bunga

lagu

Wednesday, January 9, 2013

cERPen 3 : ikATAn KAsiH (pARt 1)

angin malam yang sejuk lagi dingin menyapa pipi Iman. Iman berpeluk tubuh kesejukan. ombak pantai jelas kedengaran di telinganya. jari jemari kakinya begitu asyik menguis-nguis pasir pantai. dia terasa tenang dan damai. Di pasir pantai ini lah dia membesar, bermain dengan kawan-kawan sebayanya. tempat ini sudah sebati dengan kehidupannya. matanya memandang jauh ke laut. hatinya terasa sayu. sedih mahu meninggalkan tempat ini yang penuh dengan memori terindah buatnya. 13 tahun bukanlah jangka hayat yang lama namun terdapat seribu kenangan yang tak mungkin dia lupakan. dia akan merindui kawan-kawannya sepermainannya. dia akan merindui bunyi hon motosikal abang Indon yang jual ais krim potong sedap. dia juga akan merindui Mak Lemah yang jual keropok lekor sedap, setiap petang dia dan abangnya tidak pernah 'miss' beli keropok lekor kedai Mak Lemah. itu lah kedai keropok lekor paling sedap di Kampung Marang, Terengganu ni. rugi rasanya kalu sehari tidak membelinya dan menikmatinya sambil menghirup angin pantai pada waktu waktu petang. dia akan merinduinya semua ini. hatinya berat mahu meninggalkan tempat ni. matanya bergenang air mata. dengan perlahan, bibirnya berbisik," ibu.. ayah.. iman rindu ibu ayah"...

air matanya mengalir dipipi gebunya. jari jemarinya menyeka air mata yang berharga itu. Iman cuba menahan sebak di hatinya. dia mengalihkan pandangan ke langit. langit malam yang gelap sangat cantik dihiasi dengan kerlipan bintang bintang yang sentiasa sudi menemani malam. dia menggamati keindahan langit bersama hiasannya.

"Adik!". Iman menoleh kebelakang apabila bahunya dicuit oleh seseorang. suara tersebut amat dikenalinya. dia menghadiahkan senyuman apabila mata mereka bertentangan. Imtiyaz duduk dan melabuhkan punggungnya di sebelah adik kandungnya itu dan sekarang ini budak perempuan itulah satu-satunya ahli keluarganya yang masih ada bersamanya. jarak umur mereka hanya 3 tahun, Imtiyaz berumur 16 tahun manakala Iman berumur 13 tahun. walaupun umur mereka masih mentah namun hati mereka sangat tabah, menerima segala ketentuan Illahi. hanya Allah sahaja yang mengetahui keperitan dan kesedihan mereka, kehilangan orang yang tersayang dalam usia yang muda. usianya yang masih memerlukan perlindungan, memerlukan kasih sayang dari ibu dan bapa dan masih memerlukan tempat untuk bermanja dan bercerita tentang keseronokan persekolahan serta kawan-kawan mereka. namun mereka redha dan tabah menerimanya seadanya, Allah SWT lebih menyayangi ibu mereka. imtiyaz juga sudah berjanji dengan ibunya akan menjaga adiknya lebih dari nyawa sendiri. dengan usianya berumur 16 tahun, dia sedia memikul tanggungjawabnya menjaga dan membahagiakan adiknya. adiknya seorang yang manja,lembut dan suka ketawa. namun sejak kehilangan ibu mereka, imtiyaz perasan Iman menjadi sedikit pendiam, mungkin masih teringat akan arwah. dia tidak menafikan hati dan pikirannya juga begitu, namun dia perlu kuat untuk berhadapan dengan adiknya.


"apa yang adik tengok ni?," tanya Imtiyaz sambil mendongak ke langit. cantik sungguh ciptaan Allah SWT. langit yang gelap di terangi dengan cahaya putih kerlipan bintang-bintang.

"tu haa.. cantik kan bintang tu abang?," ujar Iman sambil menunjukkan jarinya kearah bintang yang paling terang antara berjuta-juta bintang di langit. mata Imtiyaz mencari bintang yang ditunjukkan oleh adiknya.

"aah.. cantiknya, bintang tu paling terang," ujarnya.

