bunga

lagu

Tuesday, June 30, 2015

cerpen 6: AWk.. yANg saYA PILih (pARt 2)


‘Hasya! Kau ni dah kenapa? Aku tengok kau asyik duk tilik jew phone kau tu?,’ tanya sahabat karibnya, Zara.
Hasya mencebik sambil memandang phonenya. Lalu dicampaknya phone tersebut ke atas katil.
‘ Bencilah..,’ ujarnya perlahan namun cukup didengari oleh Zara. Hasya Tasnim melabuhkan badannya ke atas katilnya.
‘Kau ni dah kenapa Hasya? Nape? ,’ tanya Zara. Hasya Tasnim hanya menggelengkan kepalanya lalu menutup mukanya dengan patung ‘ELMO’ yang berbulu merah.
‘ haish pelik la aku dengan kau ni. Ke kau ad masalah dengan Fathi ni?,’ duga Zara lagi.
Hasya Tasnim hanya mengangguk kepalanya disebalik patung ‘ELMO’ tersebut. Dia masih terdiam.
‘ Kau ni Hasya, buat apa kau nak serabutkan kepala. Call je la dia, bincang dengan dia, selesai masalah,’ cadang Zara.
‘ Tak nakkk!!,’ jawab Hasya pendek. Zara  mengeluh. Sudah dua minggu sahabatnya berkelakuan sedemikian yang sememangnya mengganggu penglihatanya.  Dia turut tidak senang melihat keadaan Hasya Tasnim yang tidak keruan hanya kerana seorang lelaki.
‘ kalau kau tak nak.. sampai kesudah masalah kau ni tak selesai cik Hasya oii.. entah-entah si Fathi tu elok je kat sana. Kau je tak keruan mcm ni,’ ujar Zara. Hasya Tasnim bangun memilih untuk duduk dihujung katil berhadapan sahabatnya.
‘tak nak lah. Takkan lah aku nak call dia dulu. Aku cuma.. terkilan dengan Fathi tu. Takkan la dia nak putus persahabatan kami semata-mata aku tolak lamaran dia.  Sejak aku bagitahu dia jawapan aku dua minggu, dia langsung x contact aku taw,’ balas Hasya sambil menundukkan kepalanya. Zara hanya memerhati gerak geri sahabatnya itu.
‘Dia kata dia akan terima apa pon jawapan aku,’ ujar Hasya lagi, suaranya semakin kedengaran perlahan.
‘weyh, kau nangis ke ?,’ tanya Zara lalu bangun dari kerusinya dan melabuhkan punggungnya disebelah Hasya.
‘ eh, tak la!,’ jawab Hasya lalu menegakkan badannya dan menyelak rambuntnya yang menutupi matanya. Dia menarik nafas dalam. Zara memeluk bahunya dari sisi.
‘ Hasya, aku rasa kau dah mula sayangkan Fathi. Kalau bukan kerana sayang, kau tak kan macam ni. Kenapa kau tolak dia?,’ ujar Zara lembut. Hasya tasnim terdiam sebentar. Dia sendiri keliru dengan perasaannya.
‘zara, aku dah bagitahu kau kan. aku rasa aku tak ready lagi. Aku takut. Aku dah buat istikharah, tapi aku tak jumpa jawapan itu, hati aku makin gelisah memikirkan lamaran dia, hati aku jadi takut. Aku fikir dengan aku menolak lamaran dia, hati aku jadi tenang. Tapi lain pulak jadinya, hati aku lagi gelisah,’ ngadu Hasya kepada sahabatnya. Nadanya kedengaran  penuh kesal dan sebak.  
‘sabarlah Hasya. Kadang2 jawapan tu kita tak dapat terus dari tuhan, mungkin juga memakan masa,tapi jawapan tu datang tidak secepat seminit mahupun lewat seminit. kau kena istiqomah dalam masa yang sama, kau juga kena perbaiki diri, dekatkn diri dengan tuhan,’ ujar Zara kepada Hasya dengan tenang.
‘ zara, tapi aku tak suka la macam ni. Aku terasa lemah sangat sekarang semata mata kerana lelaki. I hate that kind of feeling. Hati aku tak tenang,’ adu Hasya dengan nada sebak.
‘hasya, jangan la macam ni. Hasya yang aku kenal tough orangnya. Jangan kerana lelaki kau jadi mcm ni. Aku tahu hati kau susah nak berikan sayang kepada orang. Once kau dah sayang orang tu, u’ll truly love him. Aku tahu tu. Tapi kau kena ingat Hasya.. ketenangan itu pada tuhan, bukan pada Fathi.. sabarlah, doa banyak2 kat tuhan..kalau betol Fathi jodoh kau, tuhan akan ketemukan korang berdua bila tiba masanya.. hanya Dia tahu apa yang terbaik untuk kau, untuk Fathi,’ pujuk Zara sambil memeluk erat bahu sahabatnya itu. Hasya tasnim hanya  mengangguk kepalanya, matanya memandang bawah ke lantai.

