bunga

lagu

Saturday, June 15, 2013

inSAN teriNDAh daLAm HiduPKU....

Assalamualaikum...

abah??
lelaki pertama yang aku cintai dan hormati..
aku masih ingat..
aku dilahirkan ketika abah bekerja di kelantan.. ma berada di terengganu..
selama lima tahun membesar, masa aku bermain tidak banyak diabeskan bersama abah..
abah hanya pulang ke rumah di terengganu.. seminggu sekali, taw pun 2 minggu sekali..
tapi aku taw, sedaya upaya abah cuba untuk pulang.. sentiasa mencari masa untuk pulang biarpun kepenatan..
hanah sayang abah..
tiba hujung minggu, hari paling bahagia untuk aku..
abah selalu pulang dengan hadiah memandangkan ketika itu aku lah yang paling kecik..
tibe lusenya, abah akan menaiki bas pulang ke tempat kerja..aku nangis..
aku masih kecik, dipujuk dengan anak patung, diam la seketika..
menanti pula untuk berjumpa di minggu seterusnya..
abah rindui aku.. sama jua diriku..

apabila taw kami sekeluarga dapat pindah ke kelantan..
amat bahagia.. kerana tak perlu lagi berjauhan..
aku ingat aku akan makin dekat dengan abah..
tapi umur ku makin meningkat, aku semakin nakal..
abah sering memarahi aku..
aku semakin malas untuk belajar..
abah memarahi aku jua..
bile abah mengajar ku memakai tudung.. aku terlupa.. abah memarahiku..begitu jua dengan solat..
tiap2 malam..abah mengajar kami adik beradik al-quran..
abah penat bekerja seharian di office.. tapi masih ada masa untuk ngajar kami..
yang aku rasa bapa zaman sekarang pon tidak mampu melakukannya..
hanah sayang abah...

apabila meningkat remaja, aku menuntut ilmu di negeri orang..
excited sungguh aku dapat belajar di negeri orang..
abah lah orang yang meyakinkan ma...
ibu mana yang tidak risaukan anaknya, umur terlalu muda untuk berjauhan..
tapi dalam diam, abah jua risaukan aku..
bile tiba mggu persekolahan, aku naiki bas ekspress dengan kawan2 ku..
abah lah yg kerap menelefonku.. bertanya sudah berada di mana?..
kadang2 terfikir tidak tidurkan abah??
subuh hari baru aku tiba di maktab..
dia jualah orang pertama yang menelefonku..
belum sempat aku yang menelefonnya..
nyatakan bahawa ku sudah sampai..
risaunya seorang ayah..
hanah sayang abah..

bile aku semakin membesar, meningkat usia..
aku semakin memahami..
aku semakin mendalami..
marahnya bukan kerana benci..
marahnya bukan kerana tak suke..
marahnya kerana sayang..
kerana tangan ini yang dahulunya kecil dipimpin ke sana ke mari..
sekarang sudah pon besar.. sudah tidak perlu dipimpin fikirnya..
tapi dia khuatir takut aku terjatuh..
hanah sayang abah..

aku masih ingat pertama kali aku hadiahkan cium di pipi abah di khalayak ramai..
hehe.. abah terkejut..comeyy..
jak dari tu, hanah tak akan sesekali lepas cium pipi abah..
walaupun abah ngelak malu mcm dulu.. hehe..
hanah sayang abah..

"ya Allah.. abah dan ma adalah anugerah dan nikmat yang terindah dalam hidupku..aku bersyukur padaMu..dia lah lelaki yang selalu melindungi aku, menjaga hatiku dan jua menggembirakan hatiku.. dia lah wanita yang melahirkanku, memahamiku dan meyakinkanku..ya Allah, kau ampunilah dosa abah dan ma.. tempatkanlah mereka disyurgaMu..lindungi dan sayangilah mereka seperti mana mereka menyayangiku bahkan lebih lagi... ya Allah, berikanlah aku kemudahan dan masa untuk membalas jasa mereka.. andai aku pulang kepadaMu terlebih dahulu sebelum mereka.. jagalah mereka, lindungi diri dan hati mereka..kerana mereka insan yang amat aku cintai..sesungguhnya Kau Maha Mendengar lagi Maha Penyayang.. Ampunkanlah dosa kami, tetapkanlah iman kami...jauhkanlah kami dari azab nerakaMu.." amin~~

hanah sayang ma...
hanah sayang abah..



"SELAMAT HARI BAPA"

No comments:

Post a Comment