~~ketawa bersama~~
~~menangis bersama~~
~~ku bersumpah harap kita~~
~~mati pun bersama~~
Caller tone telefon bimbit iman mengejutnya dari lamunan. dia meletakkan bingkai gambar tersebut ke atas mejanya. lalu tangannya mencapai telefon bimbitnya yang berada berdekatan. di paparan skrin telefon bimbitnya terpapar nama 'my fiance', seraya jarinya menekan butang hijau pada badan telefon bimbitnya.
"Waalaikummussalam Mie," jawab Iman kepada tunangnya. dia tersenyum. Azmi Ikhwan, tunangnya juga merupakan seorang physiotherapist di Hospital Sungai Buloh. sudah sebulan dia tidak bertemu dengan tunangnya kerana dia terpilih untuk mengikuti kursus pendek in paeds di United Kingdom. kini tunangnya sudah pulang ke Malaysia.
"Mie dah sampai Malaysia ke?,"tanyanya dengan gembira.
"aah.. mie baru mendarat 10 minit yang lalu. Buah hati mie ni sihat?,"tanya Azmi.
"sihat. ni mesti rindu iman kn? terus telefon iman ni," tanya Iman dengan gelak tawa.
"eh, giler tak rindu bakal isteri sendiri," balas Azmi dengan ketawa terbahak-bahak.
Iman terasa bahagia. baginya, Azmi adalah pelengkap hidupnya dengan abangnya. azmi juga rapat dengan abangnya mungkin juga kerana umur mereka yang sebaya.
"mm.. siapa amek mie kat airport tu?," tanya Iman.
" adik Lie yang amek. iman, kesihatan imtiyaz macam mane?," tunangnya bertanyakan khabar bakal abang iparnya.
"mmm.. seperti biasa Mie," iman terdiam.
"iman! petang nt mie datang seremban, nak jenguk Imtiyaz. lagipun mie dapat cuti 3 hari," ujar Azmi.
"aikk? jumpa abang je.. adik dia tak nak jumpa ke en.Azmi Ikhwan?," sakat Iman. dia tersengih.
" eh, giler tak jumpa.. mestilah jumpa. mie rindu iman jugak... hehe.. k la buah hatiku sayang, adik Lie dah sampai ni. petang nanti kite ketemu ea," ujar Azmi.
"orait boss.. hehe," seraya Iman membalas.
"jangan lupe makan taw."
"orait"
"jage diri"
"orait"
"jage solat"
"orait.. ye en.Azmi Ikhwan..hehe," balas Iman dengan gelak tawa. Azmi jugak turut ketawa, dia rindu mendengar suara tunangnya itu. Iman sangat arif dengan perangai tunangnya yang suka bergurau.
"dah la tu mie.. kesian Adik Lie tunggu tu, iman letak tefon ea," ujar Iman.
"yela.. yela..," Azmi bernada sedih. iman hanya tergelak halus.
"assalamualaikum mie," Iman menutup bicara mereka.
"waalaikumussalam".
iman letakkan telefon bimbitnya ke atas meja. dia tersenyum gembira. hatinya gembira melayan karenah dan songeh tunangnya itu.. beberapa saat kemudian, telefon bimbit nyer vibrate..
'brrrppp..brrpp..'
ada mesej masuk, lalu jari jemarinya menekan open message. mesej dari tunangnya.
"i miss u, my future wife.cant wait to see u =)"
bibir Iman tersenyum lebar. dia jugak turut mempunyai perasaan yang serupa. rindu akan bakal suaminya. mereka bakal diijabkabulkan 2 bulan dari sekarang.
"tukkk..tukk...tukk"
pintu biliknya diketuk. kelihatan bayangan Che Jun, PPK ( pembantu pegawai kesihatan) disebalik pintu tersebut. pintu biliknya dibuka.
"cik iman, patients dari wad 5B dah turun. ada dua orang," beritahu Che Jun kepada nya. bulan ini che jun ditugaskan membantunya dalam merawat pesakit2 dari wad 5B, yang khusus untuk pesakit SCI (spinal cord injury)
"oh. ok. bed ticket mereka ada bawa turun sekali x?," tanya iman sambil berdiri mencapai kot putihnya yang tergantung di rak belakangnya.
"ada cik Iman. yang si Halim tu mintak tak nak exercises lah hari ni," mengadu che Jun. iman hanya tergelak halus. dia menggeleng-gelengkan kepala. dia kenal sangat dengan perangai si Halim tu, pesakit lamanya yang sangat malas when it comes to exercises. ada je alasan dia bagi.
"xpe.. xpe.. nanti saya tengok dia macam mana," kata iman lalu melangkah keluar dari biliknya. che jun hanya membontotinya masuk ke dalam gym. kelihatan kelibat dua orang pesakitnya di atas kerusi roda yang sentiasa tersenyum. kadang kala dia kagum dengan semangat pesakit-pesakit, biarpun kebanyakkan mereka paraplegia (lumpuh paras pinggang ke bawah), mereka tetap tersenyum meneruskan kehidupan. mereka selalu berfikiran positif dan redha dengan ketentuan Illahi. dari jauh, iman membalas senyuman mereka.
No comments:
Post a Comment