“selamat pagi mama, papa,” sapa Zalikha dengan ceria sebagai
permulaan harinya. Seraya pipi mama dan papa menjadi singgahan bibirnya.
“selamat pagi anak mama,” jawab Anisah kepada anak
tunggalnya itu sambil tangannya sibuk menyapu jem pada roti bakar untuk
suaminya. Hassan hanya menjawab dengan anggukkan dan tersenyum, lalu membaca
suratkhabar di tangannya. Seperti pagi-pagi kebiasaannya, mereka akan
bersarapan bersama. Zalikha menarik kerusi di meja makan dan duduk berhadapan
dengan ibunya.
“eh ikha, tak pergi kerja ke hari ni? Tak siap lagi ni,”
tanya Anisah kehairanan. Selalunya jam sebegini, anak tunggalnya sudah kemas
berpakaian kerja dengan briefcasenya.
“tak mama. Ikha ambil cuti hari ni,” jawabnya tenang lalu
menghirup secawan nescafe panas di tangannya. Jawapan Zalikha menarik perhatian
ayahnya yang khusyuk membaca suratkhabar dari tadi. Hassan memandang wajah
anaknya.
“ikha sakit ke? Jarang benar ikha ambil cuti.. sebelum ni
kalau demam sikit-sikit pon, ikha pergi kerja juga walaupun mama dan papa
halang..,” seraya Hassan bertanya kepada anaknya. Zalikha hanya tersenyum, dia
sedar selama ini dia sangat bekerja keras akan kerjayanya dalam bidang
kejuruteraan.
“tak la papa.. ikha sihat je.. saja nak ambil cuti, cuti
banyak lagi, sayanglah kalau tak guna,” dalih Zalikha.
Hassan sangat mengenali anaknya. Jawapan yang diberi oleh
Zalikha langsung tidak boleh diterimanya, itu bukan jawapan kebiasaan anaknya,
namun dia tidak bertanya lagi. Zalikha seorang anak yang pandai berdikari,
menjaga diri sendiri dan Hassan yakin suatu hari nanti anaknya pasti akan
bercerita dengannya. Hassan menyambung semula membaca suratkhabar ditangannya.
“haaa.. kalau macam tu, apa kata hari ni mama kenalkan ikha
dengan anak kawan mama.. macam mana?,” cadang Anisah dengan harapan anaknya kan
setuju dengan cadangannya. Zalikha sudah berumur 28 tahun tapi masih tidak
mempunyai calon, sedikit sebanyak merisaukan hati si ibu yang teringin melihat
anaknya berkahwin dan memiliki keluarga.
“mama.. dahlah.. ikha kan dah bagitahu mama..ikha tak
sukalah mama aturkan semua ni.. in shaa Allah, kalau ada jodoh untuk ikha,
adalah.. tapi kalau ajal maut yang menjemput dahulu, nak buat macam mana.. mama
kena redhalah, anak mama tak sempat naik pelamin,” gurau Zalikha sambil
tersengih.
“eh ikha ni, benda macam itu pun nak bergurau.. tak lah,
ikha kan masih muda,” ujar Anisah yang cuba menyembunyikan getaran dihatinya.
Entah kenapa perasaan takut menyelinap di dasar hatinya apabila anaknya berkata
begitu.
‘muda? Ye mama.. ikha pon fikir sebegitu.. tapi ajal Ikha
dah semakin hampir.. mungkin itu ketentuanNya.. mama harus tabah menerimanya..
papa juga,’ hati kecil Zalikha berbicara tanpa suara.
Zalikha memandang wajah
mama dan papanya bersilih ganti. Hatinya sayu. Dia menelan air liur. Dia perlu
mengumpul kekuatan untuk menghadapi ujian ini. Mereka bertiga terdiam seketika
di meja makan dan menikmati sarapan pagi mereka.
“mama, papa.. hari ni, ikha nak keluar dengan Qas,” ujar
Zalikha.
“ok lah.. papa dah lama tak jumpa Qas.. ikha ajaklah dia
makan malam kat sini malam ini,” jawab Hassan kepada anaknya.
“ok papa,” jawab Zalikha tersenyum lalu bangun, membawa
pinggan mangkuk ke dapur untuk dicuci.
Setelah kelibat Zalikha hilang disebalik
tirai yang menjadi pembahagi ruangan makan dengan dapurnya, anisah bertanya
kepada suaminya.
