bunga

lagu

Saturday, September 28, 2013

quESTion...

assalamualaikum...

=)...=)..=)

while i'm writing this entry..
i'm smiling...
the sweetest smile i ever had.. maybe..(feeling being blessed) =)
ya Allah..
i have a question..
i think that i should ask someone before..
but then my heart says, 'u dont have to do that'..
lets pass to Allah, cause He knows everything..
only He knows even though i'm lying or deny..
only He hears even though i'm not saying anything..
only He understand when my heart keeps on singing in deep within..
hope someday.. i'll get the answer..
i must be patience..
i must be calm..
keep on praying...







*yakin dan percaya..  kadang2 jawapan itu, lambat kite ketahui kerana Allah ingin mendidik kite bersabar, dan tidak jemu memohon kepadaNya.. Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Pemurah.. Allah cinta akan hambaNya yang selalu merintih kepadaNya...

Monday, September 23, 2013

I love YOU by NAJWA latiff



Mungkin kita pernah rasa tentang cinta,
Yang takdirnya bukan untuk kita,

Mungkin ini adalah cara meluah cinta,
Tanpa berkata atau berpandang mata,

I’m sorry but i love you,
I’m sorry if i miss you,
Even if i can’t have you ,
You know i’ll always be there for you,

Mungkin aku mencintaimu walaupun engkau tak pernah tahu,
Mungkin aku mencintaimu tanpa lelah atau pun jemu,

Mungkin kita tak bersama di takdirkan,
Tak mengapa asal kau bahagia,

Biar aku mencintaimu biar tiada siapa yang tahu,
Biar aku mencintaimu dalam diam ataupun bisu,

I’m sorry but i love you,
I’m sorry if imiss you,
Even if i can’t have you,
You know i’ll always be there for you.
I’m sorry but i love you..

Friday, September 20, 2013

maKIN jeLAs..

assalamualaikum...

it comes clear and clean now.
i guess so..
sometimes, it just needs times..
cause times can heal everything..
times can reveal everything... =)
i'm relieved..

i think its better to be like this..
like this way..
right now..
rather it changed..
i love this way...




'Allah tidak menjadikan sesuatu peristiwa/perkara/pertemuan/perpisahan tanpa sebarang sebab..semuanya yang berlaku dan terjadi ada hikmahnya.. itulah yang terbaik untuk kite.. la tahzan.. be grateful'

smile! =)

Monday, September 16, 2013

UNexpeCTEd AGain.. thAT's LIfe..

assalamualaikum...

entry kali ni..
sangat complicated and unexpected.. but that's life..
mungkin ini lah pengajaran dan dugaan..
yang Allah berikan kepada kita..
untuk berfikir...
berfikir.. berfikir...
sambil berzikir mengingatiNya..
astaghfirrulah..

wahai kaum hawa..
akuilah hati kalian sangat lembut bak sutera..
sangat suci seputih salju..
jadi...
cuba lah sedaya upaya, kemampuan, kekuatan dan kudrat anda..
menjaga hati anda..
pelihara hati anda..
sangkarkan hati anda..
sekiranya sesuatu boleh merosakkan akhlak anda..
merosakkan keikhlasan hati anda..
jauhilah ia..
biarlah hati merasa keperitan sementara..
daripada rosak selama-lamanya..
kesedihan bakal mengundang kebencian..
kekecewaan akan mengundang kekusutan..
belajar la bersabar..
biarpun gagal..
belajar lah bersabar..
biarpun susah payah..
belajarlah bersabar..
biarpun sabar suda berada di puncak gunung..
tetap la bersabar..
kerana tibe satu saat..
anda akan melihat matahari terbit..
yang sudi menerangi kegelapan dan kemalapan dunia anda..
even it also can bring your tears down..
airmata kegembiraan..
senyuman yang tiada siapa pernah melihatnya..

semuanya bermula dari hati..
sebaik-baik penjaga hati..
adalah Sang Penciptanya..
serahlah kepadaNya..pulanglah kepadaNya..
Yang Berhak...

"ya Allah, jadikanlah orang yang mencintaiMu, mencintaiKu jua"
=''(




Thursday, September 12, 2013

umPAMa buLAN daN MatAHAri..

Assalamualaikum....

