"Assalamualaikum.. assalamualaikum.. assalamualaikum.."
Pak Limat bertalu talu memberi salam di hadapan pagar rumah teres setingkat tersebut. mengikut alamat di tangannya, dia pasti inilah rumahnya. namun rumah tersebut sepi tanpa suara. Pak Limat terus berusaha memberi salam. sepasang budak lelaki dan perempuan turut berdiri disebelah pak Limat. jam menunjukkan pukul 9.30 pagi. setelah sekian lama, muncul seorang perempuan yang dalam linkungan umur 47 tahun.
"waalaikumussalam," perempuan tersebut berjalan menuju ke pagar rumah. mereka hanya menanti.
"ye, nak cari siapa?," tanya perempuan.
"ini rumah Erlina binti Mahmud ke?," pak Limat inginkan kepastian.
"ye, saya erlina binti mahmud. kenapa ye?," tanya perempuan itu lagi.
"Alhamdulillah.. dah sejam kami cari rumah puan, jumpe pon. saya Pak Limat, yang telefon puan 2 hari lepas," ujar Pak Limat. perempuan itu terkejut lalu membuka pagar rumahnya. dia tersenyum gembira.
"ooo.. ni lah Iman dan imtiyaz ye..," ujar Mak Cik Lina sambil memegang tangan iman dan imtiyaz. mereka dia beradik hanya tersenyum. gembira dengan sambutan mak ciknya walaupun mereka belum pernah ketemu.
"muka kamu seiras dengan arwah ibu kamu, tak ubah langsung, mata, hidung kamu," ujar Mak cik Lina sambil mengusap pipi iman yang cantik bertudung litup dikepalanya. iman tersenyum.
"meh la masuk dulu Pak Limat," ajak Mak cik Lina. pak Limat mengangguk kepalanya. mereka berempat berjalan memasuki rumah tersebut.
*********************************************************************************
mata iman terpandang pada glob salji yang diletakkan diatas meja solek anak perempuan mak cik Lina yang juga merupakan roomates nyer. cantikk sungguh. dalam glob salji tersebut terpacak seekor anak beruang jantan memegang sebentuk bintang dan dihulurkan kepada anak beruang betina. dia menggapainya. lalu iman menterbalikkan glob itu supaya salji2nya turun menhujani anak-anak beruang itu. dia gembira meilhat kecantikkan glob salji itu. bibirnya terukir senyuman.
"haaa!! kau buat apa tu!!!," sergah Lela dari belakangnya.
"paaang!!!!!"
akibat terkejut, glob salji terlepas dari tangan iman. glob salji tersebut pecah berderai di atas lantai bilik mereka. salji-salji putih berselerak, anak beruang tercabut dari positionnya. Lela terkejut, dengan sekelip mata muka nyer berubah menjadi singa. iman ketakutan.
"maaf.. maaf.. maaf kak Lela. iman tak sengaja.. maaf.. maaf kak Lela," ujat Iman yang ketakutan.
"tak sengaja kau cakap? kau tahu tak ni benda paling aku sayang," tengking Lela sambil mendekati iman. riak wajah iman jelas kelihatan ketakutan.
"betul kak Lela. Iman tak sengaja, iman terkejut tadi.. maaf kak Lela," ujar iman dengan nada yang innocent.
"engkau! kalu setakat pandai mintak maaf jew.. baik xpayah.. aku nak kau bersihkan bilik aku, gantikan balik aku nyer glob salji tu!," tengking Lela dengnan seraya tangannya mencubit kuat lengan iman dengan kuat. iman menjerit kecil kesakitan. bukan kudratnya untuk berlawan dengan kakak yang umurnya sudah 20 tahun sedangkan umurnya baru 13 tahun. dia terima sahaja padahnya. Lela dengan geram mencengkap lengan Iman lalu menolak iman sehingga tersungkur di lantai berdekatan dengan glob salji tersebut.
"menyusahkan aku jew, sakit mata aku la hari-hari tengok kau.. dahlah menumpang.. buatlah cara menumpang, bersihkan kan semua," jerit Lela lalu meninggalkan Iman seorang diri dalam bilik. airmata iman menitis ke dua belah pipinya sambil tangannya dengan perlahan mengutip pecahan-pecahan kaca tersebut. lengannya terasa sangat sakit, ia kelihatan kemerahan dan ada sedikit calar akibat kuku panjang si Lela tadi. hati budaknya terluka dan air mata sahaja menemaninya. abangnya tiada dirumah menemani mak cik Lina menjual nasi di pasar malam setiap malam sabtu. dia sering kali di buli oleh Lela, anak tunggal mak ciknya itu apabila ketiadaan abangnya serta mak ciknya di rumah tersebut.
