dalili pendam perasaannya terhadap izzudin, akhirnya mereka dapat juga berhubung biarpun atas dasar hubungan sahabat. izzudin pulak single. manalah tahu, izzudin tu adalah jodoh dalili. tiada siapa yang tahukan. izzudin pon selalu bagi response positive, gaya bahasanya seolah-olah dia pun suka akan dalili.

'bile dah final year,last semester lak tu.. ramai yang dah mula tunjukkan perasaan suka masing-masing..dah bersedia nak kawen kot diaorang ni,' hati sophea humaira bermonolog.
'tapi aku ni, bile pulak? sampai bila aku nak pendam?,'hatinya berbicara lagi. namun, persoalan hatinya hanya berbalas dengan senyuman dibibirnya.
dia tahu sebanyak mana pun perasaan sukanya terhadap saiful aiman tak mungkin akan terbalas. hati lelaki tersebut sudah berpenghuni, annalis, perempuan bertuah baginya. dia harus lah boleh mengawal perasaannya, dia tidak mahu mencemari persahabatan mereka kerana hanya dia bertepuk sebelah tangan. tanpa dia sedari, dia melepaskan keluhan yang berat di dadanya.

' ya Allah, berikanlah kekuatan pada diriku. jika benar dia jodohku, dekatkanlah kami, jika benar dia bukan jodohku, jauhilah dia dari diriku, peliharalah hatiku,' mohon sophea humaira di dalam hatinya.

dia merenung jauh di cermin hadapannya.

" maira? kau ok x ni?," sapa dalili yang sedang terbaring di atas katilnya sambil bermain ipad. sophea humaira  terkejut dari lamunannya.
" aku ok jew," kata nya sambil tersenyum ke arah dalili. jari jemarinya terus sibuk merapikan tudung bawal yang dipakainya.
"betul ni? kalu tak ok, aku boleh jew tolong cakap kat epol, kau tak sihat ke,ada keje ke tak dapat nak keluar," dalili meluahkan kerisauannya. setiap kali sophea humaira keluar bersama dengan saiful aiman, semestinya kawannya itu terpaksa menyembunyikan perasaannya, dan adakala hati kawannya disakiti tanpa saiful aiman sedari. ditambah pula, dia tidak dapat menemani sophea humaira memandangkan ada majlis jamuan di rumah sepupunya petang nanti.
humaira menghadiahkan senyuman kepada dalili," aku ok la Lili, jangan lah risau. aku berjiwa kentallah.. hehe,"jawab humaira.
"lagipun,annalis tak follow, ok la kot," ujar humaira lagi.
"eh, nape lak dia tak follow, diaorang gaduh ke?," tanya dalili bersemangat.
"eh, manalah aku tahu dan aku tak nak pun amek tahu. yang kau bersemangat sangat dah kenapa?," tanya humaira. dalili mencebik.
"saja tanya.. tapi kalau diaorang gaduh, kau dengan epol..mmm... haha," ujar dalili sambil ketawa sinis dan mengangkat kening kearah sahabatnya itu. humaira paham akan gurauan sahabatnya itu. dia turut tergelak.
"macam-macam la kau ni Lili. dah! jangan nak jadi manusia bertanduk dengan aku.. haha," sahut humaira sambil tergelak.dalili mencebik lagi.
"baik la cik humaira, en. epol kau tu datang amek pukul berapa ni?," tanya humaira.
tweet..tweet..tweet... handphone humaira berbunyi.
"haa.. tu mesti mesej epol. dah sampai la tu," ujar humaira.
"kau hati2 ea, kalu epol wat apa2 kat kau, telefon aku, siaplah epol," warning dalili.
humaira hanya tergelak melihat gelagat rakan sebiliknya itu.

