bunga

lagu

Saturday, July 27, 2013

cerITA pENdek : SeutaS TASbih.. (pARt 2)

“ikha?? ikhaa?? Ikhaa!!!”
Zalikha tersentap dengan kehadiran muka sahabat karibnya yang betul-betul berada disebelah  mukanya.

“hisssh. Kau ni…,”lalu tangan kanannya menolak muka sahabat karibnya itu ke tepi . Sahabat karibnya relakan sahaja perbuatan Zalikha.

“ hey, habis lah rambut aku… ikha ni,” ujar Qasrina pura-pura marah sambil membetulkan rambutnya yang beralun-alun itu. Sepit rambutnya dikemaskan kembali.

“kau lah, Qas.. yang kau buat aku terkejut siapa suruh. Duk taruk muka pontianak kau sebelah aku buat apa?,”dalih Zalikha.

“Pontianak kau cakap.. ok.. ok..tak apa aku faham… orang cantik macam aku ni, memang ramai yang jealous lebih-lebih lagi Zalikha Hassan yang tak berapa nak cantik ni..,” Qasrina mengenakan sahabatnya itu. Dia tersenyum kambing lalu menyedut straw minumannnya.

“eleh, menyampah mak!..,” gurau Zalikha dengan gaya tangannya ala-ala pondan, menyentuh bahunya sendiri. Mereka sama-sama tergelak. Zalikha dan Qasrina berkawan sejak dari bangku sekolah lagi. Qasrina lah teman gembiranya, Qasrina lah teman dukanya. Dia sudah menganggap Qasrina seperti adiknya sendiri. Qasrina telah kehilangan kedua ibu bapanya dalam kemalangan tujuh tahun yang lalu. Kakak dan abangnya lah yang membesarkannya sehingga dia menjadi fashion designer yang berjaya dan memiliki butik branding nya sendiri.

“ikha, kau fikir apa tadi? panjang bebenor menungnya, sampai aku panggil pun tak dengar,” omel Qasrina sambil menyuapkan nasi goreng kedalam mulut. Restoran Bonda ini sentiasa menjadi pilihan mereka untuk makan bersama-sama.

“tak ada apalah. Saja berangan jadi pengantin, duk atas pelamin,” gurau Zalikha sambil tersengih. Namun disebalik raut wajahnya terselit episode kedukaannya. Perbualannnya dengan Doktor Johan tempoh hari terpapar dialam mindanya.

“ johan.. beri saya masa..saya perlukan masa… dan saya pinta awak jangan bagitahu kepada sesiapa pun akan penyakit saya termasuk Julia,” mohon Zalikha kepada doktornya. Julia merupakan sepupunya yang juga merupakan bakal isteri doktor tersebut. Doktor itu terdiam seketika seakan memikirkan sesuatu.

“baiklah ikha. tapi awak kena ingat masa sangat mencemburui awak. Saya harap awak tidak mengambil masa yang lama. Saya akan berikan ubat tahan sakit dan ingat kalau symptoms nya semakin bertambah teruk. cepat datang ke sini,” pesan Doktor Johan kepada pesakitnya.

“ikhaa.. ikhaa.. kau cakap apa tadi, berangan jadi pengantin.. woooo..,” bicara Qasrina dengan wajahnya yang gembira. Zalikha hanya mengangguk dan tersenyum.

“aku dah bayang dah ikha.. aku boleh reka baju kau. Mesti cantik lah.. aku buat gaun panjang, ada lace bahagian lengan, fabric Italian silk pun ok gakk.. kain dia selesa pastu aku akan buat ala-ala fusion gitu, tradisional campur kotemporary.. blaaa..blaaa..blaaaaa..blaaaa…,” ujar Qasrina dengan explanation ideanya yang panjang lebar dengan penuh minat dan kegembiraan terpancar di wajahnya. Hati Zalikha menjadi sayu. Dia tahu Qasrina paling excited bila bercerita rekaan baju pengantin, dia seakan di dunianya yang sendiri, begitu asyik dengan rekaan baju pengantin biarpun hanya dilakar dimindanya. Tanpa disedari, hujung mata terasa hangat, airmata Zalikha mengalir. Dengan pantas dia menundukkan kebawah, mengambil napkin dan mengelap airmatanya. Lalu mengangkat kepalanya memandang Qasrina dihadapan yang masih sibuk bercerita pasal rekaan pengantinnya dengan bahasa tangannya lagi. Zalikha ketawa dalam menahan kesedihan melihat gelagat sahabatnya itu.

‘ya Allah..aku bahagia melihat muka sahabatku yang bahagia, gembira.. terima kasih ya Allah, Kau telah berikan masa kepadaku, memiliki sahabat sepertinya.. walaupun masa itu hanya seketika.. kau peliharalah sahabatku ni dari sebarang kekecewaan, kau lindungilah dia dari sebarang bahaya.. ajarilah aku agar redha dengan penyakitku, ya Allah.. aku buntu kekuatan dari-Mu,’rintih hatinya. Zalikha menyedut straw minumannya.

“ikha?? tapi kan.. kau ada calon ke?? Setahu aku mana la layan cintan cintun ni?,” tanya Qasrina memecahkan alam mayanya.

“tau pun kau. Yang kau duk pot pet pot pet cerita baju pengantin kat aku buat apa,” ujar Zalikha bersahaja sambil menyuapkan makanan kemulutnya.

“eleh..ke kau ada simpan perasaan dekat seseorang ni?,” Qasrina cuba investigate sahabatnya sambil mengenyitkan sebelah matanya dan mengajukan sudu kepada sahabatnya.

“eh, mengarutlah kau. Mana ada lah, kau macam tak kenal aku. Aku akan workaholic. Tak ada masa lah nak fikir semua ni,” jawab Zalikha sambil tergelak kecil melihat gelagat sahabatnya yang bersikap ala-ala busy body.

“baik kau ngaku, nak ngaku tak nak ni?,” gurau Qasrina dengan nada ugutan. Sudu ditangannya diibaratkan senjata yang menjadi ugutan sahabatnya. Zalikha dengan selamba mengambil sudu di tangannya.

“ tak nak makan sudah, meh aku habiskan nasi kau,” lalu zalikha menarik pinggan nasi goreng Qasrina dekat dengannya. Lalu disuapkan nasi goring Qasrina dengan bangga kedalam mulutnya. Qasrina berpura-pura dengan riak wajah yang meminta simpati. Nasinya sudah dikebas olah Zalikha. Zalikha ketawa gembira.

“ itulah. Duk pot pet pot pet..,”Zalikha menolak kembali pinggan nasi tersebut kepada Qasrina.
Qasrina mencebik. Dia meneruskan suapan nasi ke mulutnya.

“tapi kan ikha.. syok gak kan kalau kita kawen serentak, buat dalam satu majlis.. waaa.. mesti bestlah!,” ujar Qasrina kembali ceria.

Zalikha terkejut dengan penyataan dari bibir Qasrina. Dia tertelan air liurnya lalu menyuakan straw ke bibirnya, disedut minuman tersebut.


‘ya Allah, masihkah ada waktu untukku?,’hatinya berbicara. Bicara dukanya tersembunyi disebalik seraut wajah yang tenang. Zalikha hanya mampu mengukir senyuman.

No comments:

Post a Comment