bunga

lagu

Saturday, July 27, 2013

ceRITa penDEK : seUTAS taSBih.. (ParT 5)

setahun kemudian…

“Nama saya Qasrina Abdul Rahman. Saya mengalami kemalangan setahun yang lalu. Doktor cakap saya mengalami amnesia. Saya tak ingat siapa diri saya tapi doktor cakap nama saya Qasrina. saya tak kenal mereka tapi, tapi mereka mengaku yang mereka adalah kakak dan abang saya. Haa.. ada juga yang mengaku mereka adalah Mama Nisa dan Papa San. Mereka cakap mereka adalah ibu bapa sahabat baik saya. Tapi saya tak ingat. 

Bila saya paksa diri saya untuk mengingatinya, kepala saya sakit, berdenyut-denyut. Mama Nisa ada tunjukkan saya satu gambar, gambar anak tunggalnya, katanya nama dia Zalikha. Pertama kali saya dengar nama itu, kepala saya sakit, saya rasa macam familiar dengan nama itu. Tapi saya tak ingat.  Kadang-kadang saya rasa tertekan, rasa macam useless because I don’t remember anything. Papa San meminta izin dari kakak dan abang saya, membenarkan saya tinggal bersama mereka bagi memulihkan ingatan saya. Mama Nisa banyak membantu saya, dia selalu suruh saya bersabar. Dia selalu ingatkan saya akan solat dan mengaji al-quran. Selalu ingatkan saya agar selalu mengingati kekuasaan Sang Pencipta.Dia seorang ibu yang baik. Dia selalu cakap biarlah memori itu datang dengan sendiri, jangan terlalu memaksa diri. Namun, kadang kala saya terlalu teruja to have those memories back.

Saya tidur dibilik anaknya, Zalikha. Mama Nisa cakap Zalikha meninggal dunia setahun yang lalu. Pertama kali saya melangkah masuk kamar Zalikha, entah kenapa hati saya bergetar-getar. Bilik ini macam familiar untuk saya. Saya pernah berada disini. Perasaan itu sangat kuat. Diyakinkan lagi apabila terdapat gambar Zalikha bersama seorang perempuan yang serupa wajah dengan saya. Mama Nisa cakap kami berkawan sejak bangku sekolah lagi. Tapi aku tak ingat apa-apa.

 Kekecewaan menyelubungi hati saya. Tapi bila perasaan putus asa menerpa diri ini, saya suka tengok gambar tersebut. Ia seakan memberi semangat kepada saya, senyuman manis pada raut wajah Zalikha dan perempuan disebelah, menggambarkan mereka begitu gembira. Pada tafsiran saya, menurut gambar ini, Zalikha mesti seorang yang penyayang sebab perempuan disebelahnya jelas terpancar kegembiraan di wajahnya. Beruntung perempuan tersebut memiliki kawan seperti Zalikha.

Haaa.. ada satu perkara yang saya ingat, saya pon tak tahu kenapa.. Tasbih ini!.. yang saya ingat seseorang telah hadiahkan saya tasbih ini. Ia sangat berharga buat diri saya, entah kenapa. Tasbih ini telah putus sewaktu saya kemalangan.. tapi Mama Nisa telah berusaha menyambungkannya semula dan berikan kepada saya.. kata Mama Nisa benda yang putus boleh disambung..begitu juga dengan memories saya yang terputus dari kehidupan saya,suatu hari ia pasti akan kembali bersambung dan berhubung… in shaa Allah, saya akan berusaha! Tasbih ini sentiasa bermain dengan jari jemari ini tatkala bibir ini berzikir, mengingati Sang Pencipta. Hati saya jadi tenang dan saya percaya suatu hari nanti my memories will come back. Positive thinking!”

“Qas.. jom makan!,”Mama Nisa memanggilnya. Dia sedang khusyuk menulis diarinya di meja belajar Zalikha.

Lalu dia menoleh dan menghadiahkan senyuman kepada Mama Nisa.

“ok Mama Nisa, nanti Qas turun,”jawabnya, Mama Nisa senyum dan mengangguk. Kelibatnya hilang disebalik daun pintu bilik tersebut.

Qasrina menyambung menulis untuk barisan-barisan yang terakhir dalam diarinya.

“kepada Zalikha, walaupun saya tak ingat awak, saya tahu awak sangat baik dan sayang akan perempuan sebelah awak tu iaitu saya.. walaupun saya sendiri tak ingat dan tak percaya.. tapi saya pasti perasaan saya dulu juga begitu… saya akan cuba mengingati awak.. saya akan selalu doakan awak. Moge awak ditempatkan dikalangan para syuhadah.. amin.. oh ye, esok saya dah start bekerja kat butik saya.. I guess so.. sebab mereka cakap itu butik saya, QASIKHA BOUTIQUE.. mereka kata itu adalah gabungan nama kita.. =)”

Qasrina menarik nafas dalam dan menutup buku diarinya. Seketika kemudian, dia membuka semula dan mencapai pemadam dan memadam symbol smiley tersebut.

“… FRIENDSHIP FOREVER =)”

Dia tersenyum gembira, lalu menyimpan diarinya di rak yang berdekatan. Dia bangun menuju ke pintu, dan menutup lampu bilik tersebut . Dia menuruni tangga untuk bersama Mama Nisa dan Papa San.

THE END~~~







ceRITa penDEK : seUTAS taSBih.. (ParT 4)

“Mama Nisa!,”Qasrina berlari anak mendapatkan Anisah yang sedang duduk di luar bilik pesakit bernama Zalikha Hassan. Anisah sedang menahan sebak di dada, bangun dan terus memeluk Qasrina.

“ikha macam mana Mama Nisa?,” tanya Qasrina.

“dia ada kat dalam. Masuklah. Jumpa dia,” ujar Anisah sebak, Qasrina hanya mengangguk.

Dia membuka pintu. Hatinya berdebar-debar. Kelihatan sekujur tubuh yang lemah terbaring di atas katil di hadapan. Hatinya dimamah dengan perasaan sayu. Dia merapati tubuh tersebut. Mukanya pucat, bibirnya lesu, nafasnya begitu lemah.

“ikha.. ikha,” sapa Qasrina perlahan sambil mengusap tangan sahabatnya itu.

Zalikha membuka mata dengan perlahan dan lemah. Sebaik sahaja raut wajah Qasrina yang menangkap di zoom ruangan matanya, dia menghadiahkan senyuman. Qasrina membalas senyuman tersebut biarpun matanya sudah bergenang airmata.