*********************************************************************************
"lina!!! ooo lina!!! lina!!! bukak pintu ni!"
"tukkkk..TUKKK.tukk," pintu diketuk dengan bertalu-talu.
jam menunjukkan pukul 3 pagi. ketukan pintu mengejutkan seisi rumah tersebut. mereka semua terjaga dan keluar ke ruang tamu mahu melihat siapakah gerangannya. mak cik Lina dengan cepat membuka pintu rumahnya. kelihatan susuk tubuh lelaki yang kusut masai berdiri di depan pintu rumah dengan wajah yang bengis. matanya lebam, baju yang dipakainya terkoyak, rambutnya tidak terurus. lelaki tersebut terus melangkah masuk. lalu dimenolak isterinya ketepi.
"aku nak duit!! aku nak duit!!," jerit lelaki itu lalu memasuki kamar beradu mereka. mak cik berlari-lari anak mendapatkan suaminya itu. sudah 4 bulan lelaki itu menghilang tanpa berita. puas dia mencari melalui kenalan-kenalan suaminya, tapi tiada siapa yang tahu di mana suaminya berada. suaminya berperangai buruk, suka berjudi, minum air kencing syaitan.. sudah puas dia menasihatinya, namun dia tetap dengan keras kepalanya. sebagai balasan. tali pinggang akan singgah di badannya. sekarang, dialah yang menyara keluarganya, nak harapkan suaminya memang tak berasaplah dapur mereka. biarpun begitu, lelaki tersebut tetap suami selagi dia masih bergelar isterinya. dia tetap sayangkan suaminya, isteri mana yang tidak risau apabila suaminya menghilang tanpa berita. dia hanya mampu berdoa kepada Allah agar dibuka pintu hati suaminya untuk berubah.
"abang? abang pergi mana, sekarang baru balik?," tanya Mak cik Lina. namun tidak dijawab oleh suaminya. suaminya menjumpai purse isterinya. dia mengeluarkan beberapa not wang ringgit rm 50 dari purse tersebut.
" abang jangan la macam ni. ni duit sewa untuk bulan, abang janganlah!," ujar mak cik Lina yang cuba berusaha merampas di tangan suaminya, namun tangannnya di tepis dengan mudah.
"rm 450 jew. ni mana cukup.. aku nak duit!! mana kau letak duit kau??," tanya suaminya yang seperti hilang akal lalu menarik rambut mak cik Lina.
"sakit abang, sakit," ronta Mak cik Lina minta dilepaskan.
"aku tanya ni, mana kau letak duit kau?," tengking suaminya sambil mengheret rambunt isterinya keluar ke ruang tamu. aksi suami isteri tu ditonton oleh iman, imtiyaz dan lela. mereka tidak mampu melakukan apa-apa. masing-masing dalam ketakutan. imtiyaz terus memegang tangan iman, dan suruh adiknya berdir dibelakangnya.
"saya takde duit abang. duit saya semua abang dah amek,.. sakit abang..," rayu Mak cik lina.
"kau jangan nak menipu aku, cakap! mana kau letak duit kau!!!," jeritnye sambil tangan kanannya singgap di pipi mak cik lina. mereka semua terkejut. suaminya seperti orang gila yang sudah tidak boleh berpikir waras. mak cik lina dipukul bertalu-talu di muka dan di perut. imtiyaz tidak sampai melihat mak ciknya diperlakukan begitu.
"pak cik! pak cik!. dah pak cik!," imtiyaz cuba menghalang dengan menarik badan lelaki tersebut. namun kudrat nya tidak mampu melawan lelaki 2 kali ganda besar saiz badannya berbanding dengannya. imtiyaz tidak menyerah kalah. Lela turut membantu menyelamatkan ibunya. lela memeluk ibunya yang sudah terkulai di atas lantai.
"pak cik!! jangan!!," imtiyaz cuba menghalang namun dengan satu tolakan dari lelaki tersebut membuatnyer tersungkut ke lantai.