*********************************************************************************
‘sayang!’
Hasya Tasnim tersentak dari lamunan. Dia memandang wajah lelaki disebelahnya.
‘ haish sayang ni.. jauh benor mengelamun. Ingat kat siapa ni? Abang kat sebelah awk je. Ke awk ada orang lain ni?? Bagitahu sekarang,’ gurau suaminya sambil menunjukkan jari telunjuknya kearah Hasya. Suaminya tersenyum manis. Dia menolak lembut jari suaminya yang dihadapan mukanya.
‘ Ada!,’ balas Hasya pendek sambil tersenyum. Si lelaki tersebut terkejut dengan jawapan isterinya. Raut wajahnya yang manis berubah kelat. Lelaki itu terdiam.
‘lelaki itu sangat special buat saya. Dialah lelaki yang mengajar sayang apa itu rindu, apa itu sayang.. dan saya sayang dia kerana Allah.. saya harap  dia pon sayang saya kerana Allah,’ ulas Hasya Tasnim sambil tersenyum. Suaminya  masih terdiam. Hanya kedengaran bunyi ombak yang menghempas pantai dan burung burung berkicauan yang langit biru.
‘Hasya masih sayangkan dia?,’ tanya si lelaki tersebut.
‘ sayang!.. malah sekarang bertambah sayang,’ jawab Hasya pendek yang sememangnya menimbulkan kegelisahan dihati sang suami.
‘habis tu. kenapa Hasya terima pinangan saya? Ke saya jadi penghalang cinta awk?,’ tanya si lelaki tu lagi. Otaknya menimbulkan pelbagai persoalan yang sememangnya mengundang gundah dihatinya.
Hasya tasnim menahan gelak. Geli hatinya meilhat gelagat suaminya yang kelihatan serius dan perasaan ingin tahu yang membuak.
‘sebab awk.. yang saya pilih,’ jawab Hasya Tasnim lalu letakkan tapak tangannya di dada suaminya. Raut wajah suaminya bertukar, dia kebingungan. Hasya tasnim tergelak kecil.
‘encik fathi hakimi!,’ ujar isterinya. Fathi Hakimi memberi reaksi mengangkat keningnya kepada isterinya.
‘ awk lah orang.. saya sayang awk,’ ujar isterinya perlahan sambil memandang matanya. Sekarang baru dia mengerti. Dia menghadiahkan senyuman kepada isterinya. Dia memegang kedua dua tangan isterinya.
‘ apa dia sayang? Abang tak dengar la yang part last tu?,’ tanya fathi hakimi kepada isterinya, Hasya Tasnim. Sudah seminggu mereka bergelar suami isteri.
‘alaa abang ni.. malas la saya nak ulang, ni siaran berbayar tau,’ balas hasya sambil menarik kedua dua tangannya dalam genggaman suaminya.
‘ala sayang please.. sekali je.. sekali je,’ pujuk Fathi.
‘tak de tak de.. ,’ balas hasya, lalu memusingkan badannya, berjalan meninggalkan suaminya.
‘ sayang! Sayang!,’ Fathi memanggil isterinya yang sudah beberapa langkah meninggalkannya.  Namun panggilannya hanya dia jawab dengan isyarat lambaian selamat tinggal dari isterinya dari belakang.
Fathi hakimi tersenyum bahagia melihat gelagat isterinya. Dia berlari anak mengejar isterinya.
‘tuhan, syukur padaMu atas pinjaman ni.. aku  sayangnya keranaMu, takkan aku per sia-siakannya,’, getus hati Fathi Hakimi. Dia terasa bahagia. Penantian dan kesabarannya membuahkan hasil.
-THE END-

