bunga

lagu

Saturday, July 27, 2013

ceRITa penDEK : seUTAS taSBih.. (ParT 4)

“Mama Nisa!,”Qasrina berlari anak mendapatkan Anisah yang sedang duduk di luar bilik pesakit bernama Zalikha Hassan. Anisah sedang menahan sebak di dada, bangun dan terus memeluk Qasrina.

“ikha macam mana Mama Nisa?,” tanya Qasrina.

“dia ada kat dalam. Masuklah. Jumpa dia,” ujar Anisah sebak, Qasrina hanya mengangguk.

Dia membuka pintu. Hatinya berdebar-debar. Kelihatan sekujur tubuh yang lemah terbaring di atas katil di hadapan. Hatinya dimamah dengan perasaan sayu. Dia merapati tubuh tersebut. Mukanya pucat, bibirnya lesu, nafasnya begitu lemah.

“ikha.. ikha,” sapa Qasrina perlahan sambil mengusap tangan sahabatnya itu.

Zalikha membuka mata dengan perlahan dan lemah. Sebaik sahaja raut wajah Qasrina yang menangkap di zoom ruangan matanya, dia menghadiahkan senyuman. Qasrina membalas senyuman tersebut biarpun matanya sudah bergenang airmata.

“ ikha.. kenapa selama ini kau sembunyikan dari aku? Aku patut tahu ikha..,” ujar Qasrina dengan penuh penyesalan. Zalikha hanya membisu, senyuman tetap mekar dibibirnya biarpun kelihatan lemah.

“aku penyebabnya kan.. aku minta maaf ikha.. aku minta maaf..,” Qasrina diserbu dengan perasaan bersalah apabila teringat peristiwa kemalangan yang lalu. Qasrina tersedu-sedan menangis, menyesali akan kesilapannya yang lalu.

“Qas, semua ini bukan salah kau.. kau jangan lah macam ni,” pujuk Zalikha.

“tak!.. ni semua salah aku, kalaulah aku berhati-hati sama drive kereta dulu…”

“Qas! Ni yang aku tak nak bagitahu kau, kau pasti salahkan diri kau.. semua ini ketentuanNya.. kau tak boleh fikir kalau kalau lagi.. ni takdir aku Qas..,” Zalikha memandang mata Qasrina memohon pengertian.

“kau kena terima Qas.. seperti aku juga.. aku redha..,” ujar Zalikha perlahan dan Qasrina memandangnya dan mengangguk. Airmata masih lagi membasahi kedua belah pipinya.

“kau kena kuat Ikha. aku akan selalu ada untuk kau,” ujar Qasrina dan menggenggam erat tangan sahabatnya itu. Zalikha mengangguk, dia cuba menggagahkan diri untuk duduk. Qasrina menolongnya. Lalu dia menarik tubuh Qasrina dan memeluk erat tubuh sahabatnya itu. Zalikha menangis di bahu Qasrina.

“Qas, aku cuba untuk kuat, redha.. tapi aku takut.. aku takut.. aku takut mati.. syurga atau neraka untuk aku? Aku banyak dosa Qas,” bisik Zalikha ditelinga Qasrina. sedu sedan tangisan Zalikha masih kedengaran. Qasrina mengusap belakang Zalikha. Hatinya tergetar dan sayu apabila sahabatnya mengutarakan pertanyaan itu. Dirinya sendiri pun banyak yang kurang dan perlu diperbaiki.

‘ya Allah, kau ampunilah dosa-dosa kami, kami nyesali.. kami mohon ampun Ya Allah.. berilah kami kekuatan untuk menghadapi ujian ini..,’rintih hati Qasrina.

Qasrina mengelap airmatanya. Zalikha perlukan kekuatan, dan sebagai sahabat dia harus membantunya.

“ikha, Allah itu Maha Pengampun.. kita sama-sama berdoa ea.. kau janganlah fikir banyak sangat… in shaa Allah, operation tu berjaya.. kau  tak akan apa-apa, aku selalu ada untuk kau,” pujuk Qasrina halus disebelah telinga sahabatnya.

“tapi Qas, kalau ada complications macam mana? Aku tak nak bebankan parents aku.. sepatutnya aku yang jaga mereka..,” adu Zalikha yang risau akan kebahagiaan ibu bapanya. Qasrina meleraikan pelukan mereka, dia memandang Zalikha lalu menyapu airmata yang mengalir di pipi sahabatnya itu.

“ikha?? aku kan sahabat kau dunia akhirat.. kau jangan risau, aku akan jaga kau..mama Nisa dan papa San..kalau kau lumpuh, tak boleh jalan, aku boleh angkat kau.. kau jangan ingat badan aku kecil dari kau, aku tak kuat lak..tengok ni?,” gurau Qasrina cuba menceriakan sahabatnya sambil menunjukkan biceps muscles. Sememangnya lengannnya lagi kecil dari Zalikha. Zalikha tergelak kecil. Zalikha menepis lengan Qasrina yang kecil itu. Dia memegang kedua belah tangan Qasrina dan tersenyum.

“terima kasih Qas,” ucap Zalikha dengan penuh keikhlasan. Dia sedar Qasrina adalah nikmat yang terindah Allah kirimkan kepadanya sebagai sahabat. Qasrina tersenyum dan mengangguk kepalanya.