"eh, kau memang nak cari nahas ea dengan aku!!," lelaki itu rimas dan geram dengan perbuatan imtiyaz yang mencampur tangan dalam urusannya. lelaki itu menncapai kolar baju imtiyaz, dan satu tumbukan padu singgah di muka imtiyaz. kepala imtiyaz berpusing-pusing. satu tumbukan sahaja sudah cukup membuat mata imtiyaz berpinar sebentar.
"abang!!," jerit Iman dalam ketakutan.
satu lagi tumbukan singgah di perut imtiyaz. imtiyaz meraung kesakitan. mak cik lina yang masih lagi lemah, cuba bangun menghalang anak saudaranya dari dipukul. Lela membantu ibunya bangun berdiri. Iman menangis, dia menutup matanya dengan kedua tapak tangannya. dia tidak sanggup melihat abangnya diperlakukan begitu. dia ketakutan, menggigil.
"abang!! jangan pukul budak tu.. kalu abang nak pukul. pukul saya saja, pukul saya saja," rayu Mak cik Lina dengan linangan air mata. dia menarik-narik tangan suaminya. lelaki tersebut sekali lagi menolak isterinya dan terduduk di lantai. tiba-tiba mata lelaki itu terpandang pada iman. di leher iman terdapat seutas rantai emas pendek milik arwah ibunya. dengan pantas lelaki itu menuju ke arah iman. iman ketakutan dan air mata mengalir laju. iman mengundur ke belakang. langkah kakinya terlampau kecil jika mahu dibandingkan dengan langkah kaki lelaki tersebut. lelaki tersebut memegang rantai emas di leher iman sambil tersenyum. dia mahu merampasnya, namun iman cuba mempertahankannya. itulah satu2 peninggalan arwah ibu mereka. pipi putih iman ditampar sekuat mungkin. budak perempuan itu sudah tidak terdaya. imtiyaz bangkit dalam keadaan lemah cuba melindungi adiknya itu. akibatnya imtiyaz ditendang dan tersungkur, dia bangkit sekali lagi melindungi adiknya.mak cik lina dan lela turut membantu mereka.tapi mereka gagal. kekuatan lelaki tersebut tak dapat mereka tandingi. iman di pukul bertubi-tubi, terkulai lemah. rantai di leher adiknya berjaya dirampas. imtiyaz dengan pantas memeluk adik perempuannya dan membiarkan belakangnya ditendang tanpa keperikmanusiaan. iman memeluk erat badan adiknya. air mata lelakinya mengalir ke pipinya menahan kesakitan. iman dapat melihat jelas wajah abang nya menahan kesakitan. hatinya remuk dan tidak sanggup melihat, air mata merembes ke pipinya. lalu dipejamkan matanya dan membenamkn kepalanya di dada abangnya.
"duuuushh!,"
mak cik lina memukul dengan pasu bunga. lelaki itu pengsan dan tidak sedarkan diri. lela dan mak cik Lina terus menolong imtiyaz dan iman. tanpa berpikir panjang, mak cik lina mengemas barang iman dan imtiyaz, dan memberi rm 250 dari tempai simpanan rahsianya kepada imtiyaz. rantai emas arwah ibu mereka juga diberikan kepada iman.
"imtiyaz. cepat kamu bawak adik kamu kelaur dari rumah," itu lah jalan yang dapat difikirkan oleh mak cik lina ketika itu.
di luar pagar, rumah mak cik lina kebingungan. dia seolah-olah tidak pasti dengan keputusannya. tapi dengan keadaan sebegini, dia tidak mampu melindungi mereka lagi. mak cik lina mencium dahi iman dan mengalir air matanya.
"maafkan mak cik sayang. mak cik tak boleh melindungi kamu berdua. naik bas, balik ganu cari pak Limat, dia akan bantu kamu," ujar mak cik Lina berlinangan air mata.
imtiyaz dan iman juga mengalirkan air mata. iman memapah abangnya berjalan. mak cik Lina hanya melihat kelibat dua budak itu hilang di sebalik kabus pagi. jam menunjukkan pukul 4.15 pagi, dua anak yatim berjalan kaki dalam kesakitan mencari tempat perlindungan. iman memegang erat lengan abangnya. tak mungkin dia melepaskannya. air matanya mengalir.
No comments:
Post a Comment