Monday, June 22, 2015

cerPen 6: AWak.. yaNG saYA piLiH (part 1)


‘ sayang!’
Pantas aku menoleh kebelakang dan menghadiahkan senyuman kepadanya.  Dia berdiri sebelahku.  Mataku tepat memandang matahari yang bakal melabuhkan tirainya, ombak pantai yang lembut menghempas  pantai menjadi halwa telingaku, angin yang sepoi-sepoi bahasa menyapa kulitku. Nyaman sungguh. Cantik sungguh ciptaan Sang Pencipta.
Dia memegang tangan ku, jari jemarinya hangat bertaut dengan jemariku.  Aku menoleh kearahnya. Senyumannya masih tidak lekang di bibirnya dan matanya tenang memandang laut terbentang dihadapan kami. Mungkin kami sedang menikmati matahari yang sama, ombak pantai yang sama, angin senja yang sama bahkan fikiran yang sama. Bibirku tersenyum jua.
‘tuhan, syukur padaMu.. ku bahagia’, getus hatiku.
********************************************************************************

‘ ma.. sudah sudah la tu,’ ujarku sambil menyambung suapan mee goreng ke dalam mulutku.
‘ apa yang sudahnya? Betul la apa ma cakap ni.. anak kawan ma yang sebaya Hasya semua dah kawen, dah ad anak dah pun,’ balas Mak cik Jidah kepada anak perempuan bongsunya.
‘ abah.. Hasya ni tua sangat ke?,’ tanya Hasya Tasnim kepada ayahnya yang sedang menghirup Nescafe panas di tangannya.
‘27.. tak de lah tua sangat,’ jawab Pakcik Halim tenang.
‘ haa see ma.. abah pon cakap tak tua. Buat apa nak tergesa-gesa ada jodoh adalah,’ tutur Hasya yang gembira dengan jawapan ayahnya. Makcik Jidah mengerling kearah suaminya yang tenang menikmati santapan pagi mereka.
‘ Hasya tanya abah.. memanglah.. abah Hasya ni, semua yang Hasya cakap semuanya betul,’ balas Makcik Jidah yang tidak mahu mengalah.
‘ ye la ma.. kan Hasya dah bagitahu.. birthday Hasya yang ke 27, kalau ma nak carikan pon.. carilah.. Hasya bagi green light!,’ ujarnya sambil membawa pinggannya ke sinki.
‘ betul ni?? Hasya terima je pilihan ma abah?,’ tanya Makcik Jidah  kepada anaknya.
‘haish.. betul la ma.. tapi carilah yang elok2 sikit, yang boleh jadi suami Hasya, jangan main amek je,’ pesan Hasya yang sudah malas melayan pertanyaan maknya.
‘haishh Hasya ni.. tak kan la ma main amek je.. ingat semua orang boleh jadi menantu ma ke.. insan terpilih je tau,’ balas makcik Jidah sambil tersenyum gembira.
‘ ye la ma,’ balas Hasya malas  yang terus hilang disebalik dinding yang memisahkan ruang makan dengan ruang tamu mereka.
‘ seronok awk.. Hasya dah bagi green light,’ usik Pakcik Halim kepada isterinya.
‘ eh.. mestilah.. bukan senang, dia dah la degil macam abang,’ balasnya sambil tersenyum lebar. Makcik Jidah berasa sangat gembira. Dia sudah tidak sabar melihat anak prempuannya, Hasya Tasnim berumahtangga dan mempunyai keluarga sendiri.
lagi 5 bulan birthday Hasya,’ Makcik Jidah bermonolog dalam hatinya sambil tersenyum.

