bunga

lagu

Sunday, December 30, 2012

cERPen 2 : iF yoU ARe thE ONe (PaRT 5)..

sudah seminggu lebih Khalish mendiamkan diri semenjak pertemuan mereka di taman layang-layang di kepong. hati Isabella Lathifah sedih. cincin pinangan juga sudah dikembalikan. namun, Khalish tetap membisu.Keluarga Isabella Lathifah menerima apa saja keputusan anaknya. dia mengerti kenapa Khalish berdiam diri. dia sedar siapa dirinya. setiap lelaki mendambakan wanita solehah, wanita yang suci... namun, hati perempuannya terguris, mungkin sayang kepada Khalish sudah menetap didalam hatinya. air matanya mengalir. wajah Khalish yang terkejut mendengar pengakuan kisah silamnya masih segar diingatannya. Khalish seakan tidak percaya. he's speechless. perempuan yang didambakannya bukanlah sebaik dan sesuci yang dia sangkakan. ' Maafkan saya Khalish!,' bisik hatinya. namun hatinya juga terluka kerana jauh di sudut hatinya dia berharap Khalish dapat menerima dirinya seadanya..

"if you are the one.. you should accept me who i am.. if you are the one.. you should not run way.. if you are the one..you should... you should..you should...,"tangis Isabella Lathifah. Hatinya berasa sangat sakit kerana perasan sayang dan suka terhadap Khalish.

"Ya Allah, Kau kuatkanlah hati hambaMu ni," bisik hatinya. air matanya terus mengalir laju di pipinya.

*********************************************************************************

2 hari kemudian...
"husna? kita nak pergi mana ni?," tanya Isabella Lathifah lalu melangkah masuk ke dalam kereta.

"adalah.. aku ada surprise tuk kau.. ye lah, kawan aku seorang asyik monyok je lately, sakit mata kau tengok," seraya Husna menjawab lalu menghidupkan enijin kereta. Isabella Lathifah mencebik.

"mengada-ngada nyer kau.. kalau nak buat betul nak buat surprised tu, make sure la betul-betul surprised kan aku.. setakat belanja cendol Ali, belanja ais krim motor bunyi2 tu.. baik xpayah,"jawab Isabella Lathifah sambil bergurau.

"amboi! demand..,"mereka berdua tergelak halus. Husna memandu keretanya keluar dari halaman rumahnya. mereka menuju ke destinasi yang dirahsiakan oleh Husna.

mereka selamat tiba di restoran The Great Western Windmill.

"haa.. macam nilah baru surprised..high class!. hehe.. ," gelak Isabella Lathifah.

"materialistik punyer kawan.. hehe.. sabarlah.. ni baru intro.. belum yang utama lagi," ujar Husna. pelik pulak dipikirkan perangai si Husna hari ni. Isabella Lathifah hanya melayan karenah sahabatnya itu. mereka berdua melangkah masuk ke dalam restoran tu, dan mengambil meja di tepi cermin besar yang terlatak didinding kanan restoran. hiasan dalaman restoran ini sangat esklusif yang bertemakan white and black, wooden touch.

pelayan restoran menyambut kedatangan mereka. sebentar kemudian, pelayan restoran itu datang membawa 2 gelas chocolate smooth blended, dihidangkan kepada mereka.

"eh husna.. bila lak kita order minuman ni, order pon belum lagi haa?," tanya Isabella Lathifad kehairanan.
"kau janganlah risau, aku daa order daa semua nyer, kita datang makan jew," ujar Husna. raut wajah Isabella  Lathifah jelas menunjukkan kekeliruan dengna perangai sahabatnya hari ni.

" peliklah aku dengan kau hari ni, ko sihat x ni?," ujarnya sambil meletakkan tangannya ke dahi Husna. husna mengelak tangannya. dia tergelak halus.

"hais.. kau ni.. nama pun nak surprised, macam ni lah, haa.. ada lagi satu surprised..," Husna sibuk mencari kotak hadiah di sling beg nya. kotak segi empat yang dibaluti dengan  kertas hadiah berwarna merah hati diberikan kepadanya.

"apa ni pulak Husna?', tanyanya.

"ala.. bukak kalau nak tahu..," kata Husna sambil tersesnyum.. pelik betul si Husna. dia membuka kotak hadiah tersebut. Isabella Lathifah terkejut melihat Samsung Galaxy Tab 2.0 yang berwarna putih.

"untuk aku ke ni?," tanya seakan tidak percaya.
"yelah, untuk kau la," jawab Husna sambil tergelak melihat reaksi sahabatnya itu.

mata Isabella Lathifah masih tertumpu pada Tab tersebut.

"ifah! ada lagi satu surprised untuk kau.. ni main surprised la."
"apa dia lagi ni husna? ko ni ada aja.. pening pulak pale aku dengan perangai kau hari ni."
husna tergelak. kesian sahabatnya mesti banyak persoalan yang bersarang di otaknya.

"try kau bukak folder video, ada speech khusus tuk kau, untungla kau,"
"speech?? mengarutlah budak seorang.. nak wat speech speech bagai," bebel Isabella Lathifah namun diikutinya juga. dengan jarinya touch screen tab dan memilih video entitled for ISABELLA LATHIFAH..

Isabella Lathifah terkejut. dia terdiam. muka Khalish terpapar di screen tab yang baru dimilikinya. wajah yang sangat dirinduinya.

"Assalamualaikum Isabella Lathifah. saya memohon maaf atas  kebisuan saya dan sikap berdiam diri saya menyakitkan hati awak. bukan niat di hati membuat awak terluka. bukan niat di  hati mempermainkan perasaan awak. awak? saya bukan melarikan diri dari awak. tapi saya memerlukan masa untuk berfikir dan menerimanya..saya juga manusia biasa.. awk?saya ada buat solat istikharah..dan pilihan hati saya tetap awk.. saya yakin awak adalah jodoh..awak, siapa pon diri awak yang dulu, itu xpenting.. saya menerima awk seadanya. ya.. betul kata awak semua lelaki dambakan wanita solehah, bagi saya cukupla wanita yang ingin berubah menjadi solehah dan terbaik tuk saya.. awak pernah kata, awak pernah bersama lelaki lain dahulu, jadi biarlah saya lelaki yang terakhir bersama awak, jika dahulu awak pernah berpelukan dengan lelaki lain, jadi biarlah tubuh saya lelaki terakhir awak peluk.. Isabella Lathifah? saya perlukan awak..sudikah awak menjadi isteri saya yang pertama dan inshaAllah juga terakhir??"

airmata Isabella Lathifah mengalir laju.dia mengangguk-angguk kepalanya. esakan jelas kedengaran. matanya masih khusyuk melihat ke screen Tab tersebut. Husna juga mengalir air mata kegembiraan sahabatnya.

"assalamualaikum Isabella Lathifah," ujar Khalish yang sedang berdiri di tepi Isabella Lathifah. dia mengangkat kepalanya dan terkejut. dia tidak sedar akan kehadiran lelaki tersebut.

lalu khalish menbengkokkan lututnya ke lantai, dan mengeluarkan kotak cincin merah yang dipulangkan oleh perempuan itu dari poket seluarnya. kotak cincin tersebut berada di tapak tangan kanan jejaka tersebut. Isabella Lathifah menutup mulutnya dengan kedua belah tangannya, dia terkejut dan matanya masuh berlinangan air mata.

"saya Khalish Hadif, sangat mencintai dan menyayangi awak kerana Allah SWT. sudikah awak menerima saya sebagai suami awak?," tanya Khalish.

Isabella Lathifah mengangguk-angguk kepalanya. Khalish tersenyum gembira.

" tapi saya graduate dalam Malaysia je, tak macam awak graduate ACCA from Melbourne, Australia, xpe ke?," Khalish sempat menyakat Isabella Lathifah. perempuan itu tergelak kecil .

"xkira. saya nak jadi isteri awak jugak!," lalu perempuan itu mengambil kotak cincin  tu dari tapak tangan Khalish. Isabella Lathifah tersenyum gembira, dia mnyeka air matanya.

Khalish bangun berdiri. " terima kasih awak. awak anugerah Allah paling indah buat saya."

semua pelangggang restoran memberi tepukan kepada mereka. tiba-tiba Khalish tersedar dan merasa malu. mereka bertiga ketawa meraikan  kegembiraan.

"alhamdulillah Ya Allah, terima kasih ya Allah.. Kau kirimkan jodoh yang terbaik untukku... he is the one!,' bisik hati Isabella Lathifah, bakal isteri Khalish Hadif.



the END

cERPen 2 : iF YOu arE ThE OnE (PArt 4)...

sudah 10 hari masa berlalu, lagi  tinggal 11 hari dia perlu memberi jawapan mengenai pinangan itu. Isabella Lathifah termenung keluar jendela berhampiran dengan meja soleknya. dua hari selepas dia pulang dari kampungnya, Khalish berjaya menghubunginya apabila meminta kebenaran daripada ibubapanya untuk menghubunginya. semenjak hari itu, Khalish kerap kali menghantar sms kepadanya, bertanya khabar. Dia juga telah menghantar mms gambarnya tapi tidak pula dia meminta gambar Isabella Lathifah. sejujurnya, Isabella Lathifah tidak pernah perasan kewujudannya di rumah sewa bujang tersebut, biarpun mereka hanya tinggal berselang empat buah rumah. dia akui selalu melihat kereta Lancer berwarna hitam yang parkir di hadapan rumah tersebut tetapi tidak pula dia melihat pemandunya. biarpun mereka tinggal berdekatan, tidak pula Khalish mengajaknya berjumpa face to face. mungkin terlalu awal baginya, begitu juga bagi Isabella Lathifah. dari hari ke hari, Isabella Lathifah berasa selesa berkenalan dengan Khalish. Khalish seorang yang baik,pandai bergurau,penyayang,selalu memberi nasihat kepadanya, mengambil berat akan dirinya. hatinya terasa bahagia apabila setiap kali handphonenya berbunyi.. peep..peep.. message masuk.. semestinya dari Khalish.. bibirnya pasti akan tersenyum lebar apabila melihat nama Khalish yang tertera di paparan handphonenya. hatinya seperti sudah mempunyai penghuninya, dia terasa bahagia.. adakah perasaan sayang kepada Khalish telah bertapak dihatinya??..setiap malam dia berdoa kepada Allah SWT, "Ya Allah, andai benar Khalish Hadif adalah jodohku, perliharakanlah perasaan sayang antara kami, ikatkanlah kami dengan ikatan suci dan diberkati olehMu, andai benar Khalish Hadif bukan jodohku, Kau peliharakanlah perasaanku daripada terluka dan disakiti, jauhilah kau daripadanya Ya Allah."

namun hari ini, selepas solat Subuh, dia terpikir sesuatu. dan persoalan-persoalan ini asyik bermain di mindanya. dia berasa takut untuk meluahkannya mahupun mendapatkan jawapannya. tetapi bagi dirinya, sekiranya Khalish bakal suaminya, dia perlu mengetahui siapa diri Isabellah Lathifah sebenarnya, dia perlu tahu kisah silam Isabella Lathifah, dia perlu menerima diri Isabella Lathifah seadanya... itu kata akalnya.. namun hatinya takut menghadapi kenyataannya.. dapatkah Khalish menerima dirinya seadanya? layakkah dia berganding dengan lelaki sebaik Khalish? mampukah dia mendengar segala kisah silamnya?.. matanya terus merenung ke luar jendela..dia merasakan dirinya begitu rendah seandainya berdiri disebelah Khalish..dia juga malu mahu berhadapan dengan Khalish seandainya segala sudah terbungkar.. dia malu dengan dirinya yang dulu..

