bunga

lagu

Sunday, November 4, 2012

SehELai KErtaS haTI (BaB 2)


Ainul memandang kearah jam tangannya, jam sudah menunjukkan pukul 3.15 petang. Dengan tergesa-gesa, dia keluar dari kereta dan terus melangkah kearah Restoran Halim Thai Tomyam di bandar Shah Alam. Restoran ini sudah sebati dalam hidupnya kerana disinilah tempat mereka bertemu dan melepaskan rindu. Sebaik sahaja kakinya menjejaki di restoran itu, matanya dengan pantas mencari kelibat lelaki itu. Dia tersenyum melihat wajah lelaki tersebut dari jauh. Lelaki itu membalas senyumannnya. Dia berjalan menghampiri meja lelaki tersebut. Hatinya sangat merindui lelaki itu, sudah 3 bulan mereka tidak bertemu kerana kesibukan kerja masing-masing.
‘ Hai abang!, Sorry sayang lambat 15 minit, trafik jammed td. Abang dah lama sampai ke?,’ ujarnya menagih simpati sambil menarik kerusi di hadapan lelaki itu.
Ainul duduk berhadapan wajah yang dirinduinya. Hatinya terasa sangat bahagia, ingin dia tatapi wajah itu sepuasnya. Lelaki itu sungguh kacak dengan lesung pipit di pipinya apabila memberikan senyuman. Aduh, semua perempuan boleh cair dengan senyumannnya. Segak sungguh cara permakaiannya pada hari ini, sejak teman lelakinya menceburi bidang permodelan, dia sungguh mengambil berat akan penampilannya. Kadang-kadang, Ainul pernah membandingkn dirinya dengan lelaki itu, pemakaian dirinya terlalu simple dan solekan mukanya apatah lagi, hanya secalit gincu nipis, lapisan nipis compact powder dan segaris halus eyeliner sahaja. Namun, teman lelakinya dah berjanji akan sedia menerima segala kekurangan diri Ainul kerana lelaki itu sering kali memberitahu Ainul, yang cintanya tidak terlihat pada rupa Ainul, fizikal Ainul tapi hati dan kebaikan Ainul. Kata-kata itulah yang membuatkan Ainul sudi menerima cinta lelaki itu dan sedia memberi cinta dan kasih sayangnya kepada lelaki itu yang bernama Zakaria Yahya. Ainul berasa sangat bersyukur ditemukan dengan Zakaria, dan percaya suatu hari nanti si lelaki inilah yang akan menjadi imamnya.
‘Wah, bestnya!,’ jerit Ainul didalam hatinya. Ainul tersenyum sendiri. Angan-angannya sudah membawanya ke langit tinggi. Jauh dari realiti.
‘Biasa la perempuan,’hati Ainul tergelak halus.
‘Tak mengapa sayang. Adalah dalam 10 minit. Sayang mahu minum apa? Order la dulu,’ ujarnya dengan senyuman yang tak lekang di bibirnya.
Seperti kebiasaaan mereka, Ainul memesan air neslo sejuk manakala lelaki itu meminta air kopi panas. Dia kehairanan dengan perangai lelaki tersebut, lelaki itu hanya tersenyum dari tadi dan kurang bercakap seperti selalu. Lelaki di hadapannya itu seakan-akan tidak selesa dan kekok dengan pertemuan ini. Pertemuan mereka juga tidak disambut dengan gelak ketawa dan gurauan manja seperti selalu. Ainul memulakan bicara setelah sekian lama mereka menyepi.
‘Mmm.. Macam mana dengan fashion show kat Jakarta tu abang? Best tak?,’ Ainul memulakan perbualan dengan senyuman.
‘Ermm.. ok la. Abang jumpa ramai model-model terkenal, semua cantik-cantik ,’ ujar lelaki itu ringkas seperti malas hendak bercerita.
Ainul memandang wajah Zakaria, seakan ada sesuatu yang disembunyikan.  Wajahnya seakan gelisah, bibirnya seakan ingin memberitahu sesuatu. Ainul bertambah kehairanan.
‘Oh, ya! Abang lupa nak kasi hadiah ini untuk sayang, ambil lah hadiah dari Jakarta, harap sayang suka la,’ Zakaria tersenyum lalu menghulurkan paper bag berwarna gold itu kepada Ainul.
‘ Untuk sayang? Terima kasih abang,’ lalu Ainul menyambut paper bag itu. Dia terus membuka paper bag itu dan kelihatan sepasang kain satin berwarna putih dan lace yang bercorak bunga-bunga halus yang dihiasi manik dan labuci yan berwarna merah. Ainul terkejut dan saat yang selama ini dinantikannya sudah tiba. Hatinya melonjak keriangan. Dia sungguh teruja dan tanpa disedarinya bibirnya tersenyum lebar sambil tangannya menyentuh kain satin putih itu. Namun, hatinya masih berbisik dan otaknya ligat membuat ramalan.