“ ikha.. kenapa selama ini kau sembunyikan dari aku? Aku patut tahu ikha..,” ujar Qasrina dengan penuh penyesalan. Zalikha hanya membisu, senyuman tetap mekar dibibirnya biarpun kelihatan lemah.

“aku penyebabnya kan.. aku minta maaf ikha.. aku minta maaf..,” Qasrina diserbu dengan perasaan bersalah apabila teringat peristiwa kemalangan yang lalu. Qasrina tersedu-sedan menangis, menyesali akan kesilapannya yang lalu.

“Qas, semua ini bukan salah kau.. kau jangan lah macam ni,” pujuk Zalikha.

“tak!.. ni semua salah aku, kalaulah aku berhati-hati sama drive kereta dulu…”

“Qas! Ni yang aku tak nak bagitahu kau, kau pasti salahkan diri kau.. semua ini ketentuanNya.. kau tak boleh fikir kalau kalau lagi.. ni takdir aku Qas..,” Zalikha memandang mata Qasrina memohon pengertian.

“kau kena terima Qas.. seperti aku juga.. aku redha..,” ujar Zalikha perlahan dan Qasrina memandangnya dan mengangguk. Airmata masih lagi membasahi kedua belah pipinya.

“kau kena kuat Ikha. aku akan selalu ada untuk kau,” ujar Qasrina dan menggenggam erat tangan sahabatnya itu. Zalikha mengangguk, dia cuba menggagahkan diri untuk duduk. Qasrina menolongnya. Lalu dia menarik tubuh Qasrina dan memeluk erat tubuh sahabatnya itu. Zalikha menangis di bahu Qasrina.

“Qas, aku cuba untuk kuat, redha.. tapi aku takut.. aku takut.. aku takut mati.. syurga atau neraka untuk aku? Aku banyak dosa Qas,” bisik Zalikha ditelinga Qasrina. sedu sedan tangisan Zalikha masih kedengaran. Qasrina mengusap belakang Zalikha. Hatinya tergetar dan sayu apabila sahabatnya mengutarakan pertanyaan itu. Dirinya sendiri pun banyak yang kurang dan perlu diperbaiki.

‘ya Allah, kau ampunilah dosa-dosa kami, kami nyesali.. kami mohon ampun Ya Allah.. berilah kami kekuatan untuk menghadapi ujian ini..,’rintih hati Qasrina.

Qasrina mengelap airmatanya. Zalikha perlukan kekuatan, dan sebagai sahabat dia harus membantunya.

“ikha, Allah itu Maha Pengampun.. kita sama-sama berdoa ea.. kau janganlah fikir banyak sangat… in shaa Allah, operation tu berjaya.. kau  tak akan apa-apa, aku selalu ada untuk kau,” pujuk Qasrina halus disebelah telinga sahabatnya.

“tapi Qas, kalau ada complications macam mana? Aku tak nak bebankan parents aku.. sepatutnya aku yang jaga mereka..,” adu Zalikha yang risau akan kebahagiaan ibu bapanya. Qasrina meleraikan pelukan mereka, dia memandang Zalikha lalu menyapu airmata yang mengalir di pipi sahabatnya itu.

“ikha?? aku kan sahabat kau dunia akhirat.. kau jangan risau, aku akan jaga kau..mama Nisa dan papa San..kalau kau lumpuh, tak boleh jalan, aku boleh angkat kau.. kau jangan ingat badan aku kecil dari kau, aku tak kuat lak..tengok ni?,” gurau Qasrina cuba menceriakan sahabatnya sambil menunjukkan biceps muscles. Sememangnya lengannnya lagi kecil dari Zalikha. Zalikha tergelak kecil. Zalikha menepis lengan Qasrina yang kecil itu. Dia memegang kedua belah tangan Qasrina dan tersenyum.

“terima kasih Qas,” ucap Zalikha dengan penuh keikhlasan. Dia sedar Qasrina adalah nikmat yang terindah Allah kirimkan kepadanya sebagai sahabat. Qasrina tersenyum dan mengangguk kepalanya.

*********************************************************************************
Qasrina tiba dihospital pada awal pagi keesokan harinya. Dia mengenakan blouse labuh berwarna merah dipadankan dengan seluar jeans hitam serta selendang bercorak floral menutupi kepalanya. Hari ini merupakan permulaan yang baru baginya, diharap penghijrahannya ini diberkati olehNya. Begitu juga untuk sahabatnya, Qasrina berharap dan berdoa hari ini adalah permulaan kehidupan baru bagi mereka. In shaa Allah. Dia cuba meyakinkan dan menenangkan dirinya, Zalikha pasti akan selamat. Menyembunyikan ketakutan disebalik senyuman yang manis dihadiahkan kepada sahabatnya. Dia ingin menghabiskan masanya dengan Zalikha. Zalikha akan di masukkan ke operation theatre pukul 4.30 petang hari ini. Anisah dan Hassan sentiasa berada disisi anaknya. Suasana didalam bilik pesakit bernama Zalikha Hassan dipenuhi dengan gelak tawa dan senyuman gembira. Mereka bersarapan bersama-sama dan bergurau senda, seakan tiada apa yang menghantui fikiran mereka. Mereka hanya ingin mengecapi kebahagiaan. Qasrina gembira mendengar gelak tawa Zalikha.

“ya Allah.. kau ampunilah segala dosa sahabatku.. kau lindungilah dia ya Allah, selamatkanlah dia,” rintih hati Qasrina.
********************************************************************************
Tepat pukul 4.30 petang, Zalikha dimasukkan ke dalam operation theatre. Qasrina, Anisah dan Hassan setia menunggu di ruangan menunggu. Beberapa minit kemudian, azan Asar berkumandang dari masjid yang berdekatan dengan hospital tersebut, jaraknya hanya beberapa blok bangunan.

“Mama Nisa, Qas nak pergi masjid dulu.. ikha mungkin lama lagi.. nanti kalau ada apa-apa, Mama Nisa cepat-cepat hubungi Qas ea,” pinta Qasrina.

“baiklah.. hati-hati ye Qas, jalan elok-elok,” ujar Anisah, Qasrina hanya mengangguk dan berlalu pergi.

*********************************************************************************
Selepas menunaikan solat Asar, Qasrina mengambil peluang ini membaca surat yasin, agar operation sahabatnya berjalan dengan lancar.

Seketika…

Handphone Qasrina berbunyi, dengan pantas dia terus menjawabnya. Dia terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Hassan. Matanya berkaca. Dengan pantas, dia meletakkan yasin dirak berdekatan, dan berlari anak keluar dari masjid menuju ke hospital. Hatinya terasa sakit. Airmatanya sudah limpah dan membasahi pipinya.