"Ifah!"

dengan pantas dia menoleh ke belakang, ada susuk tubuh yang sedang berdiri di pintu biliknya. husna melangkah msuk ke dalam biliknya.

"apa yang kau termenung jauh ni? kau pikir apa?," tanya Husna lalu duduk di birai katil IsabellA Lathifah. dia hanya menggelengkan kepala kepada pertanyaan housematenya itu, lalu mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Husna.

"husna? kau.. kau.. kau rasa Khalish tu akan terima aku x bila mengetahui kisah silam aku?," tanya Isabella Lathifah sambil menundukkan kepalanya. Husna terkejut dengan pertanyaan sahabatnya. dia terdiam seketika.

" ifah, kalau benar dia jodoh kau yang ditetapkan oleh Allah SWT, dia akan menerima segala kekurangan kau dan dia akan cuba melengkapi kehidupan kau sehingga tidak nampak sebarang cacat celanya dalam kehidupan kau. dia sangguh bersama kau susah senang. ingat x Ummi pernah pesan, walaupun ada jerawat batu pon di dahi kita, jodoh kita tetap melihat kita cantik.. kerana dia adalah jodoh kita, dia boley menerima segala kekurangan kita, dia akan bersama dengan kita, jika benar Khalish tidak dapat menerima kau, dia bukanlah jodoh kau, bersangka baiklah dengan Allah SWT, jodoh kau pasti lebih baik dan soleh dari Khalish," ujar Husna tenang. Isabella Lathifah masih menunduk kepalanya dan  terdiam.

" Husna? sok kau teman aku boley?," tanya Ifah sambil mengankat kepalanya bertentang mata dengan sahabatnya.

"eh, bukan kau selalu balik kampung ke bila weekend?," tanya Husna kehairanan.

"esok tak balik. aku dah bagitahu ibu. ada hal sikit sok, kau temankan ea?," tanya Isabella Lathifah sekian kali.

" ok.. tapi kita nak pergi mana?," tanya Husna lagi.

"Adalah..," jawab Isabella Lathifah sambil tersenyum kelat.


*********************************************************************************

Isabella Lathifah mengajak Khalish Hadif berjumpa di taman layang-layang, Kepong kol 5.30 petang. cuaca ketika mendung dan redup. Isabella Lathifah memilih pakain santai dengan mengenakan cardigan labuh berwarna biru laut dan berseluar hitam, dikepalanya disematkan dengan selendang labuh yang bercorak leopard. Isabella Lathifah berjalan ke arah bangku di tengah dataran taman layang-layang itu, dia ditemani oleh Husna. kelihatan satu susuk tubuh lelaki yang sedang duduk menanti dibangku itu. lelaki tu memakai tshirt polo berwarna merah dengan hanya berseluar jeans khaki. hati Isabella Lathifah berdebar-debar. heart ratenya juga sudah meningkat.. dupp..dapp..dupp..dapp.. ini lah kali pertama dia bertentang mata dengan Khalish Hadif, dan mungkin juga ini lah kali terakhir pertemuan mereka. dia sedar sekiranya Khalish tidak dapat menerima dirinya, dia pasrah. Dia sedar akan kekurangan dirinya dan dia tidak akan menyalahkan Khalish Hadif. langkah mereka semakin menghampiri jejaka tersebut. raut muka Khalish Hadif jelas kelihatan.
" ya Allah, tenangnya muka dia.. sejukk hatiku ya Allah,' bisik hati Isabella Lathifah tanpa disedarinya dia menguntumkan senyuman.

" Assalamualaikum."

Dengan pantas Khalish Hadif berdiri mengadap dua perempuan dihadapannya. dia mengenali Isabella Lathifah, setiap khamis malam Jumaat, dia selalu melihat kelibat Isabella Lathifah di masjid Al-Bukhari bersama dengan kawannya itu.

"waalaikumussalam Lathifah," ujar Khalish lalu menghadiahkan senyuman.

Isabella Lathifah memperkenalkan sahabatnya Husna kepada Khalish. Khalish memulakan perbualan dengan bertanya khabar. sepanjang perkenalan mereka, Khalish tidak pernah menyentuh perihal pinangan dangn cincin tersebut. dia tidak mahu kelihatan seperti memaksa Isabella Lathifah, baginya apa jua keputusan perempuan itu di hormati. tapi jauh di sudut hatinya, dia teringin menyunting perempuan menjadi kekasih halalnya. Khalish berasa bahagia melihat orang yang didambakannya berdiri di hadapannya. seperti seorang bidadari yang sudi berdiri sama tinggi dengannya. dia sangat menghormati Isabella Lathifah. dari awal pertemuan mereka, senyuman tak pernah lekang di bibir Khalish.

"Khalish, boleh saya tanya satu soalan?," tanya Isabella Lathifah.

"apa dia awak?," jawab Khalish.

"kenapa awak pilih saya, sedangkan awak tak kenal siapa diri saya?," tanya perempuan itu. Khalish terdiam.

"sebab saya yakin awak jodoh saya, dan saya tak dapat nak bagi satu pun reason kenapa saya suka awak, ia datang ke sini tanpa di pinta,"ujar Khalish sambil meletakkan tangannya di dada.

"ye ke?," duga Isabella Lathifah.

"sejujurnya, saya xpandai bermain kata-kata seperti lelaki lain. dan saya tidak pernah merasai cinta. saya pon tidak pasti adakah apa yang saya rasa ini adalah cinta??.. walaupun saya belum mengenali awak, kali pertama saya melihat awak di perkarangan masjid, hati saya bahagia..saya rasa tenteram..sehari tidak berjumpa dengan awak, hati saya rasa rindu, teringin nak melihat wajah awak walaupun kita tak bersua mahupun bertegur," pengakuan ikhlas dari Khalish. Isabella Lathifah sedia mendengar.

"mula pada hari tu, saya selalu mengintai awak menaiki kereta di waktu pagi,pergi kerja.. setiap hari selasa, awak akan pergi ke Family Store untuk membeli barang-barang dapur.. saya pon berada di situ jugak.. hehe," bagi Khalish lucu pulak bile mengimbau kembali macam mana dulu dia berusaha payah just nak tengok muka gadis ini setiap hari. Isabella Lathifah terkejut dengan cerita yang disampaikan Khalish. Khalish berasa malu, namun hal ni harus diceritakan, dia mahu meyakinkan Isabella Lathifah bahawanya dialah jodohnya. dia ingin gadis ini menjadi ibu kepada bakal anak-anaknya

"dan saya tahu setiap petang jumaat awak dan kawan awak akan jogging kat sini kan.. sebab saya pon ada kat sini semalam.. hehe.. maaflah awak, bukan niat saya nak jadi stalker, tapi jujur saya xde buat benda bukan2, just nak tengok muka awak jew,"ujar Khalish, risau kalu gadis ini takut mendekatinya. Isabella Lathifah tergelak halus.

"Stalker betul awak ni.. hehe.. tapi awak boleh ke terima baik buruk diri saya? boleh ke terima diri saya seadanya?," tanya Isabella Lathifah lagi.

"saya terima diri awak seadanya. saya pon tak sempurna awak. tapi saya cuba baiki untuk menjadi suami yang terbaik untuk awak," jawab Khalish dengan yakin. Isabella Lathifah terdiam. 'dia begitu yakin dengan jawapannya, mungkin dia belum mengetahui kisah silamku. apakah benar dia dapat menerimaku?? dia bersangka baik terhadap diriku, pasti dia kan kecewa bila mengetahuinya tapi dia perlu tahu,huhu.. maafkan saya, Khalish,'bisik hatinya. hatinya sayu.

"Khalish?? saya nak ceritakan sesuatu kat awak, pasal diri saya, kisah silam saya," Isabella Lathifah pandang ke arah Khalish. jejaka itu kelihatan bersedia mendengar. Isabella Lathifah menarik nafas sedalam-dalamnya. kemudian dia memulakan bicaranya. perasaan takut menyelubungi hatinya.












cERPen 2 : If yoU ARe thE oNE (paRT 3)...

"Ifah!!"

"ye ibu?," jawab Isabella Lathifah yang sedang menonton televisyen, rancangan kegemarannya MASTERCHEF. dia seorang yang suka memasak dan suka mencuba resepi baru. Mak Cik Dalilah mengambil tempat duduk bersebelahan dengan anak perempuannya. mata anak perempuannya tertumpu kepadanya menanti bibirnya berbicara.

" ifah,ibu nak tanya ni.  ifah ada kenal budak lelaki bernama Khalish Hadif?," tanya ibunya.

" Khalish Hadif?? siapa tu ibu? Ifah tak pernah dengar pun nama dia. kenapa dengan budak lelaki tu?," jawab Isabella Lathifah dengan raut wajah yang berkerut memikirkan apa yang hendak disampaikan sebenarnya oleh ibunya.

"begini ifah. 3 hari lepas ibu bapa Khalish datang rumah kita. katanya nak datang merisik dan meminang Ifah untuk anak lelakinya tu. ibu dan ayah terkejut jugaklah sebab Ifah pun tak pernah sebut nama dia dekat ibu."

