bunga

lagu

Saturday, November 17, 2012

seHELai keRTAs haTI (BaB 4)


Rumah banglo putih milik Haji Ibrahim tersergam indah ditanah pusaka orang tuanya. Halaman rumahnya yang bertemakan ala-ala garden, hampir tujuh puluh peratus lantai halamannya dihamparkan dengan rumput, ibarat lantai alam menghijau yang semula jadi, sungguh segar dan nyaman. Ia juga dihiasi dengan kolam ikan dan jambatan yang menyeberangi  kolam tersebut yang menghubungkan ke tempat yang terdirinya sebuah gazebo yang cantik ukiran dan binaannya. Di sinilah, tempat rehat mereka sekeluarga sambil menikmati minum petang apabila ada kelapangan. Kecantikan halaman rumah ini di tambah lagi dengan hiasan bunga-bunga segar yang di jaga rapi oleh isterinya. Bunga mawar merah hati dan merah jambu memang menjadi plihan utama isterinya, Hajah Baizura. Sungguh cantik hiasan halaman rumahnya, yang pasti akan memikat hati tetamu yang pertama berkunjung ke rumahnya.  Haji Ibrahim mempunyai tiga orang pekerja di rumahnya, mereka bertiga berasal dari Indonesia dan mempunyai pertalian darah antara satu sama lain. Pak Herman bekerja sebagai tukang kebun di rumah tersebut. Isterinya, Bik Satin dan anak perempuannya yang sudah menjangkau usia 22 tahun, Siti bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Haji Ibrahim. Sudah genap 5 tahun mereka bekerja di situ, dan mereka mengakui beruntung mendapat majikan seperti Haji Ibrahim yang pemurah dan mengambil berat kebajikan pekerjanya.
Jam menunjukkan pukul 6.45 pagi, Bik Satin sibuk menyediakan sarapan untuk Haji Ibrahim sekeluarga yang turut dibantu oleh anaknya, Siti. Sudah menjadi rutin harian keluarga tersebut, mereka akan bersarapan bersama-sama sebelum mereka berangkat ke tempat kerja masing-masing. Hajah Baizura sangat menitikberatkan sikap kekeluargaan dalam diri anak-anaknya. Dari kecil lagi, mereka diajar agar keluarga selalu menjadi keutamaan dan didahulukan, urusan kerja dan lain2 menjadi perkara kedua dalam hidup mereka. Aroma nasi lemak menusuk hidung Hajah Baizura yang sedang menuruni tangga dan menyusul ke dapur.
‘Wanginya bau nasi lemak Satin masak,’ tegur Hajah Baizura apabila memasuki ruangan dapur sambil memberi senyuman di awal pagi. Bik Satin yang sedang menceduk nasi lemak dari periuk nasi ke dalam pinggang besar menoleh dan tersenyum kearah majikannya.
‘Selamat pagi Hajah,’ ucap Bik Satin dan anaknya kepada majikannya.
Memang menjadi kebiasaannya, Hajah Baizura akan turun lebih awal daripada penghuni-penghuni yang lain. Dia akan menolong pekerjanya menyiapkan sarapan dan memastikan semuanya sempurna untuk dihidangkan kepada suami dan anak-anaknya. Hajah Baizura sememangnya sukakan kesempurnaan dalam setiap kerja yang dilakukan, boleh dikatakan dia seorang yang perfectionist dan agak sedikit cerewet.
Hidangan sarapan mereka sudah siap terhidang atas meja makan yang diperbuat dari kayu jati itu yang dipenuhi dengan 10 buah kerusi yang unik ukiran kayunya, dengan gubahan bunya tulip yang cantik diletakkan di tengah-tengah ruangan meja makan. Setengah jam kemudian, Haji Ibrahim melangkah menuruni tangga dari bilik tidurnya untuk bersarapan bersama.
‘Selamat pagi, yang,’ ujar Haji Ibrahim kepada isterinya yang sedang menuang air  Nescafe ke dalam cawan yang disediakn.
‘Selamat pagi, bang,’ balasnya sambil tersenyum. Haji Ibrahim menarik kerusi dan duduk di tengah meja sebagai ketua keluarga. Dia menyambut secawan Nescafe yang dihulur oleh isterinya.
‘ Terima kasih,’ ujarnya dan menghadiahkan senyuman kepada isterinya.
‘Lyla dengan Erul dah turun ke yang?,’ tanya suaminya sambil melihat jam tangannnya yang menunjukkan jam 7.20 pagi.
‘Selamat pagi mama, papa!!!,’ ucap anak perempuannya, Lyla yang entah bila muncul di ruangan makan.
‘Ya Allah, nasib baik tak jatuh jantung papa, Lyla,’ Haji Ibrahim mengusap-usap dadanya.
Lyla ketawa halus melihat reaksi kedua orang tuanya.