“ya Allah, ya Allah… ya Allah,” rintih hatinya sepanjang perjalanan.

Dia sudah tidak menghiraukan lagi manusia disekelilingnya. Dia terus berjalan. Entah kenapa perjalanannya yang pendek terasa jauh untuknya tiba dihospital tersebut. kakinya berat untuk melangkah, badannya lemah seakan tidak terdaya lagi untuk berdiri.

‘ikha dah tak ada?,’ monolog hatinya.

‘no!!! ikha mesti selamat,’ sebahagian lagi hatinya yang tidak dapat menerimanya menjawab.

‘ye! Ikha tengah tunggu aku, aku harus segera,’ hatinya meronta tu cuba menafikannya.

Dia cuba menggagahkan dirinya. Dia harus ke sana. Sahabatnya sedang menunggunya. Airmatanya sedang laju mengalir dipipinya. Langkah demi langkah diatur tanpa mempedulikan mata-mata yang memandang dengan penuh tanda tanya dan kerisauan. Tasbih ditangannya digenggam erat. Dadanya sakit, tangan yang menggenggam tasbih menekan dadanya.

“adik? Ada masalah ke?,” sapa manusia yang entah keberapa yang ambil berat akan dirinya. Namun Qarina hanya berlalu pergi. Dia harus segera ke sana.

“adikkkk!! Kereta!!!,”jerit manusia lain yang cuba menyelamatkannya.

“pangggggg!!!”

Dentuman tersebut mengejutkan semua manusia yang berada berdekatan.

“ya Allah!!,” kedengaran jeritan manusia sekelilingnya.

Qasrina terbaring diatas jalan raya, darah mengalir dari hidungnya, nafasnya tercungap-cungap. Manusia mengelilingi tubuhnya. Biji-biji tasbihnya bertaburan di atas jalan raya. Penglihatan matanya semakin kabur, dadanya semakin sakit. Kepalanya juga terasa sakit.

“Allah.. Allah.. Allah..,” hanya itu yang kedengaran dibibir Qasrina. Airmatanya mengalir di hujung matanya.

“ cik.. cik… cik..?? bertahan cik.. telefon ambulance, cepat!,” jerit manusia yang baik hati menolongnya.

Matanya semakin kabur. Riuh rendah yang kedengaran semakin menyepi ditelinganya. Semuanya semakin gelap. Sunyi sepi.

CERita peNDek : seUTas taSBih.. (PArt 3)

“selamat pagi mama, papa,” sapa Zalikha dengan ceria sebagai permulaan harinya. Seraya pipi mama dan papa menjadi singgahan bibirnya.

“selamat pagi anak mama,” jawab Anisah kepada anak tunggalnya itu sambil tangannya sibuk menyapu jem pada roti bakar untuk suaminya. Hassan hanya menjawab dengan anggukkan dan tersenyum, lalu membaca suratkhabar di tangannya. Seperti pagi-pagi kebiasaannya, mereka akan bersarapan bersama. Zalikha menarik kerusi di meja makan dan duduk berhadapan dengan ibunya.

“eh ikha, tak pergi kerja ke hari ni? Tak siap lagi ni,” tanya Anisah kehairanan. Selalunya jam sebegini, anak tunggalnya sudah kemas berpakaian kerja dengan briefcasenya.

“tak mama. Ikha ambil cuti hari ni,” jawabnya tenang lalu menghirup secawan nescafe panas di tangannya. Jawapan Zalikha menarik perhatian ayahnya yang khusyuk membaca suratkhabar dari tadi. Hassan memandang wajah anaknya.

“ikha sakit ke? Jarang benar ikha ambil cuti.. sebelum ni kalau demam sikit-sikit pon, ikha pergi kerja juga walaupun mama dan papa halang..,” seraya Hassan bertanya kepada anaknya. Zalikha hanya tersenyum, dia sedar selama ini dia sangat bekerja keras akan kerjayanya dalam bidang kejuruteraan.

“tak la papa.. ikha sihat je.. saja nak ambil cuti, cuti banyak lagi, sayanglah kalau tak guna,” dalih Zalikha.
Hassan sangat mengenali anaknya. Jawapan yang diberi oleh Zalikha langsung tidak boleh diterimanya, itu bukan jawapan kebiasaan anaknya, namun dia tidak bertanya lagi. Zalikha seorang anak yang pandai berdikari, menjaga diri sendiri dan Hassan yakin suatu hari nanti anaknya pasti akan bercerita dengannya. Hassan menyambung semula membaca suratkhabar ditangannya.

“haaa.. kalau macam tu, apa kata hari ni mama kenalkan ikha dengan anak kawan mama.. macam mana?,” cadang Anisah dengan harapan anaknya kan setuju dengan cadangannya. Zalikha sudah berumur 28 tahun tapi masih tidak mempunyai calon, sedikit sebanyak merisaukan hati si ibu yang teringin melihat anaknya berkahwin dan memiliki keluarga.

“mama.. dahlah.. ikha kan dah bagitahu mama..ikha tak sukalah mama aturkan semua ni.. in shaa Allah, kalau ada jodoh untuk ikha, adalah.. tapi kalau ajal maut yang menjemput dahulu, nak buat macam mana.. mama kena redhalah, anak mama tak sempat naik pelamin,” gurau Zalikha sambil tersengih.

“eh ikha ni, benda macam itu pun nak bergurau.. tak lah, ikha kan masih muda,” ujar Anisah yang cuba menyembunyikan getaran dihatinya. Entah kenapa perasaan takut menyelinap di dasar hatinya apabila anaknya berkata begitu.

‘muda? Ye mama.. ikha pon fikir sebegitu.. tapi ajal Ikha dah semakin hampir.. mungkin itu ketentuanNya.. mama harus tabah menerimanya.. papa juga,’ hati kecil Zalikha berbicara tanpa suara. 

Zalikha memandang wajah mama dan papanya bersilih ganti. Hatinya sayu. Dia menelan air liur. Dia perlu mengumpul kekuatan untuk menghadapi ujian ini. Mereka bertiga terdiam seketika di meja makan dan menikmati sarapan pagi mereka.

“mama, papa.. hari ni, ikha nak keluar dengan Qas,” ujar Zalikha.

“ok lah.. papa dah lama tak jumpa Qas.. ikha ajaklah dia makan malam kat sini malam ini,” jawab Hassan kepada anaknya.

“ok papa,” jawab Zalikha tersenyum lalu bangun, membawa pinggan mangkuk ke dapur untuk dicuci. 
Setelah kelibat Zalikha hilang disebalik tirai yang menjadi pembahagi ruangan makan dengan dapurnya, anisah bertanya kepada suaminya.