*******************************************************************************
Semua yang berlaku dalam masa yang singkat. Malam ini selepas waktu Isyak aku bakal diijabkabul dengan tunangku.  2 bulan kami bertunang tapi bagaikan semalam jari ini baru disarungkan cincin oleh ibunya.  Aku memandang cincin dijari manisku. Dengan pantas jari jemari kiriku bermain dengan batu permata cincin yang tersarung di jari kananku. Otakku menerjah jauh kedalam kotak memori lama.
‘Assalamualaikum,’ Fathi Hakimi memulakan bicara.
‘Waalaikummussalam. Haa awk.. ada apa call ni?,’ Jawab Hasya Tasnim selamba.
‘Saja.. lama tak dengar suara awk, rindu..,’ jawab Fathi tenang. Tapi jawapannya hanya diterima dengan gelak kecil Hasya.
‘ Poyo la awk ni..,’balas Hasya.
‘ eh, budak ni.. tak caya pulak.. betul la,’ Fathi cuba meyakinkan Hasya. Hasya terdiam.
‘awk tak keje ke hari ni?,’ Hasya cuba mengalih perhatian Fathi kepada pertanyaannya.
‘ tukar topic la tu.. suka sangat ngelat..,’ gelak Fathi. Hasya hanya terdiam. Sejujurnya dia tidak selesa Fathi Hakimi berbicara sedemikian. Entah kenapa.
‘ awk.. bila abes belajar?,’tanya Fathi tenang.
‘inshaAllah.. lagi 3 bulan.. why?,’ tanya Hasya Tasnim.
‘sy ingat nak masuk minang awk selepas awk abes belajar ni,’ kata Fathi Hakimi sambil tergelak kecil menyembunyikan perasaan gemuruhnya.a
‘haish mamat ni.. dari tadi main-main ea..,’ balas Hasya geram. Fathi Hakimi, lelaki yang suka mengusiknya dari hari perkenalan mereka hinggalah kini.
‘mana ad main2.. bak sini nombor phone abah awk..,’ ujarnya.
‘mm.. abah saya tak pakai handphone.. selalu dia call sy guna public phone,’ gelak Hasya Tasnim, puas dapat kenakan Fathi.
‘oo..old fashioned nyer bakal abah mertua saya,’perli Fathi. Masih kedengaran gelak tawa Hasya Tasnim di corong-corong handphonenya. Dia tersenyum.
‘eh.. biasalah old-fashioned is the best.. awk apa tahu?,’ balas Hasya.
‘ ok la.. kalau macam tu, bak sini alamat rumah awak.  Saya nak jumpe dengan abah awak,’ minta Fathi.
‘mm.. xyah susah2 datang rumah saya.. awk tahu kn kat mana masjid Al-Qariah tu.. awk pergi la solat lima waktu kat masjid tu.. confirm jumpa abah saya,’ gelak Hasya lagi.
‘haish budak ni.. hasya.. memang jemaah masjid tu abah awk seorang je,’ balas Fathi geram.
‘nakal, nasib baik bukan bini aku lagi, kalau tak bengkak kepala dia aku ketuk,’ getus hati Fathi sambil tersenyum. Hasya Tasnim masih tergelak.
‘ mana la saya nak tahu mana satu abah awk, main-main la awk ni,’ tutur Fathi lagi.
‘awk la yang mula dulu, padan muka! Sapa suruh?,’ gelak Hasya. Fathi terdiam di talian. Hasya berhenti ketawa, khuatir dia ter’over pulak.
‘ Hasya Tasnim binti Halim..?,’ bicara Fathi. Hasya terdiam menanti tutur kata seterusnya dari Fathi.
‘Hasya Tasnim binti Halim.. sy mahu jadikan awk ibu kepada anak saya, penyeri hidup saya..sy ikhlas mahu jadikan awk isteri saya,’ tutur Fathi sekala nafas. Nadanya serius tetapi sedikit gemuruh. Hasya terdiam.
‘ Hasya? Awk dengar tak ni? Saya serius ni,’ Fathi cuba menyakinkannya.
‘ rrrr.. saya tak tahu apa harus sy respond.. sy nak cakap apa?,’ Hasya sudah mula gelabah. Reaksi Hasya disambut dengan gelak tawa Fathi.  Ada orang yang lagi gemuruh dan cuak dari dirinya.
‘ senang je.. either yes or no..,’ jawab Fathi dengal gelak tawa.
‘haish.. kawen ni bukan boleh buat main2.. awk ni biar betul, awk bukan kenal saya sangat pun,’ curiga Hasya.
‘ sebab nak kenal awk lagi dalam la.. saya nak kawen dengan awk.. tak pe la.. awk fikirkan dulu, buat solat isthikharah dulu,’ tutur Fathi tenang.
‘ awak dah buat ke?,’ tanya Hasya dalam keadaan teragak agak. Gelak tawa Fathi menyambut pertanyaan Hasya dihujung talian.
‘ saya suruh awk buat.. mesti lah saya dah buat.. awk x perlu takut.. buat dulu.. apa pon keputusan awk nanti saya terima,’ fathi cuba menyakinkan Hasya lagi.
Hasya Tasnim bagaikan tak percaya apa yang didengarinya. Fathi hakimi, lelaki yang baru dikenalinya dalam masa beberapa bulan, sudah mengajaknya bernikah.  Dirinya berasa cuak, gementar, keliru. Semuanya bercampur baur.

