3 tahun yang lalu....
tweet.. tweet..tweet!..
handphone Sophea Humaira berbunyi, ada message masuk. dia melihat ke paparan skrin handphone nyer sambil tersenyum. lalu message tersebut dibukanya.
"maira!! kau kat mana sekarang? aku dah sapa dah. =)"
dengan pantas jari jemari nya membalas message tersebut.
" aku dalam bas lagi ni, kejap lagi sapa.. tunggu sat naa.."
Sophea Humaira tersenyum. tak sapa 3 minit, handphonenya berbunyi lagi, tweet..tweet..tweet..
"eh, lambat lah kau ni.. haha.. cepat la sikit!!!=p"
sophea humaira melihat jam tangannya.. jarum jam tepat menunjukkan pada pukul 2.15 petang. dia membalas message sahabat karibnya itu.
"eh, kau yang datang awal. bukan janji kol 2.30 petang ke?? awal datang..ni rindu sangat nak jumpe aku ke apa?? hahaha =p"
2 minit kemudian handphone nyer berbunyi lagi.. tweet..tweet..
" rindu tengkorak hang.. haha.. perut aku dah lapaq ni, kang aku makan kau jap lagi.. haha"
sophea tergelak membaca message dari sahabat karibnya itu. Dalili yang duduk disebelah Sophea Humaira menjadi pemerhati sejak mereka menaiki bas bersama dari kolej kediaman mereka. dalili tersenyum seketika melihat gelagat sophea humaira a.k.a roomatenya melayan message yang diterimanya. humaira membalas message tersebut.
"amboi.. main kasaq napak.. tengkorak aku pon jadi mangsa.. hahah.. sat la.. kalau aku jadi driver bus, aku daa pecut 200km/h.. masalahnya aku bukan driver bus, aku PASSENGER jewwww...ngerti kamu?? haha =p"
sophea humaira tersenyum gembira. gembira dengan kunjungan message yang diterimanya.
" maira? kau message dengan siapa ni? gembira bebenor..," tanya Dalili kepadanya.
" dengan siapa lagi Lili, dengan mamat sengal tu lah.. hehe," jawabnya kepada pertanyaan kawannnya itu.
" Saiful Aiman?," tanya Dalili. sophea humaira hanya mengangguk kepalanya sambil tersenyum. memang menjadi kebiasan humaira akan mengajak dalili sekali apabila dia ingin keluar bersama dengan saiful aiman. tak elok kalau keluar berdua, jadi dia membawa dalili. dalili juga sudah mengenali Saiful Aiman. perkenalan dengan Saiful Aiman bermula di zaman matrikulasi Kulim, sejak dari situ mereka menjadi semakin rapat. walaupun after matrikulasi mereka tidak belajar di kampus yang sama, namun mereka sering berjumpa di hujung minggu mahupun apabila ada masa yang terluang. sophea humaira student physiotherapy di uitm kampus puncak alam manakala Saiful Aiman student chemical engineering di uitm kampus shah alam.
"eh, aku tengok kamu berdua ni dah macam pasangan kekasih dah.. kau tak de hati ke kat dia weyh?," tanya Dalili. sophea humaira sudah lali dengan pertanyaan tersebut. ni bukan kali pertama kawannya itu menanyakan soalan sebegitu. hampir hari-hari, kadang2 dia malas dah nak bukak mulut memberi jawapan yang sama.
" Lili, kan aku dah cakap. aku ngn si Epol tu kawan rapat je. bestfriend. tak lebih dari tu. kami selesa berkawan bersama. dia.. otak sengal gila-gila.. ok ar tu masuk dengan aku. kau tak bosan je tanya soalan sama kat aku hari2?," tidak dapat dinafikan ada masa sophea humaira terasa rimas dengan pertanyaan tersebut. dalili mengesan perubahan wajah humaira yang tidak selesa dengan pertanyaannya.
"aku mintak maaf maira. aku just bimbangkan kau. perempuan dengan lelaki tak boleh kawan rapat sangat taw..bahaya.. nanti ada perasaan aneh singgah di dalam hati tu, kalau berbalas, ok la.. kalau tak berbalas, merana maira," nasihat Dalili kepada humaira.
