bunga

lagu

Friday, November 9, 2012

SehELAi kerTAs hATi (bAB 3)


‘Assalamualaikum… assalamualaikum..’
Dhiya yang berbaju kurung hijau lumut berdiri di depan pagar rumah sahabat karibnya. Sudah 3 hari sahabatnya itu tidak datang berkerja, dia risau apabila memikirkan keadaan sahabatnya. Dia masih teringat lagi berita dari ketua jabatannya yang mengatakan Ainul mengambil cuti 2 minggu, dengan alasan mahu menghabiskan cuti tahunannya. Dia merasa kehairanan kerana Ainul tidak pula memberitahunya. Apabila dia menelefon Ainul tidak dijawab, bila dia menghantar sms, tidak di balas. Ini bukan lah perangai Ainul yang dikenalinya sejak bangku sekolah lagi.
‘ Waalaikummussalam. Oh, Dhiya! Masuk la. Pintu pagar tak berkunci,’ sapa Puan Maria di depan pintu rumahnya sambil tersenyum menyambut tetamunya.
 Dhiya membuka pagar, lalu melangkah masuk mendekati Puan Maria yang berdiri di muka pintu. Dia menghulurkan tangan dan bersalaman dengan ibu sahabat karibnya itu. Ini bukanlah pertama kali dia melangkah masuk ke dalam rumah itu. Hubungan mereka sangat rapat dan ahli keluarga juga sudah mengenali antara satu sama lain.
‘Mak cik apa khabar?’.
‘ Alhamdulillah. Sihat macam ni la Dhiya. Dhiya dari hospital ke?’.
Mereka berjalan menuju ke ruang tamu. Sunyi. Tidak kedengaran suara sesiapa pun. Bayang Ainul dan bapanya juga tidak kelihatan.Televisyen juga tidak di pasang. Hanya bunyi kipas siling dapat didengarinya. Mereka duduk di sofa yang menghadap televisyen.
‘Aah, mak cik. Terus singgah ke sini, nak berjumpa dengan Ainul, dia ada mak cik?’ tanya Dhiya.
‘ Dia ada kat bilik belakang tu, tengah solat Asar. Dhiya duduk la dulu. Mak Cik pergi buatkan air sekejap,’ jawab Puan Maria tersenyum lalu bingkas berdiri menuju ke dapur.
Dhiya keseorangan di ruang tamu. Bayang ayah Ainul mahupun adiknya tidak kelihatan. Sunyi sungguh. Selalu kedatangannya, disambut dengan gurauan adik lelaki bongsu Ainul yang berumur 18 tahun, Adi. Perwatakannya nakal, mesra, suka bergurau dan sangat pandai mengambil hati orang tua. Dhiya kebosanan di ruang tamu lalu bangun menuju ke dapur.
‘ Mak Cik tak payah la susah-susah. Dhiya singgah kejap je ni,’ tegur Dhiya. Puan Maria sedang membancuh air Nescafe seraya menoleh kearah Dhiya dan tersenyum.
‘ Apa yang susahnya Dhiya, tak benda la,Dhiya macam tak biasa pulak. Pergi la duduk kat depan, nanti  mak cik panggilkan Ainul,’ ujar Puan Maria.
‘ Tak pelah mak cik, biar saya tolong mak cik goreng karipap itu. Nanti kita makan sama-sama dengan Ainul,’ kata Dhiya apabila melihat Puan Maria mengeluarkan bungkusan karipap segera dari peti sejuknya.
‘ Ya lah,’ balas Puan Maria dengan senyuman yang tak lekang di bibirnya.