“abang? Abang tak rasa ke Ikha tu macam pelik sikit sejak akhir-akhir ini?,” tanya Anisah kepada Hassan.

“ apa yang peliknya? Abang tengok macam biasa je. Biarlah dia nak ambil cuti. Nanti kalau dia sibuk 
kerja,awak juga yang bising, susah nak luang masa dengan dia,” jawab Hassan kepada isterinya. Sebenarnya dia juga merasai perkara yang sama, namun dia percaya akan anaknya. Dia cukup mengenalinya anaknya.

“bukan itu maksud saya, abang.. sejak akhir-akhir ini, saya selalu tengok dia bangun malam, solat, baca al-quran.. baca buku agama..sekarang dia dah pakai tudung,” ujar Anisah.

“ya Allah.. awak ni. Anak kita berubah jadi lebih baik pon nak pelik. Syukurlah, Alhamdulillah,” pintas Hassan sebelum isterinya menghabiskan kata-katanya.

“bukan itu..”

“dah lah. Dah lah. Awak tak payah nak fikir bukan-bukan. Baik awak doakan dia bahagia, sihat dan selamat dunia akhirat,” jawab Hassan kepada isterinya. Anisah hanya terdiam.

*********************************************************************************
Qasrina membuka kotak hadiah bersaiz kecil yang berwarna biru laut yang berada ditangannya. Seutas tasbih yang berwarna putih suci, mempunyai 33 biji. Matanya terpesona. Cantik sungguh. Hatinya tersentuh. Ini adalah pemberian dari sahabat karibnya, Zalikha tiga minggu yang lalu, ketika hari pertama dia yakin dengan penghijrahannya untuk bertudung. Dia juga gembira dengan keputusan Zalikha. Zalikha sangat cantik bertudung, wajahnya sangat tenang. Dia tersenyum membayangkan senyuman sahabatnya itu.

‘aku bila lagi?,’hati kecilnya bertanya. Pertanyaan itu menyentap jiwanya.

‘aku bila lagi?? Aku bila lagi?,” hati Qasrina asyik bertanya soalan yang sama. Hati besarnya terasa berat untuk menjawabnya namun hati kecilnya tetap bertanya soalan yang sama. Qasrina menarik nafas dalam, dia duduk di birai katilnya.

‘ya  Allah, aku telah menjauh dari Engkau, kembalilah aku ke jalanMu,’tanpa disedari hati besarnya, hati kecil Qasrina merintih. Seakan suatu kuasa yang telah menyentuh jiwanya, dia terpejam mata lalu merebahkan badannya ke katil. Dia sedar, dia harus kembali. Dia harus berubah. Airmatanya mengalir apabila terkenangkan segala dosa yang dia lakukan, dia menyesal.

‘apakah segala dosa-dosaku, dapat diampunkan olehNya?,’ monolog dalam hatinya. Dirinya diselubungi ketakutan.

Dalam asyik dengan peperangan hatinya, tetiba handphone Qasrina berbunyi, dia bangun dari baringannya lalu, menyapu air mata yang membasahi pipinya. Tertera di skrin handphonenya, ‘MAMA NISA’ ibu kepada sahabat karibnya, Zalikha. Mama Nisa sudah seperti ibunya sendiri.

“Assalamualaikum Mama Nisa,” ujar Qasrina terlebih dahulu. Namun, tiada jawapan dari pihak sana, yang Qasrina kedengaran hanya tangisan wanita yang berumur separuh abad itu.

“Mama Nisa?? Kenapa ni?? Mama Nisa?,” tanya Qasrina dengan penuh tanda tanya. Jawapannya hanya dengan tangisan. Wanita tersebut tidak dapat berkata apa-apa seakan kesedihan telah mengunci peti suaranya. Qasrina bertambah risau. Dia tertanya-tanya apa yang telah berlaku.

“Mama Nisa? Apa yang dah berlaku ni? Papa San mana? Bagi phone dekat dia?,” ujar Qasrina yang beranggappan mungkin Papa Hassan lagi tenang dari isterinya. Anisah menghulur handphonenya kepada suaminya.

“Papa San? Apa yang dah berlaku?,” tanya Qasrina sebaik sahaja mendengar suara Papa Hassan di talian sana.

Papa Hassan menceritakan segalanya. Qasrina sangat terkejut. Airmata mengalir dengan laju membasuh kedua pipi gebunya. Dia terduduk di atas lantai. Tiada satu cerita pun yang tertinggal, Papa Hashan telah menceritakan segalanya. Everything.

Qasrina dengan pantas mencapai tas tangannya dan berlari menuju ke perhentian teksi untuk mendapatkan teksi. Dia harus segera ke sana.

“teksi!,” dengan pantas dia menahan teksi dan memasukinya.

“Hospital Perdana ye uncle, cepat sikit!,” ujar Qasrina kepada pemandu teksi tersebut. Sepanjang perjalanan, dia mengimbau kembali cerita Papa Hashan sebentar tadi.

Qas, ikha admit ward kat Hospital Perdana. Dia pengsan dalam tandas kat rumah pagi tadi. Ikha sembunyi penyakit dia dari kita selama ini, doktor cakap dia ada perdarahan otak akidat accident yang dulu.. Qas, cepat datang sini.. Papa San tak tahu nak buat apa, Papa San masih terkejut..doktor cakap ikha perlu segara dibedah.. dia sakit Qas, dia terseksa Qas.. kita tiada untuk dia selama ni Qas..dia keseorangan selama ni Qas.. Papa San menyesal..,” kata-kata Papa Hasha hanya disambung dengan tangisan lelaki. Tangisan seorang ayah yang sangat risau akan kehilangan anaknya.

Tangan Qasrina mengigil, digenggam lalu diletakkan dipahanya. Airmatanya mengalir laju. Dia juga takut akan kehilangan sahabat karibnya yang sudah dianggap ahli keluarganya sendiri.

“uncle? Cepat sikit ea,” ujar Qasrina, yang hanya disambut dengan angggukan oleh pemandu teksi tersebut. Qasrina mengimbau kembali kenangannya bersama Zalikha tempoh hari didalam kereta.

“ Qas, sampai bila kau nak naik teksi hari-hari ni? Lesen kereta duk renew je, try la drive perlahan-lahan,” tanya Zalikha yang sibuk dengan stereng di tangannya, dia cuba mengeluarkan kereta dari parking lot.

“alaa.. kau kan tahu aku fobia bawa kereta sejak kemalangan itu,menggeletar tangan aku kalau pegang stereng lagi,”  Qasrina seraya menjawab. Zalikha cukup mengetahui peristiwa itu, kerana dia juga terlibat dalam kemalangan tersebut yang dipandu oleh Qasrina.