" meminang bu?? si Khalish ada datang sekali ke masa tu? setahu Ifah, ifah xde kawan lelaki yang bernama Khalish Hadif. rakan sekolah pon tak de, rakan sekerja pun tak de bu nama macam tu.. peliknya.. siapa budak tu ea?," otak Isabella Lathifah ligat mencari folder orang yang dikenalinya sepanjang usianya. sememangnya dia tidak pernah bertemu mahupun berkenalan dengan jejaka yang bernama Khalish Hadif.

"itulah.. ibu pun pelik. Khalish tu ada sekali masa ibu bapanya datang ke rumah kite. Khalish ada cakap yang dia kenal Ifah.  dia tinggal selang 4 buah rumah dengan rumah sewa Ifah kat Mutiara Damansara tu, satu taman la dengan Ifah. ifah betul ke tak pernah jumpa dia?," tanya ibunya lagi.

"selang 4 buah rumah?," otak Ifah ligat memikirkannya. ibunya menanti setiap jawapan dari anak perempuannya.

"tak silap Ifah, kalau silang 4 buah rumah dari rumah sewa Ifah.. tu rumah sewa orang bujang. tapi Ifah tak kenal mereka bu," jawab jujur dari bibirnya. ibunya terdiam.

"abes?? ibu terima ke pinangan mereka?," tanya Isabella Lathifah dengan perasaan ingin tahu membuak-buak.

"eh, tak kan lah ibu main terima je. yang nak kawin Ifah, ayah cakap biarlah Ifah yang putuskan. pihak lelaki beri masa kepada kita 3 minggu untuk beri jawapan pinangan ni,' ujar ibunya tenang.

"terimalah akak. Busyra dah lama teringin nak ada abang ipar. akak cepat kawin, cepat la jugak Busyra dapat anak buah," ujar Busyra Naaila, adik perempuan bongsu Isabella Lathifah yang berusia 16 tahun. entah bila si adiknya itu mencuri dengar perbualan mereka di ruang tamu.

"eh, budak ni. menyampuk pulak dia," tegur Mak Cik Dalilah kepada anak bongsunya itu. Busyra hanya tersengih melihat akak dan ibunya. isabella Lathifah masih terdiam memikirkan hal itu. banyak persoalan yang bermain di mindanya.

" akak! abang tu handsome.. serius, adik tak tipu kak.. baik pulak tu, keje best, nampak macam alim gak ..," Busyra memuji Khalish dihadapan akaknya sambil tersengih-sengih macam kera busuk.

"eh, adik ni kenapa? macam kenal lama je dengan budak lelaki itu? kalau adik berkenan, ni suruh ibu pinangkan untuk adik pun boleh," jawab Isabella Lathifah kepada adiknya.

"Ala, kalu adik umur 28 tahun macam akak, dah lama dah dia pinang adik..bukan akak.. sebab adik lagi cantik, putih, tinggi, kurus dari kakak," cebik Busyra yang suka menyakat kakak sulungnya itu. Isabella Lathifah terkejut dengan jawapan adiknya itu.

"ADIK!!,"dia cuba memukul bahu adiknya itu tetapi Busyra sempat mengelaknya. Busyra ketawa terbahak-bahak melihat reaksi kakaknya. muka Isabella Lathifah menunjukkan tidak puas hati dengan adiknya.

"dah2 la tu.. Ifah? tapi pada pendapat ibu lah, si Khalish ni, kelihatan baik budaknya, berpendidikan, ada asas agama juga.. tapi kamu fikir2kanlah.. ibu pun tak berani nak cakap lebih sebab ibu baru jumpa dia sehari.. tapi dia ada ditinggalkan bisnes kad ni dan cincin ini kepada kamu," ujar ibunya lalu menghulurkan sekeping kad bisnes dan kotak dibaluti kain baldu merah hati kepadanya. Isabella Lathifah menyambuntnya tanpa berkata apa-apa. ibunya bangkit lau mengatur langkah ke dapur. Busyra terus mencapai dan menguasai remote control televisyen dan menonton drama kesukaannya tanpa menghiraukan ke'blur'an akaknya yang sedang duduk di sebelahnya. biarlah kakaknya memikirkan perihal pinangan itu, sejujurnya apa pun jawapan dari kakaknya, dia tetap menyokongnya, dia mahukan yang terbaik untuk kakaknya.

Isabella Lathifah merasakan seperti bermimpi di siang hari. baginya berita ni datang secara tiba2 tanpa diduga olehnya. tangannya dengan perlahan membuka kotak cincin itu, sebentuk cincin emas yang dihiasi 3 butir berlian halus diatasnya, tersegam indah. dia kebingungan. kemudian kad bisnes ditatapinya.

"Khalish Hadif bin Ahmad. Physiotherapist. Hospital Pantai Ara Damansara."






Saturday, December 29, 2012

cERPen 2 : iF yoU ARe thE ONe (paRT 2)...

hari ini adalah hari sabtu, memang menjadi kebiasaan Isabella Lathifah sejak lapan bulan lalu, pulang ke rumah orang tuanya yang terletak di Merlimau, Melaka. sejak 8 bulan yang lalu, dia nekad untuk berhijrah dari dunianya yang gelap gelita  ke dunia yang terang cahayanya. dengan izin dan hidayah Allah SWT, dia berusaha mengubah dirinya agar menjadi lebih baik di mata Allah SWT.Alhamdulillah Ya Allah. jika dahulu, dia tidak menutup kepala dan rambuntnya yang cantik tapi sekarang dia sudah memakai tudung kemas cantik di kepalanya. jika dahulu, dua tahun sekali dia pulang ke kampung, kini dia sedar tanggungjawabnya sebagai anak terhadap kedua ibu bapanya, jika dahulu, dia suka menghabiskan masa weekendnya dengan rakan jahilnya di kelab-kelab malam,kini dia cuba mengisi masanya dengan perkara-perkara berfaedah yang jauh dari kemurkaan Allah SWT. jika dahulu skirt pendek paras lutut menjadi piihan dihatinya, kini skirt labuh cantik sentiasa di sarungnya. jika dahulu dress or gaun cantik bertali halus dibahu menjadii pilihan menghadiri majlis or any events company, kini baju kurang sopan dan jubah selesa menjadi pilihan di hatinya. dia akui. bukan senang untuk berhijrah dan berubah. kadang kala hasutan syaitan singgah dihatinya, mengajaknya kembali ke dunia dulu yang penuh dengan keseronokan dan keghairahan, tapi semua itu hanyalah sementara dan membawa dirinya jauh dari jalan Allah SWT. sejujurnya, penghijrahan ini memerlukan kekuatan mental dan persediaan yang rapi. dia sangat bersyukur kerana ibu bapanya dan keluarganya sentiasa bersamanya memberi sokongan yang tak pernah pudar dari hari ke hari.

lapan bulan yang lalu, Isabella Lathifah pulang ke kampung yang sudak sekian lama tidak dikunjunginya dengan linangan air mata. sebaik sahaja menutup pintu keretanya, dia terus mencari sepasang susuk tubuh orang tua.lalu dia memeluk mereka dan memohon keampunan dari ibu bapanya yang juga berlinangan air mata, air mata kesyukuran. mereka bersyukur kepada Allah SWT kerana memperkenan doa mereka , menghantar anaknya pulang. Dan nasihat ayahnya masih segar di ingatannya.

"Isabella Lathifah, maafkan ayah. ayah yang tidak pandai menjagamu, mendidikmu. Maafkan ayah Lathifah. Berubahlah anakku. sesungguhnya pintu taubat Allah SWT sentiasa terbuka luas. sesungguhnya Allah SWT suka hambaNya yang menyesali perbuatannya dan kembali ke jalanNya, mohonlah keampunan dan hidayah dariNya Ifah,' ujar Pak cik Kassim menahan sebak lalu mencium ubun kepala anak sulungnya itu.

Firman Allah SWT , '...wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia jualah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani'
 (az-Zumar:53)

tanpa disedarinya, airmatanya mengalir dipipinya sambil kedua tangannya memegang stereng keretanya. Isabellah lathifah menyeka airmatanya dengan jemari kanannya. apabila terkenang kisah silamnya, airmatanya pasti mengalir, dia berasa menyesal dan takut akan dosa2 yang dahulu. apakah Allah menerima taubatnya?? 'ya Allah, ampunkanlah segala dosa2ku.. sesungguhNya aku tak layak memasuki syurgaMu, tapi tak sanggup menghadapi azab api nerakaMu, ampunilah aku Ya Allah, matikanlah aku dalam imanMu,'bisik doa hatinya.

kereta yang dipandunya memasuki perkarangan rumah orang tua dan memarkirnya dihadapan halaman rumahnya. sebelum turun dari kereta, dia membetulkan lipatan tudungnya dan sedikit touch up untuk menghilang warna merah dimatanya. sejurus itu, dia menuruni kereta dan disambut ioleh ibu tercinta di daun pintu rumah tersebut.

" Assalamualaikum ibu," ujar Isabella Lathifah sambil tersenyum.

"Waalaikumussalam Ifah. cantik sungguh anak ibu," ujar Mak Cik Dalilah lalu memeluk tubuh anak perempuannya itu.

" ye ke? tengok la siapa yang melahirkan dia?," jawab Isabella Lathifah sambil bergurau. mereka tergelak halus.
 mereka mengatur langkah masuk ke dalam rumah. rumah ini kembali ceria dan hidup dengan gelak ketawa penghuninya setelah Isabella Lathifah kembali ke pangkuan keluarganya. terima kasih Ya Allah! =)

cERPen 2 : iF YoU ARe thE oNE (paRT 1)...

"Bismillahhirrahmanirrahim, Firman Allah SWT, 'Maha suci Allah yang menjadikan kejadian semua berpasangan dari sesuatu yang tumbuh di bumi, dari mereka (manusia) dan dari sesuatu yang mereka tiada mengetahui." Ayat 36 Surah Yaasin. Jika kita perhatikan kejadian alam ni, siang berpasangan dengan malam..daratan berpasangan dengan lautan..keadaan tanah pula tak semuanya rata, adanya tanah tinggi, adanya rendah.. begitu juga manusia, adanya lelaki dan perempuan."

Enam orang perempuan muda yang duduk bersimpuh didalam bulatan, khusyuk mendengar usrah yang disampaikan oleh Hajjah Khamsiah Zainal yang mahu hanya dipanggil sebagai Ummi. Mata Isabella Lathifah tertumpu dimuka Ummi. setiap bait-bait kata yang meniti dibibir Ummi, difahaminya.