*********************************************************************************

**to be continue... 


Friday, June 19, 2015

the JOURNEY begins..

assalamualaikum..

alhamdulillah.. dah settle professional exam.. perghh!! cuak dia berganda ganda.. lgi cuak dri zaman professional exam diploma.. mase kuarantin terfikir jugak, nape lah aku sambung degree kalu aku sudah tahu  apa perasaan nyer hadapi pro exam.. jantung bagai nak kluar, tangan xyah cakap la.. meme sejuk la walaupun muka no expression.. haha.. tapi aku tahu, tuhan dah tempatkan aku di sini, pasti aku mampu hadapinya =).. whatever happens, wahai hati, plss remind me that Allah always loves me, never leaves me.. this time aku dapat high level stroke case with mdm aiman.. blurred gak la sekejap..
hoping that everything is going well.. aku nak lulus jeww.. it is more than enough.. huhu.. inshaAllah..
aku pon harap n doakan kawan2 aku lulus jugak.. amin..

jujurnya, alhamdulillah n syukur.. kawan aku dah bertudung sempena Ramadhan tahun ni.. moge beristiqomah dan tuhan mempermudahkan niat kau.. im happy for you, u always get our back.. =)
aku pakukan gmbar kite kat sini tapi gmbar dalam phone, usb xbwk pulok.. xpe la.. aku dah pakukan kat instagram aku.. haha
9 org pmpuan sewel, with different personalities and attitudes.. but still together.. inshaAllah, walaupun kite lepas ni sibuk dengan kehidupan masing2, lets keep in touch.. aku sayang korang sangat2.. <3.. =p
selalu doakan kejayaan and kegembiraan korang.. one day aku akan tgok balik video korang, konfem gelak tgok semua video korang ( especially man, noni and aina.. and ety.. nice rapping ety, tq ety buat kan lagu untuk persahabatan kite 10 org).. xsangka berbakat, ying pon kalah..haha..=)

makin dekat nak abes belajar, makin nervous lak nak menempuh hari mendatang..
aku tahu.. perjalanan aku baru jew nak bermula..
lepas ni.. i should start working..
kena cari kerja, p interview and such on..
sambung blajar ad dlm perancangan.. maybe in 2 @ 3 years lagi.. inshaAllah
tengok la mcm ne..