*********************************************************************************
Qasrina tiba dihospital pada awal pagi keesokan harinya. Dia mengenakan blouse labuh berwarna merah dipadankan dengan seluar jeans hitam serta selendang bercorak floral menutupi kepalanya. Hari ini merupakan permulaan yang baru baginya, diharap penghijrahannya ini diberkati olehNya. Begitu juga untuk sahabatnya, Qasrina berharap dan berdoa hari ini adalah permulaan kehidupan baru bagi mereka. In shaa Allah. Dia cuba meyakinkan dan menenangkan dirinya, Zalikha pasti akan selamat. Menyembunyikan ketakutan disebalik senyuman yang manis dihadiahkan kepada sahabatnya. Dia ingin menghabiskan masanya dengan Zalikha. Zalikha akan di masukkan ke operation theatre pukul 4.30 petang hari ini. Anisah dan Hassan sentiasa berada disisi anaknya. Suasana didalam bilik pesakit bernama Zalikha Hassan dipenuhi dengan gelak tawa dan senyuman gembira. Mereka bersarapan bersama-sama dan bergurau senda, seakan tiada apa yang menghantui fikiran mereka. Mereka hanya ingin mengecapi kebahagiaan. Qasrina gembira mendengar gelak tawa Zalikha.

“ya Allah.. kau ampunilah segala dosa sahabatku.. kau lindungilah dia ya Allah, selamatkanlah dia,” rintih hati Qasrina.
********************************************************************************
Tepat pukul 4.30 petang, Zalikha dimasukkan ke dalam operation theatre. Qasrina, Anisah dan Hassan setia menunggu di ruangan menunggu. Beberapa minit kemudian, azan Asar berkumandang dari masjid yang berdekatan dengan hospital tersebut, jaraknya hanya beberapa blok bangunan.

“Mama Nisa, Qas nak pergi masjid dulu.. ikha mungkin lama lagi.. nanti kalau ada apa-apa, Mama Nisa cepat-cepat hubungi Qas ea,” pinta Qasrina.

“baiklah.. hati-hati ye Qas, jalan elok-elok,” ujar Anisah, Qasrina hanya mengangguk dan berlalu pergi.

*********************************************************************************
Selepas menunaikan solat Asar, Qasrina mengambil peluang ini membaca surat yasin, agar operation sahabatnya berjalan dengan lancar.

Seketika…

Handphone Qasrina berbunyi, dengan pantas dia terus menjawabnya. Dia terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Hassan. Matanya berkaca. Dengan pantas, dia meletakkan yasin dirak berdekatan, dan berlari anak keluar dari masjid menuju ke hospital. Hatinya terasa sakit. Airmatanya sudah limpah dan membasahi pipinya.

“ya Allah, ya Allah… ya Allah,” rintih hatinya sepanjang perjalanan.

Dia sudah tidak menghiraukan lagi manusia disekelilingnya. Dia terus berjalan. Entah kenapa perjalanannya yang pendek terasa jauh untuknya tiba dihospital tersebut. kakinya berat untuk melangkah, badannya lemah seakan tidak terdaya lagi untuk berdiri.

‘ikha dah tak ada?,’ monolog hatinya.

‘no!!! ikha mesti selamat,’ sebahagian lagi hatinya yang tidak dapat menerimanya menjawab.

‘ye! Ikha tengah tunggu aku, aku harus segera,’ hatinya meronta tu cuba menafikannya.

Dia cuba menggagahkan dirinya. Dia harus ke sana. Sahabatnya sedang menunggunya. Airmatanya sedang laju mengalir dipipinya. Langkah demi langkah diatur tanpa mempedulikan mata-mata yang memandang dengan penuh tanda tanya dan kerisauan. Tasbih ditangannya digenggam erat. Dadanya sakit, tangan yang menggenggam tasbih menekan dadanya.

“adik? Ada masalah ke?,” sapa manusia yang entah keberapa yang ambil berat akan dirinya. Namun Qarina hanya berlalu pergi. Dia harus segera ke sana.

“adikkkk!! Kereta!!!,”jerit manusia lain yang cuba menyelamatkannya.

“pangggggg!!!”

Dentuman tersebut mengejutkan semua manusia yang berada berdekatan.

“ya Allah!!,” kedengaran jeritan manusia sekelilingnya.

Qasrina terbaring diatas jalan raya, darah mengalir dari hidungnya, nafasnya tercungap-cungap. Manusia mengelilingi tubuhnya. Biji-biji tasbihnya bertaburan di atas jalan raya. Penglihatan matanya semakin kabur, dadanya semakin sakit. Kepalanya juga terasa sakit.

“Allah.. Allah.. Allah..,” hanya itu yang kedengaran dibibir Qasrina. Airmatanya mengalir di hujung matanya.

“ cik.. cik… cik..?? bertahan cik.. telefon ambulance, cepat!,” jerit manusia yang baik hati menolongnya.

Matanya semakin kabur. Riuh rendah yang kedengaran semakin menyepi ditelinganya. Semuanya semakin gelap. Sunyi sepi.

No comments:

Post a Comment