‘Kenapa dia bagi aku baju kawin ni? Alamak!! Takkan la dia nak propose aku sekarang. Kalu betul, macam mana? Best nya, aku la perempuan paling bahagia dalam dunia ini tapi… malu la ramai orang kat sini,’ hati nya masih berbisik dan berteka-teki. Dengan ekoran matanya, dia mengerling ke sekeliling restoran. Pipi Ainul sudah kemerahan, jantung sudah berdegup laju. Dia cuba bertenang. Kepalanya masih tertunduk kebawah dan matanya masih tertumpu ke arah kain pasang ditangannya.
‘ Suka tak sayang? Kalu tak suka, tak mengapa abang beli yang lain,’ ujar Zakaria memecahkan kesunyian. Ainul hanya tersenyum. Dengan perasaan malu, dia perlahan-lahan mengangkat kepalanya dan mengalih pandangannya ke mata lelaki di hadapannya.
‘  Suka abang. Warna dan corak lace ini cantik,’ jawabnya pendek sambil menunduk kembali kepala kearah kain dalam paper bag itu. Dia cuba mnyembunyikan perasaan malunya daripada dihidu oleh lelaki tersebut.
‘ Bagus la kalu sayang suka,’ ujar lelaki itu tersenyum lalu merapatkn bibir nya dengan cawan dan menghirupnya air kopi yang panas itu. Ainul menanti dengan penuh kesabaran dan perasaan teruja setiap butir kata dari lelaki tersebut. Hatinya sudah gelisah menanti, jantungnya berdegup kencang seperti angin lintang. Maklumlah, inilah kali pertama dia bakal menerima lamaran daripada lelaki yang dicintainya. Akhirnya, 5 tahun bersama, ini la saat yang dia tidak mungkin akan melupakannya. Ainul membetulkan posisi duduknya dan tersenyum kearah lelaki tersebut. Dia menanti.
‘ Sayang?’, lelaki itu memandang tepat ke dalam mata Ainul sambil tersenyum. Ainul membalas senyuman itu dengan anggukkan kepalanya. Dia mendengar.
‘ Sayang? Abang sudah buat keputusan. Abang rasa.. setakat ni sahajalah hubungan kita, lets break up, ‘ ujar lelaki itu tenang sambil menghirup minumannya.
Ainul tersentap. Dia terdiam. Mindanya sibuk mencari jawapan akan seribu soalan. Telinganya cuba menangkap setiap bait-bait kata lelaki tersebut.
‘Betulkah apa yang didengarinya?,’ hatinya berbisik. Hatinya tidak keruan.
‘ Abang berguraukan? Abang jangan la main-main pasal benda macam ini, jahat la abang ni,’ Ainul tergelak kecil sambil menyembunyikan perasaan menggelabah di dadanya.
Namun, Zakaria masih berlagak biasa dan tenang.
‘ Tak!! Saya tak main-main. Saya dah buat keputusan, kita putus sekarang,’ ujarnya tenang. Setiap bait-bait kata yang meniti dibibir lelaki itu ibarat pedang samurai yang tajam menghiris hatinya. Hati Ainul merasa sakit dan matanya sudah berkaca. Hebat sungguh kata-kata lelaki ini mampu membuat sekeping hati menjadi remuk ibarat sehelai kertas direnyuk- renyuk seribu.
‘Tapi abang.. apa salah sayang, apa salah sayang? Kalu sayang ada buat salah, abang maafkan lah sayang, sayang janji tak akan buat lagi tapi tolonglah abang, janganlah buat sayang macam ni,’ mohon Ainul dengan matanya yang sudah berkaca menunggu masa untuk kolam air matanya melimpah. Matanya memandang tepat ke mata Zakaria. Zakaria cuba mengalihkan pandangan matanya ke tempat lain supaya tidak bertemu dengan mata Ainul.
‘Awak tak buat salah apa-apa dengan saya. Cuma saya rasa kita tak sesuai untuk bersama. Lagipun, saya dah jumpa perempuan yang sesuai untuk diri saya, dan kami saling menyintai satu sama lain,’ujarnya tenang. Ainul tidak dapat menelan segala kata-kata lelaki itu. Dia seakan tidak mahu menerima mahupun percaya lelaki yang dicintainya selama 5 tahun, sudah berubah, cinta murni mereka sudah hilang. Dia buntu. Bukan ini yang dia inginkan, sepatutnya bait-bait kata yang indah tersusun keluar  dari mulut lelaki itu kerana ia adalah lamaran pernikahan bukan perpisahan!.