marriage?? mm.. umor 24 meme org cakap dah layak untuk kawen..
tapi aku xpernah terfikir pon nak kawen seawal itu.. haha
mgkin sebab meme mindset aku dari dulu, will get married only when i have job, my own car and ready..
mmm.. jodoh itu rahsia tuhan.. dan buat masa skrg.. belum jmpe yang meyakinkan lagi.. haha..
jadi malas nk fikir..

 i wanna be the new 'me'.. inshaAllah.. zmn uni bakal berlalu.. im going to the new phase in my life..
may Allah ease everything... segala susah payah air mata sebelum ni, mengajar aku untuk tempuh hari mendatang... jangan bergantung kepada manusia kerana ia selalu buat kite kecewa.. bergantunglah pada tuhan and never give up on Him..

btw, i wanna wish HAPPY HOLY MONTH.. SALAM RAMADHAN.. moge tahun ni lebih baik amalannya dari tahun sebelumnya..

'ya Tuhan, Kau berikanlah cintaMu kepadaku, jadikanlah org yang mencintaiMu, mencintai diri aku, jadikanlah aku mencintai setiap sesuatu yang membawa kepada kecintaanMu..amin..'


Monday, May 18, 2015

terDEtiK diHAti..

Assalamualaikum..

Kesungguhan seorang pesakit stroke sgt menyentuh hati aku..
Hidup nyer seorang diri.. On wheelchair..right side is totally no sensation.. Xboleh actively gerak pon.. Tggal di sungai lembing..yg memerlukan dua bas rapid untuk sapa ke hospital.. Trpikir juga mcm ne la dia berkerusi roda menaiki bas??..huhu
Aku kagum dgn semangatnya..
Tapi aku sedih mlihat keadaannya..jak kena stroke..bini n anak mnggalkan dia..huhu.. Hidup meme sedia susah.. Tp lagi perit bersendirian tanpa org yang trsayang.. Tabah sungguh!!..dia redha dgn apa yg berlaku..
Huhu...
Benar kata dia.. Pilih la teman hidup yang sanggup bersama susah senang...sy akan ingt nasihat pakcik..

**kadang2 benda yang kite nak ataw inginkan bukanlah terbaik untuk kita..sesungguhnya tuhan lah yg Maha Mengetahui.. Ya tuhan, jika ia terbaik tuk aku, permudahkanlah dan berilah hati aku kesabaran.. Jika ia bukan trbaik untuk aku, jauhkan la diriku, ajarlah aku redha...


Thursday, April 30, 2015

alWaYS remEMBer..

Assalamualaikum...

28/4/15.. Ayah su aku meninggal dunia...
Berita yang mengejut kami semua..
Mggu lps last aku jumpa dia sebelum aku gerak ke kuantan..
Pagi tu dia make sure kete pajero yg aku nk drive elok.. Dia susah payah letakkan set spanar n jack..in case tayar pncit tgh jalan..
Lepas tu ayah su nk gerak p keje.. Dalam keadaan kaki bgkak pon masih mahu bkerja.. Ayahsu siapa x knl.. Dia sgt rajin workaholic..passion trhdp kerjanya..
Masih ingt dlm otak aku.. Tangan nya mnggigil nak masuk kunci kereta.. Payah sungguh tp dia tetap mncuba.. Tp aku wisau melihatnya.. Trus ku mitk kunci dgnnya..bukakkan untuknya.. Aku offer untuk aku reversekn kete dia.. Dia tak nak..aku tahu ayah su seorang yg memang xnak susahkan org lain walaupun dia sakit.. Dia akan bertahan n growing stronger..tu la last aku salam tgn dia sebelum dia p kijo..
Ayah su adik ma.. Ma hnya dua bradik.. Jd meme kami semua rapat..
Semua org balik tgok arwah.. Yang jauh semua balik.. Aku sorang saja xbalik..huhu..
Aku bagai org gila telefon sana sini.. Buat pertama kali aku merayu bsungguh sungguh pd org..
Rules!! Rules!! ..
Xnafi hati aku sakit.. Sakit sgt..
Rules are bullshit!!..
Aku boleh jew buat kije gila..
Tapi aku taw nt aku buat ma susah hati..
first time in my life, aku ase mcm ni dgn manusia..im trying to be nice..huhu
I will remember all things u said.. Every single of it.. ya skrg kau di atas..
Ingt hidup ni mcm roda..
Harap suatu hari nt apabila aku brada di atas..aku xkn buat bnde yg sama..
The thing that i hate the most..
Always remember hanah..
Whoever u are in future..
How much money that u have..
How such great job that u have..
Always remember..
Be kind! Be nice..
First of all.. Plsss be humannn...