Ada sesetengah perkara sukar untuk kita fahami..
Benarlah akal manusia ini terbatas..
Hanya Sang Pencipta yang Maha Mengetahui..
Dalam gelap, mata memandang ceiling rumah..
Cahaya samar-samar memancar di celah-celah jendala..
Fikiran ligat memutarkan segala yang peristiwa..
Kadang kala ku tiada temui jalan penghujungnya, like it has no end..
Kadang kala penat juga berjalan..
Kadang kala ku berhenti seketika, berehat..
Kemudian ku teruskan jua..

Di tangan kiriku umpama bintang..
Bintang itu hanya kelihatan di malam hari..
Kecantikkannnya memukau siapa yang melihat..
Kadang kala aku terpegun, tersenyum melihatnya..
Tapi mana mungkin bintang itu dapat melihat aku..
Mana mungkin dia dapat melihat aku yang tidak bersinar..
Sedangkan bintang itu dikelilingi dengan jutaan bintang lain yang cantik bersinar..
Tak selalu kita dapat lihat bintang, bile hujan hilanglah dia..
Esok jua belum tentu dapat dilihat.. =)

Di tangan kananku umpama matahari..
Dia selalu menghangatkan aku bila aku kesejukan..
Bila aku dalam kegelapan, dia sudi memberi cahayanya..
Bila hujan berlalu, matahari berganti.. aku melompat kegirangan..
Seperti kanak-kanak diberi keizinan untuk bermain..
Bila matahari tegak menyinari bumi, ku dongakkan kepala..
Ku panjangkan tangan, matahari napak kecil dicelah jariku… lalu ku menggenggam matahari..
Yes! Senyuman terukir..
Tapi bila ku buka genggamanku.. tiada ada apa, hanya angin yang berlalu pergi..
Terasa aku dekat dengannnya, tapi gapai pon tak dapat.. =)
Tapi orang cakap kotoran di kedua-dua belah tangan..
Boleh hilang bila dibasuh berkali-kali..
Walaupun kotoran degil..
Dengan izinNya..


 *perkara ini mengingatkan aku (surah Al-Baqarah : 216).... ampuni dosa hambaMu yang lemah ini..

taKKAn teRPisaH...

andainya kau tahu
apa yang ada di dalam hatiku
tersimpan takkan pernah berubah
andainya kau tahu
apa maksudku lafazkan cintaku padamu 
dengan cara yang berbeda
oh, mengapa seharusnya kita masih bersengkete

demi cintaku demi cintamu jangan biarku terseksa
hembus nafasku hembus nafasmu adalah udara yang sama
kerna cintaku kerna cintamu sememangnya satu cinta
takkan terpisah
takkan terpisah
andaiku tak mampu
leraikan semua kekusutan yang melanda percintaan kita
mungkin ini semua
tetap menjadi satu pertanyaan selagi hati belum ada kepastian
oh, mengapa seharusnya kita masih bersengketa

andainya kau tahu
apa yang ada didalam hatiku..  

by black

Tuesday, September 10, 2013

poST-Op NukMAN..

assalamualaikum...