“peristiwa itu dah lama berlalu.. aku  boleh je drive kereta ni haa.. kau boleh Qas, cuba la dulu, atasi ketakutan kau tu,” pujuk Zalikha. Qasrina hanya berdiam diri.

“Qas, kau kena try drive semula… nanti kalau ada emergency ke, senang la, kau boleh drive sendiri,” ujar Zalikha.

“ alaaa..aku naik teksi pon boleh.. teksi area rumah aku banyak la.. kalau lah suatu hari teksi semua lesap, kau kan ada.. kau lah driver aku.. macam tak biasa,” gurau Qasrina sambil mengangkat keningnya kepada Zalikha. Zalikha hanya tersenyum.

“kalau aku dah tak ada. Macam mana?,” tanya Zalikha. Qasrina terdiam.

“kau nak pergi mana?,” tanya Qasrina semula. Zalikha tergelak kecil, Qasrina ni memang lambat sikit, tak boleh berkias sikit.

“tak ke mana-mana lah, kau kan sahabat aku dunia akhirat, no hal lah jadi driver kau,” Zalikha mematikan perbualan mereka dengan senyuman. Sebenarnya, Zalikha juga risau akan sahabatnya bila ketiadaannya. Qasrina seorang yang baik hati, hatinya juga sangat rapuh dan lembut namun kadang kala agak lurus. Bebeza dengan dirinya yang tegas, dan selalu melindungi Qasrina.

‘ya Allah, sesungguhnya Kau Maha Pelindung, lindungi orang-orang yang aku sayangi, gembirakanlah hati mereka, peliharalah mereka,’ hati Zalikha memanjatkan doa. Dia memandang wajah sahabatnya disebelah dan menghadiahkan senyuman manis.


“cikk.. dah sampai,”sapa pemandu teksi tersebut, menyedarkan Qasrina dari dunia mindanya. Dengan pantas, dia membayar tambang teksi tersebut dan meluru masuk ke dalam hospital.

cerITA pENdek : SeutaS TASbih.. (pARt 2)

“ikha?? ikhaa?? Ikhaa!!!”
Zalikha tersentap dengan kehadiran muka sahabat karibnya yang betul-betul berada disebelah  mukanya.

“hisssh. Kau ni…,”lalu tangan kanannya menolak muka sahabat karibnya itu ke tepi . Sahabat karibnya relakan sahaja perbuatan Zalikha.

“ hey, habis lah rambut aku… ikha ni,” ujar Qasrina pura-pura marah sambil membetulkan rambutnya yang beralun-alun itu. Sepit rambutnya dikemaskan kembali.

“kau lah, Qas.. yang kau buat aku terkejut siapa suruh. Duk taruk muka pontianak kau sebelah aku buat apa?,”dalih Zalikha.

“Pontianak kau cakap.. ok.. ok..tak apa aku faham… orang cantik macam aku ni, memang ramai yang jealous lebih-lebih lagi Zalikha Hassan yang tak berapa nak cantik ni..,” Qasrina mengenakan sahabatnya itu. Dia tersenyum kambing lalu menyedut straw minumannnya.

“eleh, menyampah mak!..,” gurau Zalikha dengan gaya tangannya ala-ala pondan, menyentuh bahunya sendiri. Mereka sama-sama tergelak. Zalikha dan Qasrina berkawan sejak dari bangku sekolah lagi. Qasrina lah teman gembiranya, Qasrina lah teman dukanya. Dia sudah menganggap Qasrina seperti adiknya sendiri. Qasrina telah kehilangan kedua ibu bapanya dalam kemalangan tujuh tahun yang lalu. Kakak dan abangnya lah yang membesarkannya sehingga dia menjadi fashion designer yang berjaya dan memiliki butik branding nya sendiri.

“ikha, kau fikir apa tadi? panjang bebenor menungnya, sampai aku panggil pun tak dengar,” omel Qasrina sambil menyuapkan nasi goreng kedalam mulut. Restoran Bonda ini sentiasa menjadi pilihan mereka untuk makan bersama-sama.

“tak ada apalah. Saja berangan jadi pengantin, duk atas pelamin,” gurau Zalikha sambil tersengih. Namun disebalik raut wajahnya terselit episode kedukaannya. Perbualannnya dengan Doktor Johan tempoh hari terpapar dialam mindanya.

“ johan.. beri saya masa..saya perlukan masa… dan saya pinta awak jangan bagitahu kepada sesiapa pun akan penyakit saya termasuk Julia,” mohon Zalikha kepada doktornya. Julia merupakan sepupunya yang juga merupakan bakal isteri doktor tersebut. Doktor itu terdiam seketika seakan memikirkan sesuatu.

“baiklah ikha. tapi awak kena ingat masa sangat mencemburui awak. Saya harap awak tidak mengambil masa yang lama. Saya akan berikan ubat tahan sakit dan ingat kalau symptoms nya semakin bertambah teruk. cepat datang ke sini,” pesan Doktor Johan kepada pesakitnya.

“ikhaa.. ikhaa.. kau cakap apa tadi, berangan jadi pengantin.. woooo..,” bicara Qasrina dengan wajahnya yang gembira. Zalikha hanya mengangguk dan tersenyum.

“aku dah bayang dah ikha.. aku boleh reka baju kau. Mesti cantik lah.. aku buat gaun panjang, ada lace bahagian lengan, fabric Italian silk pun ok gakk.. kain dia selesa pastu aku akan buat ala-ala fusion gitu, tradisional campur kotemporary.. blaaa..blaaa..blaaaaa..blaaaa…,” ujar Qasrina dengan explanation ideanya yang panjang lebar dengan penuh minat dan kegembiraan terpancar di wajahnya. Hati Zalikha menjadi sayu. Dia tahu Qasrina paling excited bila bercerita rekaan baju pengantin, dia seakan di dunianya yang sendiri, begitu asyik dengan rekaan baju pengantin biarpun hanya dilakar dimindanya. Tanpa disedari, hujung mata terasa hangat, airmata Zalikha mengalir. Dengan pantas dia menundukkan kebawah, mengambil napkin dan mengelap airmatanya. Lalu mengangkat kepalanya memandang Qasrina dihadapan yang masih sibuk bercerita pasal rekaan pengantinnya dengan bahasa tangannya lagi. Zalikha ketawa dalam menahan kesedihan melihat gelagat sahabatnya itu.

