bunga

lagu

Thursday, June 20, 2013

peLiHAra HaTI Ini....

assalamualaikum...

soal hati?
soal jiwa?
soal perasaan?
benda yang sulit dan susah untuk kite tafsir kan..
semakin bertambah umur..kite makin banyak mempelajari makna kehidupan..
payah??.. sukar..??..kadang2 terasa give up??
tapi sebenarnya..
itu lah yang membentuk diri kita sekarang..
masih bernyawa sesudah mengharungi badai yang datang..
alhamdulillah.. semua dengan izinNya..
benarlah..

Allah ada berfirman:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
al-Baqarah:286

astaghfirullah...
namun tanpa kita sedar..
kita lebih menurut hati..
hati besar kite..
bersedih dengan sudah berlaku..
ngalirkan air mata bukan pada tempat sepatutnya..
berharap dengan benda yang tak pasti..
mengenang akan benda yang tidak akan kembali..
berduka cita akan tidak dihargai...
keikhlasan amat payah...

tanpa kita sedar jua..
hati kecil kita jua merana..
dia sedih melihat jasadnya..jasadnya yang tidak bermaya..
jasadnya yang putus harapan..
jasadnya yang dipenuhi kemurungan dan air mata..
apa yang telah aku lakukan??
apa yang telah aku lakukan??
tidakkah aku mengasihani hati kecilku?
sememangnya pedulikan akan diri ku..
sememangnya sentiasa bersamaku..
hati kecil itulah pemberian Allah yang tiada nilainya...

astaghfirullah..
ingatlah wahai diriku...
setiap ada yang sanggup datang..
pasti ada yang sanggup pergi..
bertemu tidak jemu..
berpisah tidak sedih..
jika semuanya kerana Allah..
sesungguhnya Allah adalah sebaik perancang..
dan rancanganNya aku yakin adalah terbaik untuk aku...

ya Allah..
ikhlaskanlah hatiku dalam apa jua ku lakukan..
tanpa diri ini mengharapkan sebarang balasan...
ikhlaskanlah diri ni datang..
ikhlaskanlah diri ni pergi..
ikhlaskanlah diri ni bertemu..
ikhlaskanlah diri ni berpisah..
jika itu terbaik buatku..
tidak pernah ku mnyesali..
kerana Kau lah perancang terhebat...

peliharakanlah hati ni, Ya Allah............
peliharanya dari terluka.....
aku serah hatiku padaMu..
kerana aku yakin padaMu..



No comments:

Post a Comment