meh nak sambung cite pasal my love, nukman..
operation tu amek masa 4 jam..
kol 2 petang..
doktor call mama dan papa dia..
semua org berdebar..
ada masalahkah?
nukman macam mana?
aku boley tengok jelas kerisauan di mata abah aku..
tak boleh duduk di ruangan menunggu..berdiri ke hulu hilir.. jap jap jenguh ke pintu bilik OT..
aku pon jadi tak keruan..
tapi nak sedapkan hati baca majalah yang ada kat bilik ruangan menunggu tu..
tapi aku xtaw apa yang aku baca..scan gambar kali..huhu..
bile mama dan papa dia keluar..alhamdulillah
nukman selamat.. dia akan dipindahkan ke ICU..
untuk pantauan 24 jam..
kami sekeluarga menunggu sehingga pukul 6 ptg.. waktu melawat ICU..
sapa pukul 6..
hanya 2 orang pelawat setiap pesakit boleh melawat dalam satu masa..
aku pakat ngan abang aku tuk masuk skali..
berdebar gak..huhu..
bile masuk ICU..
nukman pakai ventilation..dengan bantuan oxygen, spo2 95%..
so many wires kat dada dia..
ada 2 tube di perut dia, satu blood drainage, satu fluid drainage from right pleura..
bekas jahitan jelas kelihatan sepanjang sternum dia..
nukman separa sedar..
mata dia pejam..
raut wajahnya berkerut menahan sakit..
dia seakan xmampu nak bukak mata apatah lagi bercakap..
aku ngn abang aku tengok.. sedihnya.. huhu..
mata dia pejam, tapi airmata mengalir dihujung mata dia..
he is still 3 years old..huhu.. so small.. but so strong..i love him..
aku panggil nama dia perlahan..tapi raut wajah dia berkerut tahan sakit.. mata pejam..
panggil lagi..
tibe2 dia celik, pandang aku.. tusuk jantung weyh.. huhu.. dia tengah tahan sakit kot.. mata dia. tak leh tengok aku..
huhu..
aku cakap kat dia..
'ultraman kena kuat taw'
dia seakan-akan angguk.. tetibe dia angkat tangan..
nurse yang ada berhampiran terus datang..
dan jerit kepada kawannya..
'kau letak sedative berapa kat budak ni?,'
aku ngn abang aku terpaksa keluar..
nurse tambahkan sedative lagi..
bab kalu ubat pelali dah habis, pesakit akan terasa sakit.. walaupun dberi morphine..
abang aku marah aku..hehe
'cian dia.. dah jangan cakap ultraman.. biar dia rehat dulu..'
sengal gak che nah dia ni..
tapi aku xtaw sampai boleh jadi mcm ni.. huhu..
aku nak dia bertahan jew..huhu
after more than 24 hrs..nukman dipindahkan ke HDU for another 24hrs...
then transfer kat wad biasa..
dia jadi takut nak gerak.. dan suke baring.. bab takut sakit..
nampak doktor atau nurse masuk bilik dia..
nangis.. takut org apa2kan dia..
seronok main games kat tablet.. lupe sakit.. strong boy, yeah!!
fobia dahh.. hehe..
kadang2 dia jadi manja gakk.. hehe..
bile malam nk tido..
'che nah.. tepuklah..'
bile nak main games..
'che nah..macam mana ni.. tolong la..'
bile lapar..dahaga
'che nah.. nak susu.. watkan..'
sedih tengok dia tahan sakit masa mule2..
tapi bile dapat tablet main games..
hilang sakit.. siap boleh angkat tangan wat power ultraman..
hahah
gembira tengok dia senyum..
bile ramai family aku melawat dalam satu masa..
dia paling happy.. dah x merengek sakit..
suara bising.. hehe.. good to see him like that..
then.. aku belikan dia patung ultraman dengan set kapal terbang dan 2 ekor raksasa..
doktor galakkan dia aktif berjalan agar drainage cepat keluar dan kering..
tapi dia xnak, takut sakit..
aku pun ajak dia main ultraman, umpan dia at  least berdiri di hujung katil..
menggigil kaki diri,, ye lah dah lama tak bangun berdiri..
kalu nak gerak,
"che nah ada, che nah tolong"
baru dia nakkk..
secretion dia banyak..
terpaksa wat physio-suction 2 x sehari..
ooo.. perit weyh..
sucction through nose..
setiap kali tube masuk hidung dia menjerit sapa menggigil..
serious.. tak sapa hati nak tengok...
tp luaran try rilekks.. huhu..
aku pon student physio..
huhu.. sekarang napak je abang physio tu datang..
trus menangis.. huhu.. pegang baju kita kemas keming.. takut..
cian diaaaa..
wat masa sekarang dia masih lagi dalam IJN..
hanya boleh dscharge bile drainage tu kering, then baru boleh cabut tube kat perut dia tu...
dia terpaksa pantang 6 weeks..
fats free food..
harap..
nukman grows stronger and healthier..
haaa.. one more thing..
sekarang.. spo2 dia.. 80-90%..
but the highest spo2 had achieved .. 93%..=)
alhamdulillah.. good for him...
cant wait him to discharge ward..
love him..

ya Allah, KAU yang menjadikan aku.. kepada KAU jua aku akan kembali..


Sunday, September 8, 2013

pRe-OP NukMAn..

assalamualaikum..

entry kali ni special sikit.. =)
it is about one of my beloved nephews, Abdullah Nukman, age of 3..
i LOVE him very much..
sejak dia lahir..
dia ada masalah jantung..congenital heart disease..
doctor cakap case dia ni jarang2 berlaku..
tapi penah berlaku..
the right chamber of his heart, not fully expand..
smaller size compare to the left side..
yang besar tu, abang dia syakir.. yang kecik tu,nukman..=)
and saluran darah ke jantung jugak sempit..
he also has ASD (Atrial septal defect)..
bahasa senang.. dinding antara bilik kanan dan kiri artria jantung dia bocor..
blood oxygenated dan deoxygenated dia bercampur..
jadi dia ada masalah oxygen..
doktor masukkan sejenis ubat untuk dia bertahan 2 minggu..