*********************************************************************************

jam menunjukkan pukul 6.30 petang, lepas menghantar humaira pulang dia terus balik ke rumah sewanya di shah alam. saiful aiman merebahkan badannya ke sofa di ruang tamunya. housematenya sedang khusyuk melayan drama melayu slot akasia di tv3. dia tersenyum gembira apabila terbayang wajah humaira yang manis tersenyum sepanjang pertemuan mereka tadi. entah kenapa setiap kali keluar dengan humaira, hatinya tenang dan wajah humaira mendamaikan hatinya biarpun, tutur kata perempuan tersebut kadang kala kasar dengan dirinya.
"yang kau duk tersengih-sengih ni kenapa? bahagia napak?," sapa kawan serumahnya,Hazim. namun, saiful aiman tetap tersenyum kepada housematenya itu.
"bahagialah,"jawab saiful aiman sepatah. cukup menggambarkan kesenangan dalam hatinya.
" ce cerita sikit, apa yang bahagia sangat?," ujar hazim.dia tahu  saiful aiman tengah angau bercinta dengan annalis. saiful aiman bangun dari baringannya dan duduk di birai sofa.

dengan begitu teruja, saiful aiman menceritakan segala-segala dari A hingga Z pertemuan mereka pada hari ini. hazim turut tergelak apabila saiful aiman menggambarkan betapa lucunya perwatakan si gadis tersebut. dia dapat lihat sinar bahagia di mata saiful, tidak pernah dia lihat saiful begitu excited sebegini dan bibirnya sentiasa tersenyum.
 
"lawak gak perempuan tu, padanlah member aku ni happy gilerr," ulas hazim diakhir ceritanya. saiful aiman hanya tersenyum.
"taw xpe, aku yang muke handsome macam ni, boleh dia samakan dengan mamat bangla yang kerja kat kedai makan tuuu, dah macam hero cerita tamil dah aku tengok," gelak saiful aiman.
"tapi kan epol, aku ase betul gak cakap perempun tu, sekali tengok muke ko macam mamat bangla rumah belakang la," sambung hazim dengan tangan kanannya membelek-belek muka saiful aiman. saiful aiman menepis tangan membernya itu dengan muka xpuas hati. hazim tergelak.
"eh, kau ni.. lebih-lebih ar tu.. kau tak yah nak tokok tambah... hero cerita hindustan ni.. shah rukh khan," balas saiful aiman, tergelak bangga.
" ni shah rukh khan?," tanya hazim sambil menunjukkan jarinya ke muka saiful aiman. dia tergelak lagi.
" ye la," saiful aiman mencebik. gelak ketawa hazim jelas kedengaran.
" gelak.. gelak laaa... aku xkisah.. hari ini aku bahagia, tak kisah la kau nak cakap apa..," sambung saiful aiman sambil merebahkan kembali kepalanya ke sofa. dia tersenyum.
" untungla orang tu.. hari ni hati senang," ujar hazim lagi. saiful hanya tersenyum merenung ke ceiling.
" maira.. maira.. maira.. lawak sungguh kamu," omel saiful seorang diri. namun, telinga hazim pantas menangkap bait-baik kata sahabatnya itu.
" maira? siapa pulak tu?," tanya hazim.
" laaa.. kau ni. perempuan yang aku cerita tadi la, sahabat karib aku tuuu," jawab saiful aiman. namun, jawapannya disambut dengan gelak tawa hazim.
" yang kau gelak ni kenapa lak?," tanya saiful yang kehairanan.
" haha.. aku ingatkan kau cerita pasal awekk kau, annalis.. rupa-rupanya maira, perempuan lain..," saiful tercengang seketika apabila mendengar kata-kata hazim sebentar tadi.  entah kenapa, kata-kata hazim tu menusuk ke hatinya, seperti satu benda yang berat telah menghempaskan ke atas dirinya, menyedarkan dirinya daripada mimpi. kemudian hazim berhenti ketawa dan tangannya memegang bahu saiful.
"aku dah konfius dah... kau ni bercinta dengan annalis ke dengan maira ni.. fikir-fikir la bro," ujar hazim lalu berdiri.
" aku nak naik atas, solat ,maghrib," ujar hazim lagi lalu beredar pergi. jam sudah menunjukkan pukul 7.15  malam.
kata-kata hazim tadi menyinggah masuk kedalam hati dan fikirannya. dia kebingungan sekejap.

'tak kan lah aku dah jatuh hati dengan si maira tu,' bisik hatinya. dia keliru dengan perasaannya sendiri. lalu dia bangkit dari sofa dan menaiki tangga ke biliknya. semua persoalan yang bermain di mindanya di biarkan tanpa jawapan.

No comments:

Post a Comment