bunga

lagu

Monday, June 17, 2013

janTUNGku berGETar..

assalamualaikum...

episod drama 'karlos' sangat menusuk hatiku..
sapa yang tengok tadi? peduli hati besar kita.. apa hati kecil korang berkata? apa yg dia suarakan?..

astaghfirullah..
ketika 'karlos' bersedia menghadapi hukuman tali gantung.. dia menemui cahaya Illahi..
dia melakukan taubat nasuha..
dengan penuh penyesalan dan ketakutan akan Sang Pencipta..
bibirnya tidak berhenti melafazkan doa nabi yunus..


suaranya bergetar.. matanya berlinangan dengan air mata..
takutnya akan menghadapi kematian..
ke mana kehidupannya selepas kematian..
syurga ataw neraka??
astaghfirullah..
 ni hanya lakonan semata..
ni hanya penceritaan, hanya rekaan manusia...

namun.. jantungku bergetar..
hati kecilku ketakutan..
biarpun hati besar ku cuba berlagak cool..
namun, hati kecilku makin terasa..
dalam hati kecilku turut melafazkannya..
banyak sangat perkara yang telah ku menzalimi diriku..
menzalimi hatiku, jiwaku..
kemana diri ini selepas kematian??
syurga ataw neraka??
ya Allah!!!..

andai 'karlos' tahu bila ajalnya bila dia dikenakan hukuman gantung dan redha menerimanya..
macam mana pula jika seseorang itu mati dalam leka, car accidents, fire burning, in sleeping..
no one knows when it will be happened..
sempatkah kita bertaubat? sempatkah kita memohon kemaafan antara manusia?
sempatkah kita menyelesaikan semua perkara yang tertangguh di dunia fana ini?
ajal maut rahsia Allah, hanya Tuhan yang kita sembah..
tiada siapa yang mengetahuinya..
termasuk diri ku yang hanya insan yang kerdil..

sebelum tidur..
mohonlah ampun kepada Allah..bertaubat lah..
mohonlah ampun kepada manusia.. sentiasa menjadi pemberi maaf dan penerima kemaafan..
buatlah kerja yng tertangguh, langsaikanlah hutang.. seakan esok hari sudah tiada..

"ya Allah.. dengan kasih sayang Engkau menciptakan aku.. dengan kasih sayang jua aku akan kembali kepadaMu.. hanya Engkau, Tuhan yang ku sembah tiada yang lain.. Tetapkanlah hatiku, mantapkanlah imanku.. ya Tuhan, aku memohon ampun dengan Mu.. atas segala dosa yang telah lakukan.. berikanlah aku cahaya hidayahMu agar hatiku selalu dekat dengan diriMu.. suburkanlah hati ini dengan cinta akanMu.. terimalah cinta hambaMu yang kerdil ni.. lembutkanlah hati ini.. ya Allah.. aku takut.. aku takut hatiku sudah keras.. sudah mati.. andai hati ini sudah mati, aku mohon padaMu agar Kau ganti kan aku dengan hati yang baru.. hati yang cinta akanMu, yang tak jemu mengingatiMu, takut akan kekuasaanMu.. biar diri ini sentiasa dekat denganMu.. terimalah taubatku, ya Allah.."

air mata berlinangan dan jantungku tetap bergetar....



No comments:

Post a Comment