"Anak-anak Ummi? Jadi hari ini Ummi akan kupaskan mengenai jodoh, perasaan kasih sayang antara lelaki dan perempuan. Ketahuilah anak-anakku jodoh pertemuan, ajal maut dan rezeki adalah hak mutlak Allah SWT. Rahsia Allah SWT. Tiada siapa yang mengetahuinya kecuali Dia Yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Jodoh telah ditetapkan, usahlah kamu khuatirinya......"

Suasana masjid Al-Bukhari sangat menenangkan jiwa Isabella Lathifah dan sangat sesuai untuk mengadakan usrah ataupun majlis perkongsian ilmu serta peringatan sesama saudara Islam. Sudah tiga bulan Isabella Lathifah mengikuti usrah yang disampaikan oleh Ummi, setiap hari Khamis malam Jumaat after solat Isyak berjemaah, dia akan meluangkan masanya bersama Ummi dan rakan seusrahnya untuk berkongsi ilmu mahupun bermusyawarrah. Majlis usrah ini mengambil masa satu jam, kadang kala lebih dari satu jam depends on topic. Dia tidak menafikan, dengan mengikuti majlis usrah sebegini, dia dapat mendalami sedikit sebanyak ilmu agama dan sentiasa ada orang yang mengingatinya apabila dia terleka dengan urusan dunia. dia sangat berterima kasih kepada rakan sekerjanya yang juga merupakan housemate barunya, Husna yang memperkenal dia kepada Ummi dan mengajaknya menyertai usrah ini.

'Alhamdulillah Ya Allah. Kau masih menyayangi diriku yang kerdil ini. Kau kirimkan mereka untuk membantu aku menuju jalan yang diredhai-Mu,' bisik hati Isabella Lathifah seusai majlis usrah bersurai.

selepas bersalaman dan berpelukan dengan Ummi dan sahabatnya yang lain,Isabella Lathifah melipat kain telekung yang dipakainya, lalu dimasukkan beg kecil yang berwarna merah. ruangan solat wanita masjid ini hanya tinggal mereka dan beberapa orang wanita yang tidak dikenalinya sedang membaca Al-Quran. dia kemudian mencapai tudung yang berwarna biru laut yang tergantung di almari sejadah lalu di sarungkan ke mukanya. dia membetulkan lipatan tudungnya di cermin hadapannya. sedang dia merapikan tudungnya, tiba-tiba usrah Ummi sebentar tadi terngiang-ngiang di telinga. dia mengingatkan kembali apa yang disampaikan Ummi perihal jodoh. Bibirnya mengukir senyuman.

'Ya Allah? Kat manalah jodoh aku berada? apa yang dia sedang buat sekarang??,' bisik hatinya sambil tersenyum lebar. apabila dia memikirkan dan bertanya siapalah jodohnya, hatinya berbunga. fitrah manusia, sukakan perhatian, kasih sayang dan belas kasihan. biarpun tiada jawapan kerana semua itu rahsia Allah, namun hatinya tetap berasa gembira dan bersyukur atas segala nikmat yang Allah SWT berikan. Allah SWT sangat menyayangi kita, diberi kita jodoh. jika tiada, kesunyian dan kesepian lah kita.tiadalah warisan dan keturunan kita.

'Ya Allah, dimana pon jodohku berada.. Kau ampunilah dosanya dan lindungilah dia ya Allah, Kau permudahkanlah urusannya di dunia dan akhirat. Ya Allah.. Kau kurniakanlah hambaMu ni jodoh yang baik-baik, yang boleh membimbing aku ke jalanMu, ke syurgaMu, yang boleh melindungi diriku yang lemah, yang boleh membahagiakan hatiku yang lembut, yang boleh mengisi kesunyian di hatiku..ampunilah dosa kami Ya Allah,' hati Isabella Lathifah sempat mengirimkan doa untuk jodohnya yang tiada siapa yang mengetahuinya. bibirnya terus menguntumkan senyuman.

"Ifah, kamu kenapa senyum sorang-sorang ni?," ujar Husna yang entah  bila berdiri di hadapannya sedang membetulkan lipatan tudungnya di hadapan cermin. Isabella Lathifah berasa malu dan tersengih.

"Tak ada apa-apa. saja. senyum itu kan sedekah. tak boleh ke?," jawabnya sambil tersenyum.

"ngada-ngada. tengah berangan la tu. kau fikir pasal jodoh yang Ummi cakap tadi kan kan?," ujar Husna dan juga menghadiahkan senyuman. jari jemarinya sibuk dengan memasang brooch di bahunya.

" eh,mana ada. dah-dah. jomlah balik... sok aku kerjalah," Isabella Lathifah cuba menukar topik perbualan. dia mencapai beg telekungnya dan mengatur langkah keluar dari ruangan solat wanita. Husna berlari-lari anak mendapat Isabella Lathifah yang sedang memakai sandal di perkarangan masjid.

" ala, tunggulah. macam la dia seorang kerja esok. aku pun kerjalah," ujar Husna apabila mendekati sahabatnya itu. Isabella Lathifah tergelak kecil. mereka saling suka menyakat antara satu sama lain.

" aku tunggulah ni, kalau tak dah lama aku hidupkan enjin kereta, tinggalkan kau kat sini tahu..? tidur kat sini."

Husna membuat reaksi muka sedih sambil hidungnya menyedut hingus yang tiada." sampai hati Ifah, kau nak tinggal aku.Tak nak kawan dengan kau, Isabella Lathifah!" Isabella Lathifah tergelak melihat lakonan palsu kawannya itu.

"eh, perlu ke tekan nama aku macam tu skali.. hehe..dahlah tu, tak payah nak wat drama sedih kat sini, jomlah balik. aku dah mengantuk ni,' ujarnya sambil menarik tangan Husna. mereka menuju ke kereta Proton Waja yang berwarna silver yang diparkirkan di seberang jalan masjid.

Saturday, December 15, 2012

meNaNTI DI aLAm BArzAKh

MENANTI DI ALAM BARZAKH by FAR EAST

Ku merintih... aku menangis... 

Ku meratap... aku mengharap... 
Ku meminta... dihidupkan semula
Agar dapat kembali ke dunia nyata

Perjalanan hidupku melengkapi sebuah kembara
Singgah dirahim bonda sebelum berangkat ke mahsyar
Diperhitung amalan penentu syurga atau sebaliknya

Tanah yang basah bewarna merah
Semerah mawar yang juga rimbun
Tujuh langkahpun baru berlalu
Seusai talkin bertambah syahdu
Tenang dan damai dipusaraku
Nisan batu menjadi tugu
Namun tak siapapun tahu resah penantianku

Terbangkitnya aku dari sebuah kematian
Seakanku dengari tangis mereka yang ku tinggalkan
Kehidupan disini bukan satu khayalan
Tetapi ia sebenar kejadian

Kembali ROH kembali... 
Kembalilah ke dalam diri
Sendirian sendiri... 
Sendiri bertemankan sepi
Hanya kain putih yang membalut ditubuhku
Terbujur dan kaku jasad didalam keranda kayu

AJAL yang datang dimuka pintu tiada siapa yang diberitahu
Tiada siapapun dapat dicari
Tiada siapa yang terkecuali
Lemah jemari... 
Nafas terhenti... 
Tidak tergambar sakitnya mati... 
Cukup sekali tak sanggup lagi ku mengulangi... 

Jantung berdegup kencang
Menantikan malaikat datang
Menggigil ketakutan dalam pekat di pandangan

Selama ini diceritakan
Kini aku merasakan di alam barzakh jasad dikebumikan

Ku merintih... aku menangis... 
Ku merata... aku mengharap... 
Ku meminta... dihidupkan semula
Agar dapat kembali kedunia nyata....


* kematian tidak mengenal usia muda mahupun tua.. ingatlah mati! kerana mati itu suatu kepastian...

Friday, December 14, 2012

kaU ibARAt BinTANg 3

bintang..
mataku setia menunggu kehadiranmu,
biarpun malam berganti malam..
aku tetap di sini..
biarpun jendela usang, tempat tidurku..
langsir kusam, pelindung panas matahari..
namun aku tetap di sini...

bintang..
bulan beredar bulan,
kulihat sinarmu semakin malap..
malap pada pandangan hatiku..
mana pergi sinarmu bintang?
mana pergi cahayamu bintang?

bintang..
aku takut..
aku takut..
hilangnya mu di pandanganku..
bukan curiga, jauh pula sangsi..
sekadar sekeping hati berbisik..
apakah penantianku hanya sia-sia?
apakah aku hanya bermimpi di siang hari?

Thursday, December 13, 2012

cERPen 1 : isHA aND RayyAN (bahAGIAn 4)

apakah kesudahan kisah ISHA AND RAYYAN??.. hehe.. jom layan.. =)

2minggu kemudian,hari sabtu, kelas prep pagi..
Isha sibuk mengeledah lokar bukunya di belakang bilik darjah mereka. dia mencari sesuatu. matanya mencari sebuah buku hardcover yang berwarna merah, tapi tidak juga kelihatan di dalam lokar bukunya. dia kelihatan resah. sudah 2 minggu sudah dia mencari buku tersebut, di biliknya di asrama juga sudah diterokainya tapi tidak jua ketemu. 'haish.. manalah aku letak  buku ni, nape nyanyuk sangat ni Isha?,' rungut dalam hatinya. tangannya sibuk menyusun semula buku2nye ke dalam lokar miliknya.
' nape ni Isha? dari tadi aku duk tengok kau berdiri depan lokar tu, kau cari apa?,' sapa Shila rakan sekelasnya.
'mm.. kau ada napak x buku hardcover warna merah, yang ada corak bunya2?, tanya Isha.
' takde lah pulak aku ternapak. kau letak kat mana?,' tanya Shila
' cik Shila, kalu aku tahu, aku ingt aku letak mana, aku x tanya kau taw?,' ujar Isha dengan nada kecewa.
Shila tersenyum.
'ok2. sorry.. chill la Isha.. jangan macam ni.. ada la tu mana2,mesti jumpa nyer buku kau tu.. sapa pulak nak amek buku kau? melainkan kau simpan peta harta karun Jack Sparrow dalam buku tu, sahlah orang dah curi,' dengan selamba Shila bergurau. Isha tergelak kecil.
' wat lawak lak si Shila ni tengah saat2 genting ni,'monolog hatinya sambil menggelengkan kepalanya.

