bunga

lagu

Thursday, December 13, 2012

cERPen 1 : isHA aND RayyAN (bahAGIAn 4)

apakah kesudahan kisah ISHA AND RAYYAN??.. hehe.. jom layan.. =)

2minggu kemudian,hari sabtu, kelas prep pagi..
Isha sibuk mengeledah lokar bukunya di belakang bilik darjah mereka. dia mencari sesuatu. matanya mencari sebuah buku hardcover yang berwarna merah, tapi tidak juga kelihatan di dalam lokar bukunya. dia kelihatan resah. sudah 2 minggu sudah dia mencari buku tersebut, di biliknya di asrama juga sudah diterokainya tapi tidak jua ketemu. 'haish.. manalah aku letak  buku ni, nape nyanyuk sangat ni Isha?,' rungut dalam hatinya. tangannya sibuk menyusun semula buku2nye ke dalam lokar miliknya.
' nape ni Isha? dari tadi aku duk tengok kau berdiri depan lokar tu, kau cari apa?,' sapa Shila rakan sekelasnya.
'mm.. kau ada napak x buku hardcover warna merah, yang ada corak bunya2?, tanya Isha.
' takde lah pulak aku ternapak. kau letak kat mana?,' tanya Shila
' cik Shila, kalu aku tahu, aku ingt aku letak mana, aku x tanya kau taw?,' ujar Isha dengan nada kecewa.
Shila tersenyum.
'ok2. sorry.. chill la Isha.. jangan macam ni.. ada la tu mana2,mesti jumpa nyer buku kau tu.. sapa pulak nak amek buku kau? melainkan kau simpan peta harta karun Jack Sparrow dalam buku tu, sahlah orang dah curi,' dengan selamba Shila bergurau. Isha tergelak kecil.
' wat lawak lak si Shila ni tengah saat2 genting ni,'monolog hatinya sambil menggelengkan kepalanya.

' Isha!'
mereka berdua menoleh ke arah suara tersebut. kelihatan Rayyan yang tengah berdiri hanya beberapa langkah dari mereka. Rayyan berjalan mendekati mereka.

'Isha, kau cari buku ni ke?', ujar Rayyan sambil menghulurkan buku tersebut kepada Isha. isha kelihatan terkejut, dengan pantas tangan nyer terus grab buku di tangan Rayyan. dia mengangguk-angguk kepalanya. perasaan malu dan takut mula menyelubungi hati isha. ' mintak2 la dia tak bukak buku ni,' bisik hatinya.

' lain kali, simpan buku tu elok2. jangan letak rata2. kalau orang lain baca macam mana?,' ujar Rayyan dengan nada yang agak tegas. mukanya juga kelihatang tegang. isha hanya terdiam.
' mamat ni dah kenapa? tetibe macam nak marah aku,' rungut hati Isha.
' eh, biarlah.. buku aku bukan buku kau,' balas Isha seraya.
' eh biarlah, biarlah pulak dia.. mana boley biarlah.. aku jumpa pon dah nasib baik taw, kalau orang lain jumpe mcm mane? dah la dalam tu cerita macam2,' ujar Rayyan sambil tersenyum.
' alamak! dye bace ke isi dalam ni..no!!!! matilah,' isha berperang dalam hatinya. isha terasa malu berhadapan Rayyan.hatinya berdebar-debar. dia diam seribu bahasa. Rayyan tersenyum manis.

' ya Allah, comelnyer dia bila malu dan gabra,' bisik hati Rayyan. muka Rayyan kembali serius.
'dah tu, dah dapat buku itu tahu peluk jew, ucap terima kasih xpandai ke?,' cakap Rayyan yang sedikit kasar. isha terkejut lalu meletak buku yang dipeluknya sebentar tadi ke atas meja berdekatan mereka.

'er.. er.. terima kasih ea,' ujar Isha, jantungnya berdegup kencang.
'haaa.. macam tu lah,' ujar Rayyan dan mengangguk kepala. dia pun menoleh belakang dan berlalu pergi. isha menarik nafas lega. tangan kanannya pantas diletakkan di atas dadanya sebelah kiri.degupan pantas jantungnya masih terasa.. isha cuba mengawal pernafasan, cuba untuk bertenang..

' isha! buku atas meja tu..ingat jangan letak merata-rata lagi buku tu,' ujar lelaki tu sambi tersenyum. entah dari mana si Rayyangok tu muncul kembali dari pintu kelasnya. hanya bahagian kepalanya sahaja kelihatan disebalik pintu itu.. beberapa saat kemudian, Rayyan berlalu pergi.
'ya Allah, aku bersyukur Kau ketemukan aku dengannya, aku bersyukur Kau sisipkan perasaan sayang dan rindu dalam hati kami,peliharalah hati kami, lindungilah dia untukku,' bisik hati Rayyan sambil melangkah pergi menuruni tangga bangunan bilik darjahnya.hatinya bahagia.