bile umur dia 6 hari..
he undergo operation..
 surgeon masukkan dawai kat PDA untuk bukak saluran darah yang sempit..
dengan apa ntah lagi.. aku x berapa faham sangat time tu..hehe..
baru belajar anatomy.. hehe..
at first surgery..we thought we had lost him..huhu
but alhamdulillah..
seketika jantung dia tidak berdegup..
doktor sudah putus asa..
tbe2 jantungnya berdegup kembali..
doktor pon cakap..
its miracle..
kuasa Tuhan.. =)
alhamdulillah.. syukur kepada Allah.. at that time.. his spO2 75%.. itu yang paling tinggi..
dia sangat aktif.. tak macam sakit jantung..
tp we can see that he has spoon shaped on his nails..
mild bluish at his lip,and finger tips..
tapi budak2 kan..
lasak.. main tu, main ni..lebih2 lagi ada teman main, abang dia..
bile dia penat dia berehat sendiri.. biru jelas kelihatan di bibir dia..
tapi aku tahu dia kuat..
dari baby asyik makan ubat jantung..
kdg2 dia pon dah muak ngn ubat..hehe..

sekarang umur dia dah 3 tahun..
dia dah pandai cakap.. tapi pelat sikit..
k selalu jadi t..
bukan=butan
abang syakir= syatir..
hehe
budak2..
dia makin membesar..makin aktif, lasak..
oxygen tak cukup..he needs more oxygen..
31st August..
he undergo the surgery again..
but this one is the real one..
i'm not saying that surgery sebelum ni olok2..hehe
tapi kali sternotomy (belah di dada, kat sternum)..

huhu..
dia dah pndai cakap..peramah teramat, dan banyak mulut..hehe..
tapi untuk surgery ni..
 mesti la pandai merayu.. menjerit sakit kan..huhu

two day before 31st.. he admitted IJN..
on 30th, aku teman dia..nurse nak ambil darah before surgery esoknya..
mula2 nurse tu bodek panggil dia baby.. cakap tgh watpe.. layan budak2..
tibe2 nurse cakap.. jom baby akak nak amek darah sikit..
dengar jew mcm tu..trus dia lari dari playroom.. ke bilik dia..
aku cakap tak nak, tak nak..
aku pujuk la dia ngan lolipop..
dia mmg suke makan lolipop..
aku cakap aku ada, aku teman..
pimpin la dia msuk bilik rawatan..
sekali nurse suruh aku tunggu kat luar..
menjerit-jerit la dia..panggil che nah, che nah..dia dah start nangis..
dia takut..
huhu..
untuk pertama kali aku terasa sayu..tak sampai hati, almost cant control..huhu
suara budak kecik merayu..' dah lah.. tak nak lah.. sakit la.. tolong che nah.. tolong'
huhu..
dia bercakap dah mcm org tua..
tapi he is still 3 years old...huhu..
as physio's student..
aku tahu nurse hanya jalankan kerja nya..
tapi entah nape.. rase geram gak kat nurse tu..
ase macam nak rempuh masuk jew bilik tu, amek nukman.. lari keluar bilik tu.. huhu..
huhu..

