bunga

lagu

Sunday, December 30, 2012

cERPen 2 : iF YOu arE ThE OnE (PArt 4)...

sudah 10 hari masa berlalu, lagi  tinggal 11 hari dia perlu memberi jawapan mengenai pinangan itu. Isabella Lathifah termenung keluar jendela berhampiran dengan meja soleknya. dua hari selepas dia pulang dari kampungnya, Khalish berjaya menghubunginya apabila meminta kebenaran daripada ibubapanya untuk menghubunginya. semenjak hari itu, Khalish kerap kali menghantar sms kepadanya, bertanya khabar. Dia juga telah menghantar mms gambarnya tapi tidak pula dia meminta gambar Isabella Lathifah. sejujurnya, Isabella Lathifah tidak pernah perasan kewujudannya di rumah sewa bujang tersebut, biarpun mereka hanya tinggal berselang empat buah rumah. dia akui selalu melihat kereta Lancer berwarna hitam yang parkir di hadapan rumah tersebut tetapi tidak pula dia melihat pemandunya. biarpun mereka tinggal berdekatan, tidak pula Khalish mengajaknya berjumpa face to face. mungkin terlalu awal baginya, begitu juga bagi Isabella Lathifah. dari hari ke hari, Isabella Lathifah berasa selesa berkenalan dengan Khalish. Khalish seorang yang baik,pandai bergurau,penyayang,selalu memberi nasihat kepadanya, mengambil berat akan dirinya. hatinya terasa bahagia apabila setiap kali handphonenya berbunyi.. peep..peep.. message masuk.. semestinya dari Khalish.. bibirnya pasti akan tersenyum lebar apabila melihat nama Khalish yang tertera di paparan handphonenya. hatinya seperti sudah mempunyai penghuninya, dia terasa bahagia.. adakah perasaan sayang kepada Khalish telah bertapak dihatinya??..setiap malam dia berdoa kepada Allah SWT, "Ya Allah, andai benar Khalish Hadif adalah jodohku, perliharakanlah perasaan sayang antara kami, ikatkanlah kami dengan ikatan suci dan diberkati olehMu, andai benar Khalish Hadif bukan jodohku, Kau peliharakanlah perasaanku daripada terluka dan disakiti, jauhilah kau daripadanya Ya Allah."

namun hari ini, selepas solat Subuh, dia terpikir sesuatu. dan persoalan-persoalan ini asyik bermain di mindanya. dia berasa takut untuk meluahkannya mahupun mendapatkan jawapannya. tetapi bagi dirinya, sekiranya Khalish bakal suaminya, dia perlu mengetahui siapa diri Isabellah Lathifah sebenarnya, dia perlu tahu kisah silam Isabella Lathifah, dia perlu menerima diri Isabella Lathifah seadanya... itu kata akalnya.. namun hatinya takut menghadapi kenyataannya.. dapatkah Khalish menerima dirinya seadanya? layakkah dia berganding dengan lelaki sebaik Khalish? mampukah dia mendengar segala kisah silamnya?.. matanya terus merenung ke luar jendela..dia merasakan dirinya begitu rendah seandainya berdiri disebelah Khalish..dia juga malu mahu berhadapan dengan Khalish seandainya segala sudah terbungkar.. dia malu dengan dirinya yang dulu..

"Ifah!"

dengan pantas dia menoleh ke belakang, ada susuk tubuh yang sedang berdiri di pintu biliknya. husna melangkah msuk ke dalam biliknya.

"apa yang kau termenung jauh ni? kau pikir apa?," tanya Husna lalu duduk di birai katil IsabellA Lathifah. dia hanya menggelengkan kepala kepada pertanyaan housematenya itu, lalu mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Husna.

"husna? kau.. kau.. kau rasa Khalish tu akan terima aku x bila mengetahui kisah silam aku?," tanya Isabella Lathifah sambil menundukkan kepalanya. Husna terkejut dengan pertanyaan sahabatnya. dia terdiam seketika.

" ifah, kalau benar dia jodoh kau yang ditetapkan oleh Allah SWT, dia akan menerima segala kekurangan kau dan dia akan cuba melengkapi kehidupan kau sehingga tidak nampak sebarang cacat celanya dalam kehidupan kau. dia sangguh bersama kau susah senang. ingat x Ummi pernah pesan, walaupun ada jerawat batu pon di dahi kita, jodoh kita tetap melihat kita cantik.. kerana dia adalah jodoh kita, dia boley menerima segala kekurangan kita, dia akan bersama dengan kita, jika benar Khalish tidak dapat menerima kau, dia bukanlah jodoh kau, bersangka baiklah dengan Allah SWT, jodoh kau pasti lebih baik dan soleh dari Khalish," ujar Husna tenang. Isabella Lathifah masih menunduk kepalanya dan  terdiam.

" Husna? sok kau teman aku boley?," tanya Ifah sambil mengankat kepalanya bertentang mata dengan sahabatnya.

"eh, bukan kau selalu balik kampung ke bila weekend?," tanya Husna kehairanan.

"esok tak balik. aku dah bagitahu ibu. ada hal sikit sok, kau temankan ea?," tanya Isabella Lathifah sekian kali.

" ok.. tapi kita nak pergi mana?," tanya Husna lagi.

"Adalah..," jawab Isabella Lathifah sambil tersenyum kelat.