**************************************************************
jam menunjukkan kol 12.30, kelas prep dah tamat. semua students berjalan pulang ke asrama. petang ni masa untuk ber'outing, nilah masa yang ditunggu-tunggu oleh semua penghuni asrama untuk keluar bershopping, bersuka ria. sampai sahaja dibiliknya, Isha merebah tubuhnya di atas katilnya. dia kepenatan dengan apa yang berlaku hari ni.
' isha! kau nak ikut kami keluar outing x?,' tanya roomatenya.
'tak kot. malaslah nak keluar hari ni,' ujar isha kepada roomatenya. then roomatenya melangkah keluar bilik dengan tuala di kepalanya, wanna take a shower.
isha terduduk di birai katilnya dan mencapai beg sandaangnya. dia mengeluarkan buku merahnya. dia membelek satu persatu. tetibe sehelai kertas berwarna kuning yang dilipat lapan jatuh ke lantai dari celahan2 bukunya itu. isha mengambilnya dan dihadapan kertasnya tertulis " just for u who will be my 'halal' soon'.
dia terus membuka lipatan kertas itu dan membacanya..

'Nurisha Sofea..
aku mintak maaf kerana aku banyak melukakan hatimu. bukan niat dihati ini begitu. isha, ingat x masa tingkatan tiga, kau jatuh sakit, sebab demam panas. masa tu dah kol 11 mlm, aku tengah berborak-borak lepak dengan Cikgu Amin di depan sickbay, tetiba ada budak junior bagitau Cikgu Amin yang kau tak sedarkan diri. kau taw x betapa hati ni berasa takut dan risau. dah 2 ari aku bgtaw kau, jangan ke kelas, pergi klinik amek ubat... tapi kau degil.. huhu..dengan izin Cikgu Amin, aku ikut dengan roomate kau anta kau ke hospital, naik ambulans Pak Zam yang drive. blood pressure ko rendah sangat, doktor masukkan 2 pine air. aku dan roomate kau tunggu kau sedar.. malam tu, baru aku sedar, betapa pentingnya kau untukku.. isha,walaupun ia sekadar demam panas, ia tetap merisaukan hatiku..melihat kau kembali ke kelas seminggu kemudian sangat menggembirakan aku... tapi aku xtaw mcm mana harus aku luahkan kepada kau.. di form 4, perasaan itu semakin mendalam, aku mula mengenali apa itu sayang.. kau sebagai mentor aku, perkara yang paling bahagia dalam hidupku. kau membakar semangat aku untuk belajar setanding dengan kau... kaulah kekuatan aku tika aku jatuh Isha.. isha? apa yang kau rasakan dalam hatimu, sama seperti apa yang aku rasakan.. kelembutanmu adalah kelemahanku, kekasaranmu adalah kekuatanku..aku tak nak mencemarkan perasaan suci ni dengan sekadar berkasih-kasihan..  biarlah ia mekar mewangi setelah kau menjadi halal untukku.. Ya Allah, peliharalah hati kami, sampaikanlah rasa rindu dan sayangku kepada permaisuri hatiku ini. tiba masaya, satukanlah hati kami dengan ikatan yang dirahmatiMu Ya Allah iaitu ikatan perkahwinan...

Nurisha Sofea, kamu ibarat permaisuri di hatiku, aku hanya sang panglimamu yang akan selalu melindungi, menjagamu dan membawamu ke jalan yang di berkatiNya..InshaAllah.. sabarlah wahai permaisuri ku.. panglimamu jua sedang mengawal perasaaannya..=)

daripada,
Sang Panglima Rayyan Omar'

Isha mengalirkan airmata gembiranya.. dia membawa kertas kuning itu ke bibirnya dan menciumnya..
' alhamdulillah, terima kasih Ya Allah', ucap Isha sambil menahan tangisan nya..

mata isha terpandang satu nota kaki di belakang surat tersebut.

*isha,kamu punyai cita2 menjadi doktor,  jom kita usahakan bersungguh sungguh mendapatkannya. mungkin Rusia menjadi bulanmadu kita suatu hari nanti, jom belajar!..-.0

isha tergelak kecil. hatinya terasa sangat bahagia. bibirnya tidak berhenti memanjat kesyukuran.

THE END..


No comments:

Post a Comment