‘ Habis, kenapa abang berikan sayang sepasang kain for wedding dress? Untuk apa ini?,’ soalnya sambil menunjukkan kain pasang di tangannya. Airmata Ainul mula mengalir perlahan di pipinya.
‘ Itulah pemberian terakhir dari saya. Dan juga hadiah perkahwinan awak dengan bakal suami awk suatu hari nanti, saya ikhlas berikan kepada awak,’ ujar Zakaria dengan nada yang tenang.
‘ ikhlas??? Ini yang awak panggil ikhlas?,’ ujar Ainul dengan nada yang agak tinggi, lalu melontar kain pasang tersebut di hadapan Zakaria. Perasaannya bercampur baur. Kemarahan cuba menguasai dirinya.
‘ Ok la, terpulang kepada awak nak terima atau tidak. So, mulai sekarang kita dah tidak ada apa-apa hubungan. Saya harap awak faham dan jangan kacau hidup saya lagi, our relationship finish!! Fullstop!! Got it?,’ ujarnya sambil bangun dari kerusi dan memakai cermin mata hitamnya. Ainul kaget seketika.
‘aku sayang akan dia, aku tidak boleh kehilangan dia,’ Ainul bermonolog didalam hatinya. Hati Ainul meronta dan dia perlu segera menyelamatkan hubungan mereka. 
Lelaki itu mahu beredar dari tempat itu, tapi Ainul menghalangnya. Dengan pantas Ainul menarik tangan lelaki itu.
‘Abang tak boleh buat Ainul macam ni, kita dah couple, 5 tahun dah abang, takkan abang nak lupakan macam itu saja? Abang dah tak cinta Ainul ke? ,’ soal Ainul yang sedang mengalir air matanya. Semua mata di restoran tersebut memandang kearah mereka. Sepasang kekasih sedang bercakaran semestinya mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi di tempat awam. Ainul sudah tidak menghiraukn semua itu, yang penting baginya, dia harus menyelamatkan hubungan cintanya. Namun begitu, tindakan Ainul menimbulkan kemarahan dalam diri Zakaria.
‘Apa yang kau buat ni? Engkau jangan nak memalukan aku. Ya!! Aku dah tak cintakan kau lagi. Kau tak faham ke? Aku daa jumpa perempuan yang lebih elok daripada kau,’ dia meninggikn suaranya.  Nada Zakaria sudah berubah, dia mula menunjukkan kemarahannya. Ainul terkejut, airmata semakin laju mengalir, hatinya remuk. Cinta sejatinya sudah dikhianati.
‘ Tapi abang janji nk terima semua buruk baik Ainul? Apa bagusnya perempuan tu daripada Ainul abang?,’ tangisan Ainul semakin kuat. Dia merasa kesakitan yang teramat akan pengkhianatan ini.
‘ Itu janji dulu, sekarang aku sudah berjaya. Dan kau tak layak untuk bersama aku. Cermin la diri kau tu sedikit!!. Tak kanlah model sekacak aku nak berdamping dengan orang macam kau, dahlah tak pandai bergaya, tak pandai mekap, gemuk pulak tu. Buat malu aku je la.. kalu ada bini gemuk macam kau,’ kata Zakaria dengan nada yang marah. Dadanya merombak-ombak cuba menahan kemarahan.
Ainul terkejut mendengar kata-kata lelaki itu, lebih-lebih lagi perkataan ‘gemuk’. Lelaki yang dicintainya selama ini tidak dapat menerimanya dirinya lagi. Hatinya hancur berderai. Dia seakan tidak lagi mengenali lelaki itu. Perangainya sudah seratus peratus berbeza. Dia bukanlah pemilik cintanya lagi. Dia benci lelaki itu. Sejak detik itu perasaan benci menguasai hatinya.
‘ Abang jahat!!, Lelaki tak guna!!,’ jerit Ainul sambil membaling tas tangan nya ke muka Zakaria. Tapi lelaki itu sempat mengelaknya dan tersenyum kemenangan.
‘Arghh!! Malas aku nk layan perempuan gemuk macam kau, its over!!,’ Zakaria berlalu pergi meninggalkn restoran itu.
Ainul terduduk di lantai. Kakinya sudah tidak kuat untuk berdiri. Dia tidak menerima tamparan ini. Airmatanya mengalir laju, dia merasa sangat lemah diibarat dihempap batu besar ke atas badannya. Dia tidak terdaya lagi.
‘ Ya Allah,’ hanya itu sahaja ungkapan yang meniti di bibirnya dalam esakannya.
Seorang pelayan perempuan cuba menolongnya berdiri dan menenangkannya. Datang pula seorang lelaki menghulurkan tas tangan nya yang dicampakkan ke lantai. Semua pelanggang restoran terdiam seketika seakan baru menyaksikan drama cinta percuma yang penuh tragis.

No comments:

Post a Comment