*********************************************************************************

Isabella Lathifah mengajak Khalish Hadif berjumpa di taman layang-layang, Kepong kol 5.30 petang. cuaca ketika mendung dan redup. Isabella Lathifah memilih pakain santai dengan mengenakan cardigan labuh berwarna biru laut dan berseluar hitam, dikepalanya disematkan dengan selendang labuh yang bercorak leopard. Isabella Lathifah berjalan ke arah bangku di tengah dataran taman layang-layang itu, dia ditemani oleh Husna. kelihatan satu susuk tubuh lelaki yang sedang duduk menanti dibangku itu. lelaki tu memakai tshirt polo berwarna merah dengan hanya berseluar jeans khaki. hati Isabella Lathifah berdebar-debar. heart ratenya juga sudah meningkat.. dupp..dapp..dupp..dapp.. ini lah kali pertama dia bertentang mata dengan Khalish Hadif, dan mungkin juga ini lah kali terakhir pertemuan mereka. dia sedar sekiranya Khalish tidak dapat menerima dirinya, dia pasrah. Dia sedar akan kekurangan dirinya dan dia tidak akan menyalahkan Khalish Hadif. langkah mereka semakin menghampiri jejaka tersebut. raut muka Khalish Hadif jelas kelihatan.
" ya Allah, tenangnya muka dia.. sejukk hatiku ya Allah,' bisik hati Isabella Lathifah tanpa disedarinya dia menguntumkan senyuman.

" Assalamualaikum."

Dengan pantas Khalish Hadif berdiri mengadap dua perempuan dihadapannya. dia mengenali Isabella Lathifah, setiap khamis malam Jumaat, dia selalu melihat kelibat Isabella Lathifah di masjid Al-Bukhari bersama dengan kawannya itu.

"waalaikumussalam Lathifah," ujar Khalish lalu menghadiahkan senyuman.

Isabella Lathifah memperkenalkan sahabatnya Husna kepada Khalish. Khalish memulakan perbualan dengan bertanya khabar. sepanjang perkenalan mereka, Khalish tidak pernah menyentuh perihal pinangan dangn cincin tersebut. dia tidak mahu kelihatan seperti memaksa Isabella Lathifah, baginya apa jua keputusan perempuan itu di hormati. tapi jauh di sudut hatinya, dia teringin menyunting perempuan menjadi kekasih halalnya. Khalish berasa bahagia melihat orang yang didambakannya berdiri di hadapannya. seperti seorang bidadari yang sudi berdiri sama tinggi dengannya. dia sangat menghormati Isabella Lathifah. dari awal pertemuan mereka, senyuman tak pernah lekang di bibir Khalish.

"Khalish, boleh saya tanya satu soalan?," tanya Isabella Lathifah.

"apa dia awak?," jawab Khalish.

"kenapa awak pilih saya, sedangkan awak tak kenal siapa diri saya?," tanya perempuan itu. Khalish terdiam.

"sebab saya yakin awak jodoh saya, dan saya tak dapat nak bagi satu pun reason kenapa saya suka awak, ia datang ke sini tanpa di pinta,"ujar Khalish sambil meletakkan tangannya di dada.

"ye ke?," duga Isabella Lathifah.

"sejujurnya, saya xpandai bermain kata-kata seperti lelaki lain. dan saya tidak pernah merasai cinta. saya pon tidak pasti adakah apa yang saya rasa ini adalah cinta??.. walaupun saya belum mengenali awak, kali pertama saya melihat awak di perkarangan masjid, hati saya bahagia..saya rasa tenteram..sehari tidak berjumpa dengan awak, hati saya rasa rindu, teringin nak melihat wajah awak walaupun kita tak bersua mahupun bertegur," pengakuan ikhlas dari Khalish. Isabella Lathifah sedia mendengar.

"mula pada hari tu, saya selalu mengintai awak menaiki kereta di waktu pagi,pergi kerja.. setiap hari selasa, awak akan pergi ke Family Store untuk membeli barang-barang dapur.. saya pon berada di situ jugak.. hehe," bagi Khalish lucu pulak bile mengimbau kembali macam mana dulu dia berusaha payah just nak tengok muka gadis ini setiap hari. Isabella Lathifah terkejut dengan cerita yang disampaikan Khalish. Khalish berasa malu, namun hal ni harus diceritakan, dia mahu meyakinkan Isabella Lathifah bahawanya dialah jodohnya. dia ingin gadis ini menjadi ibu kepada bakal anak-anaknya

"dan saya tahu setiap petang jumaat awak dan kawan awak akan jogging kat sini kan.. sebab saya pon ada kat sini semalam.. hehe.. maaflah awak, bukan niat saya nak jadi stalker, tapi jujur saya xde buat benda bukan2, just nak tengok muka awak jew,"ujar Khalish, risau kalu gadis ini takut mendekatinya. Isabella Lathifah tergelak halus.

"Stalker betul awak ni.. hehe.. tapi awak boleh ke terima baik buruk diri saya? boleh ke terima diri saya seadanya?," tanya Isabella Lathifah lagi.

"saya terima diri awak seadanya. saya pon tak sempurna awak. tapi saya cuba baiki untuk menjadi suami yang terbaik untuk awak," jawab Khalish dengan yakin. Isabella Lathifah terdiam. 'dia begitu yakin dengan jawapannya, mungkin dia belum mengetahui kisah silamku. apakah benar dia dapat menerimaku?? dia bersangka baik terhadap diriku, pasti dia kan kecewa bila mengetahuinya tapi dia perlu tahu,huhu.. maafkan saya, Khalish,'bisik hatinya. hatinya sayu.

"Khalish?? saya nak ceritakan sesuatu kat awak, pasal diri saya, kisah silam saya," Isabella Lathifah pandang ke arah Khalish. jejaka itu kelihatan bersedia mendengar. Isabella Lathifah menarik nafas sedalam-dalamnya. kemudian dia memulakan bicaranya. perasaan takut menyelubungi hatinya.












1 comment: