bunga

lagu

Tuesday, January 29, 2013

cerPEN 4 : SUNflowER DihATIKU (paRT 1)

3 tahun kemudian..

sudah cukup seminggu Sophea Humaira pulang ke Malaysia. dia hanya menghabiskan masanya di rumah bersama family tercinta, genap 3 tahun dia meninggalkan 'rumahku syurgaku' itu,berangkat ke melbourne, Australia bagi menyambungkan pengajian sarjananya a.k.a master in physiotherapy. kini, dia sudah memiliki master setelah payah bertungkus lumus di negara orang. rindu akan family, rindu akan teman-temannya, rindu akan makanan kegemarannya, rindu akan suasana Malaysia masih lagi belum terubat. dia ingin menikmati sepuasnya sebelum dirinya  dipanggil keje bersama UITM as lecture. menurut kontrak yang dipersetujuinya oleh kedua pihak Sophea Humaira perlu berkerja as lecture di uitm selama 5 tahun. hari ini, adik perempuannya, Sophea Hazera mengajaknya window shopping di KLCC Suria. katanya sudah lama tak keluar bersama. Sophea Humaira mengiyakan sahaja, memandangkan dirinya juga sudah lama tidak menjejak kaki ke KLCC. adiknya melompat kegembiraan, semenjak akaknya menyambung pelajaran ke australia, dia tidak menafikan merasa kesunyian, geng window shoppingnya tak ada, mahu tak bosan!.. haha.. mahu ajak ibunya?.. ibunya bukan kaki jalan seperti dia dan akaknya. Sophea Hazera tersenyum gembira dan terus menaiki tangga rumah mereka untuk bersiap. akaknya menbontotinya menuju ke kamar masing-masing.

kemeja biru nila digandingkan dengan skirt labuh berwarna kelabu menjadi pilihan hati Sophea Humaira untuk disarungkan ke tubuhnya. ditambahkan pula dengan aksesori belt bercorak leopard di lilitan pinggangnya manakala selendang menutupi rambut dan kepalanya. flat shoes semestinya menjadi pilihan dihatinya, senang nak berjalan, tak ada lah sakit kaki apabila jalan lama-lama. dia memandu kereta kembara berwarna merah milik ayahnya. mereka tiba di KLCC Suria pada pukul 11.30 pagi. dia berjalan seiring dengan adiknya, Sophea Hazera.

" akak, Zera ingat nak pilih hadiah untuk Akif la. minggu hadapan birthday dia," ujar Sophea Hazera kepada kakaknya.
" akif? akif mana pulak ni zera?," tanya Sophea Humaira kebingungan.
" ala akak ni, lupa la.. kan zera dah ceritakan dalam skype masa akak duk aussie dulu.. bestfriend zera la, zera jumpa dia masa matrik dulu, belajar sama-sama," jawab Sophea Hazera seakan-akan merajuk. Sophea Humaira terdiam seketika.
"ooo... budak laki comel tu ke?.. haha," Humaira tergelak apabila teringat story adiknya itu ketika mereka berhubung melalui skype. muka hazera merah padam, malu apabila kakaknya mengutarakan word 'comel'.
"haaa.. ingat pon.. berbuih mulut ni duk story mory, bazir air liur" ujar Hazera tanpa menghiraukan gelak tawa kakaknya.
'eh, mana ada zera bazir air liur, kan time tu tangan zera jew yang gerak.. haha..padan la lengan zera dah kecik.. penat menaip ye," selamba Humaira menyakat adiknya sambil memegang lengan adiknya. semua orang sedia maklum yang sememangnya hazera sedikit berisi dan chubby berbanding Humaira.
"pooodahh! akak ni.. lemak-lemak jangan mainlah.. isu sensitif taw," rajuk seorang adik. humaira ketawa sakan. mereka adik beradik suka bergurau seperti keluarga lain juga.
"hhahaha.. akak gurau je la.. tapi kan zera, bukan ke zera benci ke kat budak laki tu? sekarang dah jadi bestfriend dah?," tanya Humaira. hazera tersipu malu.
" entah. dulu memang benci.. tapi lama-lama rasa macam masuk la dengan akif ni," jawab adiknya malu. Humaira tersenyum.
"zera jatuh cinta kat dia eaaa??.. betul x?? betul x??," usik Humaira.
" eh. xde la akak.. zera dengan akif kawan jew.. teman tapi mesra," jawab Hazera yang berlagak tenang.
" ye ke ni zera, ye ke ni?," usik Humaira lagi ditambah dengan aksi tangannya yang mencucuk pinggang adiknya. hazera cuba menjauhkan dirinya mengelak panahan tangan kakaknya ke pinggangnya. mereka tergelak ketawa di kalangan khalayak ramai yang sedang berjalan-jalan sepanjang jajaran shops.
"akak! dah la tu.. penat la gelak.. betul!! zera dengan akif tu kawan jew.. tak lebih dari tu..seriously," kata hazera dengan wajah yang serius. humaira masih lagi tersenyum, enggan percaya kata-kata adiknya.
"laki dan perempuan tak boleh kawan rapat tahu, bahaya!.. nanti datang satu perasaaan aneh singgah dalam hati.. watchout zera!," usik Humaira lagi sambil tergelak.
"mengarut la akak ni. makin layan makin menjadi-jadi. tak de maknanya perasaan aneh ke, ganjil ke, alien ke, tak kan.. kami hanya selesa berkawan, ok?," jelas Hazera dengan penuh semangat. humaira masih lagi tersenyum.
"dah la kak, jom la..zera nak masuk kedai sana jap," ujar Hazera sambil tangannya menunjukkan kedai yang ingin dikunjunginya. hazera memulakan langkahnya dahulu. adiknya berada 5 langkah dihadapannya. dia hanya mengekori adiknya.

