Langkah kakinya sudah tidak teratur. Badannya
terhuyung-hayang seperti tiada lagi kudratnya yang mampu menstabilkan dirinya.
Namun, dia cuba gagahkan dirinya. Matanya sudah dibanjiri dengan linangan air
mata, dibiarkan sahaja mengalir. Dadanya terasa sangat sakit. Dirinya terasa
lemah untuk menghadapi segalanya. Perit pedihnya terasa dihati, mindanya kosong
seakan-akan hilang pedoman. Yang tertera di mindanya hanyalah raut wajah
sahabat karibnya. Segala kenangan manis bersamanya di imbau kembali dengan
dihujani airmata. Hatinya tidak berhenti-henti menyebut nama sang Pencipta
memohon kekuatan.
‘ya Allah, ya Allah, ya Allah.. ya Allah,’ rintih hatinya
sambil meneruskan langkah kakinya maju ke hadapan.
Tasbih yang ada ditangannya, digenggam erat. Dia harus kuat,
dia harus berjumpa dengan sahabat karibnya. Lalu digagahi langkahnya biarpun
paksi tubuhnya semakin goyah. Dia tidak peduli dengan kesesakan manusia di
sekelilingnya. Biarpun ada sesetengah mata manusia yang memerhati setiap
langkah kakinya, raut wajah mereka jelas akan kerisauan akan manusia ini yang
payah, lemah meniti langkah dan harinya. Namun, manusia ini tidak peduli, yang
dia tahu, dia harus ke sana. Sahabat karibnya sedang menanti dirinya.
Airmatanya tidak leka membasahi kedua-dua pipinya. Langkahnya semakin perlahan,
tenaganya makin kehausan. Tali begnya terjatuh dari bahunya yang
terhenjut-henjut menahan sedunya tangisan. Tapi dia dibiarkan sahaja, dia harus
ke sana.
“Adik?? Ni beg awak,” sapa manusia yang mengambil berat akan
dirinya biarpun tidak mengenalinya. Manusia yang baik hati itu menghulurkan beg
tersebut kepadanya. Lalu dia mengambil beg tersebut dan diletakkan talinya di
atas bahu kanannya. Bibirnya tidak dapat berkata-kata, seakan-akan telah
terkunci dengan kesedihan yang menyelubungi hatinya. Dia tersenyum nipis lalu
menundukkan kepalanya. Reaksi wajah manusia yang baik itu jelas kehairanan. Dia
cuba meneruskan kembali perjalanannya dengan ditemani airmata.
“Awak ok tak ni? Awak ada masalah ke?,” tanya manusia yang
baik hati itu dengan penuh kerisauan dan keperihatinan. Manusia yang baik hati
itu juga cuba memimpin tangannya yang kelihatan seperti tidak terdaya lagi
untuk berdiri. Namun, pantas ditarik tangannya, dia menolak bantuan dari
manusia yang baik hati itu.
“tak apa kak, saya ok. Terima kasih,” lalu di ditinggalkan
manusia itu. Dia meneruskan langkahnya biarpun langkahnya lemah dan longlai.
Manusia yang baik hati itu terpinga dan ditinggal dengan penuh tanda tanya di
raut wajahnya.
Dia tetap meneruskan perjalanannya. Dia tetap melangkah dan
melangkah ke hadapan. Hatinya sakit. Sangat sakit. Kesedihan dan kekecewaan
menguasai hati dan fikirannya. Tasbih yang digenggam erat dibawa dekat ke
dadanya. Dadanya jua terasa sakit, sebak, susah untuknya menghelakan nafas.
Airmata yang dirembes lagi. Dia harus ke
sana. Dia harus ke sana. Dia harus bersama dengan sahabat karibnya.
‘ya Allah!!.. ya Allah!!,’ rintih hatinya sambil tasbih di
tangannya menekan ke dadanya.
******************************************************************************
6 bulan yang lalu…
“ Doktor? Macam mana keputusannya? Sejak akhir-akhir ini,
sakit kepala saya makin teruk. Tak tahan la doktor. Sakit sangat sehingga saya
tak boleh nak buat apa-apa. Rest je la. Muntah sekarang pun dah makin kerap.
penat saya dibuatnya,” dia mengadu masalah yang dialaminya kepada doktor yang
merawatnya. Doktor lelaki yang duduk bersandar dikerusi dihadapannya hanya
mengangguk-angguk kepalanya. Untuk seketika, dia mara tubuhnya kehadapan sambil
kedua-dua sikunya diletakkan di atas meja, kedua tapak tangannya bertemu dan
dia terdiam buat seketika. Pesakitnya kehairanan melihat perwatakkan doktornya
itu. Lelaki tersebut bukan sahaja merupakan doktor yang merawatnya malah
merupakan bakal suami sepupunya. Dia cukup kenal dengan perwatakannya dan
peribadi lelaki tersebut.
