“Mama Nisa!,”Qasrina berlari anak mendapatkan Anisah yang
sedang duduk di luar bilik pesakit bernama Zalikha Hassan. Anisah sedang
menahan sebak di dada, bangun dan terus memeluk Qasrina.
“ikha macam mana Mama Nisa?,” tanya Qasrina.
“dia ada kat dalam. Masuklah. Jumpa dia,” ujar Anisah sebak,
Qasrina hanya mengangguk.
Dia membuka pintu. Hatinya berdebar-debar. Kelihatan sekujur
tubuh yang lemah terbaring di atas katil di hadapan. Hatinya dimamah dengan
perasaan sayu. Dia merapati tubuh tersebut. Mukanya pucat, bibirnya lesu,
nafasnya begitu lemah.
“ikha.. ikha,” sapa Qasrina perlahan sambil mengusap tangan
sahabatnya itu.
Zalikha membuka mata dengan perlahan dan lemah. Sebaik
sahaja raut wajah Qasrina yang menangkap di zoom ruangan matanya, dia
menghadiahkan senyuman. Qasrina membalas senyuman tersebut biarpun matanya
sudah bergenang airmata.
“ ikha.. kenapa selama ini kau sembunyikan dari aku? Aku patut
tahu ikha..,” ujar Qasrina dengan penuh penyesalan. Zalikha hanya membisu,
senyuman tetap mekar dibibirnya biarpun kelihatan lemah.
“aku penyebabnya kan.. aku minta maaf ikha.. aku minta
maaf..,” Qasrina diserbu dengan perasaan bersalah apabila teringat peristiwa
kemalangan yang lalu. Qasrina tersedu-sedan menangis, menyesali akan
kesilapannya yang lalu.
“Qas, semua ini bukan salah kau.. kau jangan lah macam ni,”
pujuk Zalikha.
“tak!.. ni semua salah aku, kalaulah aku berhati-hati sama
drive kereta dulu…”
“Qas! Ni yang aku tak nak bagitahu kau, kau pasti salahkan
diri kau.. semua ini ketentuanNya.. kau tak boleh fikir kalau kalau lagi.. ni
takdir aku Qas..,” Zalikha memandang mata Qasrina memohon pengertian.
“kau kena terima Qas.. seperti aku juga.. aku redha..,” ujar
Zalikha perlahan dan Qasrina memandangnya dan mengangguk. Airmata masih lagi
membasahi kedua belah pipinya.
“kau kena kuat Ikha. aku akan selalu ada untuk kau,” ujar
Qasrina dan menggenggam erat tangan sahabatnya itu. Zalikha mengangguk, dia
cuba menggagahkan diri untuk duduk. Qasrina menolongnya. Lalu dia menarik tubuh
Qasrina dan memeluk erat tubuh sahabatnya itu. Zalikha menangis di bahu
Qasrina.
“Qas, aku cuba untuk kuat, redha.. tapi aku takut.. aku takut..
aku takut mati.. syurga atau neraka untuk aku? Aku banyak dosa Qas,” bisik
Zalikha ditelinga Qasrina. sedu sedan tangisan Zalikha masih kedengaran.
Qasrina mengusap belakang Zalikha. Hatinya tergetar dan sayu apabila sahabatnya
mengutarakan pertanyaan itu. Dirinya sendiri pun banyak yang kurang dan perlu
diperbaiki.
‘ya Allah, kau ampunilah dosa-dosa kami, kami nyesali.. kami
mohon ampun Ya Allah.. berilah kami kekuatan untuk menghadapi ujian ini..,’rintih
hati Qasrina.
Qasrina mengelap airmatanya. Zalikha perlukan kekuatan, dan
sebagai sahabat dia harus membantunya.
“ikha, Allah itu Maha Pengampun.. kita sama-sama berdoa ea..
kau janganlah fikir banyak sangat… in shaa Allah, operation tu berjaya..
kau tak akan apa-apa, aku selalu ada
untuk kau,” pujuk Qasrina halus disebelah telinga sahabatnya.
“tapi Qas, kalau ada complications macam mana? Aku tak nak
bebankan parents aku.. sepatutnya aku yang jaga mereka..,” adu Zalikha yang
risau akan kebahagiaan ibu bapanya. Qasrina meleraikan pelukan mereka, dia
memandang Zalikha lalu menyapu airmata yang mengalir di pipi sahabatnya itu.
“ikha?? aku kan sahabat kau dunia akhirat.. kau jangan
risau, aku akan jaga kau..mama Nisa dan papa San..kalau kau lumpuh, tak boleh
jalan, aku boleh angkat kau.. kau jangan ingat badan aku kecil dari kau, aku
tak kuat lak..tengok ni?,” gurau Qasrina cuba menceriakan sahabatnya sambil
menunjukkan biceps muscles. Sememangnya lengannnya lagi kecil dari Zalikha. Zalikha
tergelak kecil. Zalikha menepis lengan Qasrina yang kecil itu. Dia memegang
kedua belah tangan Qasrina dan tersenyum.
“terima kasih Qas,” ucap Zalikha dengan penuh keikhlasan. Dia
sedar Qasrina adalah nikmat yang terindah Allah kirimkan kepadanya sebagai
sahabat. Qasrina tersenyum dan mengangguk kepalanya.