beberapa langkah Humaira berjalan, dia berhenti. memikirkan kata-kata adiknya sebentar tadi mengingatkannya akan seseorang yang bernama Saiful Aiman. senyuman dibibirnya hilang tatkala nama tersebut terpapar di skrin matanya. di mana lelaki itu berada sekarang?. sudah berkahwin ke dia?. pelbagai persoalan bermain di pemikirannya. tanpa disedarinya, dia mengeluh.

"akak!!!! sini lah," panggil hazera yang tercegat dihadapan kedai tersebut.
panggilan hazera mengejutkan humaira dari lamunannya. dia mempercepat langkahnya menuju kearah adiknya. dia menghadiahkan senyuman kepada adiknya.

mereka berdua memasuki kedai tersebut. hazera sibuk memilih hadiah untuk bestfriendnya akif. humaira berjalan-jalan melihat barang-barang didalam kedai tersebut. setalh puas mengelilingi kedai tersbut, hazera masih belum selesai dengan pemilihan hadiahnya. tidak dapat dinafikan, mood nya sedikit terjejas pada hari ni apabila nama saiful aiman muncul di mindanya. dia terasa sedikit moody dan tak berminat untuk melihat barangan. dia melangkah keluar dari kedai tersebut sementara hazera sibuk memilih hadiah. humaira berhajat mahu menunggu adiknya diluar kedai tersebut. dia menyandar ke besi dan kaca penghadang korridor. matanya memandang kebawah , melihat manusia lalu lalang yang sibuk dengan hal masing-masing. ada ibu dan anak kecil bershopping, ada pasangan tua yang bershopping, ada pasangan muda yang berpegang tangan, ada ayah yang sedang mendukung anaknya. dia hanya memerhati pemandangan di bawah. setelah tahap kebosanannya bertambah, dia mengangkat kepalanya dan fiona's florist menangkap pandangan matanya. tanpa disedari, senyuman terukir di bibirnya. kakinya melangkah pergi menuju kedalam kedai bunga tersebut. masuk sahaja kedai tersebut, hati humaira terus berbunga, ye la dah nama pun kedai bunga kan.. hahaha.. setiap ruang dan penjuru kedai tersebut di penuhi dengan pelbagai bunga. dia tersenyum lebar. di penjuru sebelah kiri, terdapat deretan bunga matahari a.k.a sunflower.. bunga kegemarannya..
"wow!! cantikknya," lalu tangannya mengambil sekuntum dua bunga matahri. batangnya besar, kelopak nyer pon besar. dua atau tiga kuntum sudah cukup cantik untuk matanya menikmati. dia bagaikan lupa dengan orang sekeliling.. seolah-olah dalam dunia ni hanya dia dan bunga matahari, betapa fanatiknya akan bunga matahari. dia terasa bahagia.

" cikk!!," panggilan seorang lelaki membuat nya menoleh ke belakang.
"ye?," dia menjawab dengan spontan. apabila dia menoleh kearah lelaki itu, lelaki itu sedang membelakanginya sambil tangannya memilih-milih dalam bekas bunga tulip yang di letakkan diruangann tengah kedai tersebut. Humaira kehairanan.
lelaki itu menoleh," bunga mataha.... ri ada tak?," tanya lelaki itu tersekat-sekat seakan terkejut apabila memandang wajah Humaira. humaira juga terpaku. bunga matahari yang berada di tangannya terlepas ke lantai.
"awak!!," sapa lelaki tersebut sambil jarinya menunjuk ke arah Humaira. humaira masih terkejut, dia tertelan air liur, tetiba tekaknya terasa kering susah untuk dia menuturkan kata. bunga matahari menjadi saksi pertemuan antara mereka.


No comments:

Post a Comment