bunga

lagu

Sunday, December 9, 2012

cERPen 1 : iSHa anD RaYyaN (bahAGIaN 2)

ok.. jom kite sambung kisah mereka berdua... petang2 mcm ni xelok sgt stdy, cepat lupa.. hehe.. =)

ingat saya lagi x? isha lah.. budak yang paling cuteeeee di sekolah ni.. hehe.. hai semua! korang nak taw?.. Rayyan semakin popular di sekolah aku, lebih2 lagi smlm dye menang dalam perlawanan ragbi peringkat zon utara. kepulangan team ragbi serta coachnya disambut meriah oleh pengetua, guru2 mahupun student2 di perhimpunan pagi tadi. majlis penyampaian piala kemenangan serta ucapan tahniah diadakan. kali ini sudah masuk 3 kali sekolah menjadi johan berturut-turut. orang cakap sebab adanya player seperti Rayyan lah mereka menang, entahlah aku pon xpenah tengok dia main ragbi (walaupun aku teringin nak tengok sejauh mana kehandalan mamat ni). dia adalah kapten team ragbi, no wonder la ramai geng.. hampeh toi.. part yang aku paling naik menyampah pagi tadi, apabila bersurai je perhimpunan, junior2 perempuan yang gedik sakai ini, boleh lak mengelilingi si Rayyangok ni, bagi kad ucapan la, kotak hadiah la,wish tahniah face to face la konon..yang si Rayyangok ni pon satu, napak sangat muka menggatal dye, duk senyummmm jew.. bajet senyuman ko manis haaa?? sakit mata aku tengok..errghh... aku! aku selaku pengawas yang paling berkaliber di sekolah ni dengan pantas mengambil langkah untuk membanteras gejala2 yang tidak sihat ini.. hahaha..

'eh!!, apa duk berkumpul ni? dah kol 8 daa ni., cepat, cepat, cepat balik ke kelas masing2,' sound aku yang berdiri tidak jauh dari mereka. mereka semua menoleh ke arah ku. Aku apa lagi berlagak la dengan muka garang aku.
' ala, kak Isha.. 5 minit jew.. kami nak borak ngn abang Rayyan jap,' pujuk salah sorang dari member dari kelab perempuan sakai itu.
' abang???,' bisik hati aku.. nasib x termuntah  roti ikan bilis gardenia yang aku makan pagi tadi. menyampah giler dengan budak junior ni. kalaulah aku ni pengetua sekolah ni, aku buang jew budak2 sakai macam ni.. pe kena la mengoyan sangat dengan si Rayyangok ni, dah la miang..heeeee!!..
aku lihat Rayyangok tersenyum kemenangan. aku tak kan menyerah kalah.
' hey, adik junior.. bile aku ckp balik kelas, balik kelas la, jangan banyak bunyi la. tunjuk respect ko kat aku sikit.  ke ko nak aku tarik korang malam ni,'ugut Isha. entah dari mana aku dapat kekuatan nak berkata begitu. tak pernah aku mengeluarkan kata-kata sebegitu sepanjang aku menjadi seorang pengawas. mungkin saat itu hati ku terasa sangat menyampah dan mual..malah dalam kamus hidup aku, aku pon benci dengan kaedah 'tarik-menarik' antara senior junior ni.. saja2 je acah dyeorg.. hehe..
 muka Rayyan terkejut bile aku mengeluarkan kata2 sebegitu. begitu juga dengan junior2 sakai yang berada disekelilingnya yang kelihatan takut.
'maafkan kami kak, maafkan kami kak, kami pergi sekarang,' ujar mereka lalu meninggalkan dewan perhimpunan itu. aku tersenyum puas.

'eh, Isha.. ko ni dah kenape? kesian kat budak2 tu. biarlah mereka nak lepak dengan aku sekejap.. lagi pun tak menyusahkan ko pun,' ujar Rayyan yang menyebelahi peminat2nya.
haish... geramnya hati aku!!!!..
' eh, mesti la menyusahkan aku. aku pengawas.kerja aku pastikan student semua masuk ke kelas sebelum kol 8,' sahut Isha yang tidak akan mengalah. jelas kelihatan di muka Rayyan yang dia tidak memepersetujui tindakan aku.
'eleh, setakat pengawas pon ko nak kecoh. isha? kenapa haa? jak form 3 ko berubah haa? dulu ko baik jew dengan aku.. sekarang ko asyik dingin jew dengan aku..memang perubahan hormon perempuan macam ni ea?,' tanya Rayyan sekian lama dia menyimpan persoalan2 itu.
'ane ada. perangai aku memang macam ni la.. ko jew yang tak taw,' balas Isha.
 'sudahlah Isha, aku ase aku daa tak kenal ko la isha. ko daa berubah!,' kata Rayyan. hatiku tersentap. lidahku terkelu.
'ada jew apa yang aku buat tak kena di mata ko, aku pon xtaw apa masalahnya. boley tak aku nak mintak tolong 1 bende, tolonglah.. just ignore me, then mata ko tak kan sakit melihat aku,' ujar Rayyan dengan perasaan marah dan berlalu pergi. kakiku terpaku di situ.. mataku tetap melihat tubuh Rayyan yang melangkah keluar dewan. sebaik sahaja tubuh itu menghilang, kepalaku tertunduk dan air hangat mengalir di pipiku..T.T






No comments:

Post a Comment