Puan Maria menghulurkan bungkusan karipap segera itu kepada Dhiya. Dia sungguh selesa dengan perwatakan anak ini. Dhiya seorang yang lemah lembut, ayu, pandai, hati baik dan berbudi bahasa. Pendek kata, anak ini sesuai sungguh untuk dijadikan sebagai menantunya. Dari mereka di bangku sekolah menengah lagi, Dhiya kerap berkunjung ke rumahnya. Hubungan mereka sudah rapat. Anak-anak lelakinya semua mengenali Dhiya. Dia tersenyum. Seketika, ingatannya menayangkan gambar anak perempuannya, Ainul yang ketawa gembira. Hatinya sayu. Dia risau memikirkan keadaan Ainul sekarang, dia menjadi pendiam dan menyendirikan diri.
‘Mak cik? Pak cik mana? Tak napak pun bayangnya? Suara Adi pun tak dengar,’ tanya Dhiya smbil tangan kanannya sedang menggoreng karipap. Pertanyaan Dhiya itu mengejutkan Puan Maria dari lamunannya.
‘ Ohh!.. mereka pergi ke taman, katanya nak bermain badminton. Exercises petang-petang ni, kejap lagi balik la tu,’ kata Puan Maria, lalu mengambil cawan dan diletakkan ke dalam dulang bersama seteko air Nescafe.
‘ Patutlah sunyi je rumah,’ kata Dhiya sambil tersenyum.
**************************************************************
Mereka bertiga menikmati minuman petang di ruang tamu. Televisyen dipasangkan, menyiarkan drama melayu tetapi itu bukan tarikan mereka. Ia dibiarkan terpasang, mereka terus seronok bercerita antara satu sama lain, di selang selikan dengan gelak ketawa Dhiya dan ibu Ainul. Ainul lebih banyak mendengar dan mendiamkan diri dalam perbualan mereka. Tawanya seakan menyembunyikan segunung kesedihan dan kehampaan di dalam hatinya. Dhiya sangat memahami kawan karibnya itu, namun dia berharap senyuman itu tidak akan lekang di bibir Ainul biarpun ianya paksaan hati. Mereka menyepi seketika. Mata Ainul terpaku di kaca televisyen, namum hati dan jasad  sedang mengembara seluas alam tanpa tujuan seperti hilang arah.
‘Dhiya duduk dulu ye, sembang dengan Ainul. Mak cik kemaskan dapur sekejap,’tiba-tiba Puan Maria bersuara lalu bingkas bangun meninggalkan mereka berdua. Dhiya hanya menjawab dengan senyuman. Dhiya bangun mengambil tempat duduk di sebelah Ainul.
‘Ainul?,’ panggil Dhiya sambil mencuit tangan Ainul. Ainul menoleh dan tersenyum.
‘ Apa dia Dhiya? Aku tak dengar soalan kau tadi?’, tanya Ainul yang kebingungan. Dhiya tergelak melihat reaksi dari sahabatnya itu.
‘ Kau ni biar betul. Dah sampai negara mana dah kau jelajah?,’Ainul ketawa dan Ainul masih blurred. Dhiya cuba mereda akan kegelian di hatinya, dia tahu ini bukan masanya untuk  ketawa terbahak-bahak. Dia perlu menolong kawannya itu biar apa pun masalah yang di hadapi Ainul.
‘ Ainul, Ainul.. macam mana kau nak dengar soalan aku, dah aku memang tak bertanya pun,’ ujar Dhiya dengan senyuman.
‘ Ye ke?’, ujar Ainul yang tersengih malu.
‘ Nul, kenapa dengan kau ni? Kau ada masalah ke? Cerita la dengan aku,’ Dhiya membawa percakapan mereka ke lebih serius. Dia harus tahu masalah kawannya itu. Dia akan membantunya.
‘Masalah? Eh, aku tak ada masalah apa-apa pun. Mama aku ada cerita apa-apa ke kat kau?,’ tanya Ainul yang cuba menyembunyikan drama cinta hidupnya.