‘ya Allah..aku bahagia melihat muka sahabatku yang bahagia, gembira.. terima kasih ya Allah, Kau telah berikan masa kepadaku, memiliki sahabat sepertinya.. walaupun masa itu hanya seketika.. kau peliharalah sahabatku ni dari sebarang kekecewaan, kau lindungilah dia dari sebarang bahaya.. ajarilah aku agar redha dengan penyakitku, ya Allah.. aku buntu kekuatan dari-Mu,’rintih hatinya. Zalikha menyedut straw minumannya.

“ikha?? tapi kan.. kau ada calon ke?? Setahu aku mana la layan cintan cintun ni?,” tanya Qasrina memecahkan alam mayanya.

“tau pun kau. Yang kau duk pot pet pot pet cerita baju pengantin kat aku buat apa,” ujar Zalikha bersahaja sambil menyuapkan makanan kemulutnya.

“eleh..ke kau ada simpan perasaan dekat seseorang ni?,” Qasrina cuba investigate sahabatnya sambil mengenyitkan sebelah matanya dan mengajukan sudu kepada sahabatnya.

“eh, mengarutlah kau. Mana ada lah, kau macam tak kenal aku. Aku akan workaholic. Tak ada masa lah nak fikir semua ni,” jawab Zalikha sambil tergelak kecil melihat gelagat sahabatnya yang bersikap ala-ala busy body.

“baik kau ngaku, nak ngaku tak nak ni?,” gurau Qasrina dengan nada ugutan. Sudu ditangannya diibaratkan senjata yang menjadi ugutan sahabatnya. Zalikha dengan selamba mengambil sudu di tangannya.

“ tak nak makan sudah, meh aku habiskan nasi kau,” lalu zalikha menarik pinggan nasi goreng Qasrina dekat dengannya. Lalu disuapkan nasi goring Qasrina dengan bangga kedalam mulutnya. Qasrina berpura-pura dengan riak wajah yang meminta simpati. Nasinya sudah dikebas olah Zalikha. Zalikha ketawa gembira.

“ itulah. Duk pot pet pot pet..,”Zalikha menolak kembali pinggan nasi tersebut kepada Qasrina.
Qasrina mencebik. Dia meneruskan suapan nasi ke mulutnya.

“tapi kan ikha.. syok gak kan kalau kita kawen serentak, buat dalam satu majlis.. waaa.. mesti bestlah!,” ujar Qasrina kembali ceria.

Zalikha terkejut dengan penyataan dari bibir Qasrina. Dia tertelan air liurnya lalu menyuakan straw ke bibirnya, disedut minuman tersebut.


‘ya Allah, masihkah ada waktu untukku?,’hatinya berbicara. Bicara dukanya tersembunyi disebalik seraut wajah yang tenang. Zalikha hanya mampu mengukir senyuman.

cEriTA PeNDek : seUtas TASbiH..(paRT 1)

Langkah kakinya sudah tidak teratur. Badannya terhuyung-hayang seperti tiada lagi kudratnya yang mampu menstabilkan dirinya. Namun, dia cuba gagahkan dirinya. Matanya sudah dibanjiri dengan linangan air mata, dibiarkan sahaja mengalir. Dadanya terasa sangat sakit. Dirinya terasa lemah untuk menghadapi segalanya. Perit pedihnya terasa dihati, mindanya kosong seakan-akan hilang pedoman. Yang tertera di mindanya hanyalah raut wajah sahabat karibnya. Segala kenangan manis bersamanya di imbau kembali dengan dihujani airmata. Hatinya tidak berhenti-henti menyebut nama sang Pencipta memohon kekuatan.

‘ya Allah, ya Allah, ya Allah.. ya Allah,’ rintih hatinya sambil meneruskan langkah kakinya maju ke hadapan.
Tasbih yang ada ditangannya, digenggam erat. Dia harus kuat, dia harus berjumpa dengan sahabat karibnya. Lalu digagahi langkahnya biarpun paksi tubuhnya semakin goyah. Dia tidak peduli dengan kesesakan manusia di sekelilingnya. Biarpun ada sesetengah mata manusia yang memerhati setiap langkah kakinya, raut wajah mereka jelas akan kerisauan akan manusia ini yang payah, lemah meniti langkah dan harinya. Namun, manusia ini tidak peduli, yang dia tahu, dia harus ke sana. Sahabat karibnya sedang menanti dirinya. Airmatanya tidak leka membasahi kedua-dua pipinya. Langkahnya semakin perlahan, tenaganya makin kehausan. Tali begnya terjatuh dari bahunya yang terhenjut-henjut menahan sedunya tangisan. Tapi dia dibiarkan sahaja, dia harus ke sana.

“Adik?? Ni beg awak,” sapa manusia yang mengambil berat akan dirinya biarpun tidak mengenalinya. Manusia yang baik hati itu menghulurkan beg tersebut kepadanya. Lalu dia mengambil beg tersebut dan diletakkan talinya di atas bahu kanannya. Bibirnya tidak dapat berkata-kata, seakan-akan telah terkunci dengan kesedihan yang menyelubungi hatinya. Dia tersenyum nipis lalu menundukkan kepalanya. Reaksi wajah manusia yang baik itu jelas kehairanan. Dia cuba meneruskan kembali perjalanannya dengan ditemani airmata.

“Awak ok tak ni? Awak ada masalah ke?,” tanya manusia yang baik hati itu dengan penuh kerisauan dan keperihatinan. Manusia yang baik hati itu juga cuba memimpin tangannya yang kelihatan seperti tidak terdaya lagi untuk berdiri. Namun, pantas ditarik tangannya, dia menolak bantuan dari manusia yang baik hati itu.
“tak apa kak, saya ok. Terima kasih,” lalu di ditinggalkan manusia itu. Dia meneruskan langkahnya biarpun langkahnya lemah dan longlai. Manusia yang baik hati itu terpinga dan ditinggal dengan penuh tanda tanya di raut wajahnya.

Dia tetap meneruskan perjalanannya. Dia tetap melangkah dan melangkah ke hadapan. Hatinya sakit. Sangat sakit. Kesedihan dan kekecewaan menguasai hati dan fikirannya. Tasbih yang digenggam erat dibawa dekat ke dadanya. Dadanya jua terasa sakit, sebak, susah untuknya menghelakan nafas. Airmata yang dirembes lagi.  Dia harus ke sana. Dia harus ke sana. Dia harus bersama dengan sahabat karibnya.

‘ya Allah!!.. ya Allah!!,’ rintih hatinya sambil tasbih di tangannya menekan ke dadanya.

