bunga

lagu

Saturday, December 29, 2012

cERPen 2 : iF yoU ARe thE ONe (paRT 2)...

hari ini adalah hari sabtu, memang menjadi kebiasaan Isabella Lathifah sejak lapan bulan lalu, pulang ke rumah orang tuanya yang terletak di Merlimau, Melaka. sejak 8 bulan yang lalu, dia nekad untuk berhijrah dari dunianya yang gelap gelita  ke dunia yang terang cahayanya. dengan izin dan hidayah Allah SWT, dia berusaha mengubah dirinya agar menjadi lebih baik di mata Allah SWT.Alhamdulillah Ya Allah. jika dahulu, dia tidak menutup kepala dan rambuntnya yang cantik tapi sekarang dia sudah memakai tudung kemas cantik di kepalanya. jika dahulu, dua tahun sekali dia pulang ke kampung, kini dia sedar tanggungjawabnya sebagai anak terhadap kedua ibu bapanya, jika dahulu, dia suka menghabiskan masa weekendnya dengan rakan jahilnya di kelab-kelab malam,kini dia cuba mengisi masanya dengan perkara-perkara berfaedah yang jauh dari kemurkaan Allah SWT. jika dahulu skirt pendek paras lutut menjadi piihan dihatinya, kini skirt labuh cantik sentiasa di sarungnya. jika dahulu dress or gaun cantik bertali halus dibahu menjadii pilihan menghadiri majlis or any events company, kini baju kurang sopan dan jubah selesa menjadi pilihan di hatinya. dia akui. bukan senang untuk berhijrah dan berubah. kadang kala hasutan syaitan singgah dihatinya, mengajaknya kembali ke dunia dulu yang penuh dengan keseronokan dan keghairahan, tapi semua itu hanyalah sementara dan membawa dirinya jauh dari jalan Allah SWT. sejujurnya, penghijrahan ini memerlukan kekuatan mental dan persediaan yang rapi. dia sangat bersyukur kerana ibu bapanya dan keluarganya sentiasa bersamanya memberi sokongan yang tak pernah pudar dari hari ke hari.

lapan bulan yang lalu, Isabella Lathifah pulang ke kampung yang sudak sekian lama tidak dikunjunginya dengan linangan air mata. sebaik sahaja menutup pintu keretanya, dia terus mencari sepasang susuk tubuh orang tua.lalu dia memeluk mereka dan memohon keampunan dari ibu bapanya yang juga berlinangan air mata, air mata kesyukuran. mereka bersyukur kepada Allah SWT kerana memperkenan doa mereka , menghantar anaknya pulang. Dan nasihat ayahnya masih segar di ingatannya.

"Isabella Lathifah, maafkan ayah. ayah yang tidak pandai menjagamu, mendidikmu. Maafkan ayah Lathifah. Berubahlah anakku. sesungguhnya pintu taubat Allah SWT sentiasa terbuka luas. sesungguhnya Allah SWT suka hambaNya yang menyesali perbuatannya dan kembali ke jalanNya, mohonlah keampunan dan hidayah dariNya Ifah,' ujar Pak cik Kassim menahan sebak lalu mencium ubun kepala anak sulungnya itu.

Firman Allah SWT , '...wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia jualah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani'
 (az-Zumar:53)

tanpa disedarinya, airmatanya mengalir dipipinya sambil kedua tangannya memegang stereng keretanya. Isabellah lathifah menyeka airmatanya dengan jemari kanannya. apabila terkenang kisah silamnya, airmatanya pasti mengalir, dia berasa menyesal dan takut akan dosa2 yang dahulu. apakah Allah menerima taubatnya?? 'ya Allah, ampunkanlah segala dosa2ku.. sesungguhNya aku tak layak memasuki syurgaMu, tapi tak sanggup menghadapi azab api nerakaMu, ampunilah aku Ya Allah, matikanlah aku dalam imanMu,'bisik doa hatinya.

kereta yang dipandunya memasuki perkarangan rumah orang tua dan memarkirnya dihadapan halaman rumahnya. sebelum turun dari kereta, dia membetulkan lipatan tudungnya dan sedikit touch up untuk menghilang warna merah dimatanya. sejurus itu, dia menuruni kereta dan disambut ioleh ibu tercinta di daun pintu rumah tersebut.

" Assalamualaikum ibu," ujar Isabella Lathifah sambil tersenyum.

"Waalaikumussalam Ifah. cantik sungguh anak ibu," ujar Mak Cik Dalilah lalu memeluk tubuh anak perempuannya itu.

" ye ke? tengok la siapa yang melahirkan dia?," jawab Isabella Lathifah sambil bergurau. mereka tergelak halus.
 mereka mengatur langkah masuk ke dalam rumah. rumah ini kembali ceria dan hidup dengan gelak ketawa penghuninya setelah Isabella Lathifah kembali ke pangkuan keluarganya. terima kasih Ya Allah! =)

2 comments:

  1. cite pnjg nie. hehe, cpt2 smbung kupu2 terbang, saya menanti :)

    ReplyDelete
  2. hehe.. thanks baca.. sabar ye.. otw.. =)

    ReplyDelete