
ok back to our topic today.. saya akan share sikit apa yang saya dah baca, saya tergerak hati mahu menceritakan serba sedikit mengenai kejadian bentuk tubuh Rasulullah SAW...
dalam sebuah riwayat yang masih bersumber dari Jabir bin Samurah R.A diungkapkan,
"Aku melihat Rasulullah SAW di suatu malam yang berbulan purnama. Waktu itu Baginda memakai pakaian merah. Aku berganti-ganti memandang antara Baginda dengan bulan, ternyata Baginda lebih indah daripada bulan,"
(Diriwayatkan oleh Hanad bin As-Sirri, dari Abtsar bin Al-Qasim, dari Asy'ats (Ibnu Suwar), dari Abi Ishaq yang bersumber dari Jabir bin Samurah)
disebutkan juga di dalam sebuah hadis tatkala Sayidina Ali menyifatkan Rasulullah SAW,
" Adalah Rasulullah SAW itu tidaklah terlalu tinggi, tidak juga terlalu rendah,tidak gemuk dan juga tidaklah terlalu kurus,rambutnya tidaklah terlalu kerinting dan juga tidaklah terlalu lurus,sesungguhnya rambut Rasulullah SAW bergelombang (ikal), bentuk mukanya tidaklah bulat dan gemuk cuma ada ketulan tembam di pipi yang kemerah-merahan, anak matanya terlalu hitam dan bulu matanya melentik, dadanya berbulu hingga ke pusat, tapak tangan dan kakinya berisi, apabila dia berjalan lajunya seolah-olah menuruni anak bukit,apabila dipanggil dia akan menoleh begitu juga dengan badannya akan turut berpaling, ada tanda Khatam Al-Nubuwah di belakangnya di antara dua bahunya, dialah yang paling peramah, dia juga yang paling benar dalam kata-kata dan perbuatannya, lemah lembut,pergaulannya ramah, barang siapa yang pertama kali melihatnya akan timbul rasa ketakutan dan barang siapa yang sudah mengenalinya akan jatuh cinta akannya. Aku tidak pernah melihat seseorang yang sama dengan dia sebelum ini dan selepas ini,"
(Hadis Riwayat Al-Tarmizi)
Khatam Al-Nubuwah adalah salah satu tanda di badan Rasulullah SAW sebagai menunjukkan bahawa Baginda adalah nabi yang terakhir dan penutup segala nabi serta rasul. itulah kebesaran Allah SWT. SubhanaAllah..
dalam suatu riwayat, Jabir bin Sumarah R.A mengemukakan keadaan Khatam Al-Nubuwah sebagaimana berikut:
" Aku pernah melihat khatam (tanda kenabian), ia terletak di antara kedua bahu Rasulullah Saw. Bentuknya seperti sepotong daging berwarna merah sebesar telur burung merpati"
(Diriwayatkan oleh Sa'id bin Ya'qub At-Thalaqani dari Ayub Bin Jabir, dari Simak bin Harb yang bersumber dari Jabir bin Sumarah)
diceritakan juga di dalam kitab Syamail Muhammadiah, bentuk Khatam Al-Nubuwah, ia adalah tampalan daging sebesar telur burung merpati yang ditumbuhi bulu-bulu nipis yang terletak di antara dua bahunya dibelakang.
dalam buku ni, terdapat banyak lagi hadis2 menceritakan perihal tubuh badan Baginda. ni hanyalah sedikit perkongsian dari saya. secara ringkasnya,Baginda mempunyai susuk tubuh yang cantik yang diciptakan oleh Allah SWT kepada rasul pilihanNya.
saya sangat sangat menggalakkan kalian membeli buku ini, kerana isinya sangat sangat la bagus, supaya kita dapat mengenali lebih mendalam kekasih Allah SWT.. sama2 kite berusaha mencari keredhaanNya, memperbaiki diri agar menjadi hamba yang bertaqwa.. inshaAllah.. amin~~
*sumber rujukan (BIOGRAFI AGUNG RASULULLUH by Rusydi Ramli Al-Jauhari)
ya allah, nk baca jgkk!!!
ReplyDelete