**kadang2 manusia trkepit dengan rules yang diciptakan oleh manusiĆ  sndr..=(
**harap kazen aku n maksu sabar..and more stronger..moge Allah ampuni segala salah silap ayahsu dan ditmptkn di kalangan org beriman..al fatihah
**aku mnangis sapa mata bengkak.. Tanda hatiku sakit..sabarlah hanah..

Friday, April 24, 2015

dALam piKIRAn..

Assalamualaikum..

Mmm..mlm td p teluk cempedak.. Ramai giler manusia..
Nak cari parking pon susah..
Ni la kali pertama aku jejak kaki kat sini..
Honestly, aku suka suasana mcm ni..
Sama mcm selalu ad kat otak aku..
Yela aku kn suke berangan dan menulis..
Ni antara perkara yg aku tringin nak buat bersama org yg aku syg..my future family..just small family..
Aku banyak memerhati.. Aku suka tgok si bapa melayan karenah anak.. Si ibu mengajar anak memberi wang, ataw sedekah kan... Td aku napak si ibu cina mengajar ank kcil beri wang kpd busker.. Pdhal dia bukan lyn pon lagu busker tu nyanyi.. Trdetik kt hati one day.. Aku pon nk biasakan ank aku mmberi.. Berkongsi sedikit harta tidak mnjadikn kite papa kedana pon.. Malah tuhan akan mlipat ganda..
Comey jew tgok laki bini n anak2 kcil duk tepi pntai waktu mlm..
Actually.. It is just a simple thing.. But for me, xperlu p tempat mahal2.. Xkisah kat mana pon..asalkan spend time together and we enjoy have each others..=)

Mmm.. Aku suke memerhati gelagat manusia.. Diam aku ad dua sbb jew..
Sama ad aku tak suka,thn marah..
Ataw otak aku ligat brfikirkan  senario di depan mataku..

Ad orang kata kadang2 perkara yg kita fikirkan tanpa diluahkan, kita anggap ia reality..
Tapi bile diluahkan.. Baru..kite sedar itu hanya mimpi.. Haha..
Then i guess ni semua la mimpi aku..ea??
Atau perlukah aku biarkan ia sekadar dlm pikiran?.. Haha



Tuesday, April 21, 2015

saBAR daLaM PeNAT..

Assalamualaikum..

dalam sekelip mata, kita boleh kehilangan orang yang kita sayang..
benda yang kita sayang.. xkisah la dri segi harta, duit mahupun kegembiraan mahupun cinta..
dan kite sedar semua tu beyond our control..
kerana semuanya milik tuhan.. semua yang kita dapat adalah pinjaman..
tiada yang kekal..
malah diri kita sndr.. hidup di dunia ni akan berakhir dgn kematian..
lepas kematian akan ad khidupan lagi, yang kekal..
khidupan yang didambakan oleh smua org tapi tak semua yang dapat..

