bunga

lagu

Saturday, December 29, 2012

cERPen 2 : iF YoU ARe thE oNE (paRT 1)...

"Bismillahhirrahmanirrahim, Firman Allah SWT, 'Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui." Ayat 36 Surah Yaasin. Jika kita perhatikan kejadian alam ni, siang berpasangan dengan malam..daratan berpasangan dengan lautan..keadaan tanah pula tak semuanya rata, adanya tanah tinggi, adanya rendah.. begitu juga manusia, adanya lelaki dan perempuan."

Enam orang perempuan muda yang duduk bersimpuh didalam bulatan, khusyuk mendengar usrah yang disampaikan oleh Hajjah Khamsiah Zainal yang mahu hanya dipanggil sebagai Ummi. Mata Isabella Lathifah tertumpu dimuka Ummi. setiap bait-bait kata yang meniti dibibir Ummi, difahaminya.

"Anak-anak Ummi? Jadi hari ini Ummi akan kupaskan mengenai jodoh, perasaan kasih sayang antara lelaki dan perempuan. Ketahuilah anak-anakku jodoh pertemuan, ajal maut dan rezeki adalah hak mutlak Allah SWT. Rahsia Allah SWT. Tiada siapa yang mengetahuinya kecuali Dia Yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Jodoh telah ditetapkan, usahlah kamu khuatirinya......"

Suasana masjid Al-Bukhari sangat menenangkan jiwa Isabella Lathifah dan sangat sesuai untuk mengadakan usrah ataupun majlis perkongsian ilmu serta peringatan sesama saudara Islam. Sudah tiga bulan Isabella Lathifah mengikuti usrah yang disampaikan oleh Ummi, setiap hari Khamis malam Jumaat after solat Isyak berjemaah, dia akan meluangkan masanya bersama Ummi dan rakan seusrahnya untuk berkongsi ilmu mahupun bermusyawarrah. Majlis usrah ini mengambil masa satu jam, kadang kala lebih dari satu jam depends on topic. Dia tidak menafikan, dengan mengikuti majlis usrah sebegini, dia dapat mendalami sedikit sebanyak ilmu agama dan sentiasa ada orang yang mengingatinya apabila dia terleka dengan urusan dunia. dia sangat berterima kasih kepada rakan sekerjanya yang juga merupakan housemate barunya, Husna yang memperkenal dia kepada Ummi dan mengajaknya menyertai usrah ini.

'Alhamdulillah Ya Allah. Kau masih menyayangi diriku yang kerdil ini. Kau kirimkan mereka untuk membantu aku menuju jalan yang diredhai-Mu,' bisik hati Isabella Lathifah seusai majlis usrah bersurai.

selepas bersalaman dan berpelukan dengan Ummi dan sahabatnya yang lain,Isabella Lathifah melipat kain telekung yang dipakainya, lalu dimasukkan beg kecil yang berwarna merah. ruangan solat wanita masjid ini hanya tinggal mereka dan beberapa orang wanita yang tidak dikenalinya sedang membaca Al-Quran. dia kemudian mencapai tudung yang berwarna biru laut yang tergantung di almari sejadah lalu di sarungkan ke mukanya. dia membetulkan lipatan tudungnya di cermin hadapannya. sedang dia merapikan tudungnya, tiba-tiba usrah Ummi sebentar tadi terngiang-ngiang di telinga. dia mengingatkan kembali apa yang disampaikan Ummi perihal jodoh. Bibirnya mengukir senyuman.

'Ya Allah? Kat manalah jodoh aku berada? apa yang dia sedang buat sekarang??,' bisik hatinya sambil tersenyum lebar. apabila dia memikirkan dan bertanya siapalah jodohnya, hatinya berbunga. fitrah manusia, sukakan perhatian, kasih sayang dan belas kasihan. biarpun tiada jawapan kerana semua itu rahsia Allah, namun hatinya tetap berasa gembira dan bersyukur atas segala nikmat yang Allah SWT berikan. Allah SWT sangat menyayangi kita, diberi kita jodoh. jika tiada, kesunyian dan kesepian lah kita.tiadalah warisan dan keturunan kita.

'Ya Allah, dimana pon jodohku berada.. Kau ampunilah dosanya dan lindungilah dia ya Allah, Kau permudahkanlah urusannya di dunia dan akhirat. Ya Allah.. Kau kurniakanlah hambaMu ni jodoh yang baik-baik, yang boleh membimbing aku ke jalanMu, ke syurgaMu, yang boleh melindungi diriku yang lemah, yang boleh membahagiakan hatiku yang lembut, yang boleh mengisi kesunyian di hatiku..ampunilah dosa kami Ya Allah,' hati Isabella Lathifah sempat mengirimkan doa untuk jodohnya yang tiada siapa yang mengetahuinya. bibirnya terus menguntumkan senyuman.

"Ifah, kamu kenapa senyum sorang-sorang ni?," ujar Husna yang entah  bila berdiri di hadapannya sedang membetulkan lipatan tudungnya di hadapan cermin. Isabella Lathifah berasa malu dan tersengih.

"Tak ada apa-apa. saja. senyum itu kan sedekah. tak boleh ke?," jawabnya sambil tersenyum.

"ngada-ngada. tengah berangan la tu. kau fikir pasal jodoh yang Ummi cakap tadi kan kan?," ujar Husna dan juga menghadiahkan senyuman. jari jemarinya sibuk dengan memasang brooch di bahunya.

" eh,mana ada. dah-dah. jomlah balik... sok aku kerjalah," Isabella Lathifah cuba menukar topik perbualan. dia mencapai beg telekungnya dan mengatur langkah keluar dari ruangan solat wanita. Husna berlari-lari anak mendapat Isabella Lathifah yang sedang memakai sandal di perkarangan masjid.

" ala, tunggulah. macam la dia seorang kerja esok. aku pun kerjalah," ujar Husna apabila mendekati sahabatnya itu. Isabella Lathifah tergelak kecil. mereka saling suka menyakat antara satu sama lain.

" aku tunggulah ni, kalau tak dah lama aku hidupkan enjin kereta, tinggalkan kau kat sini tahu..? tidur kat sini."

Husna membuat reaksi muka sedih sambil hidungnya menyedut hingus yang tiada." sampai hati Ifah, kau nak tinggal aku.Tak nak kawan dengan kau, Isabella Lathifah!" Isabella Lathifah tergelak melihat lakonan palsu kawannya itu.

"eh, perlu ke tekan nama aku macam tu skali.. hehe..dahlah tu, tak payah nak wat drama sedih kat sini, jomlah balik. aku dah mengantuk ni,' ujarnya sambil menarik tangan Husna. mereka menuju ke kereta Proton Waja yang berwarna silver yang diparkirkan di seberang jalan masjid.

No comments:

Post a Comment