*********************************************************************************
Qasrina tiba dihospital pada awal pagi keesokan harinya. Dia
mengenakan blouse labuh berwarna merah dipadankan dengan seluar jeans hitam
serta selendang bercorak floral menutupi kepalanya. Hari ini merupakan
permulaan yang baru baginya, diharap penghijrahannya ini diberkati olehNya. Begitu
juga untuk sahabatnya, Qasrina berharap dan berdoa hari ini adalah permulaan kehidupan baru bagi mereka. In shaa Allah. Dia cuba
meyakinkan dan menenangkan dirinya, Zalikha pasti akan selamat. Menyembunyikan ketakutan
disebalik senyuman yang manis dihadiahkan kepada sahabatnya. Dia ingin
menghabiskan masanya dengan Zalikha. Zalikha akan di masukkan ke operation
theatre pukul 4.30 petang hari ini. Anisah dan Hassan sentiasa berada disisi
anaknya. Suasana didalam bilik pesakit bernama Zalikha Hassan dipenuhi dengan
gelak tawa dan senyuman gembira. Mereka bersarapan bersama-sama dan bergurau
senda, seakan tiada apa yang menghantui fikiran mereka. Mereka hanya ingin
mengecapi kebahagiaan. Qasrina gembira mendengar gelak tawa Zalikha.
“ya Allah.. kau ampunilah segala dosa sahabatku.. kau
lindungilah dia ya Allah, selamatkanlah dia,” rintih hati Qasrina.
********************************************************************************
Tepat pukul 4.30 petang, Zalikha dimasukkan ke dalam
operation theatre. Qasrina, Anisah dan Hassan setia menunggu di ruangan menunggu.
Beberapa minit kemudian, azan Asar berkumandang dari masjid yang berdekatan
dengan hospital tersebut, jaraknya hanya beberapa blok bangunan.
“Mama Nisa, Qas nak pergi masjid dulu.. ikha mungkin lama
lagi.. nanti kalau ada apa-apa, Mama Nisa cepat-cepat hubungi Qas ea,” pinta
Qasrina.
“baiklah.. hati-hati ye Qas, jalan elok-elok,” ujar Anisah,
Qasrina hanya mengangguk dan berlalu pergi.
*********************************************************************************
Selepas menunaikan solat Asar, Qasrina mengambil peluang ini
membaca surat yasin, agar operation sahabatnya berjalan dengan lancar.
Seketika…
Handphone Qasrina berbunyi, dengan pantas dia terus
menjawabnya. Dia terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Hassan. Matanya berkaca.
Dengan pantas, dia meletakkan yasin dirak berdekatan, dan berlari anak keluar
dari masjid menuju ke hospital. Hatinya terasa sakit. Airmatanya sudah limpah
dan membasahi pipinya.
“ya Allah, ya Allah… ya Allah,” rintih hatinya sepanjang
perjalanan.
Dia sudah tidak menghiraukan lagi manusia disekelilingnya. Dia
terus berjalan. Entah kenapa perjalanannya yang pendek terasa jauh untuknya
tiba dihospital tersebut. kakinya berat untuk melangkah, badannya lemah seakan
tidak terdaya lagi untuk berdiri.
‘ikha dah tak ada?,’ monolog hatinya.
‘no!!! ikha mesti selamat,’ sebahagian lagi hatinya yang
tidak dapat menerimanya menjawab.
‘ye! Ikha tengah tunggu aku, aku harus segera,’ hatinya
meronta tu cuba menafikannya.
Dia cuba menggagahkan dirinya. Dia harus ke sana. Sahabatnya
sedang menunggunya. Airmatanya sedang laju mengalir dipipinya. Langkah demi
langkah diatur tanpa mempedulikan mata-mata yang memandang dengan penuh tanda
tanya dan kerisauan. Tasbih ditangannya digenggam erat. Dadanya sakit, tangan
yang menggenggam tasbih menekan dadanya.
“adik? Ada masalah ke?,” sapa manusia yang entah keberapa
yang ambil berat akan dirinya. Namun Qarina hanya berlalu pergi. Dia harus
segera ke sana.
“adikkkk!! Kereta!!!,”jerit manusia lain yang cuba
menyelamatkannya.
“pangggggg!!!”
Dentuman tersebut mengejutkan semua manusia yang berada
berdekatan.
“ya Allah!!,” kedengaran jeritan manusia sekelilingnya.
Qasrina terbaring diatas jalan raya, darah mengalir dari
hidungnya, nafasnya tercungap-cungap. Manusia mengelilingi tubuhnya. Biji-biji
tasbihnya bertaburan di atas jalan raya. Penglihatan matanya semakin kabur,
dadanya semakin sakit. Kepalanya juga terasa sakit.
“Allah.. Allah.. Allah..,” hanya itu yang kedengaran dibibir
Qasrina. Airmatanya mengalir di hujung matanya.
“ cik.. cik… cik..?? bertahan cik.. telefon ambulance,
cepat!,” jerit manusia yang baik hati menolongnya.
Matanya semakin kabur. Riuh rendah yang kedengaran semakin
menyepi ditelinganya. Semuanya semakin gelap. Sunyi sepi.
No comments:
Post a Comment