“abang? Abang tak rasa ke Ikha tu macam pelik sikit sejak
akhir-akhir ini?,” tanya Anisah kepada Hassan.
“ apa yang peliknya? Abang tengok macam biasa je. Biarlah
dia nak ambil cuti. Nanti kalau dia sibuk
kerja,awak juga yang bising, susah
nak luang masa dengan dia,” jawab Hassan kepada isterinya. Sebenarnya dia juga
merasai perkara yang sama, namun dia percaya akan anaknya. Dia cukup
mengenalinya anaknya.
“bukan itu maksud saya, abang.. sejak akhir-akhir ini, saya
selalu tengok dia bangun malam, solat, baca al-quran.. baca buku agama..sekarang
dia dah pakai tudung,” ujar Anisah.
“ya Allah.. awak ni. Anak kita berubah jadi lebih baik pon
nak pelik. Syukurlah, Alhamdulillah,” pintas Hassan sebelum isterinya
menghabiskan kata-katanya.
“bukan itu..”
“dah lah. Dah lah. Awak tak payah nak fikir bukan-bukan.
Baik awak doakan dia bahagia, sihat dan selamat dunia akhirat,” jawab Hassan
kepada isterinya. Anisah hanya terdiam.
*********************************************************************************
Qasrina membuka kotak hadiah bersaiz kecil yang berwarna
biru laut yang berada ditangannya. Seutas tasbih yang berwarna putih suci,
mempunyai 33 biji. Matanya terpesona. Cantik sungguh. Hatinya tersentuh. Ini
adalah pemberian dari sahabat karibnya, Zalikha tiga minggu yang lalu, ketika
hari pertama dia yakin dengan penghijrahannya untuk bertudung. Dia juga gembira
dengan keputusan Zalikha. Zalikha sangat cantik bertudung, wajahnya sangat
tenang. Dia tersenyum membayangkan senyuman sahabatnya itu.
‘aku bila lagi?,’hati kecilnya bertanya. Pertanyaan itu
menyentap jiwanya.
‘aku bila lagi?? Aku bila lagi?,” hati Qasrina asyik
bertanya soalan yang sama. Hati besarnya terasa berat untuk menjawabnya namun
hati kecilnya tetap bertanya soalan yang sama. Qasrina menarik nafas dalam, dia
duduk di birai katilnya.
‘ya Allah, aku telah
menjauh dari Engkau, kembalilah aku ke jalanMu,’tanpa disedari hati besarnya,
hati kecil Qasrina merintih. Seakan suatu kuasa yang telah menyentuh jiwanya,
dia terpejam mata lalu merebahkan badannya ke katil. Dia sedar, dia harus
kembali. Dia harus berubah. Airmatanya mengalir apabila terkenangkan segala
dosa yang dia lakukan, dia menyesal.
‘apakah segala dosa-dosaku, dapat diampunkan olehNya?,’
monolog dalam hatinya. Dirinya diselubungi ketakutan.
Dalam asyik dengan peperangan hatinya, tetiba handphone
Qasrina berbunyi, dia bangun dari baringannya lalu, menyapu air mata yang
membasahi pipinya. Tertera di skrin handphonenya, ‘MAMA NISA’ ibu kepada
sahabat karibnya, Zalikha. Mama Nisa sudah seperti ibunya sendiri.
“Assalamualaikum Mama Nisa,” ujar Qasrina terlebih dahulu.
Namun, tiada jawapan dari pihak sana, yang Qasrina kedengaran hanya tangisan
wanita yang berumur separuh abad itu.
“Mama Nisa?? Kenapa ni?? Mama Nisa?,” tanya Qasrina dengan
penuh tanda tanya. Jawapannya hanya dengan tangisan. Wanita tersebut tidak
dapat berkata apa-apa seakan kesedihan telah mengunci peti suaranya. Qasrina
bertambah risau. Dia tertanya-tanya apa yang telah berlaku.
“Mama Nisa? Apa yang dah berlaku ni? Papa San mana? Bagi
phone dekat dia?,” ujar Qasrina yang beranggappan mungkin Papa Hassan lagi
tenang dari isterinya. Anisah menghulur handphonenya kepada suaminya.
“Papa San? Apa yang dah berlaku?,” tanya Qasrina sebaik
sahaja mendengar suara Papa Hassan di talian sana.
Papa Hassan menceritakan segalanya. Qasrina sangat terkejut.