‘ Mama kau tak ada cerita apa-apa pun kat aku. Dia suruh aku tanya sendiri sama kau. ceritalah Nul, kenapa ni? Kalau tak  ada masalah, mesti ada sebab kenapa kau ambil cuti 2 minggu, tak bagitahu aku pun?,’ Dhiya berusaha mengorek rahsia dari sahabatnya itu. Ainul menarik nafas panjang, dia sedar sebenarnya tidak ada apa yang perlu disembunyikan. Lambat-laun semua orang akan tahu, namun hatinya berat untuk meluahkannya.  Dia cuba mengumpul kekuatan dari seluruh sudut jasadnya.  Dhiya menanti dengan sabar bicara sahabatnya itu.
‘ Sebenarnya.. sebenarnya..,’ Ainul tak dapat meneruskan kata-katanya, matanya sudah bersinar. Ingatan sudah menyelusuri kejadian di restoran beberapa hari yang lalu. Hatinya terasa sakit bagai dihimpit batu besar dan sungguh payah untuk melepaskan dirinya. Dhiya dapat merasakannya, dia memandang tepat ke mata Ainul, lalu memeluk sahabat karibnya.
Ainul tanpa sedar mengalirkan airmata di bahu Dhiya. Dia tidak dapat menahan seorang diri lagi, Ainul perlu akui dia sangat memerlukan orang-orang yang menyayanginya seperti keluarga dan sahabat karibnya agar dia dapat  berdiri dengan kuat. Dhiya mengusap kepalanya, dia berasa simpati dan bersalah kerana memaksa Ainul sebentar tadi. Mungkin Ainul belum bersedia, hati Dhiya berbisik.
‘ Ainul, takpe la, aku tak nak paksa kau lagi. Bila kau dah bersedia, kau ceritalah kat aku. Aku kan bff kau, aku ada untuk kau tak kira masa susah atau senang. Kau boleh jadikan bahu aku, tempat kau menangis, Nul,’ sayu suara Dhiya. Esakan Ainul makin kedengaran.
Dia sangat sayang akan Ainul. Ainul bukan sekadar kawan akrabnya malah Ainul banyak menolongnya dalam menjalani kehidupannya sehingga dia berjaya sekarang. Ainul sentiasa disisinya ketika dia jatuh dan bangkit semula dalam menempuh jalan-jalan berliku dalam kehidupannya. Tak terbalas segala budi baik Ainul terhadap diri dan keluarganya. Dia berhutang budi biarpun dia tahu Ainul tidak pernah mengharapkan sebarang balasan. Dia cuba menenangkan Ainul yang sedang menangis di bahu kanannya. Ainul menangis di bahu sahabatnya, melepaskan setasik kesakitan yang dirasai selama ini dan lama-kelamaan esakannya semakin perlahan.
‘Dhiya?,’ tetiba Ainul bersuara tetapi esakan kecil masih kedengaran. Kepalanya masih terpaku di bahu Dhiya.
‘Mmm?,’jawab Dhiya yang hanya mengannguk di bahu Ainul.
‘Zack dah tinggalkan aku. Dia minta putus. Kami dah tak ada apa-apa,’ ujar Ainul
Dhiya sungguh terkejut. Dia melepaskan pelukan dan melihat wajah Ainul. Mata Ainul yang merah macam biji saga, masih ada kolam air masin di sekitar matanya. Hati Dhiya turut merasa kesedihan Ainul.
‘ Tapi kenapa Nul? Kau berdua bergaduh ke?,’ tanya Dhiya.
‘Tak la. Dia kata dia dah tak cintakan aku lagi. Dia dah jumpa perempuan yang lebih baik dari aku. Dan dia cakap lagi aku tak sesuai dengan dia, aku tak pandai make-up, tak pandai bergaya dan aku ni.. aku ni..,’ Ainul tidak dapat meneruskan kata-katanya. Hatinya terasa sakit apabila mengingati segala ungkapan lelaki yang tak berguna itu.
‘ Aku ni apa Nul?,’ tanya Dhiya lagi.
Ainul memejamkan matanya dan menarik nafas panjang.