"ok lili.. aku ingat nasihat kau.. kau janganlah risau, aku dengan epol tak ada apa-apa.. perasaan aneh tak ada pon singgah di hati aku ni, kami kawan baik jeww.. lagipun epol tu bukan taste aku la.. pendek,hidung tak mancung, kulit gelap, kening tebal, kuat makan tak padan dengan badan, kuat gelak..apa lagi??? hehe,"jawab humaira main-main. dalili hanya menggelengkan kepala sambil tergelak mendengar jawapan humaira. mereka berdua tersenyum.
*********************************************************************************
10 minit kemudian, mereka tiba di setia city mall, setia alam. seperti yang dijanjikan, pizza hut restaurant menjadi tempat pertemuan mereka. humaira berjalan seiring dengan dalili. kelihatan sahaja pintu masuk pizza hut restaurant, humaira tersenyum gembira. mereka berdua melangkah masuk ke dalam restaurant tersebut. mereka mencari kelibat saiful aiman. matanya pantas mengesan muka saiful aiman yang duduk di meja di ruangan tepi sebelah kanan restaurant tersebut. dia tersenyum. dia melambaikan tangannya kepada bestfriendnya itu. saiful aiman dari jauh tersenyum melihat kedatangannya bersama dalili. lelaki tersebut membalas lambaian humaira. humaira dan dalili berjalan ke arah lelaki tersebut. semakin dekat dengan meja tersebut, mata humaira dapat mengesan susuh tubuh yang duduk berhadapan dengan saiful aiman.
'siapa perempuan tu??,' hatinya berbisik sambil kakinya melangkah semakin menghampiri meja tersebut.
"hai!!,"dalili menyapa saiful aiman dan perempuan dihadapannya. sapaan dalili menyedarkan humaira dari dunianya.
"hai epol!," ujar humaira tersenyum.
saiful aiman dan perempuan tersebut hanya tersenyum dan mempelawa humaira serta dalili duduk di meja mereka. dalili mengambil tempat di sebelah perempuan tersebut manakala humaira duduk disebelah saiful aiman, diagonal to that 'perempuan'. saiful aiman memulakan bicara.
"haish.. lambat betul la kau.. aku dah kebuluq dah ni.. hehe," ujar saiful aiman kepada humaira.
"ala, lek la.. dengan perut buncit kau tu, tak mati la kalau tak makan sehari.. haha," gelak humaira dan diturut serta oleh dalili dan perempuan tersebut.
"eh, canteeeekk sikit.. perut aku six packs ok..," tegas saiful aiman. humaira hanya menggelengkan kepalanya.
"yo la tu epol, dari duk layan otak kau yang masuk air ni, baik order, baby aku dah bunyi ni," balas humaira sambil tangannya membelek-belek buku menu di tangannya.
"eh, aku lak masuk air, kau tu yang masuk lumpur," balas saiful aiman sambil tersengih. dari tadi dalili dan perempuan itu menjdai pemerhati dan tergelak melihat gelagat mereka berdua.
"ehh. lupe lak i nak kenalkan. lis?ni la perempuan yang selalu i ceritakan tu, bestfriend i dunia akhirat, sophea humaira.,' ujar saiful aiman kepada perempuan tersebut. perempuan itu tersenyum.
"maira? ni girlfriend i, Annalis," saiful aiman memperkenalkan Annalis kepada humaira. humaira sangat terkejut namun sempat ber acting cool. humaira dan annalis berpandangan dan bersalaman.
" saya annalis, panggil saja Lis," ramah annalis.
"maira.," ujar humaira sambil tersenyum.
" ni pula dalili, kawan sebilik maira," saiful memperkenalkan annalis kepada dalili. mereka berdua berkenalan.
'girlfriend?? kenapa dia tak pernah bagi tahu dekat aku pon??,' bisik hatinya yang curious.
entah kenapa, tanpa disedarinya, hatinya merasa tidak selesa dengan pertemuan kali ni. hatinya sakit melihat kemesraan dan keramahan saiful aiman dengan annalis. sepanjang pertemuan mereka, humaira banyak mendiamkan diri tidak seperti kebiasaannya, yang hyperactive dan petah berkata-kata serta expert mengenakan orang. harinya ibarat bunga matahari yang layu......
laki dan prmpuan x boleh jadi kwn baek? ;)
ReplyDeletehahaha.. ayat sapa entah?? xiexie ni... jadi pencetus
ReplyDelete