' Isha!'
mereka berdua menoleh ke arah suara tersebut. kelihatan Rayyan yang tengah berdiri hanya beberapa langkah dari mereka. Rayyan berjalan mendekati mereka.

'Isha, kau cari buku ni ke?', ujar Rayyan sambil menghulurkan buku tersebut kepada Isha. isha kelihatan terkejut, dengan pantas tangan nyer terus grab buku di tangan Rayyan. dia mengangguk-angguk kepalanya. perasaan malu dan takut mula menyelubungi hati isha. ' mintak2 la dia tak bukak buku ni,' bisik hatinya.

' lain kali, simpan buku tu elok2. jangan letak rata2. kalau orang lain baca macam mana?,' ujar Rayyan dengan nada yang agak tegas. mukanya juga kelihatang tegang. isha hanya terdiam.
' mamat ni dah kenapa? tetibe macam nak marah aku,' rungut hati Isha.
' eh, biarlah.. buku aku bukan buku kau,' balas Isha seraya.
' eh biarlah, biarlah pulak dia.. mana boley biarlah.. aku jumpa pon dah nasib baik taw, kalau orang lain jumpe mcm mane? dah la dalam tu cerita macam2,' ujar Rayyan sambil tersenyum.
' alamak! dye bace ke isi dalam ni..no!!!! matilah,' isha berperang dalam hatinya. isha terasa malu berhadapan Rayyan.hatinya berdebar-debar. dia diam seribu bahasa. Rayyan tersenyum manis.

' ya Allah, comelnyer dia bila malu dan gabra,' bisik hati Rayyan. muka Rayyan kembali serius.
'dah tu, dah dapat buku itu tahu peluk jew, ucap terima kasih xpandai ke?,' cakap Rayyan yang sedikit kasar. isha terkejut lalu meletak buku yang dipeluknya sebentar tadi ke atas meja berdekatan mereka.

'er.. er.. terima kasih ea,' ujar Isha, jantungnya berdegup kencang.
'haaa.. macam tu lah,' ujar Rayyan dan mengangguk kepala. dia pun menoleh belakang dan berlalu pergi. isha menarik nafas lega. tangan kanannya pantas diletakkan di atas dadanya sebelah kiri.degupan pantas jantungnya masih terasa.. isha cuba mengawal pernafasan, cuba untuk bertenang..

' isha! buku atas meja tu..ingat jangan letak merata-rata lagi buku tu,' ujar lelaki tu sambi tersenyum. entah dari mana si Rayyangok tu muncul kembali dari pintu kelasnya. hanya bahagian kepalanya sahaja kelihatan disebalik pintu itu.. beberapa saat kemudian, Rayyan berlalu pergi.
'ya Allah, aku bersyukur Kau ketemukan aku dengannya, aku bersyukur Kau sisipkan perasaan sayang dan rindu dalam hati kami,peliharalah hati kami, lindungilah dia untukku,' bisik hati Rayyan sambil melangkah pergi menuruni tangga bangunan bilik darjahnya.hatinya bahagia.

**************************************************************
jam menunjukkan kol 12.30, kelas prep dah tamat. semua students berjalan pulang ke asrama. petang ni masa untuk ber'outing, nilah masa yang ditunggu-tunggu oleh semua penghuni asrama untuk keluar bershopping, bersuka ria. sampai sahaja dibiliknya, Isha merebah tubuhnya di atas katilnya. dia kepenatan dengan apa yang berlaku hari ni.
' isha! kau nak ikut kami keluar outing x?,' tanya roomatenya.
'tak kot. malaslah nak keluar hari ni,' ujar isha kepada roomatenya. then roomatenya melangkah keluar bilik dengan tuala di kepalanya, wanna take a shower.
isha terduduk di birai katilnya dan mencapai beg sandaangnya. dia mengeluarkan buku merahnya. dia membelek satu persatu. tetibe sehelai kertas berwarna kuning yang dilipat lapan jatuh ke lantai dari celahan2 bukunya itu. isha mengambilnya dan dihadapan kertasnya tertulis " just for u who will be my 'halal' soon'.
dia terus membuka lipatan kertas itu dan membacanya..

'Nurisha Sofea..
aku mintak maaf kerana aku banyak melukakan hatimu. bukan niat dihati ini begitu. isha, ingat x masa tingkatan tiga, kau jatuh sakit, sebab demam panas. masa tu dah kol 11 mlm, aku tengah berborak-borak lepak dengan Cikgu Amin di depan sickbay, tetiba ada budak junior bagitau Cikgu Amin yang kau tak sedarkan diri. kau taw x betapa hati ni berasa takut dan risau. dah 2 ari aku bgtaw kau, jangan ke kelas, pergi klinik amek ubat... tapi kau degil.. huhu..dengan izin Cikgu Amin, aku ikut dengan roomate kau anta kau ke hospital, naik ambulans Pak Zam yang drive. blood pressure ko rendah sangat, doktor masukkan 2 pine air. aku dan roomate kau tunggu kau sedar.. malam tu, baru aku sedar, betapa pentingnya kau untukku.. isha,walaupun ia sekadar demam panas, ia tetap merisaukan hatiku..melihat kau kembali ke kelas seminggu kemudian sangat menggembirakan aku... tapi aku xtaw mcm mana harus aku luahkan kepada kau.. di form 4, perasaan itu semakin mendalam, aku mula mengenali apa itu sayang.. kau sebagai mentor aku, perkara yang paling bahagia dalam hidupku. kau membakar semangat aku untuk belajar setanding dengan kau... kaulah kekuatan aku tika aku jatuh Isha.. isha? apa yang kau rasakan dalam hatimu, sama seperti apa yang aku rasakan.. kelembutanmu adalah kelemahanku, kekasaranmu adalah kekuatanku..aku tak nak mencemarkan perasaan suci ni dengan sekadar berkasih-kasihan..  biarlah ia mekar mewangi setelah kau menjadi halal untukku.. Ya Allah, peliharalah hati kami, sampaikanlah rasa rindu dan sayangku kepada permaisuri hatiku ini. tiba masaya, satukanlah hati kami dengan ikatan yang dirahmatiMu Ya Allah iaitu ikatan perkahwinan...

Nurisha Sofea, kamu ibarat permaisuri di hatiku, aku hanya sang panglimamu yang akan selalu melindungi, menjagamu dan membawamu ke jalan yang di berkatiNya..InshaAllah.. sabarlah wahai permaisuri ku.. panglimamu jua sedang mengawal perasaaannya..=)

daripada,
Sang Panglima Rayyan Omar'

Isha mengalirkan airmata gembiranya.. dia membawa kertas kuning itu ke bibirnya dan menciumnya..
' alhamdulillah, terima kasih Ya Allah', ucap Isha sambil menahan tangisan nya..

mata isha terpandang satu nota kaki di belakang surat tersebut.

*isha,kamu punyai cita2 menjadi doktor,  jom kita usahakan bersungguh sungguh mendapatkannya. mungkin Rusia menjadi bulanmadu kita suatu hari nanti, jom belajar!..-.0

isha tergelak kecil. hatinya terasa sangat bahagia. bibirnya tidak berhenti memanjat kesyukuran.

THE END..


cERPen 1 : isHA AnD RayyAN (baHAGian 3)

sekarang otakku ase relax sikit, memandangkan 2 tests this week daa berlalu.. Ya Allah, lega sangat.. tapi minggu dpn lagi tough memandang minggu last before study week.. huhu... xpe2, tolak tepi dulu.. jom kita sambung kisah ISHA AND RAYYAN dulu..apakah seterusnya berlaku antara mereka?? =)

hai.. aku isha. sorry, ari ni aku kurang bersemangat sikit. sebenarnya daa sebulan aku seperti ni. sejak peristiwa di dewan perhimpunan bulan lepas, si Rayyangok tidak pernah menegurnya seperti hari-hari dulu. tiada lagi gurauan di pagi hari, tiada lagi bertikam lidah di tengah hari, tiada lagi tepuk menampar di petang hari.. tepuk menampar?? ok.. tu aku over.. xde lah sampai macam tu.. hehe..ok2..mood sedih, mood sedih.. actually aku rase macam aku daa kehilangan dia. kehilangan dia?? OMG..OMG.. jak bile lak dia milik aku? huhuhu... tapi tulah hakikatnya apa yang aku rase..perasaan suka dan sayang pada si Rayyangok ni mula singgah di hati aku sejak aku di tingkatan tiga lagi..huhu.. malunya.. tapi sampai bila aku nak rahsiakn? sampai bila aku nak pendamkannya? aku hanya manusia biasa.. walaupun aku cuba tempis perasaan itu, ia tetap hadir.. huhu.. si Rayyangokngek (Rayyan+bongok+bongek) tu pon satu, tu pun tak dapat catch up.. lambat tol.. tak taw ke aku ni daa lama suka kat ko???? huhu.. geramnya hati ni.. kalu nak ikutkan perasaan geram ni, nak jew aku p luahkan kat depan muka dia (walaupun xde keberanian)..huhuhu..Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk mengawal rase sukaku pada dia.. huhuhu..lalu aku benamkan mukaku ke meja dengan beralaskan lenganku. Isha tertidur di mejanya.

setengah jam kemudian..
Rayyan berjalan masuk ke kelas dan menghampiri mejanya yang berhadapan dengan Isha. dia berasa hairan melihat Isha yang tertidur mase kelas prep petang, selalunya Isha lah yang paling rajin mengulang kaji pelajaran, lebih2 lagi spm tinggal lagi 3 bulan nie..' kenapa dengan Isha nie? jak sebulan ni, dia asyik termenung, tak fokus je dalam kelas?,'Rayyan bermonolog dalam hatinya. ' dia ada masalah ke??, dia dalam kesusahan ke?,' begitu banyak persoalan yang bermain di fikiran Rayyan.. ' Haish.. nak tanya pon susah, nt kena marah,' keluh Rayyan tanpa disedari. then, tibe2 mata Rayyan tertangkap pada buku yang hardcover nyer berwarna merah dengan corak2 bunga di bawahnya, tebal nyer adalah 2 inch. lalu tangannya mencapai buku tersebut yang berada disebelah Isha yang sedang tidur.

malam di asrama aspura...
Rayyan duduk atas katilnya sambil tersandar kepada almari bajunya. buku merah dikeluarkan dari beg galasnya, lalu diselaknya satu persatu dengan penuh perasaan ingin tahu..