Airmata mengalir dengan laju membasuh kedua pipi gebunya. Dia terduduk di atas
lantai. Tiada satu cerita pun yang tertinggal, Papa Hashan telah menceritakan
segalanya. Everything.
Qasrina dengan pantas mencapai tas tangannya dan berlari
menuju ke perhentian teksi untuk mendapatkan teksi. Dia harus segera ke sana.
“teksi!,” dengan pantas dia menahan teksi dan memasukinya.
“Hospital Perdana ye uncle, cepat sikit!,” ujar Qasrina
kepada pemandu teksi tersebut. Sepanjang perjalanan, dia mengimbau kembali cerita Papa
Hashan sebentar tadi.
“Qas, ikha admit ward kat Hospital Perdana. Dia pengsan
dalam tandas kat rumah pagi tadi. Ikha sembunyi penyakit dia dari kita selama
ini, doktor cakap dia ada perdarahan otak akidat accident yang dulu.. Qas,
cepat datang sini.. Papa San tak tahu nak buat apa, Papa San masih terkejut..doktor
cakap ikha perlu segara dibedah.. dia sakit Qas, dia terseksa Qas.. kita tiada
untuk dia selama ni Qas..dia keseorangan selama ni Qas.. Papa San menyesal..,”
kata-kata Papa Hasha hanya disambung dengan tangisan lelaki. Tangisan seorang
ayah yang sangat risau akan kehilangan anaknya.
Tangan Qasrina mengigil, digenggam lalu diletakkan
dipahanya. Airmatanya mengalir laju. Dia juga takut akan kehilangan sahabat
karibnya yang sudah dianggap ahli keluarganya sendiri.
“uncle? Cepat sikit ea,” ujar Qasrina, yang hanya disambut
dengan angggukan oleh pemandu teksi tersebut. Qasrina mengimbau kembali
kenangannya bersama Zalikha tempoh hari didalam kereta.
“ Qas, sampai bila kau nak naik teksi hari-hari ni? Lesen
kereta duk renew je, try la drive perlahan-lahan,” tanya Zalikha yang sibuk
dengan stereng di tangannya, dia cuba mengeluarkan kereta dari parking lot.
“alaa.. kau kan tahu aku fobia bawa kereta sejak kemalangan
itu,menggeletar tangan aku kalau pegang stereng lagi,” Qasrina seraya menjawab. Zalikha cukup
mengetahui peristiwa itu, kerana dia juga terlibat dalam kemalangan tersebut
yang dipandu oleh Qasrina.
“peristiwa itu dah lama berlalu.. aku boleh je drive kereta ni haa.. kau boleh Qas,
cuba la dulu, atasi ketakutan kau tu,” pujuk Zalikha. Qasrina hanya berdiam
diri.
“Qas, kau kena try drive semula… nanti kalau ada emergency
ke, senang la, kau boleh drive sendiri,” ujar Zalikha.
“ alaaa..aku naik teksi pon boleh.. teksi area rumah aku
banyak la.. kalau lah suatu hari teksi semua lesap, kau kan ada.. kau lah
driver aku.. macam tak biasa,” gurau Qasrina sambil mengangkat keningnya kepada
Zalikha. Zalikha hanya tersenyum.
“kalau aku dah tak ada. Macam mana?,” tanya Zalikha. Qasrina
terdiam.
“kau nak pergi mana?,” tanya Qasrina semula. Zalikha tergelak
kecil, Qasrina ni memang lambat sikit, tak boleh berkias sikit.
“tak ke mana-mana lah, kau kan sahabat aku dunia akhirat, no
hal lah jadi driver kau,” Zalikha mematikan perbualan mereka dengan senyuman.
Sebenarnya, Zalikha juga risau akan sahabatnya bila ketiadaannya. Qasrina
seorang yang baik hati, hatinya juga sangat rapuh dan lembut namun kadang kala
agak lurus. Bebeza dengan dirinya yang tegas, dan selalu melindungi Qasrina.
‘ya Allah, sesungguhnya Kau Maha Pelindung, lindungi
orang-orang yang aku sayangi, gembirakanlah hati mereka, peliharalah mereka,’
hati Zalikha memanjatkan doa. Dia memandang wajah sahabatnya disebelah dan
menghadiahkan senyuman manis.
“cikk.. dah sampai,”sapa pemandu teksi tersebut, menyedarkan
Qasrina dari dunia mindanya. Dengan pantas, dia membayar tambang teksi tersebut
dan meluru masuk ke dalam hospital.
No comments:
Post a Comment