lapan bulan yang lalu, Isabella Lathifah pulang ke kampung yang sudak sekian lama tidak dikunjunginya dengan linangan air mata. sebaik sahaja menutup pintu keretanya, dia terus mencari sepasang susuk tubuh orang tua.lalu dia memeluk mereka dan memohon keampunan dari ibu bapanya yang juga berlinangan air mata, air mata kesyukuran. mereka bersyukur kepada Allah SWT kerana memperkenan doa mereka , menghantar anaknya pulang. Dan nasihat ayahnya masih segar di ingatannya.
"Isabella Lathifah, maafkan ayah. ayah yang tidak pandai menjagamu, mendidikmu. Maafkan ayah Lathifah. Berubahlah anakku. sesungguhnya pintu taubat Allah SWT sentiasa terbuka luas. sesungguhnya Allah SWT suka hambaNya yang menyesali perbuatannya dan kembali ke jalanNya, mohonlah keampunan dan hidayah dariNya Ifah,' ujar Pak cik Kassim menahan sebak lalu mencium ubun kepala anak sulungnya itu.
Firman Allah SWT , '...wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia jualah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani'
(az-Zumar:53)
tanpa disedarinya, airmatanya mengalir dipipinya sambil kedua tangannya memegang stereng keretanya. Isabellah lathifah menyeka airmatanya dengan jemari kanannya. apabila terkenang kisah silamnya, airmatanya pasti mengalir, dia berasa menyesal dan takut akan dosa2 yang dahulu. apakah Allah menerima taubatnya?? 'ya Allah, ampunkanlah segala dosa2ku.. sesungguhNya aku tak layak memasuki syurgaMu, tapi tak sanggup menghadapi azab api nerakaMu, ampunilah aku Ya Allah, matikanlah aku dalam imanMu,'bisik doa hatinya.

" Assalamualaikum ibu," ujar Isabella Lathifah sambil tersenyum.
"Waalaikumussalam Ifah. cantik sungguh anak ibu," ujar Mak Cik Dalilah lalu memeluk tubuh anak perempuannya itu.
" ye ke? tengok la siapa yang melahirkan dia?," jawab Isabella Lathifah sambil bergurau. mereka tergelak halus.
mereka mengatur langkah masuk ke dalam rumah. rumah ini kembali ceria dan hidup dengan gelak ketawa penghuninya setelah Isabella Lathifah kembali ke pangkuan keluarganya. terima kasih Ya Allah! =)
cite pnjg nie. hehe, cpt2 smbung kupu2 terbang, saya menanti :)
ReplyDeletehehe.. thanks baca.. sabar ye.. otw.. =)
ReplyDelete