Hari ni, bangun jew pagi, lagu nasyid ni asyik terngiang-ngiang kat telinga tebal aku ni. Without knowing, my mouth keeps on singing this song..sebenarnya daa lama gilerr x dengar lagu ni, last sekali zaman mrsm dulu kot..tetiba aku terfikir,apa yang aku buat yang menunjukkan aku cinta akan Rasulullah SAW? apa perbuatan ataw sunnah Nabi yang aku aplikasikan dalam kehidupan aku seharian? cukup ke selama ni apa yang aku buat menggambarkan betapa aku cinta dan rindu Rasulullah SAW? sesungguhnya cinta akan Rasulullah bererti jua kita mencintai Allah, Tuhan yang Esa.. Ya Allah!aku bersyukur atas segala yang Kau berikan kepadaku, ingatilah hamba-Mu yang hina lagi kerdil ini andai aku terleka dan lalai dengan urusan duniaku..Permudahkanlah segala urusanku dalam melaksanakan segala ketaatan-Mu..janganlah Kau membiarkan nasibku ditentukan oleh diriku sendiri, bimbinglah hamba-Mu ini ke jalan yang benar, jalan yang diterangi cahaya syurga-Mu.. sesungguhnya Kau lah yang cepat memperkenankan permintaan..amin~"Katakanlah (wahai Muhammad), “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah akan mengasihi kamu.” (Ali ‘Imran: 31)
Dia Kekasih Allah
Album : Jalan Bahagia
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com
Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa
Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat
Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat
Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga
Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa
Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat
Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat
Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga
Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah
No comments:
Post a Comment