'22 Mac 2011..hari ni aku ase seronok and happy sangat bab aku jadi mentor add maths my Rayyan. jutaan terima kasih kepada cikgu Dahlan kerana membuat pilihan yang bijak sekali.. hehe.. xpe cikgu.. saya akan buktikan kat cikgu that my Rayyan can do it.. will score A+++ for upcoming exam.. my Rayyan, lets do it together.. i will never let u down..i'll help u.. love =)'

'16 May 2011.. see i told u already.. my Rayyan can make it!!! hehe.. alhamdulillah.. so happy today, Rayyan got A++..tapi rase sedih pon ada gakk.. bab lepas ni aku bukan mentor dye lagi.. aku kena tolong student lain gakk, lps ni xde dahla reason aku nak dekat2 ngn dye..huhu..tapi xpe la i'm still for him.. Ya Allah, keep him for me.. plss.. =)'

'24 Ogos 2011..sakitnya hati aku ari ni.. sejak my Rayyan masuk ragbi ni, banyak pulak pmpuan2 gatal nak dekati dia.. huhu.. my Rayyan pon satu, yang duk layan tu pasai apa.. huhu.. taw x aku tak suke!!..huhu..nak je aku cungkil mata mereka satu persatu.. biar aku sorang je napak Rayyan.. haha (gelak setan)..=p'

'2 Jan 2012.. xsabar nya nak jumpe my Rayyan.. aku paling tak suke cuti sekolah lama2..bab aku tak dapat nak tengok muka my Rayyan.. rindu nyerrr (buang tebiak ke apa ntah).. haha.. love =)'

'21 Jan 2012.. huhu.. hancur hatinya bila dengar khaba2 angin yang my Rayyan daa ada makwe.. hhuhu.. ase mcm nak jerit kuat2.. frust nyer.. huhuhu.. napa Rayyan gatal sangat ni?? mentang2 daa fames.. huhu.. sabar isha, sabar.. Ya Allah,jaga dia elok2, Kau peliharalah dia dari segala kemurkaanMu...my Rayyan, dont worry.. i can accept it if u've girlfriend right now, cause i believed, one day u will come back to me.. jadi yang halal tuk saya.. love =)'

'10 Feb 2012..ya Allah.. aku ase aku semakin suka dan sayang akan Rayyan.. berilah aku kekuatan untuk mengawalnya. bile tengok muka dia hati aku semakin berdebar-debar.. dulu ada la gakk sikit2 tapi xla macam sekarang.. sometimes, aku speechless bila berhadapan dengannya.. huhu.. obvious sangat lah aku suka dia.. huhu.. ya Allah, bantu la aku dalam menahan rase suka ku kepadanya.. simpanlah dia tuk jodohku suatu hari nanti ya Allah.. my Rayyan, i'm so sorry if i dingin or kasar dengan u.. i have too.. sy nak pelihara hati kita.. biarlah perasaan ini akan mekar harum setelah sy sudah halal untukmu..love =)'

jam tepat menunjukkan kol 11.30.. masa tuk lights off.. lalu Rayyan mencapai torch light berdekatan dengannya.. dan menyambung menbaca diari Isha dalam keadaan bilik yang gelap..



Sunday, December 9, 2012

cERPen 1 : iSHa anD RaYyaN (bahAGIaN 2)

ok.. jom kite sambung kisah mereka berdua... petang2 mcm ni xelok sgt stdy, cepat lupa.. hehe.. =)

ingat saya lagi x? isha lah.. budak yang paling cuteeeee di sekolah ni.. hehe.. hai semua! korang nak taw?.. Rayyan semakin popular di sekolah aku, lebih2 lagi smlm dye menang dalam perlawanan ragbi peringkat zon utara. kepulangan team ragbi serta coachnya disambut meriah oleh pengetua, guru2 mahupun student2 di perhimpunan pagi tadi. majlis penyampaian piala kemenangan serta ucapan tahniah diadakan. kali ini sudah masuk 3 kali sekolah menjadi johan berturut-turut. orang cakap sebab adanya player seperti Rayyan lah mereka menang, entahlah aku pon xpenah tengok dia main ragbi (walaupun aku teringin nak tengok sejauh mana kehandalan mamat ni). dia adalah kapten team ragbi, no wonder la ramai geng.. hampeh toi.. part yang aku paling naik menyampah pagi tadi, apabila bersurai je perhimpunan, junior2 perempuan yang gedik sakai ini, boleh lak mengelilingi si Rayyangok ni, bagi kad ucapan la, kotak hadiah la,wish tahniah face to face la konon..yang si Rayyangok ni pon satu, napak sangat muka menggatal dye, duk senyummmm jew.. bajet senyuman ko manis haaa?? sakit mata aku tengok..errghh... aku! aku selaku pengawas yang paling berkaliber di sekolah ni dengan pantas mengambil langkah untuk membanteras gejala2 yang tidak sihat ini.. hahaha..

'eh!!, apa duk berkumpul ni? dah kol 8 daa ni., cepat, cepat, cepat balik ke kelas masing2,' sound aku yang berdiri tidak jauh dari mereka. mereka semua menoleh ke arah ku. Aku apa lagi berlagak la dengan muka garang aku.
' ala, kak Isha.. 5 minit jew.. kami nak borak ngn abang Rayyan jap,' pujuk salah sorang dari member dari kelab perempuan sakai itu.
' abang???,' bisik hati aku.. nasib x termuntah  roti ikan bilis gardenia yang aku makan pagi tadi. menyampah giler dengan budak junior ni. kalaulah aku ni pengetua sekolah ni, aku buang jew budak2 sakai macam ni.. pe kena la mengoyan sangat dengan si Rayyangok ni, dah la miang..heeeee!!..
aku lihat Rayyangok tersenyum kemenangan. aku tak kan menyerah kalah.
' hey, adik junior.. bile aku ckp balik kelas, balik kelas la, jangan banyak bunyi la. tunjuk respect ko kat aku sikit.  ke ko nak aku tarik korang malam ni,'ugut Isha. entah dari mana aku dapat kekuatan nak berkata begitu. tak pernah aku mengeluarkan kata-kata sebegitu sepanjang aku menjadi seorang pengawas. mungkin saat itu hati ku terasa sangat menyampah dan mual..malah dalam kamus hidup aku, aku pon benci dengan kaedah 'tarik-menarik' antara senior junior ni.. saja2 je acah dyeorg.. hehe..
 muka Rayyan terkejut bile aku mengeluarkan kata2 sebegitu. begitu juga dengan junior2 sakai yang berada disekelilingnya yang kelihatan takut.
'maafkan kami kak, maafkan kami kak, kami pergi sekarang,' ujar mereka lalu meninggalkan dewan perhimpunan itu. aku tersenyum puas.

'eh, Isha.. ko ni dah kenape? kesian kat budak2 tu. biarlah mereka nak lepak dengan aku sekejap.. lagi pun tak menyusahkan ko pun,' ujar Rayyan yang menyebelahi peminat2nya.
haish... geramnya hati aku!!!!..
' eh, mesti la menyusahkan aku. aku pengawas.kerja aku pastikan student semua masuk ke kelas sebelum kol 8,' sahut Isha yang tidak akan mengalah. jelas kelihatan di muka Rayyan yang dia tidak memepersetujui tindakan aku.
'eleh, setakat pengawas pon ko nak kecoh. isha? kenapa haa? jak form 3 ko berubah haa? dulu ko baik jew dengan aku.. sekarang ko asyik dingin jew dengan aku..memang perubahan hormon perempuan macam ni ea?,' tanya Rayyan sekian lama dia menyimpan persoalan2 itu.
'ane ada. perangai aku memang macam ni la.. ko jew yang tak taw,' balas Isha.
 'sudahlah Isha, aku ase aku daa tak kenal ko la isha. ko daa berubah!,' kata Rayyan. hatiku tersentap. lidahku terkelu.
'ada jew apa yang aku buat tak kena di mata ko, aku pon xtaw apa masalahnya. boley tak aku nak mintak tolong 1 bende, tolonglah.. just ignore me, then mata ko tak kan sakit melihat aku,' ujar Rayyan dengan perasaan marah dan berlalu pergi. kakiku terpaku di situ.. mataku tetap melihat tubuh Rayyan yang melangkah keluar dewan. sebaik sahaja tubuh itu menghilang, kepalaku tertunduk dan air hangat mengalir di pipiku..T.T






Saturday, December 8, 2012

cERPen 1 : iShA And RAyYAn..(bAHAgiAN 1)

pagi ni nak cerita kisah 'Isha dan Rayyan'..ni adalah rekaaan semata-mata..=)

