"abang!!!," sapa Iman dari pintu bilik pesakit itu. di depan pintu tersebut tertulis nama pesakit Ahmad Imtiyaz. dia menghadiahkan senyuman kepada abangnya dan melangkah masuk. kelihatan abangnya seday duduk diatas katil membaca suratkhabar di hamparkan di cardiac table. abangnya juga menyambutnya dengan senyuman. biarpun bibirnya lesu, kulit mukanya pucat, imtiyaz akan tersenyum apabila melihat adiknya. itulah kegembiraan dalam hidupnya melihat adiknya yang sentiasa tersenyum.
"abang dah makan?," sapa iman lalu duduk di kerusi sebelah katil abangnya.
"dah, adik abang bawak apa tuk abang hari ni?," tanya imtiyaz
"adik ada beli kek faveret abang, carrot cake!," iman yang tersengih. lalu mengeluarkan carrot cake dari kotaknya. dia dapat melihat kegembiraan abangnya. dia tersenyum puas.
"waaa.. daa lama abang tak makan ni..," imtiyaz menanti iman memotong kek tersebut untuknya. imtiyaz membetulkan topi di kepalanya yang ala-ala 'snow cap'. semenjak buat chemotherapy, dia mengalami keguguran rambut, one of side effects for cancer treatment. iman memotongnya dalam meletaknya di atas piring.
"nah! special untuk abang tersayang.. cewwaah!," kata iman sambil tergelak halus.
"terharunya abang.. haha.. jak bila lak adik abang jadi budak yang baik ni," seraya imtiyaz menyuapkan carrot cake tu kedalam mulutnya menggunakan sudu.
"eh, adik jak dulu lagi budak baik taw, tengoklah sapa yang besarkan adik," kata iman sambil mengeyitkan mata kepada abangnya. mereka ketawa terbahak-bahak.
"kan!! haha.. tapi abang pelik la," kata imtiyaz
"pelik kenapa abang?,"tanya Iman kehairanan.
"macam mana si Azmi tu boleh suka kat adik ea? dahlah muka biasa-biasa saja, make up pon xpandai, fashion baju?? mm.. lagi x!..pandai masak?? oh tidak!! ahhaha," dengan selamba imtiyaz berkata. dia ketawa terbahak-bahak melihat adiknya yang sudah membulatkan mata dengan tangannya tercekak di pinggang.
"ok. fine.," lalu iman mengambil piring yang mempunnyai cake carrot tadi. sebagai balasan sebab abangnya mengusiknya seperti itu.
"ala...", abangnya hanya menjilat sudu, sedih kek nya sudah dibawa lari. iman tergelak.
"tu la.. kutuk adik lagi.. nanti adik tak nak beli carrot cake untuk abang lagi," ujar iman lalu menghulurkan semula kek tersebut. imtiyaz tersenyum.
"ala.. abang bukan kutuk.. abang utarakan kenyataan jew.. haha," balas imtiyaz sambil menyuapkan kek ke dalam mulutnya. iman gembira melihat telatah abangnya. biarpun doctor diagnoses as brain tumour, abangnya seorang tabah dan redha menerimanya. biarpun kesakitan, dia masih mampu tersenyum.
*********************************************************************************
pada waktu malam........................
iman menolak kerusi roda yang diduduki oleh abangnya menghala ke arah taman kecil di luar wad tersebut. jam menunjukkan pukul 9 malam. iman memarkirkan kerusi roda abangnya bersebelah dengan bangku yang berwarna coklat yang berhadapan kolam kecil mempunyai penghuni pelbagai jenis ikan. imtiyaz begitu lemah untuk berdiri sendiri. iman menolong imtiyaz untuk berdiri dan mengalihnya duduk di bangku coklat tersebut.
iman melabuhkan punggungnya disebelah abangnya itu. angin malam begitu dingin dan sejuk. iman yang hanya memakai t-shirt bersama cardigan labuh serta hanya berseluar jeans. dia membetulkan baju sejuk di badan abangnya. abangnya juga kesejukan. lalu dia mengambil blanket di belakang poket kerusi roda tersebut melilitkan badan abangnya.
"sejuk sangat tak abang?," tanya iman.
"ok dah, kurang sikit," jawab imtiyaz.
"nape abang tiba2 ajak iman duk kat taman?," tanya iman kehairanan. biarpun dicegahnya atas alasan cuaca malam ni sangat sejuk,banyak nyamuk namun abangnya tetap mahu ke taman.
"saja. nak amek angin malam. bosan asyik terperap dalam bilik tu,"jawab abangnya. imtiyaz mendongakkan kepalanya kelangit.
"banyaknyer bintang malam ni. cantik sangat," ujar imtiyaz. iman juga mendongak ke langit.
"aah.. cantiknya.. dah lama kita tak tengok bintang macam ni kan abang," mereka menghayati keindahan langit pada malam itu.
" iman?", panggil abangnya.
"ye abang?,"jawabnya.
"barang2 hantaran daa settle ke semua? abang mintak maaf abang xdapat nak tolong adik," ujar Imtiyaz perlahan. sejujurnya, memikirkan adiknya bakal diserahkan kepada bakal suaminya. hatinya menjadi sayu. namun dia bersyukur kerana apabila dia tiada nanti, dia tahu lelaki sebaik Azmi boleh membahagiakan adiknya.
" xpe lah abang, abang jangan risau.. semua dah settle dah, catering pon dah tempah.. inshaAllah , semua kan berjalan lancar," ujar iman sambil tersenyum, dia tahu abangnya risaukan akan perkahwinannya.
" adik dah sedia nak jadi bini orang?," tanya imtiyaz seperti si ibu bertanya kepada anak perempuannya.
"mm.. takut gak abang.. ni fasa baru dalam hidup adik. tapi adik yakin dengan adanya abang disisi adik, azmi sebagai suami adik.. adik pasti boleh harunginya," jawab iman dengan yakin sambil memeluk tangan abangnya. imtiyaz tersenyum.
" adik?."
"mmm?"
"andai kata abang xsempat nak tengok adik atas pelamin, janji dengan abang... janji adik jangan sedih taw, adik kena jaga diri adik elok2,jaga solat adik, dengar cakap suami adik, jangan sesekali menderhakakan suami taw. syurga isteri di bawah kaki suami." ujar imtiyaz tenang. iman memandang tepat ke muka abangnya.
"kenapa abang cakap macam ni? abang kan janji nak datang majlis adik. abang cakap hari kawen adik adalah hari paling bahagia bagi abang," jawab iman yang memuncungkan mulutnya, dia tak suka bila abangnya berkata seperti. namun, imtiyaz hanya tersenyum.lalu pipi adiknya dicubit. iman menjerit kecil. dia sememangnya manja dengan abangnya.
"hisssh.. dah nak jadi bini orang pun, suke merajuk lagi, macam budak2," imtiyaz tergelak. iman juga turut tergelak tawa.
"adik? ingat taw apa abang pesan selama ni, selalu berbuat baik kepada orang, janganlah mengharapkan balasannya, ikhlaskan hati dan serahkan segalanya kepada Allah swt," ujar imtiyaz lagi dengan tenang.
" ye abang. adik ingat. jak kecik sehingga sekarang, adik ingat pesan abang." iman tersenyum.
imtiyaz merenung muka adiknya tersenyum. tiba-tiba hatinya menjadi sayu, seakan berat mengalihkan pandangannya dari muka adiknya. mungkin muka tersebut tidak dapat lagi dilihatnya. matanya bergenang air mata.
"adik? abang nak adik taw, adik ibarat bintang di langit, penyeri tika abang sakit, penyeri tika abang kesusahan. adik kekuatan abang, terima kasih adik, adik selalu ada disisi abang," ujar imtiyaz sayu dengan kolam airmata sudah melimpah, tidak dapat menakung lagi. iman tersentuh. dia cuba menahan sebak. dia mengangguk-anggukkan kepalanya. matanya sudah bertukar merah namun dia cuba mengawalnya dari mengalir keluar. dengan pantas jari jemarinya menyeka airmata di pipi abangnya. lalu dahi abangnya dicium.
"abang ni.. cememeng.. kuat nangis lah.. dah tak handsome dah," kata Iman sambil tergelak halus diiringin dengan gelak imtiyaz.
"abang jangan wisau, sampai akhir hayat abang, adik akan teman abang, ikatan kasih adik tidak akan pernah putus," ujar Iman tenang.
"abang takut adik. takut menghadapi kematian....." balas imtiyaz dengan menundukkan kepalanya.
"abang? kita banyakkanlah berdoa kepada Allah swt abang, agar diampunkan segala dosa kita, agar kita dipanjangkan umur, dipermudahkan urusan kita di akhirat dan dunia.. doa adik sentiasa bersama abang," ujar Iman lembut.
"terima kasih adik." imtiyaz menghadiahkan senyuman kepada adiknya.
"adik? abang penatlah,"ujar abangnya.
"jomlah kita masuk dalam,"ajak adiknya.
"tak naklah.. abang nak tengok langit, tak puas lagi, abang nak letak kepala atas bahu adik boleh?,"minta imtiyaz.
"boleh, meh sini," ujar iman sambil menepuk-nepuk bahunya. imtiyaz meletakkan kepalanya di bahu iman. imtiyaz terasa sangat penat, matanya sedikit kabur, nafas sedikit sudah tidak teratur.
"tak berat ke kepala abang, adik?,"tanya imtiyaz perlahan.
"tak la, ringan jew.. adikkan physiotherapist.. mesti la kuat.. hehe,"gurau adiknya. imtiyaz tersenyum.
"adik ceritalah apa2, abang nak dengar,"pinta abangnya.
"cerita?mmm...haaa.. ada satu cerita.. ada pesakit adik ni, spinal cord injury patient, dia lumpuh pinggang kebawah abang, baru umur 15 tahun, kesiankan dia abang??... abang???," iman cuba memanggil abangnya. dia merasa kelainan. malam ni abangnya kurang response kepada ceritanya tidak seperti selalu.
"mmmm?," namun hatinya lega setelah abangnya memberi response. dia menyambungkan ceritanya.
"pahtu , yang adik kagum dengan dia, dia tak pernah pun menangis abang. tiap-tiap pagi adik tengok dia selalu murah dengan senyuman, hati adik pon sejuk tengok dia, rasa semangat nak tolong dia. seusia 15 tahun, dia dah diuji dengan dugaan begitu berat, tabahkan dia abang??... bang?? abang??."
namun tiada suara pon dari mulut imtiyaz. dengusan nafas dan kehangatan badan imtiyaz juga tidak dikesan oleh iman. iman menggocangkan lengan abangnya.
"abang??.. banggg..," namun tiada suara. hati iman gelisah. ketakutan menguasai hatinya.
"tidak..tidak..tidakk!!,"bisik hatinya.
"abang?? bang.. jawablah adik panggil ni," ujar iman, namun kepala imtiyaz masih terkaku dibahu iman.airmata iman tertakung dikelopak matanya. dia terasa sejuk dan takut. dia menggocang lengan abangnya dengan lebih kuat. tetiba kepala imtiyaz jatuh tersungkut diatas ribanya dengan membenamkan kepalanya. tubuh imtiyaz lemah dan sejuk. dengan tangan menggigil, iman menterbalikkan muka abangnya, melihat sahaja muka abang yang pucat lesu, air matanya mengalir laju. tiada hembusan nafas dapat didengari, tiada nadi yang berdenyut lagi di leher abangnya. tiada kesedihan yang dapat digambarkann setelah kehilangan orang paling kita sayang didalam dunia.
iman memeluk erat kepala abangnya, air matanya membasahi muka imtiyaz yang tenang dan lesu.
" ya Allah.. ya Allah.. ya Allah.." hati iman tidak berhenti membisikan nama Allah SWT.
THE END
No comments:
Post a Comment