“Kenapa ni doktor? Ada masalah ke dengan keputusan saya?,”
tanya pesakit tersebut.
“Cik Zalikha..mm.. kami telah terima keputusan CT Scan dan
other tests. And we found that you have intracranial hemorrhage,” ujar doktor
lelaki tersebut dengan tenang.
“what? intracranial hemorrhage?, can u explain it to me?,”
Tanya Zalikha yang penuh tanda tanya.
“Consequence from the accident last year, we thought that
the brain bleeding had stopped. But your brain keeps on bleeding again and
leads to hematoma. It is difficult to diagnose as the symptoms does not appear
in early stage. There is also formation of blood clot. We are surprised. The
blood clot quite big in size,” ujar doktor tersebut lalu menekan suis ‘on’ pada
paparan ct scan di belakang kerusinya. Dia menunjukkan kepada pesakitnya,
‘blood cloth’ yang berada di otaknya, saiznya seakan besar 3 biji guli. Zalikha
hanya terdiam cuba memahami setiap patah perkataannya yang cuba disapakan oleh
doktornya.
“So cik Zalikha, you need undergo surgery, the faster, the
better I guess. We need to remove the blood cloth and stop the bleeding. But I
can’t guarantee that after the surgery, everything is going to be fine. There
are some complications that you may have. The possibility of survival is
50/50.,” ujar doktor tersebut dengan menghembuskan nafas yang berat. Dia cukup
mengenali pesakitnya itu. Dia harus berkelakuan professional, kerana itu lah
bidangnya membantu manusia yang memerlukan pertolongannya. Mahu diikutkan hati,
pasti dia sudah menunjukkan kesedihan dihatinya. Perempuan ini bakal menjadi
sebahagian keluarganya.
“50/50??.. Woo.. I can’t get it. I don’t understand. Can u
simplify it to me? You mean that this kind of disease is dangerous and can lead
to death?,” tanya Zalikha lagi bagi mendapatkan kepastian. Hatinya berdegup
laju dengan apa yang didengarinya. Ketakutan perlahan-lahan menguasai hatinya.
Doktor menarik nafas dalam. Dia memandang Zalikha tenang.
“ Ikha? Akibat dari accident dulu, masih ada perdarahan kat
otak awak. Dan sekarang dah ada formation of blood cloth kat situ. Awak harus
dibedah, kalau makin lambat, it can lead more brain damage. But operation ini…
kita hanya berusaha,ikha.. selebihnya kita berserah kepada takdir.. and more
thing, kalau operation succeed, you must remember.. there are some
compilications.. awak mungkin akan lumpuh, amnesia or seizures.. maybe..,” ujar
doktor tersebut, cuba menghilangkan ke‘formal’an antara mereka. Sekarang mereka
berbicara sebagai kawan, sebagai sebahagian ahli keluarga mereka.
“Johan. So.. you mean that kalau ikha buat operation
peluangnya sangat tipis kan? Ikha… ikhaa.. akan mati?,” suara Zalikha
bergetar-getar ketakutan. Kolam matanya sudah dilimpahi dengan air matanya. Dia
menundukkan kepalanya.Tangannya menggigil ketakutan di sorokkan dari pandangan
Doktor Johan, diletakkan bawah meja, diatas kedua belah pahanya.
“ikha?? Saya faham perasaan awak. Awak kena banyak bersabar.
Mati atau hidup, itu kerja Tuhan. Kita hanya mampu berusaha. Saya suggest’kan
awak buat operation secepat mungkin. Awak perlu berbincang dengan mak Su and
pak Su.. awak harus…”
“JANGAN!.. ikha tak nak mama dan papa tahu. Ikha anak
tunggal mereka. Mereka pasti akan sedih. Ikha yang lagi muda dari mereka akan
pergi dahulu. Ikha tak sanggup tengok mereka bersedih,” potong Zalikha dengan
airmatanya yang sudah mula membasahi pipinya.
“ikha.. tapi awak harus dibedah dengan secepat mungkin..,”
pujuk Doktor Johan kepada pesakitnya.
Zalikha hanya membisu tanpa sebarang bicara dari bibirnya.
Dia menundukkan kepalanya dan airmata menjadi teman setianya ketika itu. Sungguh
berat dugaan ini ya Allah.
No comments:
Post a Comment