on 31st..dia dibangunkan kol 6 pagi..preparation untuk operation kol 10.30pg..
papa dia nak pakaikan baju surgery..
dia nangis x nak.. xnak.. man tak nak pakai baju ni.. man nak pakai baju lain..
walaupun dia masih kecik.. aku tahu dia paham.. dan dia sangat bijak..
kami xboleh masuk serentak jumpe dengan dia sebab bukan waktu melawat..
tapi papa dia bincang dengan nurse..
nurse bagi tapi.. 2 org jew boleh masuk.. bergilir gilir..
sedara mara aku ramai yang datang pada hari tu..
ase macam IJN penuh dengan orang kampung ku..huhu..
datuk aku duk atas kerusi roda pon ada..dia nak tengok cicit dia gakk huhu..
sampai turn aku..
aku napak dia tengah tahan sebak sambil tengok upin ipin di tablet..
aku suke panggil dia ultraman..
dia suke gilerr..ultraman tiga.. hehe..
budak umur 3 tahun pon tahu nak tahan air mata..huhu..
lagi la sebak aku..
huhu..
tapi tahann tahann.. cool jew..
dia pon pelik nape semua org datang jumpe dia.. bile dia nak ikut balik..
papa dia pujuk..tak boleh..
dia stay atas katil hospital tu.. tanpa senyuman..
org gurau pun.. dia tak layan.. hanya angguk jew..
tibe masa dia kena masuk bilik OT (operation theatre)..
semua ahli keluarga follow dia..
dia tak nak duk atas katil..yang nurse tolak..
jadi papa dia dukung.. sekali ngn mama dia
sesetengah mata orang sekeliling ku merah..
air mata mengalir perlahan..
nukman excited bile orang yang dia kenali mengikutinya beramai-ramai..
dia panggil semua nama..
che nah! abaang syakir! tok bah! tok ma! ayahanda! pak su di! uncle mie!..tok mok! tok chek! ramai lagi..
huhu..
dia gembira tapi kami sayu..
tok mok dan tok chek tak leh ikut dah....
nak nangis..huhu..napak jew doktor bius..
baru nukman perasan..dia ingat papa dia nak bwk jalan2..
huhu..
menjerit. menangis..
kami yang kat pintu bilik..
jelas dengar.. huhu..
sayu weyh..
dalam hati..
 ya Allah.. permudahkanlah untuk dia.. selamatkanlah dia..huhu..
doktor bius inject ubat bius sambil papa dia dukung dia..
seketika dia tak sedarkan diri..
operation kali ni..
surgeon expect spo2 dia increase 80-90%..
surgeon akan cantumkan superior vena cava dia dengan pulmonary artery..
so darah dari atas xlalu jantung..terus ke lungs..
to exchange gases and carry o2..

*sambung nt di entry post op..





Monday, September 2, 2013

moNEy a.k.a DUit...

Assalamualaikum..
Cakap pasal money ni a.k.a duit a.k.a ringgit, what so eva lah.. ramai yang berminat..
Ramai yang tertipu dan ramai jugak yang menipu…
Kerana duit, mata manusia jadi rabun.. lebih teruk lagi jadi buta.. gelap terus.. sekurang-kurangnya.. orang buta tak buta hati..
Orang buta celik hati..
Tidak sama manusia yang buta kerana duit.. hatinya pon malap2, seakan lilin yang sudah mahu kehabisan wax nya..
Dalam dunia kini, semua benda perlukan duit..
Dari keperluan hingga lah kemahuan manusia..
Sudah penuhi keperluan, kemahuan pula dicari..
Benarlah..
Tak ada duit pon hati terasa sakit, kepala pening..
Dah dapat duit pon hati terasa sakit, kepala pening..
Pelikkan ?? tapi macam mana tu??
Manusia kadang-kadang asyik dalam keduniaan..
Sibuk memenuhi keperluan fizikal, lupa akan keperluan rohani..
Keperluan rohani juga perlu dipenuhi..malah lebih lagi bagus..
gambar hiasan semata-mata
Supaya kita tudak jauh dariNya..
Disitu datangnya kesyukuran, kesederhanaan dan kepuasan..
Selalu kedengaran..
Cakap memang senang, cuba kalau duit yang banyak berada di hadapan mata…
Diberi kemewahan harta benda.. dihormati olah orang ramai kerana kekayaan..hidup senang
siapa yang tak nakk??.. bukan hak kita pon sanggup ambil..
Astaghfirullah…
Kadang2 terasa takut apabila kita semakin dewasa..
Tapi teringat akan pesanan seorang penceramah ni..
Manusia selalu ingat kesenangan itu ada pada orang kaya, padahal orang yang kaya itu belum tentu berasa senang apatah lagi tenang…
Duit adalah rezeki dari Allah.. infaklah ke jalanNya.. seikhlas hati..
Kebaikan akan dibalas kebaikan..
Ada pepatah cina..
Tangan yang menghulurkan bunga mawar, pasti akan berbau harum..

“ya Allah..sekiranya diri ini sudah jauh dariMu.. kembalikanlah aku ke jalanMu, jalan yang lurus dan benar.. Ya Rahman, Ya Rahim..aku memohon ampun ya Allah.. ampunilah segala kekhilafan diri ini.. Kau didikkanlah hati ini, akal ini, jasad ini.. agar sentiasa bersyukur kepadaMu, ikhlas dalam apa jua ku lakukan hanya keranaMu dan lahirkanlah rasa
cinta akan kesederhanaan dalam hati ini..”
AMIN~~