"cantik macam adikkan?,"ujar Iman kepada abangnya sambil tersengih.

"eh, perasanlah adik ni. ada orang cakap adik cantik ke?. abang tengok macam muka mak cik jual budu adalah" jawab Imtiyaz sambil ketawa terbahak-bahak, dia sangat suka menyakat adiknya. namun gurauannya
tidak dilayan oleh adiknya. Iman diam seribu bahasa.

"kenapa ni adik?," tanya Imtiyaz kehairanan. mata Iman yang sedang melihat bintang, dilarikan ke pasir pantai, kepalanya tertunduk. 

"ibu selalu cakap adik cantik seperti bintang, penyeri dalam hidup ibu," ujar Iman perlahan namun setiap tutur katanya dapat ditangkap oleh abangnya. Iman menahan sebak. Imtiyaz turut merasai kesedihan seperti adiknya, dia juga merindui ibunya.

"adik.. sabarlah adik..kalau adik rindu sangat kat ibu, adik sedekahkanlah alfatihan untuk ibu.. moge ibu tenang disana.. abang pun rindukan ibu," ujar Imtiyaz lembut. Iman hanya mengangguk-angguk kepalanya yang masih tertunduk. seketika kemudian, dia mengangkat kepalanya dan menghadap abangnya.

"abang? adik takutlah. macam mana kalau adik ibu tu tak nak pelihara kita?," tanya Iman. mereka tidak pernah berjumpa dengan kakak ibu mereka yang juga merupakan mak saudara mereka, yang hanya mengenali namanya sebagai Erlina dan menetep di Kuala Lumpur.

"adik janganlah takut. Pak Limat dah telefon dah Mak cik Lina tu. dia cakap dia terima kita. lagipun sebelum ibu pergi, arwah ibu dah tepon Mak Cik Lina," jawab Imtiyaz. Pak Limat tiada  pertalian darah dengan mereka, namun atas nama ketua kampung dengan juga perasaan belas kasihan terhadap dua anak yatim ni, dia menawarkan diri akan menghantar mereka malam ni ke Kuala Lumpur, rumah mak saudara mereka.

"tapi abang, kenapa Mak Cik Lina tak pernah balik kampung, tengok arwah ibu masa ibu sakit dulu?" pelbagai soalan bermain di otak anak kecil itu. 

"entahlah adik. abang pun tak tahu. arwah ibu pun tak pernah cerita kat abang," ujar Imtiyaz yang juga kehairanan. mereka terdiam seketika memikirnya kehidupannya yang bakal mereka tempuhi.

"Imtiyaz!!!!". kedengaran suara Pak Limat memanggil nama abangnya.
" Imtiyaz!! panggil adik kamu tu, bolehlah kita bertolak sekarang," jerit Pak Limat yang beberapa di pintu keretanya yang jarak 10 langkah dari mereka.

"yaa.. kejap Pak Limat," jawab Imtiyaz lalu dia bingkas berdiri. Iman masih lagi terduduk.

"adik! jom lah,"ajak Imtiyaz. namun Iman hanya mendiamkan diri. dia berasa berat meninggal kampung halamannya. Imtiyaz tahu adiknya sedih dan takut meninggalkan tempat ini, begitu dirinya, namun mereka perlu meneruskan kehidupan mereka seperti mana mereka sudah berjanji dengan ibunya. imtiyaz tersenyum.

dia menghulur kan tangan kepada adiknya, "adik, janganlah takut. selagi abang ada bersama dengan adik, abang akan lindungi adik, adik tak akan keseorangan. tapi kalau abang keseorangan, abang akan lemah, adik mesti ada disisi abang."

mata mereka bertentangan. seperti telepathy,Iman juga merasainya juga dan dia mengangguk kepalanya. dia tidak akan meninggalkan abangnya juga. dalam dunia ini, dia hanya punyai abangnya, Imtiyaz. Iman menyambut tangan abangnya lalu berdiri. dia tersenyum kepada abangnya. abangnya memimpinnya ke kereta. tepat pukul 9.30 malam, mereka berangkat ke Kuala Lumpur.



No comments:

Post a Comment