ya, betul!.. sakit rasa nya kehilangan..
pedih rasanya,  kau takkan faham apa aku rasa!!
itulah la selalu ayat manusia keluarkan..
ya betul!!  manusia lain mana mgkin dapat rasa macam kita rasa..
walaupun event yang sama berlaku pada diri mereka..
belum tentu apa yang mereka rasa adalah sama..
Tapi definisi 'sama' tu ditafsiri oleh manusia..
Menurut aku..ia sama tapi mgkin x serupa..
itu uniknya sekeping daging bernama hati..
itu lah hebatnya kekuasaan Dia yang berikan nikmat perasaaan..
sedih kecewa juga nikmat..hikmah nya kite blajar dari kesilapan, make us to be a better person, kita tahu yang mana intan permata, yang mana kaca..
gembira pula sudah tentu la nikmat... hikmahnya mngajar kite untuk bersyukur..

tuhan tak jadikan manusia itu hidup bersendirian tapi berpasang-pasangan..
jelas manusia itu memerlukan manusia yang lain..
xperlu ramai cukup la yang setia dan menyayangi kita..
isteri, suami, family, saudara, sahabat..
bila kita ditimpa musibah, mereka ad disisi..
kadang2 kita ase kite kseorangan tapi kite tak sedar rahmat tuhan tu Dia dihantarkan seseorang kepada kite..
sayangnya Dia kat manusia ni..
tapi manusia boleh lagi alpa dan bongkak.. alah, sorang jew???
seorang lebih baik dari tiada, seorang yang menenangkan lebih baik dari seribu org yang menyerabutkan..

bile tuhan hantar ramai org disekeliling kita.,, yg baik, sudi membantu kita..
mereka ingin bersama tika kita susah.. mereka sering berkata..
' bersabarlah'.. 'bersabarlah'.. ' bersabarlah, mitak tuhan permudahkan'..
apa pula manusia mnjawab nya.. ' sabar, sabar, sabar!! sapa bila aku nak sabar?? tak nyelesaikan masalah pon!'..
hakikatnya.. manusia itu sering lupa dan leka..
seperti diri ini..
aku dan kau.. tiada beza..
kau pernah menangis.. aku pon pernah menangis..
kau pernah dibenci.. aku pon pernah dibenci
kau pernah khilangan.. aku pon pernah kehilangan..
kau pernah mmberontak... aku pon pernah mmberontak..
kau ase kepenatan teramat.. aku pernah merasa jua..
kau pernah rasa putus asa.. aku pernah merasa jua..
walaupun events yang trjadi antara aku dan kau berbeza..
dan mgkin intensity prasaan itu berbeza..mgkin kau lbih aku kurang.. tapi rasa itu tetap sama..
kerana yang sama.. aku dan kau punyai hati..

in the middle of being strong..
hanya Tuhan yang boleh menolong kita..tadahlah tangan.. luahkanlah dalam apa bahasa pon..
tetap Dia dengari..
Dialah yang sumber utama kekuatan.. Dialah yang mempermudahkan segala..
manusia sekeliling kita hanyalah teman kita untuk menjadikan kite lbih kuat..
untuk jadikan perjalanan hidup kite lbih indah.. lbih indah kerana adanya mereka disisi kita..
sayangnya Tuhan kat kita..
bila ase susah, ngadulah kat Dia..
bila senang, bersyukur la kat Dia..
iman tu naik dan turun..
akan ad masa kita rasa frust dan penattttttttttttttttttttttttttttttt sgt..
 pujuk la diri.. bersabarlah dalam penat..
kau jua manusia, ad tika lemahnya..sabarlah.. sabarlah...
carilah ketenangan hati dgn Dia..

** noted to myself. aku menulis kerana aku merasa. aku menulis kerana aku sering terlupa. aku menulis kerana airmata ini mengalir. lindungilah orang2 yang aku sayangi..
**smlm ayah sahabatku meninggal, al fatihah.. moge arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.. moge dia adik beradik kuat dan tabah.. sahabatku terasa penat.. 'bersabarlah dalam penat'.. itu saja mampu ku katakan..moge tuhan lindungi kalian.