zaman sekolah menengah, adalah zaman yang penuh kenangan suka dan duka. sepasang remaja sedang membesar dan mulai mengenali dunia luar mereka. kehidupan asrama tidak lah begitu teruk sepertimana di gempar gemburkan di zaman rendah dulu. aku enjoy dengan kehidupan aku di sini.. haaa.. lupe lak nak kenalkan diri.. hai! saya Isha.. nama penuh di beri Nurisha Sofea Binti Yahya, panggil je Isha.. aku memasuki sekolah berasrama sejak umur 13 tahun, sekarang umurku daa mencecah 17 tahun...bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun ini.. cepat sungguh masa berlalu..
aktiviti harian aku di sini, bangun pagi2 dalam pukul 6 pagi, gosok gigi terus p ke surau untuk solat Subuh berjemaah.. aku ni pelik sikit daripada org lain,  org lain sibuk bangun kol 5 pagi, mandi,bersiap.. aku khusyuk menikmati tido, tepat kol 6 bunyi siren baru aku bngun, gosok gigi.. mandi?? of kos la xmandi lagi time p surau tu.. hehe..tapi xpe aku taw aku mst bau wangi nyer.. hehe.. apa x nya sembur perfume.. after solat subuh, student2 lain sibuk beratur kt dewan makan nak brekfast, aku balik asrama mandi la.. nasib baik aku jnis tak gemar brekfast, jadi boley la aku susun timetable aku sndr.. time table la sangat.hehe.. then, kol 8 pagi, aku daa masuk kelas, belajar,belajar.. sapa la kol 1.30 gitu la.. brek lunch n solat Zohor, kol 2.30 ptg ada kelas prep lak sapa 4.30.. 5.30, wajib kosongkan asrama, p beriadah.. tapi standard form 5 la ane rajin p riadah.. hehe.. kami beriadah di kelas jew..rajinkan kami? bersembang, siapkan omwork..mlm lak aku de kelas prep lagi dr kol 8-10 mlm.. hidup asrama ni xabes2 dengan kelas.. kdg2 ase mcm kelaslah bilik tidur no.2 time tu.. ye la, omwork daa siap, xtaw nak wat apa tido la kat meja kesayangan tu..nilah kelas aku, aku mmg suke amek meja port belakang skali.. hehe... bukan apa mls nak duk depan, nanti student lain konfius sama ada aku ataw cikgu yang tgh mengajar ni.. haha( spesies banyak mulut)..=p
oh lupe lak nak kenalkan dak laki tinggi yang duk depan meja aku niRayyan, nama penuh Rayyan Omar Bin  Ismail.. mmm.. dia lelaki paling kacak lah dalam sekolah.. OMG!! OMG!!.. aku ckp apa ni?? ok.. aku tarik balik, aku tarik balik.. rayyan? boleh la..ada la rupa sikit2..idung x mancung mane pon,  xde lesung pipit pon, lesung batu ada lah.. hehe..
 mata?? mcm orang lain ada 2 biji, anak mata hitam.. body?...mmm.. yang ni tak leh tipu.. body mmg tough, muscular, maklumlah dia dak sports... bajet fames lak ea.. nyampah!..Rayyangok!!..aku ske panngil dye Rayyangok (Rayyan+bongok).. hahaha.. panggil betol2?? gilerr xkan aku panggil depan2.. of kos la dlm hati, mati aku kalu dia taw..T.T..hehe.. ni rahsia kite je taw..-.o..
' Ye??,' toleh Rayyan ke belakang kearah Isha. Isha terkejut dan tanpa sedar reaksi mukenya mendapat perhatian Rayyan.
'ko ni dah kenapa? wat muka macam tu? muka aku handsome sangat?,' ujar Rayyan sambil tersenyum gedik. isha menyampah melihat senyuman itu.
'eee..uu.. handsome celah mana? ce bgtaw aku? aku terkejut bab muka ko ni macam HANTU!,' balas Isha.
kata-kata Isha hanya disambut dengan gelak ketawa Rayyan. Isha hanya terdiam geram..
' haa.. gelak2.. ko nak apa toleh belakang?,' tanya Isha.\
' eh, bukan ke ko yang panggil aku tadi?,' tanya Rayyan..
'mana ada. tak de masa aku nak panggil nama ko.'
'ok! kalu ada masa nanti, panggil nama aku ea kalu ada apa2,' balas Rayyan dengan ketawa ssambil kembali menolah kedepan. Isha mencebik
'eh, dia dengar ke aku kutuk dye tdi.. tapikan dalam hati jew,' monolog Isha dengan hatinya.
'siot nyer laki..!,' bisik isha..
'apa???,' tanya Rayyan sambil memusing badannya kebelakang.
'apa, apa???,' tanya Isha yang sedikit menggelabah. Rayyan mendengus.
' tak ada apa2,' dia memusing kembali menghadap ke depan.
' fuuh! lega.. nasib baik dye x dengar. pelik tol laki ni, telinga lintah apa? aku bisik pon dye dengar,' hatinya bermonolog..
 aku melihat Cikgu Dewi melangkah masuk kedalam kelas kami. dan semua student berdiri dan memberi hormat dan salam. then, kelas kami bermula..


kAU IBaraT bINTang 2

bintang..
hadirmu tanpa ku minta..
pergimu tanpa ku rela..
hadirmu mengukir senyuman dibibirku..
pergimu mengukir tanda di hatiku..
bintang..
sejauh mana kau berada..
sejauh mana kau pergi..
aku tetap di sini menantimu..
biarpun sekadar persinggahan..
aku tetap menunggu..
kerana dirimu..
bibirku tersenyum..



Friday, December 7, 2012

I WANNA GO THERE!!!

tadi tanganku gatal duk main scroll2 kat facebook homeku, bace la status2 yang terasa nak dibaca... mata aku tetangkap pada status mengenai beradaan mereka di Gaza... satu satu ayat status mereka dibaca dengan minat.. tidak puas dengan itu aku membuka facebook mereka, untuk mendapat lebih info berkaitaan keadaan di sana.. rase masih belum cukup ku ask mr.google.. dpt la beberapa link blog yang menceritakan mengenai keadaan di Gaza..aku terus dengan operasi membacaku..bukan kerana dengki mahupun iri hati dengan mereka tapi i wanna a part of them, i wanna help them as much as i can.. i know one day, bile terbangkitnya semangat jihad yang jitu dalam diri para mukmin, palestin akan menang, bendera islam kan berkibar.. dan.. kiamat sudah mendekati kita... hari kiamat adalah rahsia Allah SWT... tiada siapa yang mengetahuinya kecuali Allah Maha Mengetahui.. dan sekarang my heart keeps on saying, ' I WANNA GO THERE!!'..but dengan keadaan aku sekarang aku tak mampu berada di sana.. bersama dengan mereka...duit simpananku tak mencukupi, pengajianku masih berbaki 3 tahun..buat masa sekarang hanya doa dapat ku kirim kan tuk saudara Islam ku di sana..

'Ya  Allah, Kau ampunkanlah dosa2 hambaMu ni, yang hina lagi kerdil.. Kau ampunkanlah dosa2 saudara2 islam ku di Gaza. Matikan la kami dalam imanMu, tempatkan la kami di syurgaMu.. Ya Qadir, Kau berilah mereka kekuatan, keberanian dan ketabahan dalam menghadapi hari2 mereka...sesungguhnya mereka insan2 yang dipilih olehMu..Kau kembangkanlah lembayung rahmat-Mu kepada mereka, sesungguhnya Kau lah sebaik-baik Pelindung...bantulah mereka Ya Allah, mereka berjihad demi cinta akanMu, Ya Allah.. Bantu dan peliharalah mereka Ya Allah..hanya Kau la tempat kami mengadu dan meminta pertolongan, Kau lah Tuhan yang Esa..Ya Allah, Ya Rahman.. kami adalah kepunyaan Mu, kepada Mu juga kami kembali' 

pipi kering menjadi basah..

Saturday, December 1, 2012

IBarAT RubIC CubE..

Al kisah bermula dengan 2 orang sahabat baik, Lola dan Lulu. Lola mempunyai perwatakan yang  cantik,peramah, aktif sukan, periang dan bijak.  Berbeza dengan Lulu, yang mempunyai perwatakan pemalu, kurang bercakap hanya suka tersenyum dan selalu d ‘descrice’ kan as a passive student. Dia selalu dibuli oleh rakan sekelasnya akan kekurangannya. Tapi Lulu ni jenis tidak cepat menyerah kalah ataupun berputus asa, dia akan cuba sehabis daya untuk mencapai apa yang diingini biarpun bnyak kali kecewa.
Lola diminati oleh ramai jejaka kerana akan karisma, fashion dan kecantikannya yang semula jadi. Namun, dia bukan jenis yang suka melayan lelaki2 yang gatal ni. Baginya, hatinya hanya milik seorang jejaki ini, Marcello. Sudah lama, Lola memendam rasa cintanya terhadap jejaki itu. Namun, Marcello tidak pernah menerima cintanya. Ketampanannya memang tidak boleh disangkal lagi. Badannya tough dan muke nyer bak Jung Yong Hwa. Semua perempuan akan cair melihat senyuman manis Marcello. Kecuali Lulu, dia hanya memandang Marcello dengan hujung matanya sahaja. Tiada apa yang menarik sama sahaja seperti manusia lain yang ada muka, kaki dan tangan. Kadang2 dye pon musykil kenapa kawan baiknya menyukai lelaki itu.
Siapa sangka, hati Marcello milik Lulu. Marcello jatuh cinta akan Lulu, cinta akan kekurangan Lulu. Lulu selama ni tidak pernah merasai cinta, akur akan kuasa cinta yang telah menguasai hatinya. Semenjak itu persahabatannya dengan Lola menjadi renggang. Lola menganggapnya musuh, Lola membenci dirinya. Lulu berasa sedih kadang2 dye terpikir dye tlah melakukan kesilapan kerana mengkhianati sahabatnya tapi perasaan cinta yang hadir dalam hatinya tidak boleh ditolak lagi.
Pada suatu hari, mereka berselisih di muka pintu bilik asrama. Lola menahan Lulu, dia seakan tidak puas hati dan menyampah melihat muka Lulu.
‘eh, kenapa Marcello suka ko haa? Ko daa santau dye ea?,’teriak Lola seperti singa yang lapar. Namun, Lulu tetap berdiam diri menahan sabar.
‘eh, ko dengar x apa aku tanya ni? Aku pelik betul la. Kalu nak dibandingkan aku lagi cantik dari ko, lagi bergaya dari ko, lagi bijak dari ko.buta gamaknya si Marcello, boley lak tergilakan ko, nape lah dia berkenan ngan ko??,’Lola meluahkan segala ketidak puasan hatinya. Lulu yang terdiam seketika dan tersenyum. Lalu dye menghulurkan rubic cube miliknya kepada Lola. Lola menyambutnya. Rubic cube itu siap disusun mengikut warnanya
‘apa ni? Nape bagi aku?,’ Lola kehairanan.
Lalu Lulu mengambil kembali rubic cube di tangan Lola, dan memutar-mutarkan cube itu. sekarang warnanya tidak tersusun lagi. Warna sudah bercampur.
mungkin aku ibarat rubic cube ni. Aku ibarat unsolved puzzle. Then, Marcello help me to finish it to make me complete. You’re like a complete one already.. ,’kata Lulu sambil tersenyum. Lola terdiam dan tercengang. Lulu meninggal Lola di situ. Beberapa langkah kaki Lulu maju ke hadapan, tetiba dia menoleh kearah Lola.
‘you don’t need to be anyone else. Just be yourself. Your man will find you and give his love that you cant deny it,’ Lulu tersenyum dan berjalan meninggalkan Lola.

Tuesday, November 20, 2012

tHE tEArs.. nO One caN HoLD..