‘ Aku ni GEMOK. Aku tak layak untuk bersama dia. Dia seorang model yang kacak dan bergaya,’ ujar Ainul sambil menyekat air mata yang mengalir di pipinya.
Kata-kata Ainul mengejutkan Dhiya buat kali kedua. Dhiya cuba beristighfar. Dia tidak menyangka Zakaria boleh berubah kerana kemewahan yang dimilikinya sekarang. Bodoh sungguh alasan Zakaria untuk meninggalkan seorang perempuan. Hati Dhiya turut merasa sakit, dia tak sanggup melihat kawannya diperlakukan seperti ini.
‘ Zack tu gila ke apa? Sesuka hati dia je nak memainkan perasaan kau. Aku tak boleh biarkan Nul, biar aku bercakap dengannya nanti,’ ujar Ainul yang cuba memendamkan perasaan geram dan amarahnya.
‘Jangan la Dhiya. Aku tak nak besarkan hal ni lagi. Dah orang tak sukakan aku lagi. Apa aku boleh buat, dah nasib aku macam ni,’ ujar Ainul yang cuba menenangkan dirinya.
‘ Tapi kau tak boleh biarkan dia macam tu Nul, jangan tunjuk diri kau lemah dan hati kau mudah dipermainkan. Dalam hal ni, kau tak boleh berlembut Nul,’ kata Dhiya. Dhiya sangat arif sangat dengan sifat Ainul, Ainul bukan la jenis yang cepat marah dan dia juga sangat mudah memaafkan orang lain.
‘Dhiya tolonglah. Aku tak nak hal ini dipanjangkan lagi. Aku malu Dhiya, aku malu dengan diri aku sendiri, aku malu dengan  semua orang. Aku hanya perlukan teman seperti kau untuk aku bangkit semula. Aku rasa aku dah hilang keyakinan diri Dhiya,’ kata Ainul dengan harapan Dhiya faham apa yang terbuku di hatinya.
Hati Dhiya bertambah sayu apabila mendengar permintaan Ainul. Tanpa disedarinya, mata Dhiya juga berkaca. Dhiya tersenyum.
‘ Ya Allah, Ainul sungguh terseksa. Kau ringankanlah bebannya, sesungguhnya Kau Maha Berkuasa,’ bisik secebis doa di hati Dhiya.
‘ Ainul, aku akan selalu bersama kau. Itu janji aku. Aku akan tolong kau, aku tak akan biarkan kau jatuh,’ ujar Dhiya sambil memegang tangan Ainul. Ainul hanya mengangguk dan mata tidak pernah kering dek airmata.
*******************************************************************
Puan Maria mengesat airmatanya. Dia sedang berdiri di dapur sambil mencuri dengar perbualan anaknya dengan Dhiya. Memang sengaja dia meninggalkan mereka berdua kerana dia percaya anaknya memerlukan sahabatnya buat masa sekarang. Dia bersyukur kerana anaknya mendapat kawan sebaik Dhiya. Dia sangat berharap Dhiya dapat menolong mereka dalam memulihkan kembali semangat anak kesayangannya. Dia sangat menyayangi Ainul, Ainul adalah satu-satu puteri dalam rumah ini. Sejak dari kecil hingga sekarang, kehadiran Ainul memberi kehangatan dalam rumah mereka. Namun kini, rumahnya seakan sejuk dan beku tanpa senyuman mahupun gelak ketawa. Dia tidak sanggup menghadapi hari-hari mendatang sebegini.
‘Ya Allah, Kau berikanlah ketabahan dan kekuatan kepada puteriku. Bantu dan pimpinlah dia kejalan-Mu, Ya Allah. Kembalikan senyuman puteriku, berikanlah dia kebahagiaan, Ya Allah. Kepada-Mu lah aku meminta, sesungguhnya Kau Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani,’ doa Puan Maria dengan penuh pengharapan kepada Maha Pencipta. Matanya sudah dibanjiri dengan air mata.


No comments:

Post a Comment