******************************************************************************

6 bulan yang lalu…
“ Doktor? Macam mana keputusannya? Sejak akhir-akhir ini, sakit kepala saya makin teruk. Tak tahan la doktor. Sakit sangat sehingga saya tak boleh nak buat apa-apa. Rest je la. Muntah sekarang pun dah makin kerap. penat saya dibuatnya,” dia mengadu masalah yang dialaminya kepada doktor yang merawatnya. Doktor lelaki yang duduk bersandar dikerusi dihadapannya hanya mengangguk-angguk kepalanya. Untuk seketika, dia mara tubuhnya kehadapan sambil kedua-dua sikunya diletakkan di atas meja, kedua tapak tangannya bertemu dan dia terdiam buat seketika. Pesakitnya kehairanan melihat perwatakkan doktornya itu. Lelaki tersebut bukan sahaja merupakan doktor yang merawatnya malah merupakan bakal suami sepupunya. Dia cukup kenal dengan perwatakannya dan peribadi lelaki tersebut.

“Kenapa ni doktor? Ada masalah ke dengan keputusan saya?,” tanya pesakit tersebut.

“Cik Zalikha..mm.. kami telah terima keputusan CT Scan dan other tests. And we found that you have intracranial hemorrhage,” ujar doktor lelaki tersebut dengan tenang.

“what? intracranial hemorrhage?, can u explain it to me?,” Tanya Zalikha yang penuh tanda tanya.

“Consequence from the accident last year, we thought that the brain bleeding had stopped. But your brain keeps on bleeding again and leads to hematoma. It is difficult to diagnose as the symptoms does not appear in early stage. There is also formation of blood clot. We are surprised. The blood clot quite big in size,” ujar doktor tersebut lalu menekan suis ‘on’ pada paparan ct scan di belakang kerusinya. Dia menunjukkan kepada pesakitnya, ‘blood cloth’ yang berada di otaknya, saiznya seakan besar 3 biji guli. Zalikha hanya terdiam cuba memahami setiap patah perkataannya yang cuba disapakan oleh doktornya.

“So cik Zalikha, you need undergo surgery, the faster, the better I guess. We need to remove the blood cloth and stop the bleeding. But I can’t guarantee that after the surgery, everything is going to be fine. There are some complications that you may have. The possibility of survival is 50/50.,” ujar doktor tersebut dengan menghembuskan nafas yang berat. Dia cukup mengenali pesakitnya itu. Dia harus berkelakuan professional, kerana itu lah bidangnya membantu manusia yang memerlukan pertolongannya. Mahu diikutkan hati, pasti dia sudah menunjukkan kesedihan dihatinya. Perempuan ini bakal menjadi sebahagian keluarganya.

“50/50??.. Woo.. I can’t get it. I don’t understand. Can u simplify it to me? You mean that this kind of disease is dangerous and can lead to death?,” tanya Zalikha lagi bagi mendapatkan kepastian. Hatinya berdegup laju dengan apa yang didengarinya. Ketakutan perlahan-lahan menguasai hatinya.
Doktor menarik nafas dalam. Dia memandang Zalikha tenang.

“ Ikha? Akibat dari accident dulu, masih ada perdarahan kat otak awak. Dan sekarang dah ada formation of blood cloth kat situ. Awak harus dibedah, kalau makin lambat, it can lead more brain damage. But operation ini… kita hanya berusaha,ikha.. selebihnya kita berserah kepada takdir.. and more thing, kalau operation succeed, you must remember.. there are some compilications.. awak mungkin akan lumpuh, amnesia or seizures.. maybe..,” ujar doktor tersebut, cuba menghilangkan ke‘formal’an antara mereka. Sekarang mereka berbicara sebagai kawan, sebagai sebahagian ahli keluarga mereka.

“Johan. So.. you mean that kalau ikha buat operation peluangnya sangat tipis kan? Ikha… ikhaa.. akan mati?,” suara Zalikha bergetar-getar ketakutan. Kolam matanya sudah dilimpahi dengan air matanya. Dia menundukkan kepalanya.Tangannya menggigil ketakutan di sorokkan dari pandangan Doktor Johan, diletakkan bawah meja, diatas kedua belah pahanya.

“ikha?? Saya faham perasaan awak. Awak kena banyak bersabar. Mati atau hidup, itu kerja Tuhan. Kita hanya mampu berusaha. Saya suggest’kan awak buat operation secepat mungkin. Awak perlu berbincang dengan mak Su and pak Su.. awak harus…”

“JANGAN!.. ikha tak nak mama dan papa tahu. Ikha anak tunggal mereka. Mereka pasti akan sedih. Ikha yang lagi muda dari mereka akan pergi dahulu. Ikha tak sanggup tengok mereka bersedih,” potong Zalikha dengan airmatanya yang sudah mula membasahi pipinya.

“ikha.. tapi awak harus dibedah dengan secepat mungkin..,” pujuk Doktor Johan kepada pesakitnya.

Zalikha hanya membisu tanpa sebarang bicara dari bibirnya. Dia menundukkan kepalanya dan airmata menjadi teman setianya ketika itu. Sungguh berat dugaan ini ya Allah.

Tuesday, July 9, 2013

RAMADHAN 2013~~

assalamualaikum..



pejam celik pejam celik.. sampai jua masanya..
lungs masih setia dengan ventilation and perfusion nyerr..
cerebral artery masih setia menceriakan suasana otak..
cardiac muscles masih setia dengan lubb dupp nya..
tidak pula mereka semua berpaling tadah..
tidak pula mereka meninggalkan jasad ni..
semuanya dengan izin Sang Pencipta..

alhamdulillah ya Allah..
kerana aku masih diberi peluang..
aku masih diberi kesempatan..
aku masih bernafas...

takutnya hati ini jika...
jika...
jika..
sudah tiba masanya...
takut ya Allah...
aku tak layak..
aku tak layak  masuk syurgaMu..
tapi aku jua tak sanggup menanggung azab nerakaMu..

ya Allah..
tahun ni aku masih bertemu dengan Ramadhan..
bulan ibadat..
permudahkanlah urusanku..
jadikanlah amalan pada tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya..
teman..
ayuh kita manfaatkan bulan Ramadhan..
tahun hadapan belum tentu kite menemuinya..
tahun hadapan belum tentu lungs masih setia dengan ventilation and perfusion nyerr..
tahun hadapan belum tentu cerebral artery setia menceriakan kawasan otak..
tahun hadapan belem tentu cardiac muscles setia dengan lubb dupp nyerr..
memperbanyakkan lah amal...
rugi nyer kalu kita biarkan Ramadhan berlalu pergi..
sama seperti sebelumnya..

jom.. jom..
kite try ea.. kite try ubah.. kita sama2 try..
memang payah..
tapi in shaa Allah..
kalu kita niatkan semua kerana Allah.. perkara akan jadi mudah..
Allah tidak pernah meninggalkan hambaNya..
sehingga hambaNya leka meninggalNya..
mohon tidaklah..huhu...