 ‘Sorry papa mama, Lyla gurau je’, dia tersenyum lalu menghadiah ciuman pagi di pipi kanan mama dan papanya.
Lalu Lyla menarik kerusi dan duduk disebelah mamanya untuk bersarapan.
‘Lyla ni nama je seorang doctor, tapi perangai macam budak-budak. Cuba la matang sikit, sebab itu lah tak ada lelaki masuk minang kamu,’ ujar mamanya yang sengaja menukar topik perbualan kepada pemilihan jodohnya. Hajah Baizura tahu anak perempuannya kini menjangkau usia 28 tahun pada tahun ini dan masih tidak mempunyai calon suami. Dia risau anaknya akan menjadi andartu, itu yang paling ditakutinya. Namun, Lyla tidak suka apabila mamanya asyik berbicara mengenai jodohnya, baginya biarlah dia yang mencari jejaka idamannya sendiri, bukannya dia tidak mempunyai ramai kawan lelaki, tetapi tidak satu pun yang berjaya memikat hatinya. Dia hanya berserah kepada Illahi.
‘ Ala mama ni, pagi-pagi lagi dah cakap macam tu. Cuba la doa moga-moga anak perempuan mama ni cepat diketemukan jodoh, betul tak papa?’, balas Lyla sambil menyuapkan nasi lemak kedalam mulut dan mengerling kearah papa. Papanya hanya mengangguk tanda setuju dan tersengih. Haji Ibrahim mencapai cawannya dan terus menghirup Nescafe panas itu.
‘Ye la tu Dr. Lyla, mama nak carikan untuk Lyla, Lyla tak nak. Lyla nak tunggu putera kayangan turun dari langit ke?’, perli Hajah Baizura kepada anak perempuannya.  Lyla memuncungkan mulutnya. Dia tidak suka dengan sikap mamanya yang suka mendesak dalam urusan jodohnya. Buat seketika, dia merasa sungguh rimas. Dia memandang sayu kearah papanya yang sedang khusyuk membaca surat khabar. Namun, papanya tak mengendahkan panggilan kecemasannya secara telepathy itu.
‘Haa.. tengok tu, orang cakap sikit, muncung, orang cakap sikit muncung. Perangai budak-budak la kamu ni, Lyla’, bebel mamanya di pagi hari. Lyla hanya berdiam diri sambil menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. Dia terima sahaja bulat-bulat apa yang dikatakan oleh ibunya. Dia malas nk bertengkak dengan ibunya di pagi hari.
‘Selamat pagi semua. Apa ni mama pagi-pagi dah riuh, sapa kat bilik erul dengar taw, tak seronok la mama nak sarapan macam ni, tak dapat nak menikmati nasi lemak yang sedap ni,’ kata Erul lalu mengambil tempat duduk berhadapan mamanya. Dia menghadiahkan senyuman dan mengangkat kening kearah kakaknya. Lyla membalas senyumannya.
‘Ye la,ye la.. mama salah, mama tak bising dah, biar kamu boleh menikmati nasi lemak ini dengan aman,’ mamanya mengalah. Hajah Baizura tahu tidak ada gunanya bertengkak di pagi hari,lebih-lebih lagi mereka berdua sepakat lawan dengan dirinya seorang, semestinya akan kalah. Kadang-kadang dia juga merasa geram akan anak lelaki bongsunya itu yang asyik menyebelahi kakaknya dalam urusan jodoh. Erul cuba membaca pergerakan bibir kakaknya, ‘ Terima kasih adik’. Dia tersenyum.
‘ Haa.. kan bagus macam itu, yang. Abang pon boleh sarapan dengan  aman. Betul tak Erul?,’ ujar papanya sambil melipat suratkhabar dan diletaknya di tepi. Erul dan Lyla ketawa halus papanya juga sepakatan dengan mereka. Mama hanya terdiam dan meneruskan suapan ke mulutnya. Namun, ketawa mereka terhenti apabila mendapat isyarat dari papanya. Mereka terdiam.
‘ Sorry mama,’ ujar Erul dan Lyla serentak. Mamanya hanya terdiam. Tapi Hajah Baizura tidak memendam didalam hati, dia sudah arif dengan karenah anak-anak dan suaminya. Buat seketika, Hajah Baizura memulakan topik perbualan baru mereka pada pagi itu. Mereka berbual dengan rancak sekali dan diselang seli dengan ketawa. Mereka bagaikan sebuah keluarga bahagia yang tidak terlepas dari masam dan manisnya kehidupan. Namun, mereka tetap bersatu. Benarlah, rumahku, syurgaku. Rumah adalah tempat segalanya bermula, dan tidak pernah menolak kunjungan penghuninya. Mahupun ketika muda, tua, gembira atau sedih. it is always going to let you in.. that is a home!..








No comments:

Post a Comment