bunga

lagu

Saturday, December 1, 2012

IBarAT RubIC CubE..

Al kisah bermula dengan 2 orang sahabat baik, Lola dan Lulu. Lola mempunyai perwatakan yang  cantik,peramah, aktif sukan, periang dan bijak.  Berbeza dengan Lulu, yang mempunyai perwatakan pemalu, kurang bercakap hanya suka tersenyum dan selalu d ‘descrice’ kan as a passive student. Dia selalu dibuli oleh rakan sekelasnya akan kekurangannya. Tapi Lulu ni jenis tidak cepat menyerah kalah ataupun berputus asa, dia akan cuba sehabis daya untuk mencapai apa yang diingini biarpun bnyak kali kecewa.
Lola diminati oleh ramai jejaka kerana akan karisma, fashion dan kecantikannya yang semula jadi. Namun, dia bukan jenis yang suka melayan lelaki2 yang gatal ni. Baginya, hatinya hanya milik seorang jejaki ini, Marcello. Sudah lama, Lola memendam rasa cintanya terhadap jejaki itu. Namun, Marcello tidak pernah menerima cintanya. Ketampanannya memang tidak boleh disangkal lagi. Badannya tough dan muke nyer bak Jung Yong Hwa. Semua perempuan akan cair melihat senyuman manis Marcello. Kecuali Lulu, dia hanya memandang Marcello dengan hujung matanya sahaja. Tiada apa yang menarik sama sahaja seperti manusia lain yang ada muka, kaki dan tangan. Kadang2 dye pon musykil kenapa kawan baiknya menyukai lelaki itu.
Siapa sangka, hati Marcello milik Lulu. Marcello jatuh cinta akan Lulu, cinta akan kekurangan Lulu. Lulu selama ni tidak pernah merasai cinta, akur akan kuasa cinta yang telah menguasai hatinya. Semenjak itu persahabatannya dengan Lola menjadi renggang. Lola menganggapnya musuh, Lola membenci dirinya. Lulu berasa sedih kadang2 dye terpikir dye tlah melakukan kesilapan kerana mengkhianati sahabatnya tapi perasaan cinta yang hadir dalam hatinya tidak boleh ditolak lagi.
Pada suatu hari, mereka berselisih di muka pintu bilik asrama. Lola menahan Lulu, dia seakan tidak puas hati dan menyampah melihat muka Lulu.
‘eh, kenapa Marcello suka ko haa? Ko daa santau dye ea?,’teriak Lola seperti singa yang lapar. Namun, Lulu tetap berdiam diri menahan sabar.
‘eh, ko dengar x apa aku tanya ni? Aku pelik betul la. Kalu nak dibandingkan aku lagi cantik dari ko, lagi bergaya dari ko, lagi bijak dari ko.buta gamaknya si Marcello, boley lak tergilakan ko, nape lah dia berkenan ngan ko??,’Lola meluahkan segala ketidak puasan hatinya. Lulu yang terdiam seketika dan tersenyum. Lalu dye menghulurkan rubic cube miliknya kepada Lola. Lola menyambutnya. Rubic cube itu siap disusun mengikut warnanya
‘apa ni? Nape bagi aku?,’ Lola kehairanan.
Lalu Lulu mengambil kembali rubic cube di tangan Lola, dan memutar-mutarkan cube itu. sekarang warnanya tidak tersusun lagi. Warna sudah bercampur.
mungkin aku ibarat rubic cube ni. Aku ibarat unsolved puzzle. Then, Marcello help me to finish it to make me complete. You’re like a complete one already.. ,’kata Lulu sambil tersenyum. Lola terdiam dan tercengang. Lulu meninggal Lola di situ. Beberapa langkah kaki Lulu maju ke hadapan, tetiba dia menoleh kearah Lola.
‘you don’t need to be anyone else. Just be yourself. Your man will find you and give his love that you cant deny it,’ Lulu tersenyum dan berjalan meninggalkan Lola.

No comments:

Post a Comment