SALAM RAMADHAN..

*solat satu pertiga malam.. payah sungguh meninggalkan tidur.. tapi kite mesti berusaha..niat itu penting.. aja2 fighting! =)


Saturday, July 6, 2013

fiNAL ExAM~~

assalamualaikum...

memandangkan sekarang kebanyakkan orang semua sibuk dengan final exam especially dak uitm..
jadi entry kali ni pasal final exam laaa...
harap2 final exam korang semua ok2..
masih bernafas bukan?? jangan stress2..hehe
bak kata kelly clarkson..
'what doesn't kill you make you stronger'.. =D..
make it enjoy when you face it...
hahaha..
gila!..
boleh lakk aku cakap mcm tu kn..??? ini final exam kot!! haha..
releks.. relekss...
jangan stress2!..
tipulah kalau seorang student cakap dia tak pernah stress..
that's normal.. it's a part of student life.. =)
tapi depends la macam mane korang cope dengan stress tu..
meh nak share sikit..

dalam saat2 mcm ni, bertenang tu sangat penting..
bab kalau kita stress pon,x membantu apa2..
baik kita fokus apa yang kita sedang buat..
honestly, aku bukanlah jenis si fokus sangat, si berangan adalah gak kadang2..
setiap orang lain caranya..
kalau mcm aku..
minggu final exam, memang lagi keraplah aku main games..
hehehe..
kadang2 games tu wat aku releks tapi jangan lah sapa leka...
kata nak break setengah jam.. tup..tup.. 2 hrs main games...
tu parah la namanya.. hehe
manage your time properly...
walaupun main games, break tgok dramas ke..
make sure u still can finish your study..
then, willing to sacrifice..
kalau korang jenis blaja last minute..
relalah untuk stay up beberapa malam sebelum paper tersebut..
bab korang yang pilih, xboleh nak salahkan sesiapa..
siapa suruh tak study awal??? (kena kat muka sendiri sebijik)..=/
then, minggu final exam ni..
masa lah yang paling cemburu dengan kita..
ase cepat jew masa berlalu..
tapi jangan jadikan ia sebagai alasan untuk kita melengah-lengah solat.. (peringatan untuk diri sendri jua)..
solat itu panggilan wajib, temujanji yang istimewa.. =)
carilah ketenangan hati dengan berjumpa denganNya, berbual denganNya, berkongsi denganNya..
hanya solatlah talian tanpa wayar dengan Tuhan...
DIA sentiasa ada untuk hambaNya.. =)
macam sesetengah orang kalau stress, suke bersukan, p jogging ke, main futsal ke.
kata nya nak keluar peluh, bab ase badan dah lenguh, xmaya dan x cergas..
dia menjaga kesihatan fizikalnya..
tapi kesihatan rohani pon kena jaga juga, dengan macam mane??..
rohani itu, hati kita... dengan berzikir, baca alquran, mengingatiNya..
in shaa Allah.. kita kan temui ketenangan hati dan minta lah pertolongan dariNya..
agar dipermudahkan segala urusan..in shaa Allah =)

"......cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan ia sebaik-baik Pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)" (Surah Ali-Imran:173)

haaa.. ibu bapa korang pon jangan lupe taw!..
mereka lah insan sentiasa sudi, xjemu dan ikhlas mendoakan kita..
walaupun kita tak meminta, mereka sentiasa menadah tangan kepada Sang Pencipta...
mungkin kita pun tak tahu, apa mereka lakukan sewaktu kita berada dalam dewan peperiksaan...
mereka mungkin tidak akan memberitahu kita..
tapi ketahuilah..
ketika kita sedang bertungkus lumus memikirkan jawapannya..
ada seorang ibu sedang bersolat sunat, meminta Allah permudahkan peperiksaan anaknya..
ketika kita sedang gembira menulis jawapan dengan yakinnya..
ada seorang bapa yang sedang membaca alquran sepanjang tempoh masa peperiksaan anaknya..
sayangnya mereka akan anaknya..
tak salah kalau kita berkorban sedikit masa dan tenaga untuk belajar.. berusaha dan terus berusaha..
ingatlah teman..
keredhaan Allah itu bermula dengan keredhaan kedua ibu bapamu...
cubalah tanam didalam hati..
belajarlah, tuntutlah ilmu dengan ikhlas hanya kerana Allah..
diiringi dengan keredhaan kedua ibu bapamu..
jujurnya, aku sendiri tengah mencuba menanam bunga keikhlasan di kebun hati ini...
moge segala urusan dipermudahkan olehNya.. amin~~

teman2.. AJA-AJA FIGHTING!!!! GOOD LUCK! =)




*now playing.. 'ya thayba'.. terjumpa lagu ni di utube semalam ketika tgh pulun abeskan nota orthopedic...hehe



Wednesday, July 3, 2013

keEP On thINKing..

assalamualaikum...


entry kali ni..
pasal...pasal... macam ne nak start ea?... (thinking)..
pasal orang perempuan yang... yang.. (keep on thinking)..
tapi bukan orang perempuan sahaja, tapi kebanyakkan manusia yang.... (keep on thinking again)..
hahaha..
pendek kata macam ni.. it is complicated!...????
hahaha..
difficult to understand right?? haha..
sesetengah manusia suke berfikir lebih jauh, lebih dalam biarpun kadang kala its just a small matter..
tidak dinafikan..
terutamanya perempuan..
they really need an explanation..
cause they need to believe, build or rebuild the trust between them..
tak kisah dalam apa jua hubungan, family ke, friendship ke...
when they dont get a reliable and valid explanation..
they will keep on thinking..
thinking..
thinking..
and thinking..
and thinking again.. hahaha..
until they feel tired..
but sometimes they are hard to find to easily get fatigue..=D

bila usia makin meningkat..
kita mempelajari dan pengalaman adalah guru yang terbaik..
dont take all the things seriously..
just certain things ok...
setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya...
Allah tidak menjadikan sesuatu tanpa ada manfaat dan fungsinya..
jadi apa yang berlaku, pasti ada sebab dan fungsi...
so..
dont think so much..
just learn, accept and live with it..
make it fun with no harm..=)
belajarlah supaya hati kita ikhlas..
redha dengan ketentuanNya..

my mind keeps saying that ' i keep, keep on thinking that it's not goodbye. i'm keep on thinking it's time to fly"...i choose to be happy.. =))


senyuman yang bahagia.alhamdulillah, thank you Allah.


*background sound dwihati by yuna n aizat, cause currently really in love with this song.=)