I am a Palestinian child. I am a Palestinian child.
People think, I am meek and mild.
I was born in the midst of fire,
Coffin on the body is my attire;
I can face everything, dark and dire,
The time fails to sink me in its mire.
I am a Palestinian child. I am a Palestinian child.
People think, I am meek and mild.
Always ready for bullets is my chest,
The bombs can never dampen my zest;
My blood is meant for my country’s best,
Only in the grave, I shall take my rest.
I am a Palestinian child. I am a Palestinian child
People think, I am meek and mild.
I aspire for peace , have love for all,
I want to demolish the religion’s wall;
When the world is weeping on my fall,
I must also try to rise high and tall.
I am a Palestinian child. I am a Palestinian child
People think, I am meek and mild.
Playing with death, is my ordinary game,
For me , earth and sky are all the same;
I am a violent storm, no power can tame,
My enemy will suffer a lasting shame.
I am a Palestinian child. I am a Palestinian child .
People think, I am meek and mild.
Desire for freedom makes me wild,
I am a Palestinian child. I am a Palestinian child.
- Dr. Mustafa Kamal Sherwani
Via : Saoirse Bennett
Africa to Gaza Aid Convoy
by:Africa to Gaza Aid Convoy

Saturday, November 17, 2012

seHELai keRTAs haTI (BaB 4)


Rumah banglo putih milik Haji Ibrahim tersergam indah ditanah pusaka orang tuanya. Halaman rumahnya yang bertemakan ala-ala garden, hampir tujuh puluh peratus lantai halamannya dihamparkan dengan rumput, ibarat lantai alam menghijau yang semula jadi, sungguh segar dan nyaman. Ia juga dihiasi dengan kolam ikan dan jambatan yang menyeberangi  kolam tersebut yang menghubungkan ke tempat yang terdirinya sebuah gazebo yang cantik ukiran dan binaannya. Di sinilah, tempat rehat mereka sekeluarga sambil menikmati minum petang apabila ada kelapangan. Kecantikan halaman rumah ini di tambah lagi dengan hiasan bunga-bunga segar yang di jaga rapi oleh isterinya. Bunga mawar merah hati dan merah jambu memang menjadi plihan utama isterinya, Hajah Baizura. Sungguh cantik hiasan halaman rumahnya, yang pasti akan memikat hati tetamu yang pertama berkunjung ke rumahnya.  Haji Ibrahim mempunyai tiga orang pekerja di rumahnya, mereka bertiga berasal dari Indonesia dan mempunyai pertalian darah antara satu sama lain. Pak Herman bekerja sebagai tukang kebun di rumah tersebut. Isterinya, Bik Satin dan anak perempuannya yang sudah menjangkau usia 22 tahun, Siti bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Haji Ibrahim. Sudah genap 5 tahun mereka bekerja di situ, dan mereka mengakui beruntung mendapat majikan seperti Haji Ibrahim yang pemurah dan mengambil berat kebajikan pekerjanya.
Jam menunjukkan pukul 6.45 pagi, Bik Satin sibuk menyediakan sarapan untuk Haji Ibrahim sekeluarga yang turut dibantu oleh anaknya, Siti. Sudah menjadi rutin harian keluarga tersebut, mereka akan bersarapan bersama-sama sebelum mereka berangkat ke tempat kerja masing-masing. Hajah Baizura sangat menitikberatkan sikap kekeluargaan dalam diri anak-anaknya. Dari kecil lagi, mereka diajar agar keluarga selalu menjadi keutamaan dan didahulukan, urusan kerja dan lain2 menjadi perkara kedua dalam hidup mereka. Aroma nasi lemak menusuk hidung Hajah Baizura yang sedang menuruni tangga dan menyusul ke dapur.
‘Wanginya bau nasi lemak Satin masak,’ tegur Hajah Baizura apabila memasuki ruangan dapur sambil memberi senyuman di awal pagi. Bik Satin yang sedang menceduk nasi lemak dari periuk nasi ke dalam pinggang besar menoleh dan tersenyum kearah majikannya.
‘Selamat pagi Hajah,’ ucap Bik Satin dan anaknya kepada majikannya.
Memang menjadi kebiasaannya, Hajah Baizura akan turun lebih awal daripada penghuni-penghuni yang lain. Dia akan menolong pekerjanya menyiapkan sarapan dan memastikan semuanya sempurna untuk dihidangkan kepada suami dan anak-anaknya. Hajah Baizura sememangnya sukakan kesempurnaan dalam setiap kerja yang dilakukan, boleh dikatakan dia seorang yang perfectionist dan agak sedikit cerewet.
Hidangan sarapan mereka sudah siap terhidang atas meja makan yang diperbuat dari kayu jati itu yang dipenuhi dengan 10 buah kerusi yang unik ukiran kayunya, dengan gubahan bunya tulip yang cantik diletakkan di tengah-tengah ruangan meja makan. Setengah jam kemudian, Haji Ibrahim melangkah menuruni tangga dari bilik tidurnya untuk bersarapan bersama.
‘Selamat pagi, yang,’ ujar Haji Ibrahim kepada isterinya yang sedang menuang air  Nescafe ke dalam cawan yang disediakn.
‘Selamat pagi, bang,’ balasnya sambil tersenyum. Haji Ibrahim menarik kerusi dan duduk di tengah meja sebagai ketua keluarga. Dia menyambut secawan Nescafe yang dihulur oleh isterinya.
‘ Terima kasih,’ ujarnya dan menghadiahkan senyuman kepada isterinya.
‘Lyla dengan Erul dah turun ke yang?,’ tanya suaminya sambil melihat jam tangannnya yang menunjukkan jam 7.20 pagi.
‘Selamat pagi mama, papa!!!,’ ucap anak perempuannya, Lyla yang entah bila muncul di ruangan makan.
‘Ya Allah, nasib baik tak jatuh jantung papa, Lyla,’ Haji Ibrahim mengusap-usap dadanya.
Lyla ketawa halus melihat reaksi kedua orang tuanya.
 ‘Sorry papa mama, Lyla gurau je’, dia tersenyum lalu menghadiah ciuman pagi di pipi kanan mama dan papanya.
Lalu Lyla menarik kerusi dan duduk disebelah mamanya untuk bersarapan.
‘Lyla ni nama je seorang doctor, tapi perangai macam budak-budak. Cuba la matang sikit, sebab itu lah tak ada lelaki masuk minang kamu,’ ujar mamanya yang sengaja menukar topik perbualan kepada pemilihan jodohnya. Hajah Baizura tahu anak perempuannya kini menjangkau usia 28 tahun pada tahun ini dan masih tidak mempunyai calon suami. Dia risau anaknya akan menjadi andartu, itu yang paling ditakutinya. Namun, Lyla tidak suka apabila mamanya asyik berbicara mengenai jodohnya, baginya biarlah dia yang mencari jejaka idamannya sendiri, bukannya dia tidak mempunyai ramai kawan lelaki, tetapi tidak satu pun yang berjaya memikat hatinya. Dia hanya berserah kepada Illahi.
‘ Ala mama ni, pagi-pagi lagi dah cakap macam tu. Cuba la doa moga-moga anak perempuan mama ni cepat diketemukan jodoh, betul tak papa?’, balas Lyla sambil menyuapkan nasi lemak kedalam mulut dan mengerling kearah papa. Papanya hanya mengangguk tanda setuju dan tersengih. Haji Ibrahim mencapai cawannya dan terus menghirup Nescafe panas itu.
‘Ye la tu Dr. Lyla, mama nak carikan untuk Lyla, Lyla tak nak. Lyla nak tunggu putera kayangan turun dari langit ke?’, perli Hajah Baizura kepada anak perempuannya.  Lyla memuncungkan mulutnya. Dia tidak suka dengan sikap mamanya yang suka mendesak dalam urusan jodohnya. Buat seketika, dia merasa sungguh rimas. Dia memandang sayu kearah papanya yang sedang khusyuk membaca surat khabar. Namun, papanya tak mengendahkan panggilan kecemasannya secara telepathy itu.
‘Haa.. tengok tu, orang cakap sikit, muncung, orang cakap sikit muncung. Perangai budak-budak la kamu ni, Lyla’, bebel mamanya di pagi hari. Lyla hanya berdiam diri sambil menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. Dia terima sahaja bulat-bulat apa yang dikatakan oleh ibunya. Dia malas nk bertengkak dengan ibunya di pagi hari.
‘Selamat pagi semua. Apa ni mama pagi-pagi dah riuh, sapa kat bilik erul dengar taw, tak seronok la mama nak sarapan macam ni, tak dapat nak menikmati nasi lemak yang sedap ni,’ kata Erul lalu mengambil tempat duduk berhadapan mamanya. Dia menghadiahkan senyuman dan mengangkat kening kearah kakaknya. Lyla membalas senyumannya.
‘Ye la,ye la.. mama salah, mama tak bising dah, biar kamu boleh menikmati nasi lemak ini dengan aman,’ mamanya mengalah. Hajah Baizura tahu tidak ada gunanya bertengkak di pagi hari,lebih-lebih lagi mereka berdua sepakat lawan dengan dirinya seorang, semestinya akan kalah. Kadang-kadang dia juga merasa geram akan anak lelaki bongsunya itu yang asyik menyebelahi kakaknya dalam urusan jodoh. Erul cuba membaca pergerakan bibir kakaknya, ‘ Terima kasih adik’. Dia tersenyum.
‘ Haa.. kan bagus macam itu, yang. Abang pon boleh sarapan dengan  aman. Betul tak Erul?,’ ujar papanya sambil melipat suratkhabar dan diletaknya di tepi. Erul dan Lyla ketawa halus papanya juga sepakatan dengan mereka. Mama hanya terdiam dan meneruskan suapan ke mulutnya. Namun, ketawa mereka terhenti apabila mendapat isyarat dari papanya. Mereka terdiam.
‘ Sorry mama,’ ujar Erul dan Lyla serentak. Mamanya hanya terdiam. Tapi Hajah Baizura tidak memendam didalam hati, dia sudah arif dengan karenah anak-anak dan suaminya. Buat seketika, Hajah Baizura memulakan topik perbualan baru mereka pada pagi itu. Mereka berbual dengan rancak sekali dan diselang seli dengan ketawa. Mereka bagaikan sebuah keluarga bahagia yang tidak terlepas dari masam dan manisnya kehidupan. Namun, mereka tetap bersatu. Benarlah, rumahku, syurgaku. Rumah adalah tempat segalanya bermula, dan tidak pernah menolak kunjungan penghuninya. Mahupun ketika muda, tua, gembira atau sedih. it is always going to let you in.. that is a home!..