bunga

lagu

Wednesday, October 23, 2013

if u can UNDERSTAND~~

Di puncak bukit ku bina kubu
beratapkan dedaun rimba..
melihat penjara kamarmu dari jauh..
bermulai air mata hancur luluh hatiku..

Di puncak bukit kukenang semula
hari kita mesra melakar nama
saat pertama bibirku melontarkan namamu..
terpukau matamu gila kau buatku..

Hanya namamu nyanyian angin menjadi udara..
hanya namamu bagai darah mengalir ke jantung..
kerana kamu aku hilang...
aku hilang akal terjadi gila,gila...

Mereka ketawa melihat aku membawa diri ke sini..
namun malam ini saja yang dapat di erti..
kini cuma burung-burung mendengar laguku..
semua impian dan harapan terkubur..

bila ku kenang semula
berita diterima teriak namanya..
hari tanganmu dijanjikan padaku..
pastinya semakin gila kau buatku..

apalah dosa yang dimakan waktu..
dihalangi dari mendampingmu..
hingga masa engkau hulurkan nyawa..
menyebut namaku dinafas terakhir..

kerana kamu aku hilang..
aku hilang akal terjadi gila,gila..
biar terdampar ku tidur di sebelahmu sementara
menanti bungaku bangun dari pusara..

by HAZAMA..

*lirik ni sangat puitis dan menyedihkan..=(.. Allah knows better than us.. Dia lah Perancang yang Terhebat.. Allahuakbar..







No comments:

Post a Comment